Sibuk sungguh Auntie ni...sejak hari Isnin lagi. Hari ni, dari pagi tadi lagi sibuknya. Ni dah hampir jam 12.30 tgh baru le boleh nak jengok blog.
Auntie memang antara yang terawal sampai kat ofis. Hari ni sharp jam 7.00 dah sampai. Selalunya Auntie akan mengaji (Al-Quran) dulu barang 2, 3 muka surat, lepas tu baca terjemahan. Kalau nak harap baca kat rumah selalunya tak terbaca...ada saja alasannya. :-(
Pepagi, memang sunyi sepi...ada jugak rasa seram kat ofis sensorang tu..tapi kontrol sajalah...lagi pun siang hari...sambil berjalan ke meja, sambil buat-buat batuk...
Dah dua hari aircon tak berapa sejuk...ada masa rasa agak panas...terpaksa pasang kipas angin pulak. Dah pukul 7.30 barulah dengar ada orang lain yang masuk ofis...."isyyy...KY, seram saya dengar orang ngaji dalam suasana sunyi "...kata En.K. Apalah yang nak diseramkan...tentunya bukan hantu atau syaitan...sebab makhluk ni tentunya tak mengaji quran. Betul tak?
Ramai yang dah sampai, ofis pun mula bising. Dah dua minggu sunyi sepi depa berconference di PWTC. Sibuk pulak dok siap bilik meeting dan order makan. Kejap tu depa buat announcement minta semua yang free boleh masuk bilik meeting sebab nak meraikan tetamu dari India yang datang buat lawatan seramai 20 orang. Bos kecik Auntie pun dah signal suruh Auntie masuk sekali...aiseh! ada kerja la.....tapi Auntie pi jugak lah tinjau-tinjau kat bilik meeting tu.....
Aduh!!!!...ramainya!...semua lelaki separuh usia, semua bersut hitam.....menambahkan lagi kegelapan.....
Hemmm....tak de pun yang rupa ala-ala bollywood...semuanya cam hero tamil je.....(baik lagi Hero Tamil Auntie kat rumah)....terus tak jadi nak masuk....kirim salam sajalah!.................:-)
15 comments:
Heee heee, menambah kegelapan ye? Tang ni Kak Yan tak minat nak masuk tapi tang mamat Iran hensem tu, boleh layan ye? Hehehe (kalau difikirkan balik, I pun akan rasa macam ni jugak!)
Aduh!!!!...ramainya!...semua lelaki separuh usia, semua bersut hitam.....menambahkan lagi kegelapan.....
Hemmm....tak de pun yang rupa ala-ala bollywood...semuanya cam hero tamil je.....(baik lagi Hero Tamil Auntie kat rumah)....terus tak jadi nak masuk....kirim salam sajalah!.................:-)
amboi pandai pilih pilih tu...
cayalah auntyyyy
hehehe.. lawak tul. bersut hitam menambahkan lagi kegelapan.
tiap malam jumaat, saya belajar ngaji ngan bapak saya. betulkan tajwid dan lancarkan bacaan.
Alaa, aunty ni tak aci tau .. memilih.. muahahhahha..
Tu baru gelap malam..belum terhidu tumix-tumix aroma dia..mau mabuk.. Saya ada beberapa pengalaman terpaksa bernafas ikut mulut..tak tahan aroma dia..
hahahaha, auntie yan ni funny la...politically incorrect statement tau...mintak2 lah ramai delegates dari iran yang mai instead :)
PERASAANNYA................
Queen....:-)...kalau nak pilih pun bukannya dapat...ha!..ha!
------------
pb:..;-)
------------
Jubeiz :...habis tu nak buat camno kan..dah memang "tone" depa tuh....:-)
Wah!bagusnya Jubeiz ni...tak ramai yang rajin belajar tajuwid...kalau kita belajar...tak dapat banyak, sikit pun jadilah...:-)
------------
Arena:...sesaja nak pilih...bukan sapa dok suruh pilih punn..he!..he!
------------
En.Ari:...Nasib baik!!...tak de aroma yang tak menyenangkan...mungkin masa tu pagi lagi...dah semua duduk dalam air-cond...:-)
-------------
Mamarock:...setujulah dengan you....bukan apa...untuk meredakan stress...!
------------
aisa:...PERASAN???..baru tahu ke???? ..sah le kamu ni tak perasannnn!!!!!
Kak Yan : Hahaha, pandai pilih no? Kalau jadi saya pin sama lah hehehe. Tapi betui lah kalau yang dari Suncontinent tu yang mai tak pulak macam SRK atau yang se waktu dengan nya tu hehehe. Yang macam tu semua masuk Bollywood kut. tu yg takmai tempat kita2 ni.
slm perkenalan...oooohooo, akak minat indusetan ekkk?? kekkeke...anak akak ader yg idung terletak x?? cam srk tu lerr...tp kita memang kureng skit tgk indusetan ni...
salam ramadhan buat auntie yan sekeluarga :)
Selamat berpuasa kakyan.
Hahahaha...kalau yang datangnya macam shah ruk khan, salman khan, amir khan, kublai khan atau genghis khan (err ada ke?) mesti tak tolak punya kan? Kita yang veteran ni pun nak juga cuci mata kan?
refelsia merah: AY minat semua yang indah & cantik....bukan hindustan saja...:-), semua tu ciptaan Allah.
---------------
Noha: salam ramadhan jugak dari AY untuk nha. Selamat berpuasa.
---------------
Makaji : AY pun manusia biasa....takkan orang tua tak boleh nak menghayati keindahan kan....cuci mata!!!....:-)
Salm Ramadhan untuk Auntieyan & keluarga. Semuga sihat2 hendaknya. Cik Din dah sihat ka?
Selalu dok mai sini baca entry untie Yan. Dok tersengih baca pasal Mamat Iran tu. Depa semua ni memang hensem2. Kat office saya disini ramai sangat bangsa depa. Yang sama office ni macam adik2 saya sebab masih muda lagi dan otak sangat bergeliga.
Anggerik : Selamat menyambut Ramadhan di perantauan...posa, jangan tak posa!...:-)
Cik Din tu, alhamdulillah...nampak segar lah sikit dari mula dia keluar spital...
Isy...ramai orang Iran kat ofis you???...bestnyaaa!...tu..ada orang kata AY perasan...he!..he!...
Post a Comment