Wednesday, March 08, 2006

Ramalan Bintang 12

Mak aih.........!!! sejak turun ke tingkat 4 dekat dengan bilik bos besar, banyakkkknya kerja.....!!!! Tapi, Auntie rasa seronok sangat, sebabnya buat kerja baru yang dulu langsung Auntie tak pernah tahu dan tak ambil tahu.
Auntie ni orang teknikal, dulu di bahagian Quantity Surveyor, hari-hari semak tender/dokumen kontrak, buat taking-off, semak plan, semak payment kepada consultan, surveyor, kontraktor...dll.

Mulai minggu lepas, lepas meeting (lepas makan kueh meeting...) Auntie dah di beri tugas lain...masih deal dengan duit-duit jugak tapi lain sikit caranya.Oleh kerana bos kecik Auntie diberi tugas menjaga peruntukan dan Belanjawan, makanya itulah jugak tugas yg. Auntie kena buat.Lebih banyak surat menyurat....aisehmen...tak le susah mana pun cuma kerja sentiasa datang...kena pandai-pandai nak slot kat mana agenda tersembunyi tuh!..:-)...pssttt!....nama Auntie ada jugak kat reban ayam...tapi kita register sajalah...sambil tu....masuk le jugak...tapi lebih kepada memerhati le.....
---------------------------

Hari ni hari jadi Si Hero Tamil tu.....yang ke 15....:-)
Bertahun-tahun dia bukan main bangga lagi sebab b/day dia sama dengan Almarhum Sultan Selangor, x-Agung dulu...tup-tup tahun ni dia dapat tahu b/day dia sama dengan itu Uncle Sam....Vel*...ha...ha!

Cik Din berbintang Pisces.

Auntie berbintang Aries.Jarak umur kami tak jauh...ngam-ngam Auntie muda dari dia 14 hari.....:-)

Sapa lagi berbintang Aries??? Antara celebriti yang sama b/day dengan Auntie ialah P.Ramlee. Sama bintang...Anita Sarawak. Katanya orang Aries ni aktif & energetik... tak tahulah...Auntie macam nilah...

Dulu jaman muda sukanya kalau bincang bab bintang-bintang ni (Horoscope). Kat s/khabar memang hari-hari ada column "ramalan bintang 12"
Auntie, kalau buka saja paper tu terus je baca ramalan bintang tu dulu.....kenkadang tu boleh percaya pulak tuh...alahai...bodonya!!!
Pulak tu selalu le dok perasan pulak pasangan kita tu kalau boleh nak ikut le ramalan horoscope tu.

Nampak gayanya semua ni tak boleh pakai..merapu je.Sebagai orang Islam kita tak boleh le percaya. Setakat suka-suka saja tu ok lah.

Pagi tadi, masa nak turun kereta, Auntie dah wished Cik Din happy b/day....dia senyum saja.......ahhhh!....masih hensem lagi hero aku nih!!!
:-) :-) :-)

26 comments:

meandbaby said...

kita sama bintang la...aries..saya 26/3...

AuntieYan said...

Suri: Auntie, 5 hari awal...sama tu...boleh raikan bersama.
------------------

Mummy Rizq said...

hepi b'day to yr cik din.. senyum ada makna kaaaa?

MA said...

Aisehman Kak Yan !

Exactly 3 weeks lepas Kak Yan, is my besday yang ke 29 ;-)

Tahun 2005, I was 33, tahun 2004 I was 27 - kalau ikut kiraan tahun Venus - baru nak masuk 29 tahun ini :-)

Ni kena selebret kaw-kaw nih !

:-)

p/s besday saya sama dengan David Cassidy !

Queen Of The House said...

Just curious .... kenapa panggil dia Hero Tamil? Ada remos besar macam hero-hero dalam filem tamil tu ke? Atau ada misai berpintal?

Happy Birthday to Kak Yan's Hero Tamil :)

Kopi Suam said...

Saya sama bintang dengan En. Din...pisces ni romantic orangnya aunty yan...jangan tak tahu

sampai hati panggil cik din hero tamil..sabar aje laa..


happy birthday cik din panjang umur murah rezeki bahagia selalu :)

AuntyN said...

