Salam Ramadan untuk semua,
Hari ini dah masuk hari yang ke 20, bermakna bermulalah malam-malam yang dicari, Malam Lailaul Qadar, bermula dengan malam ini.
Auntie ada dengar tazkirah kat radio yang mengatakan, kalau mengikut Imam Al-Syafie/Ghazali, untuk kali ini Malam Lailatul Qadar akan terjadi pada malam 29 Ramadan....itu adalah pendapat sahaja...adalah cara kiraan mereka. Yang penting untuk kita semua adalah meningkatkan lagi amalan. Tapi kebanyakan kita, leka pulak dengan persiapan raya. Sibuk bakar biskut raya, sibuk gantung langsir, sibuk shopping.
Biskut kena adalah bila raya, betul tak?....tak salah kalau nak buat, tapi jangan sampai amalan harian pun tergendala.
Auntie ingatkan diri sendiri ni.
Auntie sebenarnya satu apa biskut pun tak buat, tunjuk-tunjuk pun belum juga. Tak ada apa persiapan yang istimewa, cuma bersiap-siap nak balik kampung. Congak-congak duit untuk sedekah kat anak-anak buah.
Semalam Auntie pergi jugalah keluar nak cari biskut-biskut untuk bawa balik kampung, adui! ramainya umat manusia, berhimpit-himpit dalam shopping komplex yang sempit tu...lastnya kami balik dengan tangan kosong.
Nampak gayanya kena tunggu minggu depan le, harap-harap time tu ramai yang dah tinggalkan. Lembah Kelang ni.
Sibuk dengan sambutan raya, lupa pulak dengan Hari Kemerdekaan, untuk semua, Selamat Hari Merdeka, selamat beristirehat.....
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Showing posts with label Puasa.. Show all posts

Monday, August 30, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Day 14
Salam Ramadan untuk semua,
14 hari sudahhh (kata orang Sabah) :-) Alhamdulillah.
Semalam, masa kat ofis time time nak balik kerja dalam pukul 4.15 gitu, Auntie punyalah ngantuk...ofis pun senyap je, mungkin orang lain pun ngantuk juga. Jadi, Auntie pun melelapkan mata sekejap, ingatkan nak lelap dalam 10, 15 minit....he!...he!....padan muka, terus terlajak sampai 4.45, nasib baik ada sorang member datang ke tempat Auntie untuk bertanya sesuatu....kalau tidak, harus le Cik Din naik angin menunggu lama kat bawah tu. Bergegas Auntie kemas meja dan terus menuju ke lift. Sebaik sampai ke tempat menunggu, Cik Din pun sampai...selamattt!
Orang lelaki ni, kalau kita tunggu dia, dia lambat tak pe.....tapi kalau kita lambat, dia bising....(Cik Din le....Cik Mat ke, Cik Usop ke...rasanya tidak kot)
Mungkin disebabkan bulan puasa, ramai yang tukar waktu balik kerja. Kalau dulu balik pukul 5.30, bulan puasa ramai yang nak balik cepat, nak sampai rumah cepat. Kaum wanita tentunya nak bersiap masak memasak...tapi, kaum Adam ni, tak tahu le apa sebabnya.....mungkin tolong isteri kot....tak pun ambil kesempatan untuk melelapkan mata juga...ha!...ha!..
Petang semalam, jalan jammed gila...belum lepas Putrajaya dah sesak. Masuk kawasan Bangi lagi sesak, apa lagi 2 buah bulatan tu...kami singgah kejap kat pasar ramadan, beli makanan lebih kurang je, sampai rumah dah 6.20. Jiran sebelah hulurkan Auntie Murtabak Kg. Mekasar Pekan yang femes tu. (Dia balik kampung hari Ahad tu)
Murtabak ni feme.s..katanyalah, tapi, masa berbuka, Cik Din kata dah tidak sesedap dulu lagi...rasanya dah macam murtabak yang lain jugak. Tak pe lah, rezeki...alhamdulillah. :-)
Tuesday, August 10, 2010
Ramadan datang lagi...
Salam untuk semua,
Semalam, berjam-jam jugak kami kat ofis tak dapat masuk internet. Dari pagi sampai membawa ke tengahari. Zaman sekarang ni, kalau tak ada internet, macam dah tak boleh nak buat apa- apa semuanya macam terhenti.
