Minggu lepas Auntie bercuti 4 hari. Cuma kerja pada hari Isnin. Dah lama cuti, rasa amat liat nak ke ofis apa lagi ujung-ujung tahun ni, ramai yang bercuti. Ofis pun lenggang je.
Auntie balik kampung.......seorang diri dengan menaikki bas. Hemmm...lama sungguh tak travel sorang diri naik bas ni, adalah hampir 10 tahun. Rasa excited jugak nak naik bas ni, ngalahkan pertama kali nak naik k/terbang! Jaman sekarang ni dah banyak yang mudah. Beli tiket tak payah lagi ke counter tiket, beli je kat station minyak Petrona* pada tarikh berangkat, pergilah ke stesyen bas. Bas Auntie beroperasi dari Jalan Duta.
Macam biasalah......jarang sangat orang kita ni menepati masa...sebab tu selalu rugi. Sepatutnya bergerak jam 9.00 pagi, time tu, bas baru terhegeh-hegeh sampai ntah dari mana. Basnya...aduiiii!....uzur beno gayanya, kotor pulak tu, tahi burung bertempek kat badan dia, kalau habuk ni toksah cakap le...gamaknya dah sebulan tak mandi bas tu.
Penumpang pun semua nampak happy bila bas sampai. walau pun bas buruk.Masing-masing sibuk menyimpan beg di perut bas, sambil tunggu pintu bas dibuka. Alih-alih beberapa orang mekanik sibuk pulak membuka enjin bas dan mengetuk sana sini, sambung wayar tu, wayar ni....
kalau lagu ni, bila pulak nak bergerak?? Auntie pun pergi tanya...katanya ada sedikit kerosakan pada sistem aircond....(aircond tak sejuk) adalah dalam 1/2 jam dok merepairnya.
Kami pun naiklah...nasib baiklah kondisi dalam bas tidak seteruk diluar. Bersih, kerusi pun kira ok. ....so, betullah kata orang putih, don't judge a book by it's cover...he!...he!
Driver pun ok, bawak bas dengan cermat, tak laju, dan tak perlahan sangat...nyaman saja.
Boleh dikatakan, hampir separuh bas di penuhi dengan orang Cina dan Thai (Thai Malaysia). Partner Auntie seorang pesara guru berbangsa Thai yang akan turun di Baling Kedah. He!..he!...dia ni ramah tamah orangnya, apalagi, kami bersembang berbagai isu, sedar-sedar dah sampai Ipoh. Ntah lorong mana driver ni bawak kami. Yang Auntie perasan macam kawasan perindustrian. Ada banyak kilang. Oh...betullah, Tasek nama tempat ni. Rupanya, driver ni, pi sambung repair aircond tadi..... Laaaaaaa! Ada lah dalam 1/2 jam lagi kot. Nasib baiklah Auntie dapat kawan Makcik Siam ni...tak habis-habis dia pot-pet. :-)
Akhirnya Auntie sampai ke destinasi jam 3 ptg. (sepatutnya pukul 12.30-1.00) He!...he!...best jugak naik bas ni rupanya!
Apasal pulak Auntie naik bas sensorang?? Oh... Auntie bukan merajuk atau membawa diri...tidak!...Auntie balik kampung kerana ada majlis kawin anak buah (anak adik) Cik Din tak dapat ikut sama sebab Jim sedang bergelut dengan SPM.... tak kan nak tinggal dia sensorang kat rumah. Anja pulak memanjang balik malam. Tulah sebabnya. :-)
Sekali sekala bersaorangan rasa seronok jugak...macam boleh kembangkan sayap he!...he!
Majlis kenduri esoknya. Berjalan lancar dan meriah sekali.Jemputan bukan main ramai lagi. Yang tak dijemput pun ramai jugak yang datang, rezeki tu......hingga jam 2.30 petang segala lauk pauk habis licin tak de belen langsung. Alhamdulillah!!
4 comments:
Salam AY,
Musim hujan ni agaknya, mereka malas nak bersihkan bas. Sekali sekala naik bas seronok juga kan?
Salam kak Nora,
He!..he!...saya dah buat rancangan sendiri, insyaallah, bila bersara nanti saya akan selalu-selalu naik bas balik kampung.:-)
aahhh..dah lama tak naik bas..last sekali, rasanya masa saya duk kat KL dan balik sekejap utk hadiri interview keja di tmpt sekarang..
gamaknya, kalo naik bas semula, jd macam org jakun la kut??hihihi...
Salam Oren...
Lama tak ziarah Auntie nooo...
Memang excited tau!..apalagi ada kawan bersembang, tak terasa perjalan jauh pun.
Sekali, sekali cuba lah try!!
Post a Comment