Monday, March 22, 2010

Dah 55....



Assalamualaikum,
Debaran menunggu result SPM telah pun reda. Keterujaan menghadiri konvo En. Amir pun telah berlalu.
Kini Auntie sibuk pulak mengintai peluang tempat belajar untuk Jim. Banyak kolej-kolej swasta mengirimkan brosure mereka ke alamat rumah, tah mana depa dapat pun tak tahulah. Kalau dulu kita sibuk cari tempat belajar, tetapi sekarang, tempat belajar pulak yang sibuk mencari pelajarnya. Boleh dikatakan saban hari peti surat rumah Auntie tu ada saja surat dari kolej mana tah....ada tu langsung tak pernah dengar namanya pun. Yang SMS pun ramai gak. Yang telefon pun ada.
Auntie dah pun mengenalpasti 2,3 buah tempat belajar untuk Jim. Jim kata dia minat dengan Hotel & Catering...ntah lah Auntie tak tahu nak kata apa lagi. Ni tengah dok timbang-timbang antara pilihan dia dengan pilihan Auntie.
----------------------------
Weekends baru ni Auntie hanya bertapa dalam rumah saja. Kedepan kebelakang, naik atas turun bawah....mengemas rumah..tak habis-habis. Hari Sabtu adik bujang Auntie datang. Dah lama sungguh dia tak datang. Sibuk katanya. Dia bermalam dirumah Auntie.
Esoknya Ahad......................yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!
Hari jadi Auntie. Mak aiiiiiii!...tuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah Auntie ni rupanya. Sedar-sedar dah tua!
Alhamdulillah, berbanyak syukur pada Allah dipanjangkan usia Auntie hingga ke angka 55. Banyak kan?...letih nak bilang tu dah tak cukup jari tangan dan kaki .
Sebut betul-betul, tapi jangan kuat-kuat....malu tau!
Macam biasa tak de apa-apa celebration pun. Kek pun tarak...apa lagilah belon-belon...sapa nak bagi belon kan dah tua-tua... :-(
Tapi, alhamdulillah Auntie dapat ini dari Jim (walau pun tak sehebat mana Auntie nak tayang gak kat sini jugak)
.


.


.


.


. tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
















dan....
...adik Auntie yang dah lama tak nampak kelibat tu bagi Auntie ini..........



..


..

..



;;


tdaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................


p/s: lima tahun dulu dia bagi h/beg Bonia.
En. Amir & Anja tak bagi apa-apa...." duit tarak la mak ...dah hujung-hujung bulan ni..." kata depa. Mak tak kisah pun. :-)
Cik Din kata, nak belanja makan...macam biasa lahhhh....makan, makan, dan makan.!! Mana lah bini dia tak gebu kan??

28 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat panjang umur, Yan. Syoknya bila orang tersayang ingat birthday kita dan dapat hadiah pula tu. Memang peluang luas terbuka bagi pelajar sekarang ini tidak macam kita dulu.

~adeQ~ said...

Hepi besday kak yan...wah...dpat beg guess....syok gitu...kite ni bila lah nak gi jumpa kak yan....miss u kak yan...take care...

endiem said...

selamat hari jadi, semoga panjang umo dan sihat selalu.

Pnut said...

Happy birthday kak yan...
panjang umoq murah rezeki..dah ada oven, leh la baking...eheheheh

mamasita said...

Happy Birthday Yan..may you be healthy and happy always..and may you test that new oven always!
And that bag..may that bag penuh ongkos banyak2 always!

pB said...

Selamat Hari Jadi Kak Yan ....



men tain muda .....


moga sihat sokmo dan bahagia sokmo
moga diberi kelapangan untuk terus mencari bekalan untuk dibawa ke sana nanti ...

moga panjang umorrrrrr

azieazah said...

Happy Belated Birthday KAK YAN... Moga sejahtera, berbahagia, diberikan kesihatan yang baik senantiasa...

Umur tak kira, yang penting happy, kan?

Syukur dapat hadiah.. (berbanding dengan orang yg langsung tak pernah dpt hadiah besday sejak kahwin).

Leyla Shuri said...

Selamat hari lahir kak yan,

selamat menjaga kesihatan seterusnya, insya-Allah.

MA said...

Salam Kak Yan :

Happy Birthday Kak Yan! Ni mesti kena celebrate ni...nanti kita calling2...

Pasal hadiah Jim tu - harga dia tak penting tapi ingatan dan gesture dia tu yang amat berharga...nak-nak lagi dia beli dari usaha titik peloh dia sendiri kan? Alhamdulillah.

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Terima kasih banyak-bayak. :-)

Setiap kali ulang tahun saya menjelma, yang tersayang tu tak pernah lupa.....errr...tak pernah lupa ucap "happy birthday"...jadilah janji ingat.
Bagi saya hadiah tu tak penting sangat...kalau ada, adalah, tak de pun tak pe, kita pun sedar siapa partner kita....bukannya Datuk K, Datuk Y, Datuk S atau Datuk Z...
he!...he!

Alhamdulillah!

AuntieYan said...

Salam Syida,

Ahhhhhhhhhhhhhhh!...rindu dengan Syida...bila nak jumpa nih? datang le Wisma Tani, Isnin ni ada jualan ..macam biasa... :-)

He!...he!...beg tangan tu kiranya hanya dalam impian Kak Yan saja, maklumlah boleh tahan jugak reganya..(untuk orang macam Kak Yan le)Alhamdulillah, Allah sampaikan impian tu!... terima kasih, syukran.