Alhamdulillah, hari ni hari terakhir sebelum menjelang Ramadan. Ceramah Ramadan pun dah dengar, jamuan sambut Ramadan pun kami dah buat Jumaat lepas (kat ofis). Meriah sungguh dengan makanan yang kami buat secara 'pot-luck', Auntie ingat malas nak bawak apa-apa, sebab selalunya memang ada macam-macam. Akhirnya Auntie bawak lah jugak agar-agar, ala-ala orang malas je...
Petang karang orang dah nak tengok anak bulan. Tak macam dulu, bila tengok anak bulan, kalau tak nampak tak puasa....sekarang ni, nampak ke tidak, tarikh puasa dah ditetapkan. Yang dok teropong jugak anak bulan tu, hanya formaliti sajalah setahu Auntie.....lagi pun, budget nak pergi tengok bulan memang dah ada, maka pergi sajalah para Ahli Falak tu ke tempat-tempat yang telah dikenal pasti......[kalau tidak depa macam tak jalankan tugas pula...kan?]
Ha, masa dalam perjalanan ke ofis tadi pun Auntie dah terserempak dengan gerai jual daging kat tepi jalan...gelap-gelap buta dah ada daging bergantungan. Nak sambut puasa ni memang meriah. Macam-macam ada. Tengok le petang karang kalau tak percaya. Pasar-pasar akan penuh dengan umat-umat Islam.
Auntie pun tak ketinggalan bersiap. Dah beli se tong gas hari Ahad lalu. Gas yang sedang diguna dah macam ringan je, takut jugak, kang masa bersahur habis gas. Petang ni pulak nak cari telur kasi banyak sikit. Nak cari daging burger dan roti burger. Daging fresh tu tak payah le. Buah kurma dah beli semalam. Air zam-zam pun dah ada sikit.
Auntie sepakat dengan Cik Din, nak berbuka ala kadar je tahun ni. Masa berbuka, makan kurma, makan buah, minum air dan solat maghrib. Lepas terawih baru makan berat sikit. Nasi makan waktu sahur saja. Isyy...kalau menjadi kami punya plan ni, tentu berat badan turun sikitkan. Auntie tengok perut Cik Din pun semakin naik...dah macam orang ngandung 6 bulan!
Auntie pun sama saja....
Untuk semua yang rajin berkunjung ke blog Auntie ni, Auntie ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadan, selamat berpuasa, selamat beramal di bulan yang mulia ini.

Tuesday, September 02, 2008
Ramadan datang lagi.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah Ramadan datang lagi, Alhamdulillah Auntie masih dapat bersama di bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan barakah.
Di permulaan Ramadan tahun lepas Auntie melalui episod cemas dan tidak keruan. Kalau yang kenal Auntie dan biasa mengikuti blog Auntie tentu masih ingat bagaimana risaunya Auntie takala menghadapi ujian Allah. Namun, semua sudah berlalu, hanya syukur pada Allah yang dapat Auntie ucapkan.
Kali ini, kita sambut bulan puasa dalam keadaan yang berbagai...krisis kenaikkan harga minyak dan jugak huru hara politik. Sebagai rakyat biasa, Auntie hanya dapat berdoa, semoga keadaan pulih kembali. Alhamdulillah juga, berkat bulan Ramadan, kami orang gomen diberi bonus, walau pun tak sebanyak yang orang swasta dapat.
Tahun ini, nampaknya kita sambut puasa dengan relaxnya...sebab kita dapat cuti.
Persiapan buka puasa dihari pertama ala kadar saja. (langkah berjimat tuh!)
Menu hari pertama:-
i) Ayam masak merah - 2 ketul saja, untuk Jim
ii) Ikan selar masak berlada 1 ekor yang agak besar.
iii) Sayur lemak gobis campur carrot.
iv) Ikan cencaru bakar.
v) Sambal mangga dan air asam
Menu Tambahan:-
i) Teh O limau, panas
ii) Milo Ais- Jim sorang.
iii) Jemput-jemput Udang campur taugeh dan kucai.
iv) Buah Kurma.
Menu bersahur
i) Sambal tumis telur.
ii) Daging goreng.
iii) Sayur lemak gobis(balen masa berbuka)
iv) Dua keping roti Gardenia hijau- Untuk Auntie
v) Teh tarik (kurang manis)- Auntie, Cik Din, Anja.
vi) Milo panas untuk Jim.
