Banyak peristiwa yang tak dapat dilupakan berlaku pada minggu lepas seterusnya membawa ke minggu ini. Alhamdulillah, semuanya telah selesai dan rasa legaaa...
Sebenarnya Auntie agak risau dengan "kesenyapan" seorang rakan sekutu yang sentiasa menghubungi Auntie, baik dengan panggilan telefon atau menghantar SMS atau terus bersua muka...sejak seminggu dia membisu...risau jugak..merajuk kah dia?...out-station ke?...bizi beno ke dia??? pi over-sea ke member aku nih.....last sekali....sakit ke??? Akhirnya Auntie telefon dia dua tiga malam sudah..sah! dia tak sihat....alhamdulillah, pagi tadi dia call Auntie...suara dia dah ceria macam selalu walau pun masih lagi berehat di rumah. Mudah-mudahan semua ok semula.
Kak Yan sentiasa doakan kesihatan yang baik untuk mu. Amin.
--------------------------
Cerita balik kampung:
Sepatutnya cerita ni dah keluar...tapi terpaksa ditangguhkan..banyak tergendala.
Auntie balik kampung pada hari Merdeka. Alhamdulillah mak Auntie sihat walafiat. Mulut dia masih pot-pet, pot-pet lagi...gelabah dia pun macam biasa jugak. Cuma, mak ni dia bongkok...berjalan pakai tongkat walau dalam rumah. Dia masih tetap aktif di dapur...tugas tetap dia ialah membersihkan ikan dan juga memasak nasi. Orang lain jangan cuba nak masak nasi, nanti, ada saja yang dia akan komplen, nasi lembek la, keras sangat la...beras tak putih le sebab basuh beras tak cukup bersih la...hemm ada sajalah. So, Auntie dah faham beno....biar saja dia yang buat.
Mak Auntie memang terkejut masa kami sampai tuh...dia tercengang bila tengok En. Amir dah berdiri didepan pintu, kebetulan masa tu adalah Cina datang rumah dia dok repair longkang yang pecah..dia pun tanya Cina tu..."tokey, ini sape??"...En.Amir pun tergelak besar..."Tok, ini Amir la...kami baru sampai!"...mengucap panjang dia...."Laaa...hangpa dah makan?...hari ni kami buat mee goreng saja, Cina nak baiki longkang dan nak repair bilik air sikit"....awat tak beri tahu????" oh...bertalu-talu soklan dia. Auntie bagi tahu dia tak payah risau...kami dah makan sebelum sampai dan masih kenyang lagi.
Dari raut wajah dia, dia sungguh gumbira, apa lagi dia langsung tak sangka kami akan balik.
Petang tu, Auntie pergi rumah adik Auntie Cik Lan. Dia ni kerap tak de di rumah. Dah berapa kali kami balik, tak dapat jumpa. Adik Auntie ni aktif orangnya. Dia memang suka adventure....apa lagi kalau kembara ke dalam hutan. Keraplah dia masuk hutan simpan Belum tuh. Selain kerana kerja, dia rajin bawa kenkawan dia atau student nak buat expedisi...macam tulah....Adek ipar Auntie pulak(isteri dialah) dah pencen...pencen awal..(optional retirement) Anak-anak dia dah besar panjang dah...semua berada di IPTA.
Bila kami sampai rumah dia tu, dia baru saja balik daripada mengetuai konvoi motosikal sempena sambutan Merdeka.
Sembang punya sembang, Auntie tercakap le dengan adik ipar minta tolong dia bawa Cik Din buat check-up kat hospital. (Adik ipar Auntie ni, dulunya seorang jururawat berpangkat Sister...baru saja pencen tu...tapi hospital masih lagi dok refer kat dia apa-apa masalah..orang lama lah katakan...)
Esoknya, adik ipar pun datang nak bawa Cik Din ke hospital. Mulanya Cik Din menolak, tapi pandai le kami memaksa dia, akhirnya berjaya jugak. Auntie tak ikut sama.
Ada le dalam 2 jam depa dua orang pun balik. Sah le ...ketakutan Cik Din....memang dia ada hypertension @ darah tinggi yang ditahap merbahaya....BPnya dah mencecah 200/105 . Doktor pun hairan macam mana dia boleh bawak kereta begitu jauh dengan BP yang begitu tinggi .
