Salam untuk semua,
Sejak kebelakangan ni Auntie kurang benar memasak. Sebabnya, tukang makan dah tak ramai.
Dulu ada lima orang ahli makan sewaktu dinner, sekarang ni, cuma tinggal dua orang saja.
Anja dah nak masuk dua bulan tinggal dengan kenkawannya. Kalau dia ada, balik ofis je, Auntie ligat memasak. Dia suka makan. Dia kuat makan. Kalau makan tak bertambah, bukan dialah.
En. Amir dan Jim sejak bekerja ni, makan kat luar saja. Bila sampai rumah, dia orang nampak katil saja. Kalau kerja siang, malam tido. Kalau kerja malam, sah sahlah siangnya tido tak bangun-bangun.
Auntie dengan Cik Din pulak, sejak dapat gelaran wargamas ni, malam makan ala kadar saja. Makan roti ke, makan capati ke....gitu sajalah. Disamping menjaga kesihatan (dah sakit baru nak jaga) jimat jugak weh...jimat duit, jimat tenaga.
Semalam, agak lambat sampai rumah. Cik Din ada meeting (...and eating) . Tunggu punya tunggu, pukul 5.45 baru dia sampai ofis Auntie. Dah lewat jalan pun jammed. Nyampah betul. Boring!...dah lama tak redah jammed ni. Selalunya time macam tu, Auntie dah sihat, tercongok depan TV menanti slot drama TV3*. 6.40 baru sampai. Drama dah start 10 minit. Sib baiklah iklan nya panjang....sempat siap solat 4 rokaat!
Aiseh, perut lapar le pulak.Cik Din pun kata dia lapar. So, Auntie rasa, patutlah memasak. (...sian laki aku nih) Hari pulak hujan... menambah kelaparan. Dah jarang memasak, tak ada apa sangat stok dalam peti ais tu. Korek-korek tengok, adalah belen sawi sikit, bolehlah dibuat sayur anak itek (sayur tumis air yang ringkas). Sambil potong sayur, pasang telinga, mata kat screen TV...multi tasking gitu. Sambil tu jerang air dan masak nasik. Siap tumis sayur, buat pulak sambal tahu. Tahu pun belen Auntie masak bihun paginya. Siap dua menu.
Dari hall, Auntie dengar Cik Din rekues...." jangan lupa sambal belacan ye".....so, Auntie tumbuk pulak sambal belacan. Nasib baik ada sikit lagi cili padi...tu diaaa....kasi dia pedas menyengat.
Last sekali Auntie goreng dua keping ikan tenggeri dan dua ketul ayam. Siap le makan malam Auntie bersama Cik Din. Kebetulan En. Amir ada. Maka bertigalah kami makan.
Sambal tahu dan ayam goreng tu makanan En. Amir. Yang lain tu, untuk makcik & pakcik.
Gitulah menu ringkas Auntie semalam. Ingatkan nak terus makan je bila selesai, rupanya Cik Din nak maghrib kat surau pulak.
Masak selesai, drama pun selesai. Masuk maghrib, mandi ala kadar, solat. Buat teh o seteko.
Tak lama tu Cik Din pun sampai...sah dia tak berwirid/doa panjang kat surau...laparlah katakan.
Terus je kami bismillah dengan rezeki tu....alhamdulillah...walau pun hanya sayur sawi masak anak itek, ikan goreng dan sambal belacan......bukan main laju kami makan...sedap amat. Mungkin Auntie sangat ikhlas nak memasak, tu pasai sedap.
Sebenarnya tak lah susah mana nak masak ni, nak dengan tak nak saja.
Conclusionnya
;
;
;
;
;
Makcik dan pakcik dah langgar pantang!!!....dua-dua makan bertambah!!
:-) :-) :-)
..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts
Thursday, July 22, 2010
Monday, October 20, 2008
Penat makan
Sejak berpindah balik ke BBB, telah 3 kali Auntie mengalami gangguan bekalan air. Kali pertama pada tahun 2006 (rasanya). Sebab diberi adalah kerana pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tadahan. Ia mengambil masa hampir 10 jam.
