Thursday, March 23, 2006

Agenda Makan.

Auntie dah balik semula ke ofis setelah 4 hari berada di Port Dickson.Lama dah Auntie tak keluar dari ofis. ...selalu je mengelak kalau bos suruh ke luar..almaklum Auntie ada good excuses...kalau bos berkeras, Auntie keluarkan surat doktor.....bos pun mengalah.:-)...he!...he!...
Sejak dua bulan kebelakangan ni, alhamdulillah, kesihatan lutut dah bertambah baik/lega, jadi dah tak boleh mengelak lagi dan Auntie pun rasa dah jemu jugak dengan suasana ofis. Sekali sekala keluar seronok jugak. Jadinya, Auntie pun pergilah menghadiri Seminar yang dianjurkan selama 4 hari. Selain dari dapat ilmu, Auntie jugak dapat berkenalan dengan para peserta...dan yang penting bila balik ofis dapat menjalankan tugas dengan lebih effisyen lagi....(macam bagus je bunyinya nih....:)
Dah agak lama jugak Auntie tak ke PD. Selalunya dulu kalau pergi kami booking saja chalet gomen.Sekarang dah ada Apartment pulak.Kalau pergi kat tempat-tempat ni adalah peluang Auntie nak mandi laut juga sebabnya kawasan tempat nak mandi-manda tu tak le 'open' sangat dan sangat sesuailah dengan Auntie yang 'pemalu' nih! ;-)
Yang Auntie pergi baru ni tak mandi pun...laut pun tak nampak....resort yang kami duduk bukan bersebelahan dengan laut...kalau nak pergi, kena seberang jalan dan agak jauh jugak le. Nak pergi pun tak ada masa sebab schedule seminar tu sungguh padat...sampai ke malam.Memang letih le...selain drp letih dok fokus masa seminar...letih jugak kerana banyak makan...sehari sampai 6 kali makan, rasanya kalau ditimbang badan ni sah le naik dua tiga kilo gamaknya.Ha...ni masa tengah menaip entry ni time makan....Auntie tak pergi le makan...biar surut sikit perut ni....rasa macam perut orang mengandung pulak dah...;-)...isyyyy....!!!

Tu, yang kenkadang tu malas le nak gi seminar atau kursus anjuran ofis ni....agenda makan tak habis-habis....mewah dengan makanan.
--------------------------


Maaf le Auntie dak buat gempar tentang hari jadi nih. Bagi Auntie h/jadi dah tak ada apa pun hanya setakat mengingatkan diri yang semakin hari usia bertambah...nak kena tanyalah, selain dari tambah berat badan, kena jugalah tambah amal ibadat, sentiasa ingatkan Allah.
Kepada yang dok ucap s/h/jadi tu Auntie ucapkan ribuan terima kasih dan rasa amat terharu sekali. Yang hantar SMS bergambar kek (bila nak hantar kek betul-betul tu?) pun Auntie ucap terima kasih...
...ada pulak yang rajin pi letak 'radio' kat blog Auntie nih....terima-kasih yang tak terhingga...muahhhhmuahhhh!!!! Dengar le lagu tu...sedapkan...sesuai dengan Auntie tu....pandai sungguh depa cari lagu tuh....
------------------------
Hemm...malam ni pun nampak gayanya ada agenda makan lagi.Ahhh...susah-susah je...lah member bersekutu nih!!!

7 comments:

Anonymous said...

Ah ha..dah pergi kerja.."perempuan yang tak pandai menjaga badan.." huh..power lagu tu..elok lah jaga menjaga mana yang patut..saya tiap kali gi course ada masalah yang sama macam auntie..tapi..saya memang gemok..jadi..tak kisah lah..baru sekarang saya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk punya badan yang seperti sepatutnya..10km satu hari kena cycle..bukan senang oo..baik jaga dari awal..nak short cut boleh..tapi nanti menggelebeh lak..lagi burok..!

Sya said...

Kak yan.. sedap tau lagu ni, walaupun dengar citer dr member bersekutu lagu yg dipilih dan tak dapat dimasukkan lagik sedap dari ni...

Queen Of The House said...

Makan sampai 6 kali sehari!! Mewahnya, kalau kat rumah tak kuasa kita nak sedia makan sampai banyak yu. But that is the fact, kalau berseminar kat hotel, siaplah nak kuruskan badan lepas tu.

Anyway, Happy '15th' Birthday, Kak Yan!! Semoga diberkati hidup dan diberi kesejahteraan selalu :)

Sri Diah said...

Amboi lama sungguh tak menjengah rumah sini, tup=tup ada upacara tiup lilin. happy belated b'day sis yan, semoga bahagia, ceria dan sihat. makan-makan tu ingatlah kat kita ya... laksa? mi kari? mi slurrp pun ok jugak ;-)

MA said...

Kak Yan : bila-bila nak tukar lagu tu habaq mai. Nak letak lagu A-Go-Go pun saya boleh carikan nanti ;-)

aNIe said...

MA...nak bagi kak Yan A-go-go ke...heheh...maklumlah baru 15 thn...hehehe...baik2 kak yan..masa ber a-go-go tu..MA tu dia boleh a-go-go ligat2...kita ni lutut dah semput...hahaha...

SELAMAT HARI JADI YE KAK YAN....moga panjang umur...& dimurahkan rezeki...paling penting bertambah iman di dada & bahagia hendaknya bersama hero kak Yan...

Anonymous said...

selamat hari jadi AuntieYan