Happy Bday to Cik Din Kak Yan. Aries people in my family
1. Abang Long 6/4
2. Hero I tu (Mamu Z lah sapa lagi) 18/4
3. Ayin (anak No 3 tu) - 4/4

Selain tu, Om (si anak dagang) pun Aries jugak 1 hari selepas Ayin, tu yg boleh ingat tu.

Maybe masa bday kak yan I will be in KL. Nanti set dgn MA, kita pergi celebrate nak?

ety said...

assalamu'alikum Kak Yan, hepi besday untuk super hero Tamil kak Yan tu...

AuntieYan said...

Marlina : Terima kasih bagi pihak Cik Din. Selalunya senyuman tu ada maknalahh...:-)...tersirat tuh!
---------------------

Mak Andeh:...kalau gitu KY pun nak ikut kiraan tahun Venus jugak lah...semakin muda!!!
p/s: David Cassidy???..auwww....yg. sentiasa menjadi igauan jaman muda dulu...:-)
-------------------
Queen:...Ha!...ha!...remos tak de. Misai dia yang macam Hero Tamil....Hero Tamil Ok apa?...romantis gituuu auwww!
Terima kasih, bagipihak dia.
p/s:...kat bolg je AY refer dia as Hero Tamil...
---------------------

Kopisuam:...ha...Pisces...romantik?..ye le gamaknya...he!...he!...

Hero Tamil...oklah....bukan semua hero Tamil tu berserabut...dia ni yg. ala-ala menjadi rebutan si Minachi!!!! kalau, lawan dengan geng jahat sure dia mennang!!!:-)
---------------------

N: terima kasih.Wah! ramai jugak geng Aries ni dalam keluarga N.
Sungguh ka nak mai tu?
Nak celebrate...?..macam biasa le kita, kalau berjumpa sokmo celebration!!!
Nak tiup lilin le...:-)
----------------------

Ety: terima kasih.:-)
Semalam dah melawat blog Ety...belum habis lagi baca.
Hemmm...Ety ni batch sama sape ??

kasutVINCCI said...

salam kenal autie,
happy besday to hero tamil. Moga Allah gandakan rezki.

Emm...autie dulu unit Qs ek. nanti mudah lah kv nak rujuk. Boleh,kan?

Fara said...

"ahhh..masih hensem lagi hero aku ni!!"

alalalaaaa... chomey nyaaaa Aunty Yan! hehehe ...

happy belated birthday uncle Din Hensem!

Sya said...

Kena nyanyi cam dalam lagu Hindi tu

"Happy Birthday to u... Happy Birthday 2 U.. Happy Birthday to Hero Tamil.. Happy Birthday 2 u"

sue said...

Hello,
charlie chaplin pun aries..people under this zodiac sign are known as egocentric and can be quite selfish..but with leadership quality..i pun aries juga. :-)

Nor Razi said...

AY

Hadiah besday harus beli berus dan cat baru .... Pas tuh barulah Cik Din semangat cat rumah ....... hehehehe

Anonymous said...

Keh keh keh !!. AY kalu post, memang best..

"Sama bintang...Anita Sarawak. Katanya orang Aries ni aktif & energetik... tak tahulah...Auntie macam nilah..."

AY nengok dak Anita Srawak gelek kat Anugerah apakarnama tuu.

Tengok ajer, kita boleh rasa sakeeet nya pinggang. Tuu belum lutut lagii.. :-))

Anonymous said...

Auntie Yan, sampaikan ucapan happy birthday yg ke 15 buat Cik Din yer..

dengan ucapan "Good Luck PMR tahun ni" :D

p/s: Ni bday ke 15 kali keberapa nih? hahahaha

Anonymous said...

Equinok kan dalam bulan Mac..panas..Aries ni memang hot sikit..

maklang said...

Aunty yan,

Hepi Belated besday to Cik Din. Hari ni besday adek bongsu Maklang.


Tapikan... hero tapi Maysia yang terunggul bukan ke Uncle Sam Vell?

Cik Din ranking ke berapa b4 Uncle Sam??

