..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Friday, January 27, 2006
Perjumpaan Di Alamanda.
Alhamdulillah...dah dua hari ni bangun awal, tepat pada waktunya.:-)
Pagi ni sempat masak nasi, sambal telur dan ayam goreng untuk makan tgh. Si Amir dan Jim. Untuk b/fast depa, Auntie masak dua biji burger dan juga air milo.Roti bakar dan teh untuk Hero dan Auntie.
Hari ni Jim ke sekolah waktu pagi sebab ada cross-country. Pagi lagi dia dah bangun. Dia berangan dia akan menduduki tempat antara 10 teratas.
---------------------------------------------
Wah!...hari ni ada perjumpaan makcik-makcik. Pepagi lagi dah rasa excited...sebab nak jumpa 2 orang bloggers yg. belum pernah ditemui.Hanya dok bergurau senda di blog saja.
P-Nut datang jemput Auntie bersama Cik Net Biru,....ha, dia ni pun first time jumpa...pemalu orangnya...anak gadis la katakan.(P-Nut kata dia cuma control ayu...) tak sangka ofis dia bersebelahan je dengan ofis Auntie.
Kami menuju ke Alamanda (arghhhhhhh....mana lagikan???)
Tempatnya mungkin memboringkan...tapi kami bukan kisah pun, yang penting jumpa geng...dah jumpa, tempat dah tak jadi masalah lagi, janji ada tempat duduk, tak panas dan boleh order makan minum...kira jadi le...sampai malam pun tak kan terasa.
Sedia menanti dengan penuh kesabaran...Pn. Mak Andeh...lo!..dia pakai baju Raya Cina sungguh....merah menyala gitu....so, dah ada 3 orang. Order makan sambil sembang. Hampir habis makanan, S pulak sampai.
Jadi 4 orang.
Kami tunggu 2 orang lagi.....excited kami nak jumpa depa ni....pasangan adik & kakak....:-)
Rasa cuak jugak tu..cam tak sampai sampai...kejap-kejap SMS masuk, kami dah selesai makan dan dah order makan second round, baru lah dapat signal yang depa dah sampai....hemmm..kat meja lain dah kosong..semua orang dah mula balik ke ofis...kami berempat menunggu dengan penuh debaran...ceh!..cam nak tunggu pengantin lelaki pulak....
Mak Andeh dok direct depa ke tempat kami, Si P-Nut dan S dah siap sedia dengan kamera...jeng, jeng, jeng...dari jauh kami nampak dua wanita dengan seorang budak lelaki ....agak-agak...depa dah ni....
ya...betul....satu tinggi lampai...aisehman wajah mereka hampir sama...
Ahhhh...Kak_Lady & Sya....akhirnya kami bertemu..ya Allah! gamatnya...bersalam, berpelukan...macam dah tak jumpa 10 tahun...walahal baru first time jumpa tu....kata P-Nut...macam pelukan orang baru balik dari Mekah!!!!..:-) Riuh rendah.....sayang kami tak punya banyak masa, sempat le bertanya sedikit sebanyak. Harap dapat berjumpa lagi dilain masa insyaallah.
Memang rasa tak puas...berjumpa dengan Kak_Lady & Sya.
Jeles dengan Mak Andeh tu...depa akan menebang sampai petang kot...uwahhhhhh...frust le...
Auntie berangkat balik ke ofis bersama P-Nut dan Cik Net Biru.
Lain kali kita jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Frust konon!!!. tak aci Tak Aci!! Kita cuma dapat dengar suara je tau.... isyy ni dah keluar tanduk dah ni. Udah lah sikit2 tu hehehehe
Tadi rasa nak terbang ke Alamanda tu. :-)
Ini baru nama nya cyber friendship. Walau tak pernah jumpa tapi rasa macam dah kenal 10 tahun. Kak Yan bayangkan kalau yang kita dok chatting hari2 tu berjumpa, sure kena serbu tu kan...
Amboi-amboi-amboi - tak nyempat-nyempat lagi dah tulis entry yer ?
Hehehe....kami sambung persidangan sampai petang.
Balik rumah dalam jam giler. Sempat terlena semasa kat trafic light.
