Monday, October 20, 2008

Penat makan

Sejak berpindah balik ke BBB, telah 3 kali Auntie mengalami gangguan bekalan air. Kali pertama pada tahun 2006 (rasanya). Sebab diberi adalah kerana pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tadahan. Ia mengambil masa hampir 10 jam.

Kali kedua baru-baru ini, beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadan, mengambil masa hampir40 jam kerana pihak itu juga sedang menjalankan kerja-kerja menggantikan paip lama dengan yang baru.

Terbaru, sekali lagi gangguan berlaku kerana paip besar yang terletak di Dengkel pulak pecah, akibat pengambilan/pengorekan pasir (katanya).

Memang, ketiadaan air sangat mengganggu. Satu kerja pun tak boleh nak buat. Macam terberenti semua aktiviti kat rumah. Nasib baiklah Auntie dah tak de budak-budak kecik kat rumah. Tapi, budak-budak besar pun tentunya nak guna air jugak, kan. Setakat nak makan tak pe lagi, boleh saja gi makan kat kedai, tapi kalau dah satu kawasan air tak de, kedai pun tutup. Nak bisnis macam mana kan? Begitulah pentingnya air.

Dalam sinki dah penuh pinggan mangkok tak bercuci. Mesin basuh penuh dengan kain-kain tak berbasuh dah melimpah keluar. Bilik air dah mula berbau dek kerana tak cukup air nak disimbah setelah selesai hajat. Badan dah mula rasa melekit. Mandi ala kadar je. Berjimat air tangki. Malah, hari Sabtu tu Auntie terpaksa mandi stail P.Ramlee je....cuci muka gosok gigi. Kami terpaksa keluar cari makan. Auntie ke KL ada urusan. Lepas tu, ada pulak jemputan makan-makan hari raya di BBST.

Dari KL, kononnya terus je nak ke BBST, tapi Si Jim mati-mati takmo ikut Auntie dengan Cik Din, so, kami terpaksa singgah balik rumah dulu. Singgah kejap, alhamdulillah air dah ada setelah sejak hari Kamis petang kering kontang. Elok kami melepasi tol Bangi, hujan pulak turun dengan lebatnya. Jalan agak kabur. Kami berdua pulak dok bersembang rancak...sedar-sedar kami dah terlepas pulak simpang nak masuk ke Nilai!...tu dia, apa nak buat bukannya ada U-turn, nak tak nak, ha, terlepas sampai ke tol Seremban!! adui!...makan angin sesaja, mengabiskan minyak dan duit tol saja, nasib baik le cuma RM4.60..

Berpatah balik semula, nasiblah tak jauh, dalam 15 km kot...sampailah kami ke tempat dituju...sunyi je rumahnya, ingatkan orang semua dah balik, rupa-rupanya majlis start pukul 2, kami pulak sampai ngam-ngam pukul 2. :-)

Cik Din, siap-siap warning dengan Auntie " psst...jangan cakap kita dah terbabas ke Seremban"
Biasalah orang lelaki, benda-benda macam ni pun nak malu....Auntie angguk saja, dan tak buka cerita pasal terbabas as promise...keh!..keh! dia tak tahu, Auntie tulis kat blog!!!
Perut tengah lapar, apa lagi, Auntie terus je makan..he...he...makanan pun sedap-sedap...sup makroni makan dengan roti, & mee sup serta kueh-kueh. Keropok lekor pun ada.
Terima kasih le Syidah & suami. Sampai ke rumah pun Cik Din masih teringat dengan keenakan mee tu, Syidah.
Sempat jugak bertemu Sya. Riuh rendah kami sembang, maklum lama tak jumpa.

Hari Ahad pun ada satu lagi jemputan makan-makan. :-) Kali ni kawan ofis pulak. Menunya nasi jagong dan kurma ayam serta laksa Johor...semua sedap.
Selesai makan terus je balik. Solat zohor dan tido. Penat sungguh rasanya. Penat makan!

