Friday, March 31, 2006

Kesiannn Jim...

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari.

Blog Auntie ni semacam sentiasa 'bersawang'...nak up-date sekali seminggu pun macam susah beno. Ada masa tu macam dah ada berbagai nak diluahkan disini. Ada masa tu rasa macam tak perlu diluahkan.

Kesibukan tugas harian di ofis pun membantutkan idea untuk berblog. Kenkadang tengah sedap mengarang, bos panggil masuk bilik dia, diskus itu, ini...ada masa bos jugak meluahkan perasaan hatinya pada Auntie.
Bos pun manusia biasa...rupanya..:-)
----------------------------------------------

Dah hampir tiga minggu berlalu result SPM keluar. Si Amir, macam dialah kat rumah tu..'membesarkan' badannya saja. Makan, minum, tido...berintenet, berSMS....melayan ASTRO. Masa mula dulu sibuk dia kata boring..nak gi cari kerja. sekarang dia dah mula seronok melepak kat rumah...takmo gi mana-mana...rehat kat rumah lagi baik katanya.

Si Jim pulak dah naik fed-up dengan Amir....apa tidaknya...asyik menyakat saja kerjanya....Jim pulak, walau pun dah tingkatan 2...masih manja-manja...pantang nampak Auntie dia akan datang 'meleseh' tu yang buat Amir naik meluat....Auntie pulak suka je melayan Si Jim...almaklum anak bongsu...kalau tak dimanja-manjakan dia siapa lagikan?.....nak tunggu cucu lambat lagi le kot...:-)

Sejak kebelakangan ni Jim kerap le bertanya Auntie bila lagi gamaknya Amir ni nak masuk sekolah semula. Satu hari Jim tanya Auntie :-

Jim: Mak bila Abang Amir tu nak sekolah semula?...

Auntie : Dia dah habis sekolah tu....

Jim : habis, mak carikan le dia kerja.

Auntie : Dia belum boleh kerja lagi, umur dia baru 17+....

Jim :....ala, boring le..Abang Amir tuu...asyik je menyakat & membuli
Jim...

Auntie :..tak pe le...dia gurau je tu...kan ke Jim tu adik dia sorang...
sape lagi dia nak gurau kalau bukan Jim.

Jim :...ala...tak suke laaa....

Memang Si Amir ni..kerja menyakat si Jim je lah setiap hari...ada saja yang disakatnya. Auntie pun kenkadang rasa rimas le jugak.budak-budak dah besar ni kalau gurau memang agak kasar,.apa lagi budak lelaki. Si Jim pulak ngalahkan budak kecik umur 3 tahun...kejap-kejap Auntie dengar suara garau dia..." makkk...makkk...tengok Abang Amir nihhh "
Rasa macam nak sekeh je budak berdua ni. kenkadang Cik Din pun berdehem-dehem jugak tu....tapi depa selamba saja..ayah depa memang cool sokmo! Kalau arwah ayah Auntie dulu...tak tahu le...dia akan bertempik sakan tuh....

Satu hari Jim bawak iklan kolej cosmopoint ka apa ke...:

Jim :..mak, applykan Abang Amir hak ni....suh dia gi belajar...mak tanyakan kan sekali, ada hostel ke tidak...kalau boleh, mak masukkan Abang Amir tu tempat belajar yang dia tak boleh balik rumah...biar dia tido kat sana...cuti panjang baru balik...baruuu aman sikit Jim nih...

Kesiann..Jim....sampai macam tu dah...yang Si Amir pulak...selamba, cool dialah...dia tak kisah le nak sqmbung belajar kat mana...main suka hati mak sajalah nak apply kat mana. Dia kata, kalau mak pikir baik, baik le untuk Amir....Amir tukang belajar je...he!...he!...senang sungguh budak sekor ni...

Auntie dah pun buat permohonan untuk dia...insyaalah kalau ada rezeki dia sangkut le memana satu.

15 comments:

aNIe said...

Hahhaha...kak yan..si Amir & Jim tu macam anak lady lah...Munir & Farhan...kalau Munir tu balik bercuti kesian si Farhan asyik kene buli aje...dah tu si Munir asyik conquer Astro...Farhan yang kene mengalah...kesian kat Farhan selalu bertanya bila Munir start belajar balik...tapi bila abang dia lama tak balik...ditanya pulak kenapa abang Munir lama tak balik...dah rindu...

Ermmm...anak2...kadang-kadang lady yang jadi orang tengah pun serba salah...& naik angin bila Farhan terjerit terpekik panggil 'Ibu'...

Sya said...

Kak yan.. cam cara si arif bertanya.. "Mak bila Aiman balik asrama?" dia rimas Aiman menyakat dia.. tapi kitalah yg jadi mangsa kan? .. or jadi referree

meandbaby said...

Senangnya Aunty Yan..kalau ada 10 anak mcm amir kan best...apa baik dimata ibu tulah dianya...

Anonymous said...

