Dah dua minggu berlalu. Dua minggu juga perasaan tak ketahuan melanda diri Auntie.
Pelan-pelan perasaan yang bercampur baur itu pergi dari Auntie. Auntie dah tak nangis lagi.Sebagai orang Islam kena redho akan apa yang akan terjadi nanti.
Dalam masa dua minggu yang dah berlalu itu, rasanya Auntie sungguh dekat dengan Allah. siang malam hanya memanjatkan doa kepadaNya. Barulah tersedar diri. Barulah tahu betapa kerdilnya diri disisinya. Begitulah hebatnya keperluan manusia kepada Allah. Tak siapa yang dapat melarikan diri dari takdirnya. Apa yang terjadi ini adalah satu hikmah buat Auntie.
Auntie amat bersyukur mempunyai ramai sahabat tolan yang sentiasa mendoakan Auntie. Terima kasih yang tidak terhingga. Ada yang hantar e-mail, ada yang tinggal komen dan tak lupa juga yang menalifon sebaik saja tahu.
Insyaallah Auntie dah rasa tenang dah ....tenang sikit.
Hari ini, pepagi tadi, seawal jam 7.30 pagi Auntie dah pun mendaftar diri di kauntar X-ray. Semalam dah berpuasa...tak boleh makan minum selepas jam 12 malam. Jadi tak boleh makan sahur macam biasa. Auntie difahamkan akan di masukkan 'drip' semasa' CT scan itu dijalankan.
Kalau ikutkan masukkan 'drip' tidak akan membatalkan puasa (sebab bukan dimasukkan melalui rongga).
Sementara nak tunggu nama dipanggil tu...nampak le pesakit yang disorong masuk ke bilik...semuanya pesakit jenis yang macam coma je... aiii...serammmmnya...
Tak lama menunggu, datang le seorang juruxray ke tempat Auntie menunggu tu dengan sibijik gelas plastik ditangan dan sebotol air ditangan sebelah lagi.
"Puan, tepat jam 8.25 puan minum air dalam botol ni sebanyak 300ml, kemudian tepat jam 8.45, minum lagi 300ml...last sekali minum lagi 200ml"
Laaaa...kena buka puasa jugak rupanya..dah terpaksa nak buat macam manakan? Air tu sebenarnya adalah sejenis liquid yang perlu diambil bagi memudahkan lagi kerja-kerja pengimejan, supaya segala organ dalam badan dapat dilihat dengan jelas. Rasa air tu pait-pait sikit..dengan perut kosong masuk air hampir satu litre...cepat aje rasa nak membuang balik.
Selesai minum air, baru le Auntie dibawa ke bilik untuk dibuat scan. Nasib baik le yang menjalankan tugas tu pompuan...rasa lega le sikit dan misi yang membantu pun dah agak vetran macam Auntie. Ramah tamah pulak depa berdua ni. Hilang le rasa ketakutan.
Macam biasalah nak buat scan ni kena buka baju semua dan pakai le baju putih yang terbelah kat belakang tu. Ada dua lagi procedure sebelum scan dimulakan. Satu, masukkan lagi air apa tah melului bo**t dan satu lagi......tott...tottt...! Selesai kedua-dua procedure tu barulah scan tu bermula..lebih kurang satu jam baru le selesai. Sepanjang masa itu...memacam le yang Auntie fikirkan...tapi yang tetap bermain difikiran adalah menyerah diri pada Allah saja. Auntie baca berbagai doa...(habis semua buku doa Auntie gelidah semula dari dalam kotak..)
Alhamdulillah!...selesailah apa yang dinamakan CT Scan....Auntie berharap dan berdoa, semoga result yang akan diketahui nanti adalah sesuatu yang tidak membuatkan Auntie lebih gundah gulana lagi. Harap dapatlah pembaca blog ini sama-sama berdoa...semoga Auntie dijauhi daripada penyakit merbahaya.
Insyaallah, dibulan Ramadhan yang mulia ini kita lebih dekat dengan Allah, dan doa kita lebih mudah di makbulkan....esok lusa Lailatul Qadar akan menjelma....Auntie berharap doa Auntie Allah tidak akan sia-siakan.
Sekian dulu setakat ini....
25 comments:
Baru tau cam nie kaedahnya nak buat CT Scan.Semoga semua nye berjalan dengan baik hendaknya..
Aunty,
Insyallah, semuanya ok kot aunty. Jaga diri baik2 dan saya doakan semuanya berjalan dengan baik.
salam ramadhan 20 kak yan,
kuatkan semangat kak yan...apa-apa pun itu badan kena pakai lama lagi, kenalah buat "alignment" sana sini.
Bukan kak yan aje, semua orang pun sama, ada yang lagi hebat...so...kita berdoa, semua berdoa, insyaAllah, semua baik nanti.
Antie Yan ...
pB doakan yang baik baik aja untuk aunty , OK ...
Kiah: Auntie pun sama jugak, sebelum ni langsung tak tahu apa pun, la ni baru sibuk mencari infonya.
--------------
Arena : Auntie harap Arena dapat sama-sama doakan agar Auntie selamat.