Anonymous said...

bintang auntie yan sama ngan ad :)

hepi besday utk cik din... takkan wish jer kat dia auntie yan... paling2 kiss sket kat pipi... sure bertambah hensem senyumannya heheh

AuntieYan said...

Kasutvincci: Salam kenal juga dari Auntie. Terima kasih.

Ya, Auntie dulu unit QS...sampai 23 tahun...dah nak terjeluek buat kerja tu...nak rujuk...err...macam dah lupa le....takat nak tanya satu bag cement rega berapa boleh le bagi tahu...;-)...dulu macam hafal le segala Condition Of Contract, clause-clausenya semua at the fingertips....now semua dah buang dah...he...he.... orang tua mudah lupa!
----------------------
Azfa : Terima kasih.:-)

----------------------

Sya: terima kasih...sedapppp lagi b/day versi Bollywood tuh;-)
----------------------

traveler :...ya Charlie Chaplin pun Aries.....hot tu...tapi menghiburkan!
Orang Aries ni, mudah naik hot...tapi cepat cool down, hati baik...wa cakap lu!

---------------------

Budak:...betoi tu...satu idea yang baik....tapi, takut nanti...berus tu luruh pulak bulu dia....rumah masih tak bercat...he!..he!..

---------------------

Jo:...tengok!...tengok!....dasat habis ye makcik sorang tuh....eleh, kalau AY tak sakit lutut pong...boleh nari cam dia....!!
----------------------
cyberdad:..pelik!...memang dia kata umur dia dah tak gerak dah...rasanya ini dah kali ke 3umur 15 tuh....biaq kat dia le, janji happy.
---------------------

En. Phinisi:...katanyalah Aries ni hot....;-)....hati baik tau!

----------------------

Mak Lang: Terima kasih.
Untuk kaum kerabat dia...memang le Uncle Sam tu yg. terunggul....untuk Auntie...auwww!...Cik Din le yg. terunggul....!!!!!
--------------------

nonie : terima kasih...psstttt...hak lain-lain tu tak leh le habo...isyyyy...budak nih!.
--------------------

Anonymous said...

Hari ni baru 10 hb ..Equinok lambat lagi..manager dah siap wish dan bagi hadiah lak tu..seronok juger dapat hadiah b'day ni rupernyer..!Memang saya cukup faham Aries ni..panas..or is it hangat..?

anggerik merah said...

Happy b'day to Heri Tamil AuntyYan. Semuga dimurahkan rezeki.

Ely said...

Happy Birthday Hero Tamil Auntyan. Ada kek besar tak?

aNIe said...

Kak Yan...lamanya tak masuk blog kak yan...dulu2 kalau masuk dok tgk tajuk 'Pindah' je...tetiba arini bukak dah terlepas beberapa hari...

Anyway...Happy Belated Birthday buat hero Tamil kak Yan yang ensem tu...hehehe...

Kak Yang ngan hubby lady sama bintang lah...Aries....

Yang lady tau orang kata Aries ni bercita-cita tinggi...ade ciri-ciri pemimpin...betul ke kak Yan?

AuntieYan said...

En. Phinisi: Aries jugak?...bestnyaaa...masih ada yang yang nak bagi hadiah. Sapa gamaknya nak bagi hadiah kat saya?
Happy b/day to you!
----------------

Anggerik: T.you bagi pihak hero....:-)
----------------

Ely: T.you bagi pihak hero...:-)
Kek besar?...tak delah!...kami jarang le celebrate dengan kek-kek nih...anak-anak pun dah tak ndak...hanya setakat pi makan besar kat luar saja..:-)
----------------
Kak_Lady : Aries jugak hubby tuh?...Katanya begitulah orang Aries ni...bercita-cita tinggi. KY pun gitu lah cita-cita ngalahkan Gunung Everest!!!...sayang tak kesampaian..:-(...anyway bersyukur sangat dengan apa yang ada.Alhamdulillah!

Anonymous said...

Mekasih..hari ni 15hb..Birthday Auntie biler..? umang ai.teraso mudo ese..ese sebonar eei dah pangkat datuk..datuk sadaro jer lah..manggil lak yang lain tu acik..teraso lah kembali mudo..he..he..Happy birthday to you too..