Kali kedua baru-baru ini, beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadan, mengambil masa hampir40 jam kerana pihak itu juga sedang menjalankan kerja-kerja menggantikan paip lama dengan yang baru.
Terbaru, sekali lagi gangguan berlaku kerana paip besar yang terletak di Dengkel pulak pecah, akibat pengambilan/pengorekan pasir (katanya).
Memang, ketiadaan air sangat mengganggu. Satu kerja pun tak boleh nak buat. Macam terberenti semua aktiviti kat rumah. Nasib baiklah Auntie dah tak de budak-budak kecik kat rumah. Tapi, budak-budak besar pun tentunya nak guna air jugak, kan. Setakat nak makan tak pe lagi, boleh saja gi makan kat kedai, tapi kalau dah satu kawasan air tak de, kedai pun tutup. Nak bisnis macam mana kan? Begitulah pentingnya air.
Dalam sinki dah penuh pinggan mangkok tak bercuci. Mesin basuh penuh dengan kain-kain tak berbasuh dah melimpah keluar. Bilik air dah mula berbau dek kerana tak cukup air nak disimbah setelah selesai hajat. Badan dah mula rasa melekit. Mandi ala kadar je. Berjimat air tangki. Malah, hari Sabtu tu Auntie terpaksa mandi stail P.Ramlee je....cuci muka gosok gigi. Kami terpaksa keluar cari makan. Auntie ke KL ada urusan. Lepas tu, ada pulak jemputan makan-makan hari raya di BBST.
Dari KL, kononnya terus je nak ke BBST, tapi Si Jim mati-mati takmo ikut Auntie dengan Cik Din, so, kami terpaksa singgah balik rumah dulu. Singgah kejap, alhamdulillah air dah ada setelah sejak hari Kamis petang kering kontang. Elok kami melepasi tol Bangi, hujan pulak turun dengan lebatnya. Jalan agak kabur. Kami berdua pulak dok bersembang rancak...sedar-sedar kami dah terlepas pulak simpang nak masuk ke Nilai!...tu dia, apa nak buat bukannya ada U-turn, nak tak nak, ha, terlepas sampai ke tol Seremban!! adui!...makan angin sesaja, mengabiskan minyak dan duit tol saja, nasib baik le cuma RM4.60..
Berpatah balik semula, nasiblah tak jauh, dalam 15 km kot...sampailah kami ke tempat dituju...sunyi je rumahnya, ingatkan orang semua dah balik, rupa-rupanya majlis start pukul 2, kami pulak sampai ngam-ngam pukul 2. :-)
Cik Din, siap-siap warning dengan Auntie " psst...jangan cakap kita dah terbabas ke Seremban"
Biasalah orang lelaki, benda-benda macam ni pun nak malu....Auntie angguk saja, dan tak buka cerita pasal terbabas as promise...keh!..keh! dia tak tahu, Auntie tulis kat blog!!!
Perut tengah lapar, apa lagi, Auntie terus je makan..he...he...makanan pun sedap-sedap...sup makroni makan dengan roti, & mee sup serta kueh-kueh. Keropok lekor pun ada.
Terima kasih le Syidah & suami. Sampai ke rumah pun Cik Din masih teringat dengan keenakan mee tu, Syidah.
Sempat jugak bertemu Sya. Riuh rendah kami sembang, maklum lama tak jumpa.
Hari Ahad pun ada satu lagi jemputan makan-makan. :-) Kali ni kawan ofis pulak. Menunya nasi jagong dan kurma ayam serta laksa Johor...semua sedap.
Selesai makan terus je balik. Solat zohor dan tido. Penat sungguh rasanya. Penat makan!

Tuesday, October 14, 2008
Makan-makan.

Dah menjadi tradisi agaknya kita yang tinggal di KL dan sekitarnya sebaik saja habis beraya di kampung bermulalah pulak beraya di bandar...tak habis-habis dengan makan, makan dan makan.
