Sejak hari Isnin lagi ofis Auntie sunyi saja. Dari bos besar sampai bos kecik-kecik membawa kepada segala Gurkha berkampung di PWTC ada satu Internasional Conference yang sedang berlangsung. Ofis Auntie ni jadi penganjurnya. Dah beberapa minggu sebelum tu kami sibuk bagai nak rak.Telefon kat ofis pun macam kat dalam bursa saham . Banyak call masuk terutama dari luar negara. Ramai participant yang dijemput. Dari India, Pakistan, Iran, Singapore Thailand, Vietnam, Jepun Korea, Us pun ada.
Tinggal Auntie dan beberapa orang saja yang ditugaskan menjaga ofis....dipendekkan cerita, Auntie ni macam jadi Jaga le pulak...Sungguh pun bos-bos semua tak de...kami yang berapa cangak ni kena stand-by....kena jawap call...yang bos-bos tu pulak kejap-kejap telefon...ada saja yang depa suruh kami buat....ingatkan kami ni nak bersukarialah bila depa semua tak dak tu...he....hempehhh!!
Auntie memang awal-awal lagi dah volounteer nak jaga ofis...penat ooo kalau ikut kesana...siap kena bawak beg besar, sebab kena stay kat hotel...nasib baik pun tak terlibat secara langsung...kalau tidak lagilah tunggung-langgang dengan kes Cik Din masuk spetalnya.
Dua hari lepas, ada satu mamat dari Iran datang. Dia ni nak attend conference tu....Oleh kerana dah tak de sapa nak layan dia dan bebudak ofis ni panik tengok dia yang hensem tuh...terus le panggil Auntie....depa tak dapat nak bercakap dengan dia. Dia cakap orang putih....pun broken yang amat. Kita tanya lain, lain yang dijawapnya... hampeh betul dia nih...nasib baik le hensem ...dan orang Islam. Auntie pun mengambil kesempatan melayan dia dengan penuh kemesraan......(auwwww!!!!) Yang kelakar tu, dia dah sampai KL pada hari Jumaat dan menginap di Grand Season KL..yg. dekat GH tu. Kan ke PWTC dekat beno dah????...boleh pulak dia ambil cab datang ke Putrajaya.....takkan tak faham ...dalam surat tu ada sebut conference kat PWTC, KL....letih le Auntie dok explain kat dia. Susah nak faham apa dia cakap...kenkadang dia bantai cakap bahasa dia!..kelakar betul. Akhirnya dia tunjukkan satu map KL....bila Auntie tunjukkan dia mana PWTC, mana hotel dia...ketawa besar dia sambil menepok dahi.. nasib baiklah kebetulan ada pulak driver ofis nak keKL...so, Auntie kirimlah si mamat hensem ni kat driver tuh.
Masa nak pergi tu berkali-kalilah dia ucap terima kasih kat Auntie....hemmm...rasa macam nak ikut je dia kesana tuh....;-) ...nasib baik teringat ngan Hero Tamil yang tengah tak sihat tuh...insaf le sekejap. Sempat jugak dia bagi kad dia tuh...kat kad tu tertera nama dia....rupanya dia ni Lecturer dan ada Master.... masih bujang, umur baru 30...(hak ni...Auntie tanyalah...biase le kan makcik....tak sah kalau tak tanya benda-benda ni...)
Kalau hari-hari ada mamat hensem sesat ni baguih jugak noooo........
20 comments:
Ish..ish..ish..jeles..jeles..nak kena penaik aura bagi lebih hensem nih..tapi..kalau hensem kelas makcik-makcik..belum tentu termasuk kelas hensem anak muda..kalau ngan Salman Khan mana lagi hensem..?mat Mumbai ka..mat Iran tu ka..?
En. Ari, walau pun saya dah jadi makcik, penglihatan saya masih ok...
Hensem kelas makcik??..eh...sama je.
Saya tak minat Salman Khan tu...so, tak hensemlah pada pandangan saya.Dengan Mamat Iran tuh???...tentulah Mamat Iran lebih hensem....!!!
Kak Yan :
Kalau ada lagi Mamat hensem sesat, agak-agak kena dengan piawaian : "SEDERHANA, BERBUDIBAHASA, BIAR HENSEM ASAL KAYA "...hantarkan kat saya...
:-)
tahu dek cik din.. mau dia carik lain ni.
