
Dah menjadi tradisi agaknya kita yang tinggal di KL dan sekitarnya sebaik saja habis beraya di kampung bermulalah pulak beraya di bandar...tak habis-habis dengan makan, makan dan makan.
Setakat ni, Auntie baru menghadiri satu "open-house" saja. Jemputannya dah ada lima, tiga dah berlalu, tak pergi. Dua lagi akan datang, belum tahu lagi nak pergi ke tidak.
Jiran-jiran terdekat Auntie pun ada yang dah buat acara makan-makan ni. Hari Sabtu lepas, hari kami berdua ke Kl tu, petangnya jiran sebelah rumah menjemput makan. Makcik tu benarnya hanya jemput kaum kerabat menantunya, tapi jemput juga Auntie..mungkin sebab aroma masakanya memenuhi ruang dapur Auntie jugak, terpaksa le ajak kan?
Malamnya, Cik Din dok tanya Auntie, bila pulak Auntie nak ajak jiran-jiran ni datang? Kalau biar dia orang datang sendiri, tentunya tak de apa juadah yang nak di hidangkan. Auntie memang serba salah. Satu, Auntie tak pandai masak, takat makan sendiri oklah..yang keduanya, Auntie ni bukannaya boleh berdiri lama-lama dan banyak bergerak, kang lutut bengkak pulak sendiri jugak yang tanggung.
Pagi Ahad tu, lepas Subuh, eh, rasa macam ok je. Sihat pulak weh! so, dalam kepala berangan nak masak laksa, boleh jugak jemput jiran nanti.
Tengok dalam fridge, ada daun bawang, ada daun salad, timun pun ada, cili merah pun belana (banyak). Auntie ambil semua tu siap potong sebagai ulam nanti. Bila Cik Din turun nak pergi exercise, Auntie minta dia belikan laksa dulu. Dia macam terkejut...nak panggil jiran ke? boleh ke buat?...kang nanti sakit pulak...katanya. Auntie kata, ok kot...tapi you kena tolonglah apa yang patut. Dia setuju.
Selepas sejam dia balik, dia bawak sebungkus nasi lemak untuk Jim (Anja, malam nya tido di Cheras) dan dua bungkus lontong untuk b/fast.
....dan tiga bungkus laksa.....3 kilo ikan sadin, ikan kembung ada, tapi tak berapa elok, dia kata. terus Auntie rendam laksa tu dulu.
Lepas makan rehat, selak paper hari Ahad kejap. Lepas mandi kami ke mini market cari lagi bahan-bahan basah untuk persediaan memasak ni.
Sampai rumah, Auntie masak agar-agar dulu. Agar-agar santan daun pandan.
Rebus ikan. Cik Din tolong siapkan isi ikan dan blender. Dalam hati, "not bad juga partner aku nih....boleh diharap" kejap je dah siap kuah laksa. Agar-agar pun dah keras.Auntie SMS adik Auntie..." mai rumah ada makan2 ptg ni. Kalau nak lunch datang awal...ada gulai nenas ikan masin" Sesambil tu masak pulak gulai nenas, masak nasi seperiok. Rebus telur masin. Cadang nak masak sambal petai.Tak jadi!
Helper Auntie yang ke dua, Jim. Tugas dia siapkan meja. Hidangkan kueh yang dah tinggal separuh balang tu..ada le dalam 5 jenis kot + 2 jenis kacang Ok lah tu...
Dalam pukul 4....all set. Adik Auntie Cik Wan sampai dengan isteri dia...dalam hujan yang agak lebat. Depa balik cepat sebab nak kejar gi open hause lain pulak.Errr...depa bawak sebalang kuh tart...yeyyyy! Thank Q. :-)
Semua dah terhidang, tetamu belum dijemput. He...he!...SMS saja. "Jemput ke rumah, ada makan" Satu jiran selesai makan, SMS pulak jiran yang lain...gitulah cara Auntie, tak le penat melayan.
Lepas maghrib, 2 jiran lagi akan datang. By jam 10 malam, selesai.
Oh...letih jugak rupanya...tapi happy! jam 11, semua beres. Naik tido.
Esoknya bangun....tu diaaa..lutut sudah bengkak!...pinggang pun macam nak putus ! telan pain killer sebelum ke ofis.Kat ofis pun dah macam nak demam. Tapi tak demam pun. Manja rupanya badan Auntie ni! :-)
5 comments:
Auntie,
The way you put it, macam senang je memasak ni. Easy peasy! Then, how can you say you tak pandai masak? Orang yang tak pandai masak macam I ni, akan panic! Tak kan sempat nak baca suratkhabar.. :) Well done!
Salam Mrs.N,
Kali ni memang terasa senang sebab ada pembantu, selalunya I buat semua...tu yang jadi letih dan rasa give-up.
Memasak tu memang boleh...tapi, takat masak yang senang-senang saja. Masak laksa memang amat senang, kalau ramai membantu kejap je dah siap.
Satu lagi tricknya...masak menu yang kita tau saja...I rasalahkan, setiap wanita boleh memasak, cuma kita jarang praktis, tu yang rasa macam tak pandai. :-) kira nya dah ada rasa tu oklah kan?? jangan masak laksa tapi rasa macam sup dahhh!...;-)
Baguslah cara Kak Yan buat open house ni ... bunyinya macam tak meletihkan pun. Dah siap hidang semua baru jemput tetamu, hehehe. I dah serik, especially bab melayan tetamu yang penuh rumah. Terus langsung dah tak mau buat open house! You're fortunate ada pembantu2 yang boleh diharap, alhamdulillah!
Salam Queen,
Memang selalunya Auntie buat macam tu, selesai satu family, call pulak satu family, at least ada time gap..kalau datang sekali ramai-ramai, tak sempat nak bersembang!...tu pun dah cukup memenatkan. :-)
p/s: nasib baik Jim volunteer nak basuh pinggan.Susah jugak kalau tak de anak dara ni.
1st time komen kat sini. walaupun gambar laksa tu mcm blur2 gitu tapi kite dah terliog nih... sedapnya
Post a Comment