AuntieYan said...

Salam En. Endiem,

Terima kasih atas ucapan dan doa. Semoga Allah panjangkan usia kita semua.

AuntieYan said...

Salam P-Nut,


Terima kasih. Bertuah badan ada ramai kawan cyber...ramai yang bagi ucapan dan doa. Kawan dalam realiti, tak tahu pun b/day kita...he!...he!...tak kan nak diwar-warkan pulak?...War war dalam blog kira ok lah kan?? ;-)

P-Nut, oven tu, rasanya tak boleh nak baking-baking, ia nya untuk bakar roti atau hangat-hangatkan makanan je...dia punya timing pun takat 30 minit saja. Tapi, Kak Yan happy sangat...Jim beli dengan duit kerja dia tuh!...dia jugak yang asyik dok hangatkan burger lah, hot dog lah!....:-)...errr macam dia punya lak!

AuntieYan said...

Salam Datin Mama,

Terima kasih atas ucapan dan doa...

Beg tu, dah dipakai ke ofis...harap-harap, ongkos yang ada dalam beg tu tidak mengalir laju.... :-)

AuntieYan said...

Salam pB,

Terima kasih atas doa-doa pB tuh. Semoga kita sama-sama diberkati Allah. :-)

AuntieYan said...

Salam Azie,

Terima kasih.

Kak Yan ni bukan selalu dapat hadiah b/day (tuh yang kecoh sikit!)....selalunya kami hanya keluar makan saja. Mungkin sebab kali ini angka tu agak special sikit.

AuntieYan said...

Salam Lela, (dengan peluk cium sekali)

Terima kasih. Harap Lela jugak sihat sejahtera dan gembira selalu.

AuntieYan said...

Salam MA,

Celebrate???...ha...ha.....jom, jom, tepian tasek ...

Pasal hadiah Jim tuh...sian dia,katanya dia beli kat KL tuh...pikul naik bas, kemudian naik commuter, pas tu naik kapcai En. Amir pulak untuk sampai ke rumah... :-) Dia sajalah yang tunjukkan sayang pada emak tanpa segan silu! Alhamdulillah.

Anonymous said...

Untung aunty Yan dpt anak mcm Jim hehehhe. Ckp ngan anja and amir...lenkali 5 bulan sebelum birthday mak kena siap2 simpan duit tau...

Happy befday Aunty Yan yang gebu dan comel ;-)

AuntieYan said...

Salam Anon,

He!..he!...alhamdulillah! memang beruntung dapat anak macam Jim. tapi En. Amir dan Anja pun ada kelebihan masing-masing :-)

Terima kasih...

p/s: gebu dan comel dalam gambo saja..... he!...he!

oren said...

alahai..saya lmbt baca entry nih..hari nih dh rabu..so, hepi belated besday..

bestnya dpt hadiah...saya pun, every year dah lama tak dpt hadiah..tak taulah kut tahun nih ada yg ingat nak bagi :P

AuntieYan said...

Salam Oren...

Lambat tak pe...janji tahu ;-)

Auntie pun bukan selalu dapat hadiah b/day, mungkin sebab dah masuk 55 tu. Dapat oven tu sebab kebetulan Jim kerja so, dia ada duit untuk beli..

psstttt...sebab jarang dapat hadiah tu yang teruja dan 'riak' sikit..... :-)

Anonymous said...

Salam KY,
Hepi belated besday.
lama ety tak nyembang ngan KY.
lenkali, kalau Ety gi mtg kat PUJ, Ety singgah kat wisma tani..k?
Rindu ngan geng reban...tapi si Joe tu dah tak buat tag untuk nyembang....dah nyombong budak tu gamak nye....

Kak Yan email Ety: baitynor@yahoo.com

AuntieYan said...

Salam Ety,

Ha...memang lama sungguh kita tak 'bertukar-tukar' fikiran. Kak Yan pun dah lama tak lawat Dendam perantau tuh...dah tak tahu apa kisahnya. Depa tu masih akrab antara satu sama lain.

Kalau sudi apa salahnya, mai la...

ibundo said...

salam yan. Tak terlambat kan nak ucap happy birthday.
hikhik dah 55..
mudalah kakpah setahun haha... setahun je apa nak kepoh kan..

uish... hadiah tu. Ramadhan tak lama lagi yan. Bolehlah siap-siapkan resepi untuk buat biskut. Oven baru dah ada tu.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Kata orang putih, "better late than never"....tima kasih... memang betul, apa nak kecohkan tentang angka semua tuh, yang penting kita sihat sejahtera, hidup gumbira..semoga Allah pelihara kita semua...

Kak Pah, oven tu, tak tahulah boleh bakar biskut atau tak...timer dia hanya setakat 30 minit saja....lebih kepada untuk hangat-hangatkan makanan saja.

anggerik merah said...

Auntie Yan,

Selamat hari lahir yang ke 55. Semuga panjang umur, berbahagia dan hisup sentiasa didalam perlindungan Allah.. Auntie Yan sangat lah comel bila tengok dalam gambar tu..semuga kekal comel dan sihat..

AM

Lee said...

DARIPADA FRENCH POLYNESIA ISLAND RESORTS INC.

Hello Aunty Ya, ha ha, check out the CEO, Director's name, add a 'K' to his first name, as well the four domestic helpers, the last name, ha ha.
Aloha oe, from Tahiti, Lee.