Sepatutnya Cik Din kena terus masuk wad, tapi, dah kita dok di KL, doktor suruh check kat KL sebaik saja sampai dan Cik Din kenalah sign surat akuan mengatakan dia yg. akan bertanggungjawap sekiranya apa-apa terjadi kerana tak masuk wad seperti yang sepatutnya. Kecut le juga perut kami...Cik Din apalah lagi.
Hari Sabtu, kami bertawakkal sajalah balik semula keKL, alhamdulillah, cuaca redup saja, malah hujan agak lebat dari Ipoh hingga KL...jadi tak le panas sangat.
Dengan surat dari doktor dikampung, hari Selasa lepas Cik Din pun pergilah buat chech-up kat klinik gomen di BBB. Dari situ direfer ke hospital Serdang (hospital baru) dalam pukul 4.00 macam tu sorang jururawat telefon Auntie suruh datang ke bhg. emergensi H.Serdang , kerana "suami Puan akan dimasukkan ke wad...sila datang segera"...Aduiiii!...nak pergi dengan apa le pulak???..nasib baik ada kawan yang offer nak hantar sampai hospital tu.
Sampai je, Auntie terkejut jugaklah....Cik Din dah terbaring dikatil dengan berbagai wayer kat dada dia. Dari jauh dia melambai bila nampak Auntie datang. Memang dia dalam ketakutan...tangan dia sejuk bila Auntie pegang.....first time dia masuk hospital tu...panik jugak lah Auntie...maklum, Auntie cuma tinggal berdua dengan Jim...apalah sangat yang kami boleh buat?? Adik Auntie ada kat KL. Kalau KL tu senang lah jugak, teksi bersepah. Senang nak ulang alik. Adik-adik pun ada...ini kat BBB.....sedih sangat rasanya masa tu....Nasib baik le Auntie dapat contact si Anja...dia sampai dengan segera kat hospital. Dialah bawak Auntie balik dengan kereta yang Cik Din parked depan Unit Emergency.
Esoknya (Rabu) Auntie cuti. Lepas b/fast dan masak lebih kurang, Auntie dengan Anja pergi P.pos.....menghidupkan lesen memandu Auntie yang dah mati 4 bulan...he...he! Anja kata, mak kena jugak bawak kereta semula, dia boleh tolong sehari dua saja...ye lah jugak, dia pun kena kerja, takkan nak cuti lama-lama. Dari pejabat pos, terus saja kami ke hospital. Hari ke dua, nampak Cik Din dah Ok sikit....dah boleh senyum....tangan pun dah tak sejuk lagi.. Auntie duduk le kat hospital tu sampai pukul 2.45. Ingatkan nak tunggu sampai pukul 7, tapi risau pulak Jim nanti balik sekolah tak de orang kat rumah.
Dengan degupan jantung yang dap-dup, dap-dup Auntie memegang semula steering kereta, setelah berkurun tak menyentuhnya. Jalan pun Auntie tak tahu, dek kerana dah terpaksa, Auntie tawakal saja meredah jalan yang bersimpang siur...ikut saja signboard. Anja pulak menuju ke KL. Alhamdulillah, Auntie selamat sampai ke rumah dalam masa 10 minit saja. Sebaik sampai, barulah terasa perut lapar, sedar-sedar, rupanya dari semalam Auntie tak makan apa-apa. Badan rasa letih sangat. Lepas makan dan solat, telan penadol 2 bijik, terus lena tak sedar diri...tahu-tahu terdengar Jim beri salam suruh buka pintu....Allahhuakbar!!!! rupanya Auntie terlena hingga jam 7.00!!
Hari Khamis Auntie beranikan diri, bawak jugak kereta tu...awal lagi dah keluar...aisehmen!...nak kena lalu dua round-about....boleh ka?......hentam sajalah, redah saja!!....alhamdullilah!...selamat Auntie sampai ke ofis. Satu lagi problemanya.....berani ke nak masuk parking under ground tu....hemmm...punnnn redah jugak....oleh kerana sampainya pagi, parking lot masih banyak kosong...so...tak de le susah mana.....
