Friday, August 20, 2010

Day 10

Salam Ramadan untuk semua,

Hah...dah 10 hari kita berpuasa, macam tak percaya saja kan?? Kena percayalah, memang betul dah 10 Ramadan hari ni.

Esok cuti, lusa pun cuti....bestnya. Mungkin nak pergi jengok-jengok shopping mall mana tau kalau-kalau ada yang berkenan. Budak bujang dua orang tu kata depa nak beli sendiri baju raya masing-masing, tapi entah bila nak pergi pun tak tahu. Baju Melayu sah lah tak perlu dicari. Tahun lepas punya pun belum jejas...hanya pakai sekali sekala saja.

Auntie pulak mungkin nak cari barang untuk bawa balik kampung, mungkin sehelai dua tudung untuk adik yang dok jaga mak, dan mungkin juga belikan pakaian untuk anak-anak dia juga, maklumlah adik Auntie ibu tunggal.

Rasanya, kalau Jalan TAR, tak payah le pergikan...giler jammed nanti. Kat BBB pun ok dah...macam-macam ada. Cuma, yang agak susah nak cari kat BBB ni pakaian lelaki, kasut dan h/beg yang berbrand sikit. Satu yang best, kat BBB ni tempat makan i.e restoren-restoren punyalah banyak. Pilih saja yang mana satu nak pergi.

Kadang-kadang rindu jugak nak ke Jalan TAR tu...teringat masa dulu sebelum berpindah ke BBB/Putrajaya, kalau dah dekat nak raya, boleh dikatakan setiap hari waktu rehat (lunch time)
berduyun-duyun kami ke sana, kadang-kadang tak beli apa pun saja seronok menyibuk sama menambahkan keramaian saja.

Agaknya, sekarang ni dah mula sesak. Nak nak esok lusa hari berehat. mau ada yang subuh-subuh tunggu depan pintu Sogo tu. :-)

Selamat berbuka, selamat berhujung minggu......psssttt ibadah jangan lupa. :-)

12 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Yan,
Banyak pilihan bila ke Jalan TAR, tak tau nak pilih...rambang mata. Manusia pula ramai..pening, pening..

azieazah said...

UNTIE.. saya ni nama jer dok KL, tapi Jalan TAR, SOGO ChowKit tu dah 5 tahun saya tak pijak...

Malas dah. Pilihan banyak di tempat lain juga. Dah tua tua ni, tak larat nak bersempit.

Idalara said...

salam auntieYan
terimaksih singgah di blog saya...
sbtu ahad esuk ay mula buat almond london..buat pastry dulu..cuti pnjg 27 hingga 31 ogos baru lah proses mencelup dn packing..

tak shoping lagi baju anak2..sbb takde bujet lagi..insyallah beli kat melak masa balik raya nnti..

Zaitun said...

Kak Yan...kalau jalan TAR memang dah sesak,masa saya pergi seminggu belum puasa pun orang dah mula menyoping.

ibundo said...

seronoklah balik kampung. kampung kakpah kat pilah tu dah tak ada orang. abah pun dah tinggal dengan kakpah.
ingat harini nak gi alamanda belikan baju raya utk sibongsu. mesti ramai orang. rimas kan..

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Jalan TAR tu kiranya pusat segala bala!...nak apa pun ada. Kadang-kadang sampai tak tahu apa yang kita mahu....yang tentunya dapat penat saja. :-)

AuntieYan said...

Salam Azie,

Auntie pun sejak berpindah ke BBB pertengahan 2005 dulu, adalah sekali saja ke Jln. TAR tu...kalau Chow Kit tu, rasanta lammmmaaaa sangat dah tak pergi, mungkin dah dekat 15 tahun!

AuntieYan said...

Salam Ida,

Rajinnya nak buat kueh. Elok juga kalau ada anak-anak yang masih kecil, elok saja dibuat. Yang beli memang mahal sesangat, tak berbaloi langsung. Auntie, masa dulu-dulu rajin juga buat biskut raya ni, tapi sejak dah tua ni, adui! malasnya.... :-(

Rasanya beli baju anak-anak k kampung memang lebih murah berbanding KL.
Auntie ada beli T-shirt ala Muslimah kat Melaka hanya RM 20 saja...kalau area KL ni, mana dapat, palimh murah RM35...bila kita tanya depa kata kain dia lain le...alah, sama je macam kita tak tahu nak nilai...kan?...nanti lepas raya nak gi Melaka lagi lah.... :-)

AuntieYan said...

Salam Eton,

He!..he!...sah le tak payah pegi. Buang masa saja kan?

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Kak Yan masih ada mak, tu yang mesti kena balik jugak. Kami bergilir, tahun lepas balik kampung Cik Din (Pekan Pahang), dia pun masih ada mak, malah, Cik Din masih ada grandma.

Hari Sabtu tu, Kak Yan pun ke Alamanda jugak, ingat nak cari sandal....pilih-pilih tak berkenan pulak...akhirnya beli dunkin donut saja...ha!...ha!

tee said...

salam auntie yan.

lama tak jengah kat umah nie... nampak cantik dan berseri.. hehe.. selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak utk untie yan sekeluarga..

jln TAR mmg best utk sopping... tp x sanggup nak turun sabtu/ahad.. ghamai sungguh manusia.. sopping kat s.alam jer..

AuntieYan said...

Salam tee,

Datang, datanglah selalu...:-) mana tahu ada yang baru kat sini.

Selamat berpuasa, dah beli baju raya anak-anak?...kalau nak pergi jangan usung mereka sekali, bahaya, orang tengah ramai sekarang.