Friday, January 15, 2010

Datin M

Membaca blog Mrs.N pagi ni, rasa sebak juga. Kawan dia yang segar sihat dan manis dalam keadaan kesihatan yang agak serius. Auntie termenung sejenak, memikirkan betapa mudahnya penyakit datang menyerang.

Dalam terpikir-pikir tu, satu panggilan masuk ke telefon Auntie. "Kak dah dapat berita ke?.....kawan baik Kak, Datin M kena kanser"....terkedu sekejap. Datin M ni memang boleh dikatakan rapat dengan Auntie. Kami dah kenal hampir 30 tahun. Masa tu Auntie belum lagi kawin. Dia juga masih seorang gadis, 3 tahun lebih muda dari Auntie. Baru dapat kerja di ofis Auntie. Abangnya, kelas mate Auntie masa kat Politek dulu. Kebetulan Abang dia juga satu ofis dengan Auntie. Abang dia mulanya bercadang nak adiknya tinggal bersama Auntie. Tah kenapa tak jadi pulak.

Dipendekkan cerita, kami terus menerus menjadi kawan maklumlah satu ofis. Walau pun Auntie dah kat Putrajaya, perhubungan kami tak putus. Kami tetap berhubung. Sekali sekala berjumpa.
Sebagai kakak, Datin jadikan Auntie tempat dia mengadu dan berkongsi kegembiraannya.

Memang dia sangat bertuah, punya suami yang baik, berjawatan tinggi, hensem pulak tu. Datin pun memang lawa orangnya. Puteh gebu. Anak Datin hanya sepasang. Dah berkerja pun. Pendek kata hidup dia memang bahagia. Nak apa pun dapat. Dah sampai ke merata tempat di dunia.

Auntie hantar SMS pada Datin, sekadar bertanya kabar sebaik saja selesai bercakap dengan kawan yang membuat panggilan tadi. tak sampai beberapa saat. Datin call Auntie. Tenang saja suara dia dihujung talian. Auntie rasa sebak tapi, tahan saja.
Alhamdulillah, dah dapat cerita sebenar dari mulut dia. Alhamdulillah, dia telah pun selamat menjalani 2 pembedah, satu untuk membuang benjolan di atas breast sebelah kanannya, dan satu lagi untuk membuang kelenjar di bawah arm-pit. Alhamdulillah sekali lagi, ianya baru stage 1.
Auntie hanya dapat memberi kata-kata peransang sebagai motivasi untuknya. Dia tenang saja. Insyaallah dia akan berangkat ke Mekah dua minggu lagi untuk mengerjakan Umrah. Menurut Datin, dia akan menjalani kimo selepas Raya Cina nanti.

26 comments:

pB said...

Salam Kak Yan

kalau orang yang berduit ni , senang jer nak dapatkan rawatan. Segal gala nya mudah dan Cepat sebab ada duit.

Tapi kalau kita kita yang gaji pun cukup cukup makan jer , memang menunggu larrrr panggilan dari hospital.

Lepas satu temujanji , ke temujanji yang lain. Kalau pendek umur , meninggal dulu ...

azieazah said...

Semoga dikuatkan semangat buat Datin M.

ujian sebegini memang menginsafkan..

fazemy said...

Tringt kat kwn mak saya haritu. bila dia dpt tahu kena cancer meraung2 menangis meratapi diri. Tp yg pasti dia pergi dgn tenang sbb dah bersedia. Untung sbnrnya org yg sakit mcm ni. sbnrnya ajal maut tu ditgn Allah. klw yg tak sakit pun blh pergi dulu.

Semoga Datin M cepat sembuh hendaknya.

aNIe said...

Semoga ALLAH memberikan kekuatan semangat buat Datin M...dan semoga dia dpt melalui segala dugaan dengan penuh ketaqwaan

NanaDJ said...

Salam,
Datin M telah mengambil langkah pertama iaitu membuang benjolan di payudaranya. Yang penting bagi kanser adalah pengesanan awal dan rawatan segera, thats half the battle. Mengidap penyakit kanser bukan beerti hidup terhenti atau sampai ke penghujungnya. Apa yang penting adalah ketabahan hati menghadapai penyakit tersebut. Rakan, keluarga dan orang disekeliling perlu memberi sokongan. Dapatkan rawatan perubatan mengikut nasihat doktor, rawatan alternatif hanya sebagai penambah dan jangan sekali-kali takut kepada chemo. Memang susah tetapi setakat ini itu saja rawatan yang ada sekiranya rawatan tersebut yang diperlukan. Tetapi ada juga pesakit yang diberi radiotherapy dan hormone therapy.
She is not alone, banyak kumpulan sokongan (support group) yang boleh membantu. Maklumkan kepada saya sekiranya dia inginkan bantuan kami.

Sya said...

Kak Yan InsyaAllah kalau dah buang ketulan tu.. Alhamdullilah akan sembuh sepenuhnya selepas kimo dan selalu jalani ujian.

Adik angkat saya still young, belum pun 30 tak de anak lagik dah buat pembedahan buang ketulan .. went through chemo. Setelah 4 tahun ni Alhamdullilah

ibundo said...

yan, kita tak undang penyakit tapi kalau dia nak datang, dia datang juga.
semuga kawan yan tabah menghadapi semua itu.

Zareda Norman said...

kak yan

zar teringat time zar sakit dulu, duit gaji 3-4 bulan tak bersentuh tapi tak ada maknanya bila diri tak sihat.. so hargaila sihat sebelum sakit, zar dah melalui diri diuji ..

AuntieYan said...