Anak adalah hasil pembentukan dari acuan nya..macam mana acu..macam tu lah kuih..memang penat nak mencanainya sampai macam yang kita suka..tetapi kalau berhasil..itu kejayaan yang besar tu..!

AuntyN said...

Kat rumah tu,Ayin dgn Syia. Ayin kaki sakat adik dia. Yg kecik tu badan besar tapi manja jugak lahmacam Jim tu, asyik dok jerit saja seharian. Yg nak gelak tu bila marah depa, awat asyik dok berkelahi, siap kat, tak lah, bukan kelahi pun. Diam lah se minit lepas tu ON balik. Tak larat nak bising dah. Biaq sajalah.

AuntieYan said...

Kak Lady: Nampaknya sama saja anak-anak ni...si adik tetap jadi mangsa. Ya, pasal dok kontrol ASTRO tu pun satu hal le jugak...sampai Jim minta masukkan satu ASTRO untuk dia...he..he...banyak le duit ayah dia tuh....:-)
-------------

Sya: memang memanjang KY jadi refree...tapi kenkadang tu buat bodo jelah...

-------------
Suri : Si Amir ni bukan apa....dia malas nak pikir tuh...sejak tak sekolah malasnya menjadi-jadi...
------------
En.Phinisi : ya...kitalah acuan anak-anak tu...susah nak membentuk...kena guna berbagai teknik...lama dan baru...dah letih..sekeh je....:-) :-) :-)

-----------------
N :...looo....budak pompuan pun lagu tu jugak nooo...ingatkan kot kalau pompuan boleh le aman damai...:-)

June said...

sajer nak bgtau, i luv keroncong too... eehhehehheeehhhhh, itu lagu?keroncongker?

Anonymous said...

Sedap lah.. lagu hari ini. I love keroncong..tambah kalau Hety Koes Endang yang nyanyi..

Liza

Anonymous said...

Ha..ha..ha..satu hari tu saya dah tak boleh tahan dengan anak sulong saya..Saya bagi dia pilihan..nak belajar dengan baik dan cemerlang atau goreng gitar tiap hari..dia tanya saya apa akan dia dapat kalau dia cemerlang ? "Abah tak tahu jawapan nya..tapi abah tahu jawapan kalau awak tak cemerlang.." "Engkau nampak lori sampah kat depan tu..? Itu tempat engkau..!" Degil nya dia..masa cuti sekolah lepas SPM..dia pergi kerja dengan syarikat pengangkut sampah tu..tahan jugak dia seminggu..lepas tu baru dia cakap..tak nak ler kerja macam tu abah..rupanya dia cuma nak confirmkan apa yang saya beritahu dia tentang susahnya kerja menjadi buruh yang begitu..ah.. PC saya tak pernah ada music..semenjak rajin melawat blog awak semua..terhibur jugak dengan muzik yang di pilih tu..

AuntieYan said...

moluska t : memang sedap lagu nih....Auntie memang suka lagu ni...keroncong, sangat sesuai dengan jiwa..:-)

-------------

Liza : Lagu keroncong memang feveret Kak Yan...kalau Hetty..oh!..lagu le shahdunya! :-)

maklang said...

Maklang pulak, bila Cik Abang tak ade kat rumah, rumah ni macam nak terbalik. Kalau Abah dia ada rumah, pandai pulak disiplin... Fenin... Fenin...kelaku budak2 memang camtu. Tak usik tak sah agaknya...

MA said...

Tadi si Abang komplen yang si Adik terlampau manja sangat.

" Ma! Boleh tak kita hantar Adik masuk kem ? "

" Kem mana pulak ? "

" Kem Khidmat Negara ke...kasi latih sikit jangan manja sangat ! "

Nak tergolek I gelak !

Anonymous said...

suruh dia masuk askar la .. amik pegawai kadet tentera laut ...leh jadi kapten kapal selam .. gempaq skit ..

Anonymous said...

Auntie Yan, rasa cam nak ulang tajuk jugaklah "Kesiannnn Jim"

bila ada bercakar, bila takde ditanya. kan?

anyway, happy belated 15th bday, yang ke ... " (fill in the blank, heh!)

AuntieYan said...

MakLang: at least bebudak ada juga tempat depa rasa takut dan nak disiplinkan diri...budak-budak kalau dengan emak memang tak makan saman.Anak-anak AY gitu le...dengan ayahnya pun sama le...
-----------------

Mak andeh:...kah!...kah!...bayangkan adik kena masuk PLKN....:-)

---------------
Anonymous: Auntie memang suka kalau Amir minat nak join kadet TUDM atau TLDM...baru ni ada advertisekan...Akedemi Laut...Amir kata...."o!...mak...jangan le...Mir tak pandai berenang!..."
--------------
Cyberdad: begitu le anak-anak, bila ada, ada saja yang nak di gaduhkan...tapi celek mata tanya pulak..."mana abang Amir?" :-)

P/s: terima kasih...
laaaaa...yg. ke 15 le tuh!...tahun depan 25 pulak...:-)