Psst...Kak Yan ade ensem mcm Shah Rukh Khan tak?
hemboi2 auntie, boleh tahan ek hehe.... errr ada cam saddam hussein tak muka dia ekekekek
Keh keh keh,
Aiseyman Auntie,. next time amek lee gambor. Pinjam lee tepon saper2 kat situh. Upload kan kat sini. Biorle kitorang bagi points.
Sharing is caring..he he.
2.) Jo takdrok laa exercise beriye sangat. Cumer yang very low impact tuu,. macam jalan2 sekitar tasik. Slow, tapi lama,. mebbe 1 jam.. Rasanya menolong jugak melonggarkan otot tersimpul niii.
Mak Andeh, jangan bimbang...kalau ada macam piawaian tu, sure KY tak lupa geng punya....:-)
---------------
Jubeiz, adui!!!jangan le kasi Auntie gelabah...rasanya Cik Din tak kisah pun...Mamat tu, alahai muda sesangat....umur dia pun macam you saja...boleh dibuat anak.:-)
---------------
Kak_Lady, nak dibandingkan dengan SRK tu...he!...he!...susah sikit...dua-dua hensem...dua-dua pun manis adaaaa....
Dia ni lebih kepada Mat salleh rupa dia...tapi, sebab dia Muslim tu yang lagi nampak "awww" tu...
--------------
Jo:..he!...he!...dok asyik melayan tengok muka dia terlupa pulak nak ambik gambo. Patut suruh dia ambik gambo AY dengan dia...:-)
p/s: ....h/p AY...jenis jaman dainasor...tarak kamera...nanti, hujung tahun ni nak beli hak boleh ambik gambo....:-)
Pasal excercise tu...Cik Din pun samalah...berjalan kaki saja...nak jog dah tak larat...
---------------
Nonie:...opppss...sorry, tertiggal pulak.
Nonie, tak salah le kot menghayati ciptaan Allah.
Saddam Hussien tu garang muka dia...eee takut gak. Mamat ni comel je...tuuu yg. teruja tuhhh...;-)
hi AY,
kelakar betul tang Hero Tamil tu...heheh..
kalau saya jadi AY pun, saya lebih suka dok kat opis, penat kalau kena jaga booth atau handle seminar/conference, takpelah keje byk pun, sekurang2nya kat opis sendiri..
AY,
lain kali kalau ada lagi mamat hensem n bujangan..hebah2 kat tag tuh...
auntieyan, tinggi tinggi hidung si mamat iran, tinggi lagi hidung hero tamil auntieyan...cobaan..keh keh keh
Trima Kasih sebab suka nama Arita Kasuma.
Seronok juga sesekali jumpa mamat Iran yang hensem :)
nohacomel : Betul. Jaga booth atau dok nyibuk masa seminar amat meletihkan apalagi kalau yang samapi membawa kemalam. Kalau dok kat ofis, selesai jugak kerja-kerja yang terbengkalai.:-)
---------------
Kak Z:.Mahmoud Ahmadinejad ???...errr sape pulak gerangannya ini?? Tolong habaq mai...
--------------
royce: Jangan bimbang, kalau ada lagi, akan Auntie sebarkan...takkan nak pulun sorang..lagi pun ngan Auntie dah tak sesuaiii lagi!
--------------
BTB:....eleh!!!....halwa mata...untuk Akak??...dah tak de makneeenyaaa...!!!(Tentu Mamat tu kata: "Cis!!! buang karan sungguh le makcik nih!")
--------------
mamarosk:...:-) :-)
Hidung Hero Tamil pun tak kalah juga....kalau dikalangan orang kita Melayu, boleh konsider tinggi jugak...
---------------
Arita Kesuma: Ya....harapa dapat jumpa ramai lagi..:-)
Kak Yan, sekali sekala nak jugak kita cuci mata kan. Ni selalu dok dengar depa (lelaki ) je yang dapat. Nasib kak yan tak ada anak pompuan no, kalau tidak, entah2 dah pinang untuk buat menantu :-)
AMBOIIIIIIIIII...............AUNTIE ...
Amboi Kak Yan .... ayat power yang last tu buat saya tergelak sungguh!! Cuci mata noooo ....
New add to my site.
ai.. lama tak update..
N: He!...he!...cuci mata kita tak sampai kemana pun N....tahap suka-suka sajalah...:-)
---------
aisa:...:-)...sekali-sekala...!
---------
Queen :...KY cuba skill lama...:-)
---------
En.Ari: Nanti saya pergi melawat.
---------
Jubeiz :...sibuk memanjang....:-(
--------
Post a Comment