Salam pb,

Memang betul tu pb. sekurang-kurangnya bila ada duit satu masalah dah dapat di atasi.Macam masa Auntie perlukan pembedahan dulu..besi yang nak di masukkan dalam lutut saja dah RM 10,500...belum lagi harga service, ubat dan bilik hospital. Alhamdulillah, walau pun tak berduit, segala pembiayaannya semua Gomen tanggung. Kalau kena bayar, rasanya mau saja menjejah puluh ribu tuh.

AuntieYan said...

Salam Azie,

Insyaallah, Datin M ni kuat semangat orangnya. Ujian begini memang berat, tapi semua ini adalah ketentuan dariNya.

AuntieYan said...

Salam Fazemy,

Memang tak mudah nak menghadapi kenyataan sebegini.Teringat cerita kawan Auntie, semasa kakak dia diberitahu oleh doktor dia ada kenser, kakak nya terus jatuh tejelepok atas lantai..

AuntieYan said...

Salam Anie,

Insyaallah Datin M kuat semangatnya.Sama-sama kita doa untuknya.

AuntieYan said...

Salam Nana DJ,

Pertama sekali, terima kasih sudi datang ke blog saya. Besar rasanya hati saya atas lawatan Nana ni.

Ya, Datin M bernasib baik cepat dapat tahu dan terus bersetuju membuang benjolan serta kelenjar di bawah arm-pit sebagaimana saranan doktor. Dia seorang yang tabah, apa lagi dikelilingi oleh ahli keluarga yang sangat perihatin.Insyaallah sokongan mereka akan terus membuatkan Datin berfikiran positif. Saya juga telah menyarankan kepadanya untuk mengikuti blog Raden Galoh sebagai panduan dan semangat.Insyaallah dia akan lebih tabah.

Terima kasih saya pada Nana Dj.

AuntieYan said...

Salam Sya,

Harap pun begitulah. Baru stage 1.
Moga-moga lepas kimo nanti dia akan pulih.

AuntieYan said...

Salam kak Pah,

Memang penyakit datang tanpa undangan...kesihatan sangat penting, apa lagi kita yang dah semakin dimamah usia ini.

AuntieYan said...

Salam Zar,

Betul Zar, kesihatan sangat penting.Mencegah penyakit adalah lebih kata orang.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak Yan..
Tu lah..kalau kita ingat kita ni sangat..jangan terlalu gembira..esuk lusa tup tup dah lain pulak cerita nya...Siapa sangka kan...

So Bila baca blog kak yan dan MA..elok sangat lah kita gi buat medical checkup..takut saya kak..apa lagi saya ni dalam kategori 4xl ni...

AuntieYan said...

Salam Ezza,

Kita digalakkan bersederhana dalam semua hal. Kalau suka & gembira biar berpada-pada.Selalu kena beringat-ingat. Sakit, bencana, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa saja.

oren said...

AY,

bos saya sendiri, dh hampir 3 bulan di hospital..badan dh kering (dulu dia sgt berisi), takleh bersuara, bernafas ikut lubang yg ditebuk di tengkuk dll (kawan2 cerita, saya tak sempat ziarah lagi)..

pelan2 dlm hati terpikir, bahawa Allah itu MAHA BERKUASA..sekelip mata saja dia buleh tarik nikmat yg dh dipinjamkan selama 30-40 tahun nih...

AuntieYan said...

Salam Oren,

Kesian bos Oren tu. Kalau ada masa eloklah pi visit dia.

Kita ni kena beringat selalu. Kalau tuhan nak ambik nikmat yang dia beri pada kita sekejap saja, jadi kita tak payahlah nak menyombong diri, kita ada kelebihan, kita hebat,kita kaya, kita lawa dan sebagainya. semua itu pinjaman saja.
Sama-sama kita doakan supaya bos Oren cepat pulih dan tabah menghadapi ujian Allah.

p/s : awat Auntie tak leh nak masuk blog Oren...dan banyak kali cuba...haghammm...pintunya terbuka...:-(

Anonymous said...

KakYan,
Terima kasih sbb noted saya about Datin M dlm komen di blog saya tu...

Membaca tulisan akak tentang dia, sy yakin Datin M seorang yang tabah dan berlapang dada menerima ujian ini... insyaAllah, saya doakan dia lebih tenang dan mendapat kekuatan berterusan utk menghadapi hari2 mendatang...

perjalanan dgn ujian ini membuka minda dan mata hati, bahawa apapun yg berlaku bersebab, utk kita lebih maklum apa yg kita sangka milik kita bukan milik kita sebenarnya....

sampaikan salam saya pada Datin M ye kak.

Akak, jaga diri juga ye.

*hugs*

AuntieYan said...

Salam Datin Raden,

Eh?...rasa terujalah pulak Datin sudi datang ke blog Akak ni.
Alhamdulillah, sepanjang persahabatan Kak Yan dengan Datin M ni, memang tahu dia seorang yang cekal dan tabah.
Insyaallah akan sampaikan salam Datin pada dia.

Kaktiny said...

Salam Untie Yan..

sebagai kawan, dapat menjadi "a shoulder to cry on" adalah sesuatu yg indah.. tahniah untie kerana you are such a good friend..

ujian Allah bermacam cara dan berbeza pada setiap orang kan..
sakit pun ujian, senang pon ujian, bahagia pon ujian, derita pon ujian.. samada hikmah atau kifarah, segalanya sudah termaktub dan bersebab..

yang pasti di sana nanti segalanya kekal abadi..

have a nice weekend untie yan..

MrsNordin said...

I hope she gets well soon. Yes, positive thinking dan ketabahan... that's what she needs to have, given the circumstances.

AuntieYan said...

Salam Tini,

Selamat datang ke blog ini. :-)

AuntieYan said...

Salam Mrs.N,

Sama-samalah kita doakan. Kita pun kena sentiasa menjaga kesihatan...harap-harap yuor fried pun semakin pulih.