Tuesday, January 24, 2006

Orang Sabah..

ughhh.....lega! gaji dah masuk semalam.

Insyaallah hari ini dan seterusnya akan terus ceria dan tidak semput macam bulan lepas lagi.Semalam Auntie bercuti.Bukan sebab nak ngabiskan duit gaji...oh! tidak.

Pagi lagi macam selalu Auntie bangun dan terus menuju ke dapur. Masak air dan dan sediakan b/fast lebih kurang. Mesin kain dan sidai.Tinggalkan duit belanja Jim & Amir dan tinggalkan juga pesanan-pesanan.( ...budak dua ekor tu dah naik boring dengan pesanan Auntie...tapi kena pesan jugak...kalau tidak depa tak buat).

Siap semua, Auntie ngan Cik Din menuju ke KL, rupanya dah sebulan Auntie tak masuk KL....rasa macam dah tak berapa nak ingat jalannya, mulanya kami ke Jln. Cochrane, pergi ambil surat-surat & bil-bill kat rumah jiran lama. kemudian ke TM *oint untuk potongkan service telefon rumah lama.Tuju pulak ke sekolah lama Jim...ambil repot kad dan berbagai kad lagi. Nak masuk ke kawasan sekolah kena tulis nama kat guard house dulu. La, guard dia pompuan...tua...mungkin dalam 60 tahun... name tag dia tercatit namanya " Key" ...(dalam hati....lo...nama makcik ni kunci? ) Kebetulan ada kerusi sebelah makcik tu, so, Auntie tunggu saja kat situ...malas nak naik ke pejabatnya...kena naik tangga...adui!!! Cik Din sorang je pegi......(psst...kasi chance sama dia...kot cikgu pompuan yg. akan ditemui nanti...:-)

Auntie ambil peluang 'menginterview' makcik tu....bila dia cakap je, Auntie dah boleh agak dia orang mana.....dia orang Sabah...sebab ada perkataan "sudah" di akhir ayatnya....."saya, 3 tahun sudah...kerja sini"
Dia pun ambil peluang tanya Auntie sakit apa, dah bagi tahu dia pun suggested kat Auntie satu ubat...katanya berkesan untuk sakit lutut sebab dia pun sakit lutut juga. Auntie beria-ia lah tanya apa nama ubat tuh....dengan bangga dia kata "Ponstant".....ceh! buang karan betul la makcik nih......tu, kan ke pain killer.....dah tahu dah ubat tu sejak zaman-berzaman lagi....Auntie kesian jugak tengok makcik nih, nampak dah tua sangat...ntah le kuat lagi ke dia nak kejar penyangak....Auntie pun tanya dia berapa umurnya...nak tersedak Auntie....dia kata 45!...dalam hati....hemmm...kalau dia setua itu 45, Auntie ni boleh jadi 25 le kot??????...;-) ;-) ;-)..... suka hati dialah.

Selesai urusan sekolah kami pergi pulak ke pejabat nak uruskan pemotongan bekalan air di Bangsar. Tak sampai 5 minit dah selesai.

Pergi pulak ke pejabat api nak potong bekalan letrik.....adoi!!...lama yang amat menunggu giliran.Orang tak le ramai mana, urusannya yang memakan masa. Dah selesai urusan api dah hampir 2.30 ptg. Pergi pulak beli barang dapur. Singgah farmasi beli ubat. Hari Ahad Auntie dah beli ubat yg. sama kat farmasi di BBB, harganya RM12/- untuk 10 biji. Lo...kat KL 100 biji, cuma RM86/...wah! dah dapat sef RM36/-...Auntie pun beli sajalah.Beli jugak Fish Oil ada offer...RM60/-....see...duit Auntie banyak habis beli ubat saja...

Sampai BBB dah hampir jam 5.00ptg. Letihnya...

Malamnya Auntie mogok....mogok memasak. Kami pi makan kat luar(mentang-mentang le baru dapat gaji!)..Restoren Yus. ABC dia sedap, ada ice-cream satu scoop. Auntie makan nasi sama tomyam, Jim makan nasi ayam, Amir & Cik Din makan mee goreng. Lepas tu oder pulak satey...uwaaa...satey dah naik rega jadi 60 sen secucuk. Sambil makan diTV nampak S.Aini ngan senyum glamornya..."dah lepas tapi belum bebas!"...bila gamaknya nak bicara kes hak dia kena kat depan TV 3 tu....apa jadi ek?

Sampai rumah, sebelum tidur telefon mak...rindu kat dia...

12 comments:

MA said...

Hmmm...baru dapat gaji ekk...

*berfikir sejenak*

Kak Yannnnn....lama ekkk tak makan beriyani kambing ;-)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum..

Jelesnye, orang gomen dah dapat gaji. Kami kat sini, esok baru dapat. Ini dah kering tahap `ICU' ni. He he..

Cuti panjang ni, makan angin di mana?

