Auntie dah cool down..He!..he!... Harap lain kali tak ada lagi yang buat perangai kurang sopan ni. Ada orang boleh saja nak merapu meraban....Auntie pulak ada masa tak berkira sangat. Kenkadang nak ambil hati sangat pun tak boleh juga. bebudak mentah....mungkin depa ni belajarnya terrer....so, depa ingat depa terrer sangat dah...depa boleh buat sesuka hati. Ingat anak-anak ye...Auntie ni macam mak mak kamu semua je....kalau kamu hormat mak kamu semua....Auntie pun macam tu jugak lah. Bukan nak disanjung atau dipuja puji...cukup setakat berlaku sopan.
Bukan mudah menjangaku usia separuh abad nih. Apa lagi Auntie seorang wanita yang memainkan dua peranan. Berkerjaya dan suri rumah tangga. Mungkin kerjaya Auntie tidak setanding yang berkelulusan menara gading...ingat..tak semua ilmu dapat ditimba di manara gading tu. Ada ilmu hanya dapat diterokai melalui liku-liku hidup, disepanjang perjalanan.
Bukan mudah juga menempoh saat-saat gemilang untuk masuk ke gerbang usia emas. Ada masa perasaan berkecamuk, ada masa rasa sedih....setiap masa mengenang zaman yang dah berlalu. Patut lah orang tua (yang lebih tua dari Auntie) selalu saja rasa terpencil dan dipencilkan. Apa lagi yang dah mula bersaorangan (suami/isteri meninggal)...hidup mula tak keruan. tengok sajalah mak atau ayah kita yang dah kesaorangan. Sentiasa perlu perhatian.
Sementara kita masih ada pasangan ini, jagalah pasangan kita. Banyak bertolak ansur. Tua cara tua, yang muda cara muda.
Semakin tua, rasanya lagi susah nak jaga hati partner...
Bukan saja susah nak jaga hati...nak menjaga kesihatan lagi. Sendiri punya kesihatan pun kena jaga juga.
Bagi yang masih muda jagalah kesihatan sebelum ianya merosot. Kesihatan tidak kekal selamanya. Sakit tak kira usia. Begitu juga mati.
Auntie memang minat sekali kalau bercerita pasal kesihatan nih...nantilah, senang-senang Auntie akan bagitahu serba sikit tips untuk jaga diri nih...psstt...petua awet muda pun boleh....:-)
23 comments:
Ahh HA..ah..ha..teman ingat kan sejuk aircond..rhoper-rhoper nyer sejuk AY..cool..rahsia awet muda teman dah ada..tapi apa nak buat..roper teman macam orang dah pencen..!
yeahhhh...cool auntie yan..bior anon tu pun akan sejuk beku...
Good and sound advice, Kak Yan. Especially about appreciating our spouse. Sat nak pi SMS kat KOTH kata I LOVE YOU or something to that effect :) Kadang-kadang kita lupa. Being romantic is not only for the young, heheh.
And as for being courteous when leaving comments, let's all remember that common courtesy extends even in faceless blogworld.
En.Ari:...nak tergelak!...."awet muda dah ada, tapi rupa macam orang pencen!..."...macam mana tuh!...rasanya awak tak le tua sangat lagi...isyy..kena buat sesuatu tuh...:-)
----------------------
QOTH : Dah hantar SMS tu?....bagus!...orang jantan memang suka kalau kita manja-manjakan dia....tapi, dia ego....nak manjakan kita susah...
p/s :psst!...we remain as romentic as possibble..:-)...tapi kat rumah le...kang depan public ramai pulak yang terjeluek..:p
--------------------
Mamarisya:....He!...He...dah cool :-)...ramai yang bagi semangat.Orang tu gitu le..anak-anak pujuk je...sukaaa....:-)
Kak yan...dah beberapa hari baru dapat menjengok blog kak yan...bila dpt tau kak yan marah pasal anon tu ...lady scroll ke bawah dan cari saper le agaknya yang kak yan marahkan tu...
Betullah kak Yan...bebudak ni kadang tak tau camaner nak menghormati orang2 lama macam kita...kalau ye pun nak meng'komen' gunakanlah bahasa yang elok...'Bahasa tu kan menggambarkan diri kita'..kita ni bukan sebaya mereka...dah pangkat mak-mak dah...macam kata kak Yan
Memang bila kita dah meningkat dewasa (hehehe...malu nak guna tua)...perasan akan lebih sensitif...tapi orang perempuan ni selalunya sensitif kat anak2...tapi orang laki sensitif dia kat isteri & anak2....lebih teruk tu...kita ni...masih boleh bertolak ansur lagi lah
Gigi maintain..rambut..baru nak tumbuh..orang lain tak ada yang gugur rambut sebab ubat sakit jantung..saya dah botak sebab kesan sampingan ubat tu..tapi tak pa lah..Kojak tu pun botak..
Aunty yan bab petua tu yang saya minat nak tahu tu...umur kita ni makin hari makin banyak....hmm tapi masa kita tak tahu lah bila kan tiba.
BBB dengan Kajang bukannya jauh sangat kan
auntie, bagi yer petua awat muda tu...
Auntieyan, satu nasihat yang sangat baik untuk yang dewasa dan yang muda. AM dok tunggu petua dari Antieyan nie yang lebih awal makan garam. Buku Dato Sarimah pun ada jugak bawa kesini dengan petua-petuanya. Kadang2 ikut, kadang2 lupa..hehehe..