Setakat ni, Auntie baru menghadiri satu "open-house" saja. Jemputannya dah ada lima, tiga dah berlalu, tak pergi. Dua lagi akan datang, belum tahu lagi nak pergi ke tidak.
Jiran-jiran terdekat Auntie pun ada yang dah buat acara makan-makan ni. Hari Sabtu lepas, hari kami berdua ke Kl tu, petangnya jiran sebelah rumah menjemput makan. Makcik tu benarnya hanya jemput kaum kerabat menantunya, tapi jemput juga Auntie..mungkin sebab aroma masakanya memenuhi ruang dapur Auntie jugak, terpaksa le ajak kan?
Malamnya, Cik Din dok tanya Auntie, bila pulak Auntie nak ajak jiran-jiran ni datang? Kalau biar dia orang datang sendiri, tentunya tak de apa juadah yang nak di hidangkan. Auntie memang serba salah. Satu, Auntie tak pandai masak, takat makan sendiri oklah..yang keduanya, Auntie ni bukannaya boleh berdiri lama-lama dan banyak bergerak, kang lutut bengkak pulak sendiri jugak yang tanggung.
Pagi Ahad tu, lepas Subuh, eh, rasa macam ok je. Sihat pulak weh! so, dalam kepala berangan nak masak laksa, boleh jugak jemput jiran nanti.
Tengok dalam fridge, ada daun bawang, ada daun salad, timun pun ada, cili merah pun belana (banyak). Auntie ambil semua tu siap potong sebagai ulam nanti. Bila Cik Din turun nak pergi exercise, Auntie minta dia belikan laksa dulu. Dia macam terkejut...nak panggil jiran ke? boleh ke buat?...kang nanti sakit pulak...katanya. Auntie kata, ok kot...tapi you kena tolonglah apa yang patut. Dia setuju.
Selepas sejam dia balik, dia bawak sebungkus nasi lemak untuk Jim (Anja, malam nya tido di Cheras) dan dua bungkus lontong untuk b/fast.
....dan tiga bungkus laksa.....3 kilo ikan sadin, ikan kembung ada, tapi tak berapa elok, dia kata. terus Auntie rendam laksa tu dulu.
Lepas makan rehat, selak paper hari Ahad kejap. Lepas mandi kami ke mini market cari lagi bahan-bahan basah untuk persediaan memasak ni.
Sampai rumah, Auntie masak agar-agar dulu. Agar-agar santan daun pandan.
Rebus ikan. Cik Din tolong siapkan isi ikan dan blender. Dalam hati, "not bad juga partner aku nih....boleh diharap" kejap je dah siap kuah laksa. Agar-agar pun dah keras.Auntie SMS adik Auntie..." mai rumah ada makan2 ptg ni. Kalau nak lunch datang awal...ada gulai nenas ikan masin" Sesambil tu masak pulak gulai nenas, masak nasi seperiok. Rebus telur masin. Cadang nak masak sambal petai.Tak jadi!
Helper Auntie yang ke dua, Jim. Tugas dia siapkan meja. Hidangkan kueh yang dah tinggal separuh balang tu..ada le dalam 5 jenis kot + 2 jenis kacang Ok lah tu...
Dalam pukul 4....all set. Adik Auntie Cik Wan sampai dengan isteri dia...dalam hujan yang agak lebat. Depa balik cepat sebab nak kejar gi open hause lain pulak.Errr...depa bawak sebalang kuh tart...yeyyyy! Thank Q. :-)
Semua dah terhidang, tetamu belum dijemput. He...he!...SMS saja. "Jemput ke rumah, ada makan" Satu jiran selesai makan, SMS pulak jiran yang lain...gitulah cara Auntie, tak le penat melayan.
Lepas maghrib, 2 jiran lagi akan datang. By jam 10 malam, selesai.
Oh...letih jugak rupanya...tapi happy! jam 11, semua beres. Naik tido.
Esoknya bangun....tu diaaa..lutut sudah bengkak!...pinggang pun macam nak putus ! telan pain killer sebelum ke ofis.Kat ofis pun dah macam nak demam. Tapi tak demam pun. Manja rupanya badan Auntie ni! :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)