Thursday, August 20, 2009

Don't Play-play!

Alhamdulillah....Cik Din dah tak demam lagi begitu jugak dengan En Amir.

Sana sini orang demam, hospital & kelinik penuh dengan orang nak dapatkan rawatan kerana diserang demam ni. Pelik jugak rasanya mangsa H1N1 ni banyaknya orang kita, (rasanyalah...tak pulak Auntie tahu angka sebenar) mungkin terjadinya wabak ini Allah nak ingatkan kita semua yang dah terlena dibuai mimpi-mimpi indah.

Banyak benda-benda yang melanda dunia sekarang...yang jelek dan yang pelik. Antaranya :-
Yang lelaki suka dengan lelaki. Yang pompuan bernafsu dengan pompuan.
Yang pompuan nak jadi lelaki dan sebaliknya.

Manusia melakukan dosa dan maksiat tanpa rasa bersalah, malah berbangga pulak.
Bebaru ni ada dua kelahiran yang ganjil...bayi berkepala dua. Perasaan kita pun dah tak keruan.
Sedih ke? terkejut ke?...takut?..seram??? Entah lah.

Berbalik kisah orang demam kat rumah Auntie... nasib le kami tak ramai kat rumah tu...Auntie dengan Cik Din saja yang share bilik. Bujang tiga orang tu ada bilik masing-masing. So, masa Cik Din demam, Auntie kuarantinkan dia dalam bilik tu begitu jugak si En. Amir. Depa pakai topeng, walaupun dalam rumah. Alhamdulillah tak lama depa demam.
Dalam kita sibuk dengan penyakit flu babi ni, ada pulak pihak nak kaut untung....topeng yang kita langsung tak terpikir nak beli tu dah naik harga sampai sekeping RM1/ kelinik pun kedekut taik idung masin....depa bagi sekeping je. Bukan itu saja...kos rawatan pun naik juga. Selalunya kat area rumah Auntie, kalau takat demam harga rawatan dalam RM25-30 saja...

Cik Din kena bayar RM30...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk dan MC dua hari.
En. Amir pulak kena bayar RM56...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit tekak dan MC 2 hari . Hanya lebih satu item saja, bezanya sampai RM26 ???gila ape???? kelinik berlainan, kelinik yang Cik Din pergi masih belum buka masa Cik Din bawa En. Amir. Memang terasa sangat mahalnya. Tapi apa nak dikata, bayar sajalah...

Auntie dengan famili ni, kalau tak terpaksa, memang kami akan ke kelinik kerajaan saja...tunggu sajalah sejam dua...nak ubat free kan...ubat pun lebih kurang sama saja...cuma kalau kelinik kerajaan dia kasi Panadol, pergi kelinik berbayar depa bagi Uphamol...kalau kita beli sendiri reganya dalam RM2.50....disebabkan penyakit yang sedang merebak ni, terpaksalah kita ngadap doktor dan check apa yang patut, tak bolehlah main hantam ambik ubat sesuka hati je.

Kepada semua, jagalah kesihatan masing-masing...cuci tangan, bersihkan persekitaran. Don't play-play!!

10 comments:

fazemy said...

Jaga kesihatan dan selamat berpuasa(^_^)

MA said...

Kak Yan : Kalau dulu anak nak ke sekolah, hantar sampai tepi pintu and bagi duit belanja. Sekarang, lepas bagi duit belanja, bagi gak topeng muka! Saya dapat beli sekotak topeng muka - rega 80 sen sehelai (ada 50 helai). Itupun pakai dgn berhemah - jangan buat main-main pakai buang 2-3 kali sehari.

Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Alhamdulillah bujang saya yang demam dah kembali sihat. Alhamdulillah....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak Yan

kalau tgh sakit mnunggu 2/3 jam tu siksa bebenor kak Yan...macam orang yang ada kat klinik tu....kesian tgk budak budak kecik..menangis bukan sebab sakit tapi dah bosan menunggu....

Hjh Noralenna Abbas said...

Wabak ini serius..saya selsema pagi pun pakai mask. Selamat menjalani ibadah puasa, Yan.

AuntieYan said...

Salam Fazemy,

Selamat berpuasa, semoga berkat bulan Ramadan, segala penyakit beransur pergi.
-------

Salam Andeh,

Kat sesetengah ofis, sesapa yang ada batuk & selsema memang kena pakai topeng, company provide topeng tu...(ofis Anja) Kat ofis gomen belum lagi la...tapi kena faham sendiri le...
Topeng dah mula ada harga...Kak Yan ingat, Kak Yan nak pakai purdah je lah...he!...he!...nampak bijik mata je! :-)

Alhamdulillah Abang dah sembuh..
Kena banyak minum air....100+ bukan main laris lagi....
---------

Salam Ezza,

Memang!..penantian adalah satu penyeksaan! apa lagi kanak-kanak yang tak faham apa-apa.
------------

Salam kak Nora,

Selamat berpuasa. Jangan lupa makan ubat.

Cat Cat said...

Auntie Yan,
Mintak mailing address Auntie Yan... Cath dah hantar email kat Auntie, tapi tunggu2 Auntie tak reply pun... Ni nak hantar hadiah ni.. Hadiah cekai aje tau...

Or you can send me an email to seetlooi@yahoo.com

AuntieYan said...

Hello Cat...

dah e-mailkan my address!
Thanks. ;-)

Kak Teh said...

auntie Yan, selamat berpuasa - walaupun dah 5 hari mula berpuasa. Dan harap CikDin dah sembuh.

AuntyN said...

Salam Kak Yan

Apa habaq? Sorry dah lama tak jenguk blog Kak Yan. Tapi rindu lah ni yang gagah mai jugak @3.06am ni hehehe.

Harap semua dah sembuh. Kami Sihat Alhamdulillah.

AuntieYan said...

Salam Kak Teh,

..lama I sendiri tak jengok blog nih....!Alhamdulillah Cik Din dah ok...tapi mai bulan posa ni, semuanya moyok je he!...he!

Selamat berbuka posa...dengan habaq nak buat koi raya...tentu meriah raya kali ni makankoi buat sendiri. :-)
------------

Salam N,

Jangan lah mendiamkan diri...biar blog tak berupdate, janji tuan blog boleh dilihat kelibatnya di blog kawan2.

Salam Ramadan untuk N...di sini pun rinduuuu jugak dengan di sanaaaa... :-)