Orang PJ

Bukan Sepet said...

aa ler kak. makan kat luar sekali sekala tak per kak... pulun jer. Lelap sebelah mata jer kak. Balik rumah baru re-arrange budget.

cam saya. hahaha.

AuntieYan said...

Mak Andeh :...boleh saja..ada lagi ke kambing..kot dah pupus, orang buat kurban
------------------
Onde-onde : ya, sekali-sekala tentu tak habis duit...tapi takut jadi penyakit malas memasak pula nooo.

------------------
Orang PJ : jangan le jeles dengan Auntie..gajinya ciputtt sangat..kejap je dah habis tu...
------------------

Bukan Sepet : Auntie gi makan tempat yang murah je...yang padan dengan budget.:-)

Anonymous said...

esok baru kembung balik poket ed ni AY...bulan ni semput gak..entah napale (buat2 tak faham ni sebenarnya kekekek)

Arena said...

Aunty Yan,
Arena pon dah kering poket, tahap kena korek duit dekat savings emergency.. Korek senyap2 tak cakap dkt Ed, muahahahha...esok baru bernafas balik..

Jo Kontan said...

AY :

Restoren Yus Depan Shell tuu ?! Sungai Ramal Luar.

Pada pandapat sayala kaaan. Best Sate in the World !! Best pada Samuri lagi.. Juicy cam mentah mentah sikit. Me, a real carnivore.

Ely said...

cukup auntyan, jgn ckp pasal makan lagi!!!!!!!! aaaarrrrgggghhhh...hehehehe

Anonymous said...

pabila poket kembong maka ligatlah minda buat plan:-

1. misi setel utang meiben - tak menjadik sbb depa caj melampau2 if setel utg tu awal, pelikkan???!!

2. misi setel loan rumah & loan kereta utk bulan 12 - semlm dah bayor.

3. misi beli tiket airasia pi KL - ohh... dah kawtim yesterday noon.

4. misi makan besar - tetamu dr segenap topografi dtg bertandang cuti CNY nih...duhh.. separa kempis la poket tu nanti

5. misi soping moping - tu operasi di KL nanti...ngeh ngeh ngeh

6. misi menebeng ngan AY - bak mai no talipon weeiihh...

Sya said...

MA.. Auntie.. beriayani lain tak der ke? ayam ke lembu ker? kalau ada nak gak joen joen... terutama masa kaklady ada lesen besaq nih leh gak heret dia sama

AuntyN said...

MakAndeh dengan Kak Yan tak habih2 dok plan menebeng. Adehhhh. Dah tu Sya pulak nak heret Lady sekali. Apasal lah korang ni kan? Asyik menebeng je lah ni? ......

Isyyy, bila lah pulak nak gi KL ni..

:-), :-)

AuntieYan said...

EdRyna :...Sabo jelah...berbelanja secara berhemah...:-)
-----------------
Arena:...ya, kenkadang orang ingat kalau berdua je, tentu banyak duit...Duit ni memang banyak simpangnya...;-)
-----------------
Jokotan:..OH! tak tahu pulak Restoren Yus ni ada gak kat tempat lain. Yg. AY pergi ni kat Section 4$ BBB dekat je ngan rumah AY tu...memang satay dia best...satay rusa pun ada...mahal...RM1.60 secucuk.Tak berani nak cuba tu...tunggu orang belanja dulu...:-)
------------------

Rojakbuah: AY ni jarang-jarang makan kat luar. Pakcik Hero tu, sokmo nak makcik masak...dia kata lebih sedap...ppsssttt...dia tak tahu AY dah siap jampi tu....
Makan kat luar nmemang senang dan ringkas...tapi kena keluar duit, masa anak kecik tap pe lagi...anak AY dah besar gunung..walau tak ramai kalau depa mula order semua depa nak...milo ais sorang 2 gelas, ABC pun kalau boleh 2 mangkok sorang..nasi ayam, satay, sup ayam, kang balik nampak burger ke roti john ke...tapau le pulak.....hemm...weii...kalau sekali keluar 30 rial...mssuk seminggu mau bengkok!!!..AY pun masak je le...jimat , lazat bersih dan suci....(siap jampi lagi!!!)
---------------------

Ely:...sorry le terpaksa cerita yg. sedap-sedap nih....
--------------------
Dengar semua...Cl nak belanja makcik!!!!yeyyy!!!
---------------------
Sya: beriani ayam & daging memang ada...kami suka kambing...sedap...
Nak join boleh saja. Kami selalu berdating hari Jumaat tgh....kalau malam susah sikit. MA, no problem AY ni cam Kak Lady le...kena dapat lesen dulu...
-------------------
N, dah lama gak tak nebeng nih...MA tu sibuk...dia dapat banyak projek tu...dia pulun sungguh awai tahun ni...tak pe dia untung...tempias le jugak kat kita nih...
-------------------