Yang paling seronok berpuasa adalah masa berbuka. Masa tu rasa satu kejayaan bagi kita setelah seharian menahan diri dari makan minum dan lain-lain yang membatalkan puasa.Bagi Auntie, masa sibuk menyiapkan juadah berbuka pun rasa seronok juga.
Sejak sekian lama menjadi isteri dan ibu, Auntie jugak rasa seronok menyediakan juadah untuk makan sahur....cumanya...masa nak bangun tu agak berat sikit...bila dah bangun, kejap saja dah siap juadah atas meja. Selalunya untuk makan sahur tak perlu nak sedia berbagai, cukup apa yang ada belen berbuka tadi. Kalau rasa macam tak mencukupi, tambah je dengan telur dadar ke, telur masin ke...susah susah sangat, Auntie masak je nasi goreng.
Yang susahnya waktu sahur ni nak kejutkan anak-anak teruna Auntie..Auntie siap hantar SMS kat depa tuh...malas nak naik tangga....kenkadang depa boleh balas pulak SMS tu..."lima minit lagi mak" he!...he!...zaman canggeh-manggeh. masa diorang kecik dulu, senang je, Auntie pikul sorang-sorang ke meja makan. Ada yang makan, tapi mata terpejam. Cik Din pulak, tak banyak masalah, dia akan turun sendiri, sambil menjengok bilik anak-anak samada dah turun atau tidak. Masa makan sahur senyap sunyi...moyok je semua...tak de apa cerita. Auntie saja yang kadang-kadang buka cerita yang kurang dapat perhatian....
Cerita-cerita pasal sahur ni, makan sahur tadi sedap pulak. Balen masak lemak nenas, ikan pekasam goreng dan tempe goreng berlada..hemmm...alhamdulillah!
Lepas sahur, gosok baju sambil nonton Macam2 Aznil...mandi, solat dan bersiap-siap ke ofis.
Selamat berbuka.
10 comments:
hohoho..baru kul 10.30 nih, dah wish selamat berbuka...
saya plak, kalo sahur mmg kena diam2, takut ada yg terbangun..tak menang tangan kaki nak tepuk depa, nak sambung makan lagik..
Kak Yan .. sya memang didik anak2 mcm bapak sya didik kami dulu, makan Sahur adalah WAJIB. Dulu masa kami sahur nak kejutkan adik yg no 5 tu boleh pecah dinding rumah sebab mak ketuk ngan batang mop ke dinding utk kejutkan dia kalau setakat panggil dan goyang memang takkan bangun.
Orang sebelah menyebelah memang sumenya takkan terlepas sahur sebab mereka akan terjaga masa panggil adik tu
Ingatkan masa muda aje cam tu rupanya bini dia kata dah tua ni pun sama kekadang sampai bini nak menangis mengejutkannya
Salam Auntie,
Funny kan bebudak ni nak bangun sahur? I told my kids, kalau dah gerak untuk bangun tapi tak bangun jugak, nanti Ibu curah air kat muka. Gertak saja, tapi cepat pun diorang bangun lepas tu.... hehehe...
AuntieYan,
Anak dara saya kalau makan sahur mcm makan malam - selera kuat dlm mengantuk tu! Siap tambah 2 kali and she will always be the last to leave the table. Ish..ish..ish..
My son has improved over the years. Dulu we all gelar dia Stevie Wonder - mata pejam, kepala gerak ke kiri dan kanan (mcm ada rhythm) and mulut buka hanya bila disuapkan nasi. Sekarang ni alhamdullilah mata celik and ada mood bercakap sikit masa sahur.
Pagi sahur di ruang dapur kami tu kecoh juga lah kadangkala tu. Ikut mood suami dan anak2. Sebagai ibu saya terpaksa ceriakan diri saya walaupun mata dan kepala rasa mengantuk betulkan. Nanti bila semua tengok maknya monyok, semua pun tak lalu nak makan sahur.
Kak Yan...anie sekarang ni mengadap si kecik tu bersahur...jam 5.30...kejutkan dia...bawak nasi sepinggan...air secawan...sampai ke toto tempat di tidur...ketepikan bantal...kat situ jugak suapkan dia...kalau tak disuap memang tak makan...lapar pulak dia nanti.
Habis makan...dia minum air...tolak bantal..tarik selimut balik...heheeh
I like the word 'belen' he he. Sounds so homely and original.
Bestnya dapat sahur dengan anak-anak..*sob-sob...uwaaaaa***
Salam Oren,
Begitulah kalau anak-anak masih kecik, bila bangun kena senyap-senyap...yang heran tu, depa boleh terjaga tuh...kalau terjaga boleh duduk dendiam tak pe jugak kan?...ada masa tu melalak pulak...he!..he! cobaan tu.... :-)
...semua tu Auntie dah lalui
-------------------------
Salam Sya,
Mak Kak Yan pun macam tu jugak...pantang dia kalau kita tak bangun sahur...walau pun bersahur tu sunat, tapi dia WAJIBkan!...apa lagi jaman anak dara dulu...dia akan berleter panjang kalau tak bangun...
Nak tergelak pulak kisah adik Sya No.5 tu....liaattttnya dia!...sian bini dia!...cobaan tu!... :-)
----------------------
Salam Ibu,
Memang kita kena pasang berbagai strategi untuk kujut sahur ni..he!...he!...beli saja botol yang boleh spray air tuh...kalau anak-anak Ibu nampak je botol spray tu, harus, bingkas bangun menuju meja makan ! :-)
-----------------------
Salam Madam,
Ha!.....anak dara kuat makan???...tak pe, dia tengah nak membesar tu. Anak bujang Auntie pun macam tu jugak, dalam susah amat nak bangun sahur, bila makan memang bertambah punya...geli hati jugak, kita ni puas nak telah nasi, dia selamba je bertambah-bertambah lagi. semua ini akan menjadi kenangan manis untuk mereka nanti.
-------------------------
Salam Anie,
Laaaa...siannya si kecik tu..nak buat macam mana kan ...? nak latih puasa gitulah, tapi agak kalau dia tak mampu biar sajalah...Macam-macam pesen!!!
--------------------------
Salam Begen,
He!...he!...nak wat gu mane....sokmo ada beleng!!...nok buang sayang, hangat-hangat, makang semula.... :-)
------------------------
Salam Tuan Alang,
Siannnn...dia!! bersahur tanpa anak isteri sudah tentu sepi...apa nak buat cari rejeki...anggap sajalah sepi itu indah!...:-)
----------------------
Kan Yan - setakat ini si kenit saya tu belum pernah tak bangun sahur. Walaupun Abang and Kakak kadang-kadang dah cakap tak mahu bangun. Nak tak nak kena la layan si kenit ni. Tapi makannya se-toet saja. Kena suruh minum air kosong banyak-banyak. Kesian punya pasal,kena la pegangkan gelas suruh dia minum banyak-banyak. Dah le cekeding.
Tapi dia ni la yang banyak permintaan nak makan itu ini. Geram aje Abang dan Kakak dia..hehe sebab dia kata Adik ni banyak cikadak susahkan Mama. Tapi tak apa la kan...kecik-kecik ni boleh la layan lagi. Dah besar - bolayan laaa...:P
Salam MA...
Yang penting depa faham apa itu puasa dan sahur.
Adik tu memanglah diperingkat yang patut dimanja-manjakan..Abang dan Kakak dah lepas dah...layan sajalah. ;-)
Post a Comment