Lepas ni kena buat satu lagi perjumpaan nampak gayanya :-)
Kak Yannnnnnnn.....alamak...frustnya...dpt jumpa kejap je...lady balik je terus bukak pc...sebab sya dah beritau yang kak yan ade buat n3...seblm balik ke umah dia singgah kat ofis...sempat lagik tu...siap telepon lady bacakan entry kak Yan...
Mcm mimpi dpt jumpa kak yan (yang comel lote)...MA (syok dpt menebeng sampai petang), p-nut (yang jadi jurugambar) bersama S dan Cik Net Biru (yang pemalu)...hehhee...mcm orang balik aji plak ye...
Aha MA...sure...kene buat satu lagi perjumpaan nanti...
Kak N...bila boleh join? Rasa tak puas dpt bual kat phone aje tadi...
Auntie Yan,
Waaa... bestnya! Sapa sangka, walaupun kenai kat dunia cyber, tapi bleh rapat macam dah kenai lama kan? Insya-Allah, harapnya silaturrahim ni akan terus berkekalan :)
wah wah..seronoknya ada mini gathering macam ni kan. lagi2 dapat jumpa blogger2 popular mcm kak lady dan kak sya itew. ihiks. lagi la kalo dapat jumpa auntie yan..auntie N..MA sumer camana la gamaknya. uda pun tak puas sembang ngan kak lady ngan kaksya haritu. sembang sakan~ takde full stop ekekek
Saya pun jeles nii..dapat jumpa beloger2 nii.
Baru lepas pekena Nasik Dagang, Mee Chalong, Stuff cili with fish (apakanama) Nugget Daging, Temosa Raja, Donut.,, aduui banyaknya,.
Ngan Maam kat rumah DITH.
Best tau..
Kak yan yg cute miut... halamak comelnya, sya nak peluk pun takut kecik sgt...bestnya dapat jumpa semua, aritu dapat baca ajer tak sempat nak letak komen.
Bestnya dapat jumpa Pnut, MA, cik net biru dan shida yg pemalu.. tapi yg paling best yg lifted my spirit.. bila dengar komen kak yan yg spontan.. halamak cam melambung rasanya... Thanks kak yan
kak N... bila lagik kita nak jumpa...
wa bestnya Auntie yan
dapat jumpa blogger.Ada rezeki kite jumpa pula
Auntie, sejak ada anak dua ni kan saya pun selalu terbabas tdo.napa eek..
Kak Yan, tumpang lalu.
Lady and Sya : InsyaAllah, very the soon one hehehe.. Tunggu tau!!!
hehehe...meriah tengok auntie yan dan lelain... havoc jonny dibuatnya
Ahaa....! hari ni baru dapat nak membalas komen....tuan blog cuti, hari Jumaat dah kerja, server pulak 'mogok'.....:-(.
N : ...jangan jeles, lain kali kita buat perjumpaan yg. proper sikit...kena cari yg. rajin nak organise.
------------------
Mak Andeh :...hari tu memang rasa tak puas je jumpa orang 2 beradik tuh...tentu banyak yg. di gebangkan...tu sampai terlena kat trafik light!.:-)
------------------
Kak_lady : memang rasa terkilan sangat jumpa pun sekejap....
p/s:masih terasa pelukan eratmu!!
-----------------
Nina :...Best! dapat jumpa makcik bloggers ni. Tapi, kalau makcik muda jumpa kami...malu-malu le pulak.
-----------------
Uda: Tentu dapat bayangkan betapa 'riuh rendahnya' kami...:-)
----------------
Jokontan:...wah! demo pun buat perjumpaan jugak? Bestkan?...:-)
-----------------
Sya :...Adui!!! terperasan le pulak....jangan cakap cam tuh...kang ramai pulak peminat...susah!!!!:-)...Auntie bukannya kecik comel...cuma berangka cam ayam serama!!!
------------------
ibuvogue:...bila gamaknya nak jumpa..? Auntie tak menjadi masalah. Seronok tau!
------------------
nettbiru :...kalau jumpa Auntie jangan lupa menyapa....bila boleh kita makan bersama???
-----------------
Post a Comment