Take care Auntieyan!
tumpang blog kak yan sat -phinisi the dream-saya masuak blog anda, tapi tak dapat komen..kedekut betul...hehehehe...kirim salam isteri ye..
kak yan-yaa cool kak yan..cool..cool fever...hehehehe nanti saya belanja makan abc kat taman warisan yek...
Assalamualaikum Auntie Yan,
Tumpang lalu yek! Seronok baca blog ni...
Tahniah, untuk ulangtahun perkahwinan yg ke-26... semoga dapat belajar banyak dari Auntie supaya boleh di'apply' kat perkahwinan saya yg belum pun setahun ni pulak.
Salam perkenalan yek...
Hai aunty yan..
sib baik aunty yan dah cool. teruk la si anon tu.. dia tak patut ckp cenggitu dgn aunty. tak kirala muda ke tua ke.. kenala hormatkan org.. tul tak aunty?
hope aunty sihat selalu.
bagile tips kesihatan and awet muda tu aunty. :)
Kak Yan : Alhamdulillah. Cool down dah tu baguih la. jangan sampai sakit urat sudahlah.
Kak_Lady : :-)....tak pe, dah cool down dah.Lain kali ada sesapa buat perangai lagi kita lukukan je....;-)Bebudak...nak buat macam mana?
---------------
En.Ari: Rajin dok masuk ke sini, lebih baik pi godekkan comment box tu biar ramai orang boleh bagi pendapat. Tuuu ramai yang dah minat kat awak...:-)
----------------
Bisutulibuta :Bukan syarah....ingat mengingati...:-)
Nak belanja makan???...mentang-mentang le Akak kuat makan!!!! :(
He!...he!....awak tu boleh lagi ke nak bersuka ria????
---------------
Anggerik :...he!..he!...dok diUK pun masih kena guna petua Melayu....cayalah!!!. Nantile...tengah nak kumpul idea nih....:-)
--------------
P-Nut :...tu En. Phinisi kata dia tak perasan yang orang tak boleh nak komen kat blog dia...Tak tahu bila dia nak betulkan supaya kita semua boleh tinggalkan komen. :-)
-------------
edyan 7 : Waalaikum salam. Wah! orang muda gayanya. Baru kawin?...hemmmm masih pengantin nih....Dok baik-baik. Jangan lawan cakap suami. Rajin-rajin memasak. Terutama b/fast.Boleh???
--------------
Sarah:...hai! :-)
Memang dah cool pun. Tak pelah...isyaallah dia tak buat lagi. Kalau buat jugak, kita toksah kawan dengan dia.
Tips tu...nantilah...senang-senang nanti Auntie tulis lah.
-----------------
N : :-) :-) :-)
Marah orang tua. Sakit urat ni pun tak boleh tentu jugak N ooiiii!...tersilap makan pun boleh sakit.
----------------
Onde-onde : Dah ok. :-)
Selalunya weekends Auntie suka masak Sup kepala ikan merah. Boh kentang karot dan tomato.
Menu kegemaran My Hero Tamil!!!!
Setuju sepenuhnya ngan kak yan.. tak semua ilmu boleh dipelajari di menara gading...
Dah..tadi saya dah buka tapi untuk blog Kayu Manis..saya ingat kan Phinisi akan onn serentak..sudah silap lah..sekarang both onn for comment.
Auntie !!
Memang kena blog pasal awet muda nii.
Jo pun ada satu tips..
Jo suker gelak...
Tuu kira cam awet muder gak tuu..
KakYan mendapat sokongan dari IdHam.
IdHam ni paling tak suka manusia ganas2, biadap2 gitu...baik tua atau muda...baik laki2 atau perempuan...Hidup ini memerlukan tata-tertib...
kalau di rumah sendiri buat la apa yg patut...tapi kalau di ruang umum dan di ruang tamu kak yan....bersopan la sikit.
Idham <---LEMAH LEMBUT, tapi tak la lembut hehehe
Sya: Ilmu yang tak terdapat di menara gading tu kena cari thro' pengelaman dan pergaulan.Mahal tuh..
-------------
En. Ari: nanti saya akan pergi tinggalkan komen kat sana bila perlu. Tengoklah nanti tentu banyak komen masuk.
-------------
Jo:....uhhh!...lama tak tinggal komen kat sini....sibuk dengan puteri yang baru tu ke???
p/s :...dikatakan orang, senyum dan gelak dapat menceriakan hati dan perasaan...tentunya awet muda!!!
------------
En. Idham:...selamat datang....Eh...Auntie 'seriau' tengok gombo tuh!....:-)
Ya, ramai orang suka sopan santun dah lemah lembut ni...
Auntie pun takut dengan orang biadap dan outspoken tak tentu ke hala nih...
* Adab Sopan Amalan Kita.:-)
salam kak yan, bukan setakat usia setengah abad, zar yang baru awal 30 an ni pun dah rasa sakit sana lenguh sini. Pantang silap makan sikit, gastrik ler, sakit perut ler.. macam macam hal.
Tapi selagi berkudrat, akan diteruskan juga kehidupan ni setakat yang mampu..
Zar, Kak Yan rasa Zar ni kuat bekerja sangat...relex le masa masih panjang tuh...kena bawa berehat dan tenang-tenangkan fikiran....& jaga kesihatan.
Assalamualaikom
Nie furst tym masok your blog sbb tgh carik info pasal bedak sejok. Apparently in ur previous blog ada pasal bedak sejok nie...
ahaa.. AuntieYan nie leh x kasi petua how to buat bedak sejok nie. A lot of people said that its good for the face. So would u mind in ur next entry to write about it perhaps?
Nice blog btw, the song is quite compatible with the green and peaceful ambience.. hehehehe.. wicked.
Post a Comment