Sekian. Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Monday, September 17, 2007
Puasa ke 5
Hari ke 5 puasa......25 hari lagi raya.
Tengok tu...Auntie dah mula buat countdown..patut ke tak patut???
Anyway, alhamdulillah! puasa kita dah masuk hari ke 5. Ada sapa-sapa yang dah tertinggal puasa?.Tinggal bersebab tak pe..jangan tinggal saja-saja. Isyyy...budak darjah satu pun boleh tamat puasa, kita yang dah akil baligh ni apa pulak masalahnya??...gastrik?...gastrik bermusim kot!... pi jumpa doktor cepat kalau betul ada masalah.
Puasa tahun ni memang le agak kurang meriah kat rumah Auntie, maklum kami hanya bertiga.
Pada hari pertama dan kedua, Auntie cuma masak nasi dan masak air saja. Yang lain, beli saja.Rasa macam tak berbalaoi langsung nak masak. Kebetulan pulak Auntie memang menjaga diet Cik Din yang memang dah tak boleh nak makan masakan yang banyak minyak, banyak lemak, yang berkolestrol tinggi, jadi tak banyak pilihan masakan yang boleh Auntie masak pun. Asam pedas...out!, kari...out!..masak lemak out!...so, nak masak apa???...rebus dan bakar saja nampak gayanya.
Dua hari duduk kat rumah, kebetulan En.Amir dan juga Anja balik...so, korum kami cukup semula...sakan jugak Auntie memasak...dah tukang makan ada. Budak muda tiga orang tu favourite diaorang tentulah ayam masak merah. Dua hari berturut-turut Auntie masak ayam masak merah. Untuk Auntie dan Cik Din, kami makan ikan bakar dan sayur saja.
Semalam, selesai kerja kat rumah Auntie pergi shopping komplek...nampaknya dah ramai yang dah mula membuat persiapan hari raya. Ramai yang dah mula cari baju, cari songkok, cari kasut untuk anak-anak. Sejak anak-anak dah besar ni, keseronokkan membeli persiapan mereka pun dah kureng sangat, depa dah tak excited nak beli baju baru atau kasut baru, bila ditanya, jawapannaya 'tak payah le'..baju dah banyak! . Yang penting...duit raya mesti ada!

Thursday, September 13, 2007
Ramadhan datang lagi
Bulan Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah dipanjangkan usia kita oleh Allah, mudah-mudah kita dapat menghayatinya dan seterusnya menyambut Aidil Fitri pulak.
Auntie hanya bertiga kat rumah. Memang tak semeriah dulu bila anggota keluarga cukup korumnya. Kini, Anja sendiri dengan kenkawannya begitu juga dengan Amir. Pandailah depa membawa diri. Sedari kecil telah diberi latihan berpuasa dan lain-lain ibadah wajib sebagai seorang Muslim. Harap bila dah besar panjang tak payah lagi ibu-bapa mengingatkan lagi.
Pagi tadi Auntie bangun pukul 4.45 pagi. Macam biasa juga tu. Awal beberapa minit saja. Makan sahur ala kadar saja. Sedikit nasi dengan ikan tenggiri masak cili, sedikit sayur. Teh O panas dan oren jus. Jim pulak makan sebijik burger daging dengan telur mata kerbau serta segelas air soya.
Sambil bersiap nak ke ofis sempat jugalah dengar ceramah kat TV berkaitan puasa....sayang tak dapat nak dengar habis, dah nak kejar ke ofis pulak. Auntie masuk jam 7.30pagi. Kat ofis Cik Din parking lot sangat terhad, sapa dulu dia dapat, tu yang dok kejar-kejar...Yang benarnya, kalau Auntie saja yang bawak kereta tak masalah, sebab Auntie dapat lot parking...tapi...apakan daya, Cik Din kan ke tak berapa confiden dengan Auntie...memacam alasan le dia bagi...he...he!
Auntie pun tak kisah le...kalau tak memandu lagi relax, boleh tido sementara nak sampai ofis. :-)
Kepada semua pembaca blog ini diucapkan SELAMAT BERPUASA...dan selamat berbuka (petang nanti....jangan terbuka pulak!)

Subscribe to:
Posts (Atom)