Tengaharinya Cik Din telefon, dia dah boleh keluar....ohhhh...legaaaa rasanya. Sekali lagi, Auntie rasa berdebar...macam mana le nak sampai ke hospital nih???? Nak keluar dari parking pun dah dua kali pusing tak jumpa jalan keluar....Macam semalam jugak, Auntie beranikan diri, ikut saja signboard, jangan panik.....bawak kereta sambil nyanyi..... Jauh jugak hospital ni dari ofis Auntie. Kalau dari rumah dekat saja.
Masa Auntie bawak kereta tu, rasanya pemandu yang lain tu semuanya macam tahu je yang Auntie ni takut....memang takut...tapi dalam takut tu laju jugak Auntie bawak...test sikit power tuh!!!!:-) Masa sampai, Cik Din masih kat farmasi nak ambil ubat, tuuu diaa..sebeban ubat. Ada yang untuk 2 bulan, ada yang untuk sebulan. Nak balik kerumah, Auntie suruh dia duduk diam-diam biar Auntie yang bawak kereta.Mulanya dia tak setuju, tapi akhirnya dia kata ok.
Malamnya, Cik Din asyik cerita experienced dia sajalah....Syukurlah, belum terlambat. Auntie malas le nak cakap apa-apa lagi kat dia...iakan sajalah....:-)
Pagi ni, Auntie datang kerja ditemani Cik Din...dia yang nak bawak kereta....cis!!!
Auntie bertegas, biarlah Auntie bawak, dia boleh judge samada Auntie ok atau tidak. Bila sampai je depan ofis, dia kata..."oklah...you lulus...I boleh kasi you 7/10.. " :-) jadilah...kira oklah
kan??
-----------------------------
14 comments:
aduh AY, sedih ada nak tergelak pun ada bila baca entry ni, apa pun semoga cik din lekas sembuh
kata kat cik din, jgn takut bila jumpa dr, nanti jadi macam hubby saya, takut punya pasal, bp pun naik! padahal takde sakit apa2 pun...hehe..
dan tahniah juga sebab berani bawak kereta...lepas ni, kena selalu2 la drive, jadi cik din bole dok kat sebelah je..
Noha:....memang le nak tergelak..dalam dok panik tu kelakar pun ada.
Noha, orang lelaki ni agaknya macam tulah.....depa ego saja lebih...he!...he!...
Rasanya, lepas ni, kalau Cik Din jumpa doktor dia tak lahtakut sangat.....:-)
.....bawak kereta sambil nyanyi..... <--- statement ni yang paling tak tahan !
Kak Yan nyanyi lagu apa ? " Pon-pon-ponpon-ponponponpon...kereta kecil warna merah..."
Maaf tak dapat melawat sebab tuan punya badan pun tak sihat sangat. terima kasih atas doa itu. Sayang Kak Yan...(((hugs)))
AuntieYan,
Masih kuat mak auntieyan.
Kelakar baca pasal auntieyan drive. Tu lah kan kalau dah terdesak..boleh jugak bawa kereta.
Diharap Cik Din cepat sembuh.
auntiYan, Harap Cik Din akan sembuh. Kitadah sampai ke tahap, kalau kita yangtak sakit sama tua kita yang sakit, sama-samalah jaga diri masing2.
auntieYan, moga cik din cepat sembuh. ada rahmat jugak tu, at least auntie yan boleh drive ngan confident nya and tau lah jalan kat kl ni :)
oii tingginya BPtu.Cik Din kena le rajin makan ubat.7/10?.Okletu pass sikit lama lagi jadile 10/10.
Adooooiii Laaa 200/110 !! Tingggi nyerrrrrrr.
Jo Kalau 150/110 tuu udah rasa macam nak mual ajer. Badan tak sedap. 160 tuu sure tokleh jalan dah. Musti terbaring..
Tapikan orang punya treshold level lellain..
Rehat berbanyak Cik Din... Hati mau Senang sokmo. Mboh dia turun..
Nyanyi dalam kereta. Jo pun suker.
