Friday, October 10, 2008

Hari Raya..

Kepada yang meninggalkan komen di entry lepas Auntie ucapkan terima kasih.

Auntie dah pun mula bekerja semalam 9/10/08. Sepatutnya dah kerja pada hari Rabu, tapi terlajak pulak sampai hari Kamis.

Puas rasanya beraya pada tahun ini, bukan le kerana berziarah dari rumah ke rumah, tapi hanya melepak di rumah mak Auntie, bersantai-santai bersama adik beradik. Auntie balik kampung sehari sebelum raya. Maka dapat lah berbuka puasa bersama mak pada hari akhir puasa tu. Kami sampai sejurus sebelum waktu berbuka. Adik Auntie dah pun siapkan juadah berbuka dan juga juadah untuk hari raya.

Daging masak hitam orang Perak, kuah kacang, nasi impit dan laksa asam untuk raya. Auntie masak nasi tomato sebaik saja kaum lelaki pergi solat sunat raya.
Memang best raya tahun ini, apalah lagi tahun ni giliran Auntie balik kampung sendiri.Rumah mak Auntie yang tak besar mana tu penuh dengan anak cucu. Auntie terpaksa sewa bilik hotel. Cik Din dan Anja tidur di hotel yang hanya lima minit berjalan kaki dari rumah mak Auntie. Bilik hotel tu hanya untuk mandi manda dan tidur saja.

Hari Raya ke dua, Cik Din, Anja dan En. Amir dah balik ke KL sebab Anja dah kena masuk kerja pada hari raya ke 3. Auntie dan Jim balik kemudian menumpang Adik Auntie yang kat Cheras tu......he!....he!...Auntie dapat lesen besar!!

Hari raya ke 3, Cik Mat (adik Auntie yang kat Ipoh tu) dah balik ke Ipoh isteri dia Cik Nani nak raya dengan kerabat dia pulak. Di sebelah petangnya adik Auntie Cik Wan (yg.dok Cheras tu) sampai dengan isteri dia Cik Mal dari Penang (Cik Mal orang Penang, depa raya sana dulu).

Hari Raya ke 4, kami adik beradik pergi pulak makan kenduri kawin anak Kak Biah (sepupu Auntie) ...kampung berdekatan je...kendurinya tak berapa meriah...mungkin sebab raya kot...tapi kami tetap meriah sebab dapat jumpa sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Ramai abang-abang dan kakak-kakak saudara Auntie yang dah bercucu cicit. Bila bersembang tentunya berkisah hal keluarga dan anak pinak saja.

Hari Raya ke 5, kami bertandang ke rumah adik Auntie yang duduk di taman berdekatan dengan rumah mak pulak.

Hari ke 6, bangun pagi dan bersiap-siap nak balik ke KL dah...awal jugak kami bertolak...takut terserempak dengan kesesakan jalanraya. Sebelum neneruskan pejalanan sempat Auntie menziarah kubur arwah ayah Auntie.

Alhamdulillah...syukur...sempat kita berharai raya tahun ini, insyaallah tuhan panjangkan usia kita semua semoga kita dapat lagi beraya di tahun depan. Amin.

6 comments:

shafa said...

Hari raya mmg meriah dgn adik beradik semua..mmg paus hati kl dapat cuti lama..

Madam Tai Tai Again said...

Selamat kembali bekerja, AuntieYan!

Saya akan sempat beraya di Malaysia in 2 weeks time, bila balik bercuti sekejap. Yahoo!

Jubeiz said...

Saya pun rasa puas hati beraya tahun ni sebab semua adik beradik dapat beraya bersama di rumah nenek.

Nek Rock said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin,AY

Taun ni nek raya sakan gak,pi beraya ke LA dengan owg2 msian mostly yang keja sana,eee sakan makan2 jer hari2,bila balik rumah terus pengsan demam,haha

maklang said...

SELAMAT HARI RAYA KAK...maaf zahir batin...

AuntieYan said...

Salam Shafa,

Selamat Hari Raya untuk Shafa dan keluarga.

* nanti bila free Auntie akan ke blof Shafa...berkenal-kenalan. :-)

--------------------

Salam Madam,

Dapat balik M'sia??....bestnya!..sempat beraya lagi...enjoy yourself ok...

Selamat kembali!!

---------------------

Salam Jubeiz,

Bestkan dapat beraya kat kampung...
kenkadang kita semua ada kat KL, tapi hanya dapat berjumpa di kampung...

-----------------------

Salam nek Rock,

Hemmm...rock habisss Nek nih!!! tak pe sekali sekali berjumpa umat Melayu...keh!...keh!...sampai terdemam pulak tu!! ;-)
-----------------------

Salam Mak Lang,

Selamat hari Raya untuk Mak Lang jugak. La ni, tentu Mak Lang sibuk dengan preparation open-house pulak...he!...he!

-----------------------