Friday, September 26, 2008

Bersiap-siap.

Auntie masih belum cuti lagi. Isnin dan Selasa minggu depan, insyaallah, masih datang ke ofis lagi. Mungkin hari Selasa, balik awal sikit.

Petang ni, ofis dah agak sunyi, ramai yang dah cabut balik. Katanya nak balik kampung dah. Banyak benda belum settle. Belum pack baju lagi. Begitu lah setiap tahun, setiap kali menjelang hari raya. Ramai yang ambil kesempatan balik awal.

Auntie pun belum habis kemaskan barang2 yang patut di angkut balik kampung. Sebelum balik kena pastikan rumah yang ditinggalkan juga sudah dikemas, nanti, bila balik semula lepas habis beraya di kampung tak teruk nak mengemas lagi. Semalam Cik Din dah pergi buat service kereta dia. Tukar 2 bijik tayar depan dengan yang baru...kopak juga hampir empat ratus lebih, buat balancing, buat tu, buat nih....berterbangan duit2 ke poket cina kedai tayar tuh!

Lepas ofis semalam macam biasa Auntie melilau cari makanan untuk berbuka puasa.Hari hujan pulak tuh!...dah tak ramai yang berniaga..peniaga pun mungkin bersiap nak balik kampung.

Lepas berbuka, Auntie berkemas rumah, sapu sana, sapu sini. Lap sana, lap sini. Keluarkan beg-beg baju, susun-susun baju untuk di bawak balik beraya.

Susun-susun balang kueh. Keluarkan pinggan mangkok dari tempat persembunyiannya. Basuh dan lap. Siap sedia untuk tetamu yang mungkin akan datang ke rumah selepas habis beraya di kampung.

Yang sedihnyaaaaaaaaaa.....Auntie belum jugak ada baju raya...uwaaaaaa!!!!

5 comments:

Bergen said...

Auntie Yan, you never fail to entertain me with your sprinkle of ingenious phrases - keluarkan pinggan mangkuk dari tempat persembunyian? he he. Macamlah pinggan mangkuk tu red indian, duduk sembunyi nak ambush cowboy naik wagon nak pi raya. he he.

Drive safe now, y'hear? Selamat Hari Raya, ma'af zahir dan batin. bulan November nanti banyak pi Putrajaya - kementerian perangkaan.

aNIe said...

Kak Yan...jgn sedih...pi aje kat Shopping2 Complex berdekatan sekarang banyak baju raya dah siap...murah2 plak tu...

Amboi...dah lap mengelap...siap susun balang kueh lagik tu...banyak ke buat kueh kak?

Madam Tai Tai Again said...

Hello AuntieYan,

Apasal tak beli-beli lagi baju raya untuk you? I'm sure sekarang ni banyak yg on sale esp kat Kompleks PKNS Shah Alam. I sure hope you manage to get one before the eve of raya.

Selamat Hari Raya to you and your family!

AuntyN said...

Kak Yan

Laaa, tak belilagi ka baju raya? Pi lah Alamanda kat Putrajaya masa lunch tu, mesti ada yang boleh dirembat satu tu.

Nak tergelak tgk Bergen kata pinngan mangkukk kak yan macam red indian hehe

AuntieYan said...

Salam Bergen,

Pinggan mangkok tu, memang kena cari..jarang guna...yang dalam kotak, yang dalam almari dalam kabinet...merata-rata...bukan ada banyak pun.Sekali-sekala nak digunakan... :-)

Hemmm my partner will be driving...(Cik Din)I will sitting at the back seat with my two boys. The eldest boy, will accompany Cik Din.

SELAMAT HARI RAYA TO YOU!!
------------------

Salam Anie,

He!...he!...gitu le Kak Yan...rasanya tak berbaju raya jugak tahun ni...

Ada le sepasang dua baju yang jarang dipakai, boleh le buat baju raya. :-)

SELAMAT HARI RAYA!!

---------------

Salam Madam,

He!..he! as I said...may be I settled with my old baju yang jarang I pakai..(sebab ada 'lip-lai-lip-lap')...lagi pun orang kampung tak tahu pun kan??

--------------

Salam N,

TU, pasal baju dah jawab kat atas tu...:-)

Ya, N, pinggan mangkok lama semua tu hak yang dah berkurun...may be orang la ni dah tak pakai..

psssT...pinggan pyrex jaman Sinbad kot?...ala...pyrex yang berat tu...la ni corell ke apa ke, semua ringan-ringan je...

SELAMAT HARI RAYA!