Salam untuk semua,
Dari minggu lepas ofis Auntie sibuk bakai nak rak. Bos-bos yang sibuk.
Auntie, buat-buat sibuk saja :-)
Sebabnya??...katanya ada pegawai MA*PU nak datang melawat, untuk star rating. Tak payah faham pun tak pe...tak ada kaitan dengan pembaca pun.
Macam biasalah, semua nak disempurnakan. Fail meja kena lengkap. (Auntie punya...separa lengkap) Janji ada atas meja. Matilah mak kalau orang MA*PU check....
Semua kena pakai tanda nama....Auntie memang dok pakai dah hari-hari.
Semua tidak dibenarkan keluar sebelum waktu rehat. Auntie....curi keluar jugak....habis dah lapar, camna...Auntie orang tua...kang kalau jatuh terjelepuk atas lantai kelaparan macam mana??...sapa pun tak berani nak tolong angkat...badan dah le macam badak air.
Pagi ni, nampaknya semakin sibuk, bos-bos semua dah segak berkot, bertie...kalau tidak tie tu depa sangkut kat dinding je.. :-)
He...he...ni dah pukul satu. Time rehat. Auntie nak rehat, nak tido jap. (Semalam, sekali lagi En. Amir balik lewat...pi tengok wayang pulak dah kawan belanja katanya.....
Sampai rumah, Auntie sekeh pala dia sedas dua......adui! mak ni....buat orang macam budak kecik la.....I'm 22 la mak! Banyak le dia punya 22...mak dia 55 dia tak perasan ke???
Harap-harap orang MA*PU tak sempatlah nak sampai ofis kami, tak pun depa sampai lepas 4.30....time tu Auntie dah nak balik dah.....
16 comments:
Be prepared....MA*PU nak catch you by surprised! Selagi MA*PU tak tunjukkan diri, semua orang 'on their toes'.
Kak ...dulu anie jaga stok...kalau lah ada orang dari HQ nak dtg cek memang semua kena kemas & tepat...kalau tak nanti kena soal...hehehehe
Kak...anak2 ni biarpun dah besar kalau balik lewat kita mak apak memang takleh tidur dibuatnya...anak anie yang sulong tu dah 27 pun ayah dia akan tanya ke mana dia pergi kalau tak balik lagi lepas jam 1...siap telefon tanya dia kat mana....
ada audit ke? sekarang ni banyak pejabat yang amalkan 5 S
Kami pun macam tulah kalau juru edit ISO nak datang....
kak yan
ni audit 5S yer.. ofis 22 julai ni.. hehhe nasib baik zar tak de kat ofis..
semoga berjaya ler dapat 5 star rating yer kak yan
Salam Kak Nora,
Macam semua dah prepare le tuh...tapi semuanya prepare dah last minute, tu pasal semua kelam kabut...nak buat macam mana kan, tiap hari asyik kerja! kerja! kerja! discussion la, meeting laa...( errr...eating laa, dating laaa..)Sekalai sekala seronok jugak kan walau pun rasa kecut perut juga.:-)
Salam Anie,
Kerani jaga stok pun tunggang langgang, sian dia sebab baru ambil alih kerja, kerani dulu bertukar, kerja di tinggalkan tak berupdate. Nasib baik ramai pakat-pakat bantu dia.
Pasal anak-anak ni ha, sama-sama tahu le kita. Selagi diaorang tinggal sebumbung dengan kita, kenalah ikut peraturan kita betul tak? :-)
Salam En. Endiem,
Bukan audit,diaorang nak check untuk star rating...katanya Kementerian kami ni hanya 4 star...nak tambah bintang lagi le gamaknya...
Salam Cik Gu Cik Lah,
Biasalahkan...bila orang nak datang kita pun sibuk. Tapi, nak buat macam mana hari lain, kerja pun bertimbun tak sempat nak buat.
ISO baru nak start katanya. :-)
Salam Zar,
Ofis kami belum lagi buat 5S ni...Kak Yan hanya dengar dari Cik Din pasal 5S ni, ofis dia dah buat...dan selalulah ofis lain buat lawatan nak tengok macam mana 5S ni...
Harapnya ofis kami lambat lagi le...err...kalau Kak Yan dah pencen lagi bagus...selamat mak!
Salam kenal
Salam Zaitun,
Terima kasih sudi nak berkenalan dengan Auntie. Bertambah sorang kawan Auntie.
Insyaallah Auntie akan baca semua entries Zai untuk kenal Zai lebih sikit, baru seronok.
Rajin-rajinlah ziarah....(he..he...macam le Auntie ni rajin up-date)
Hi Auntie Yan, even though my bahasa very rusty, I managed to understand and couldn't help smiling at you lively sense of humour, ha ha ha.
You don't panic, stay easy and keep a song in your heart. Have a nice weekend, Lee.
yan, kita ni selalu macam tu lah ek. Bila ada orang nak datang cek, tu jam kelam kelibut kemas itu ini, update itu ini. hari2 lain nya relek je. kalau nak tahu hal sebenar, datang mengejut je tak payah bagitahu bila nak datang hehehe...
Hello Uncle,
Glad that you could pickup some of my ramblings...well Bahasa is one of the easiest language in the worlh ha, ha..
We were lucky, The Ma*pu peolpe had not enough time to visit our department...selamat!
Salam Kak Pah,
Betul. Mana-mana pun sama saja sikap orang kita, yang pelik tu, yang nak datang cek tu, apapasal bagi tahu...cuba datang mengejut??...baru real!! :-)
Post a Comment