11 comments:

Waterlily said...

Auntie :)

Betul tu..banyak makan pun boleh penat. Sama lah kat sini..macam mana nak exercise? heh heh..

psst...mandi style P Ramlee tu kalau tak silap, culit buang taik mata je ye tak? Dia tak cuci muka pun...hahahaa..

For Wlily lah, biar tak de elektrik, jangan ler tak de air..susah woo..

AuntieYan said...

Salam Lily,

Auntie ni, harapkan dok ke hulu ke hilir dalam rumah je...itulah exercisenya. Kalau rajin mop lantai, cuci toilet...kira exercise jugak lah...kan? Janji keluar peluh.

Tak de letrik, memang ok sikit...tu pun, kalau malam panas pulak.

Sya said...

Kak Yan.. untungnya hari Sabtu dah ada air, tempat saya hari Ahad hampir 3 prg baru ada, so lepak rumah kak ani sampai ke malam..

Happy dpt jumpa kak yan... tak puas sembang.. nanti kalau nak jumpa kak ani dtg le kat rumah nanti

Mama Rock said...

penat makan, mengah perut je lar...takde la sakit pinggang nya, sakit lutut nya ..hehehe :)

kay_leeda said...

Auntieyan,

Oh no...tak de air?? Kalu saya mau hangin satu badan!! Lain kali bila tak bekalan air terputus, sound-sound je kat blogland ni...pasti ramai yang nak offer untuk mandi manda :)

Lepas Raya ni memang PESTA makan yer... Apa-apa pun, rezeki jangan kita tolak right!!!

Selamat BerOpen House lagi minggu ini...

AuntieYan said...

Salam Sya,

Bila air dah ada, cepat-cepat selesaikan pinggan mangkok yang dalam sinki dulu, sambil mesin kain-kain yang dah berlambak tu.

Tak sqangka dapat berjumpa... :-) Lain kali ,insyaallah jumpa lagi.
------------------

Salam Mama,

He...he...pi tolong makan saja tentu tak sakit lutut...cuma letih!...letih kenyang!
-----------------------

Salam Kay,

Memang hangin bila tak de air ni, terutama bila nak ke tandas!...ha, lagu mana, kalau air tak de langsung... :-(

Nak mandi manda kalau ada sungai dekat rumah boleh je ...tapi, sungai sekarang macam dah tak boleh buat untuk mandi...

Notmyblogg said...

Ni nak tanya. Err... berak ari ni dan ke cebok? *matila soklan laser** wakakaka

AuntieYan said...

Salam Tuan Alang,

Kah!...kah!...kah! (berani rupanya budak ni!~)

Ha...nasib baik masa tak de air tu boleh tahan berak pulak...kalau tidak, hari-hari juga mesti kena buang punya... :-) :-)

Anonymous said...

nasib baik SYABAS cepat fix the piep burst.. cepatlah dapat air paip kan..

memang susah kalau terputus bekalan air ni.. nak buat apa pun terbekanglai

aNIe said...

Kak Yan...selepas sebulan berpuasa...bulan raya...bulan makan2 pulak...

Rumah Sya pun takde air minggu lepas...berangkat datang ke rumah anie...mendobi baju...

AuntieYan said...

Salam Zar,

Memang haru-biru jadinya kalau tak de air ni, apa lagi kalau kes-kes emergensi macam yang terjadi baru2 ni. Selalunya kalau orang berkenaan nak buat kerja ke, notis akan di beri, sempat kita simpan sedikit sebanyak tak le sampai tak de langsung. Nampaknya memang kena sediakan satu bekas besar buat simpan air lepas ni.
----------------

Salam Anie,

Kak Yan jumpa Sya di majlis makan-makan di BBST. :-), rugi Anie tak ikut sekali, kalau tidak, harus Cik Din boring menunggu kita gebang tak habis-habis!