----------------
Jahrera: ya, malam ni dah masuk 21...kita dah sampai penghujung Ramadan.Harap-harap, dalam bulan yang mulia ini, doa kita dimakbulkan Allah...tolong doakan Akak!
-----------------
pb : terima kasih...jangan lupa doakan Auntie!
=================
Malim doakan Auntie Yan cepat sembuh dan berjaya mengharungi dugaan Tuhan.
auntie...
insyaAllah semuanya akan berjalan lancar..
semoga mengahadapi hari yang lebih baik dr sebelumnya
salam auntie yan..
saya pun penah kena ovarian cyst..& i did a laporscopy (minor op) on 31.12.2004. Masa my gynae diagnosed tu, memang tak tentu arah hidup. So, saya paham perasaan auntie. Takpe, kalau it's a cyst, blh buat laporscopy je, tak perlu operate. Sebab cyst ni cecair je. It's not cancerous but it's not good to have it sebab tu kebanyakan doc suggest a removal. Saya doakan auntie selamat semua. Do update us.
AY
Jaga diri dan semoga cepat sembuh. Saya doakan segalanya lancar..
DeLinn
Malim:..terima kasih, baru berkenalan dah nak kena berdoa sama untuk Auntie. Harap-harap semuanya berakhir dengan baik.
---------------
Ad : Salam perkenalan. Terima kasih, Auntie harap Ad juga tak keberatan mendoakan semoga Auntie selamat.
p/s:...lawanya banner kat blog Ad tu...;-)
---------------
Linn...terima kasih. Buat masa ini Auntie tak rasa sakit apa pun...cuma risau yang teramat je..
Tolong doakan Auntie sama ok?..
---------------
----------------
Opppssss...tertinggal pulak Si Ina.
Ina: Salam perkenalan Ina! Terima kasih. rasa lega bila tahu ada yang dah experiance benda ni. Dalam kes Auntie memang dah tak boleh buat laporscopy...benda tu dah beso..about 9.5cm, its going to be major operation kata doktor....nak kena buang semua organ-organ kewanitaan tuh..:-)
i.e: kedua-dua ovari dan rahim juga...no hal le...Auntie pun dah tak perlu lagi organ tu semua...insyaallah lepas op tu Auntie bertambah sihat.
Tolong doakan Auntie...
Salam auntieyan..
Salam perkenalan juga dri umie..
Didoakan semoga auntieyan cepat sembuh dan tenang selalu...
Umie, salam perkenalan juga dari Auntie. Bila ada masa nanti, Auntie akan melawat blog Umie dan baca...T.kasih dan tolong doakan Auntie.
Kami sekeluarga sentiasa mendoakan terbaik untuk Kak Yan.
Allah Maha Mengetahui.
Take care
Jo...Alhamdulillah!..rasa lega dapat kawan yang baik hati macam Jo...terharu Akak tau! Terima kasih tak terhingga...juga pada Ma'am...
Ni dah masuk malam-malam terakhir Ramadan...moga Jo boleh tolong doakan Akak.
pssst..semalam tu tengah sibuk dok tumbok sambal belacan...AY arah Jim je membalas SMS...:-)
-----------------
Kate : Terima kasih!
Kak Yan :
Seperti kawan-kawan yang lain, saya gak mendoakan semuanya berjalan lancar.
Take care, jangan risau-risau.
Assalamualaikum Yan
Kak Sal doakan semuanya berjalan lancar. jangan ler dok risau sangat InsyaAllah semuanya akan selamat.
Kak sal sentiasa berdoa agar Yan selamat.
Mak Andeh, Alhamdulillah...kerisauan K.Yan dah banyak kurangnya setelah ramai kenkawan yang tolong berdoa...
K.Yan tahu, tentunya Andeh salah sorang yang sentiasa berdoa untuk K.Yan terima kasih. :-)
-----------------
Kak Sal, terima kasih... saya pun berharap semua akan berjalan lancar...Terima kasihlah tolong doakan saya.
-----------------
mudah2an KakYan dpt menjalani operation dgn jayanya dan kembali lebih sihat, hanya dpt berdoa dr jauh for you.
Doakan yang terbaik utk Auntie Yan...
Semoga segalanya baik.
Amin...
Mudah-mudahan Kak Yan diberikan kesihatan yang baik terutama dlm bulan Ramadhan ini.
Dizz: Terima kasih. Insyaallah dengan doa sahabat handai, Auntie akan sehat dan gembira macam selalu.
---------------
elf:terima kasih. Auntie memang perlikan doa dari kawan-kawan, moga berkat bulam Ramadan ini, semua akan berjalan lancar.
------------------
Serenity:...alhamdulillah...walau pun baru pertama kali masuk ke sini...sudi jugak doakan Kak Yan.Terima kasih.
------------------
Salam auntieyan,
semoga semuanya berjalan dgn baik..Insyallah u gonna be fine
my cousin baru semalam operate, same case..plus fibroid dlm rahim
Eid Mubarak to auntieyan
Sue, terima kasih. Auntie harap, dengan doa kawan-kawan semua, Auntie akan selamat sejahtera...Amin!
Post a Comment