Salam semua,
Insyaallah, esok adalah hari terakhir bagi tahun 2009. Tirainya akan dilabuhkan dan tahun 2010 akan menjelma. Syukur pada Allah kita semua masih menghirup udaraNya dan usia kita akan terus bertambah. Yang pergi takkan kembali, hidup mesti diteruskan.
Kita dah siap sedia ke???
Tak seperti tahun-tahun yang berlalu, Auntie dah tak payah nak sibuk-sibuk bersama ibubapa yang lain ke sekolah...anak-anak semua dah tamat sekolah dah...Jim dah selesai SPMnya. En. Amir relax-relax sambil meninjau-ninjau peluang pekerjaan. Anja pulak sibuk dengan kerjayanya. Auntie dan Cik Din pulak menghitung hari untuk bersara.
Semalam, adalah hari pertama Jim mula bekerja. Dia begitu teruja bila mendapat panggilan untuk memulakan kerja. Auntie memang memberi galakan. Biarlah dia berdikari, biar dia tahu bukan senang nak jadi senang, dan bukan mudah untuk menyara kehidupan.
Kelakarlah jugak rasanya. Balik kerja semalam, Auntie dan Cik Din terus mengintai dia kat Store tu....he!...he!...kesian le pulak tengok dia terbongkok-bongkok menyusun barang kat shelf. Dia tak nampak kami pun... :-)
Dalam pukul 6, dia habis kerja, sampai rumah, nampak benar dia keletihan....he!...he!...baru dia tahu...apa ertinya penat bekerja...

20 comments:
Salam Kak YAN..
anak saya yg sebaya JIM pula baru hari ni start kerja, di kedai publishing yang kecil..
Yang penting, mereka belajar berdisiplin lebih lagi dan tahu penat dan cabaran bekerja...
Selamat Tahun Baru Kak YAN...
Kak Yan : Saya belum berkesempatan nak mengintai anak saya si Abang lagi - hehe...
Kejap aje dah besar budak-budak ni kan? Kurang-kurang diorang nak gak cari kerja...cari duit sendiri.
Anak-anak dah habis sekolah semua Kak Yan, mudah2an cepat lah "menimang" menantu pulak...hehe.
Aunty,
Happy New Year ..hope your retirement is full of fun , lps ni boleh round the world with chek Din ek
wahhh Jim dah keja ek...
seven E mana kak yan dia keja, kt seksyen 4 tu ke?
leh intai dia ni..
saya dulu abeh spm keja kilang, teruk giler... penat nak mampos...balik tu makan pun tak ingat dah...ingat nak tido je..
Salam Azieazah,
He!...he!...dia yang beria-ia sangat nak kerja. Elok jugak, kalau tidak asyik makan tido saja.
Biar dia orang berdisplin sikit dan tahu penat lelah kita.
Salam MA,
Sebagai mak, kita ni rasa kesian jugak...tu yang pi intai tuh!
Betul, kejap betul depa dah nak masuk ke alam dewasa. Betis pun dah penuh dengan bulu..kah!..kah!..kah!
Salam Rose,
Happy New year to you too.
Auntie dengan Cik Din ada masa setahun lagi nak pencen....dah rasa tak sabar ni.
Round the world???...he!..he!...round Malaysia pun belum habis...:-(
Salam P-Nut,
Jim kerja kat 7-11 Seksyen 3, belakang Petronas...sederet dengan Restoran Kawan Ezzah Aziz Fawzi tu.
Balik kerja semalam pun dia kata letih...he!...he!...lepas makan terus lena depan TV.
selamat tahun baru masihi 2010 AY..
saya dulu pon, habis spm keja kilang..penat esp bila shif pg dan ptg..kalo shif mlm, best..sbb habis shif gi merayau dulu..hihihi..
Salam AY,
Bagus ye, You berdua nak bersara, anak pula habis sekolah. Selamat menyambut 2010 :-)
Salam Oren,
Auntie dulu lepas SPM dipaksa oleh arwah ayah belajar menaip....:-) kalau zaman sekarang ni kiranya macam gi belajar komputer lah....
Auntie tak kerja, mak pulak suruh belajar menjahit kat kedai Cina...paksa jugak...he!...he!..kat rumah belaja memasak dengan mak.
psstttt...sebab tu pandai masak (...kahh...perasan!)...
Salam Kak Nora,
Memang rasa dah tak sabar nak bersara ni...ada setahun lagi nak kerja insyaallah.
Walau pun anak dah habis sekolah, Si Jim tu nak kena sara jugak lah kot-kot ada rezeki dia sambung belajar.
Kak Yan.. sempat ek ngintai2.. anak dah bujang dah keja dah pun walau sementara.
Selamat Tahun Baru kak yan
Salam Sya,
Selamat Tahun Baru!
Tak kemana-mana ke?
K.Yan ni dah ada dua undangan majlis kawin untuk pembukaan tahun baru ni. Satu pada 2 hb. dan satu lagi pada 9 hb. Januari 2010. :-)
saya pun dulu mengintai juga masa anak kerja sementara kat minimarket. Teruk. Kesian, gaji RM350. Angkat barang, antar gas, kerja dari 9 pagi sampai 11 malam.Bertahan la dalam sebulan macam tu. Tunggu ambik gaji, terus berhenti.Lepas tu dia berhenti, belajar repair computer pula. alhamdulillah la ni dah belajar kolej.
Salam Hayati,
Salam kenal...
Begitulah kita mak-mak ni, dok kesian dengan anak-anak.Setakat ni, nampaknya anak Auntie ok saja. Semalam dia kerja malam, masuk pukul 11, pagi pukul 7 habis. Kejap ni tadi dia SMS kata dia seronok keje malam.... Katanya kerja tidak lah teruk, mungkin disiplin agak ketat sikit. Eloklah tu....biar dia rasa. Gaji ok jugak lah around RM750.
Siannn anak Yati...tapi takpelah, semua tu pengelaman yang berharga. :-)
Dulu masa adik ipar pB ada gak kerja kat 7-11. Tapi tak lama. Sebab MIL pB suruh dia berhenti. Bila tanya apasal suruh dia berhenti.
MIL cakap , sebab 7-11 ada jual arak.
Huk huk huk
selamat menyambut tahun 2010 yan. kakpah sampai harini asek nak tersasul je tulis haribulan.
yan, anak2 dah besar, boleh honeymoon hari hari wakaka...
Salam pb,
Alhamdulillah!...kat area Auntie tinggal ni 7-11 tak dibenarkan menjual arak....kalau ada, tentulah awal-awal lagi Auntie tak bagi Jim kerja....kawasan kami ni boleh dikatakan 99.99% Melayu/Islam....tak caya, tanya Kak Pah... :-)
Salam Kak Pah,
Tahun baru...haaaa...sama saja..:-)
tiap hari pi kerja...balik!...esoknya....pi kerja balik......!
Honeymoon???...wakawakakaaa...!dah tua-tua ni dia punya "ghau-ghau" dah kurenggg...oppsssss!!!!
Post a Comment