Mak Andeh:....nyanyi untuk hilangkan rasa gemuruh....lagu apa??...tentunya lagu hak lama...:-).
p/s: Tak melawat tak pe....tolong doakan tu yang pentingnya.
------------------
Anggerik:...nak di ikutkan, mak AY tu masih ok lagi...cumanya dia selalu memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya. Dia masih ingat AY masih bebudak....
AY bawak kereta....ha!ha!....memang kelakar...dah lama sungguh tak bawak.
------------------
Kak Teh: Terima kasih. Dia dah keluar hospital. La ni nak kena cuba dapatkan BP yang normal lah.....masakan tak bergaram dan bergula...ada hikmah insyaallah....AY pun boleh tumpang menjaga diet...insyaallah, bila kita jumpa nanti, AY akan kelihatan lebih ramping!!! Auwwww!!!! :-)
--------------------
Mamarock: memang dah lama AY menunggu saat-saat untuk dapat peluang nak drive...insyaallah lepas ni boleh gi bersiar-siar sendiri...:-)
--------------------
Easylady:...memang sah tinggi BP dia tu. Kalau orang lain dah tumbang gamaknya.Dia boleh drive hampir 350 km...lagi...
Adakah kerana dia rajin buat exercise?....boleh ke orang ada BP tinggi buat exersice??
Kalau bab makan ubat dan pantang makan ni, Cik Din tak de masalah...dia ni memang jenis yang berdisplin...:-)
---------------------
Jo, nampaknya Cik Din pun dah masuk 'kelab' orang ada hypertension...hemmm...nak buat cam ne?...dia rajin excersice pun kena jugak...mungkin faktor keturunan.
cayalah auntie.berjaya juga akhirnya...ada sorang kakak kat opis saya ni,dia dah nak pencen..dah lama tak bawak keta..jadi dia bertekad nak bawak keta balik sebelum pencen...jadinya saya le yang tukang jadi co pilotnya..sebab umah dekat...hari-hari saya kena naik kete dia and duduk sebelah check...alhamdulillah ok..dah tak takut dah..dah pencen pun dah dia dan bersenang lenang kat umah..ada sesapa yg memerlukan khidmat saya??
Kak Yan...kalau terpaksa tu ...apa pun insyaallah kita boleh buat.
Elok juga kak Yan mengasah bakat membawa kereta tu semula sebab dalam keadaan takde orang kat rumah kita terpaksa buat semuanya...
Moga cik Din akan sihat semula...kene jaga makan tu kak Yan...
Suri: AY, yg. benonya dah lama ada lesen memandu dan dah biasa memandu ke hulu ke hilir...:-), tapi bila mula pregnant anak ke 2, terus je malas nak memandu....AY hanya memandu sekali-sekali, bila Cik Din tak de...tu pun hanya takat anto anak ke sekolah...which is dekat bebeno dengan rumah...:-)
Ya, dah terpaksa...macam ok sajalah...lagi pun kete tu auto..tak le susah mana....cuma nak hilangkan gelabah je....
--------------------
pb: Terima kasih. Cik Din dah beransur sihat...dia terkejut tu sebab kena masuk spital...:-)
--------------------
BTB: Adindaku,
Jangan sesekali Adinda menunjukkan diri pada kekanda.....akan kekanda 'pelangkung' adinda....awasssss!!!!!!
Biasa dia tu gelak kat orangggg...:(
p/s: walau pun itu honn memekak satu Putrajaya..takkan mengganggu adinda yang tuli???
-------------
Kak_Lady:...he!..he!... mengasah bakat. Sekali sekala je boleh. Kereta pun ada satu nak direbut...:-)
--------------
KakZ: Cik Din ni, memang kaum kerabat dia ramai yang ada d.tinggi tu..dia ni kira baru dapat saja. Macam petua jugak yang AY dapat dari kenkawan..nasib baik Cik Din dia tak kisah...semuanya dia belasah. :)...insyallah boleh try jugak petua tu.Terima Kasih.
Aunty,
maaflah lambat komen.. hoe not too late to say, how proud i am with you. Dah boleh drive ke hulu ke hilir tu.. dan alhamdulillah, hero aunty makin sihat, kena jaga kesihatan tu ya,
Post a Comment