Salam Ramadan untuk semua,
Hari ke 16 dah hari ini.
Apa terjadi semalam?....hari ke 15 Ramadan yang membawa kenangan sayu dan menyedihkan untuk Auntie sekeluarga.
Pada 15 Ramadan tahun 1994, arwah ayah Auntie pergi menyahut panggilan Ilahi, pergi yang tak akan kembali lagi, sehinggalah datangnya hari Kiamat.
Bila diingat peristiwa yang terjadi pada hari itu, memang sebak rasanya. Arwah ayah telah mengidap stroke selama 7 tahun, lumpuh sebelah kiri badan ....dia menghumbuskan nafas terakhirnya dihadapan Auntie sebagai anak sulungnya dan juga adik Auntie yang bongsu. Kami berdua mengambil giliran menjaganya yang telah nazak selama 3 hari, waktu tu time berbuka dah hampir sangat...adik Auntie membaca surah Yasin disebelah kanannya mana kala Auntie, disebelah kirinya tak putus-putus membisikan kalimah syahadah. Belum sempat surah Yasin berakhir, nafasnya perlahan-lahan terhenti. Berakhirlah satu penghidupan.
Al- Fatihah.
---------------
Setelah rasa sedih bercampur rasa rindu pada arwah, petangnya disambut pulak berita gumbira......yeeyyyyy!...dapat duit raya RM 500, Alhamdulillah syukur...bagi setengah orang, apalah ada RM500 ni, tapi bagi Auntie ianya sangat bermakna, dapat juga menambah budget nak beraya. (pppssttt...kan ke baju raya pong belum beli lagi)
Kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada, bila kakitangan awam dapat habuan, riuh 1 Malaysia,
orang swasta dapat ribu raban, senyap je....( sian kat kami orang gomen ni...)
--------------------
Ha, hari ini dah hari ke 16. Gaji pun dah masuk semalam. Yang penting, bayar hutang-hutang dulu lepas tu barulah berbelanja untuk raya, kang seronok shoping raya, lepas raya hutang semua jadi double.
Selamat berbuka.
16 comments:
Tadi dengar , kalau tak silap PNB dapat TIGA BULAN BONUSSSSSSSS
Tmpt kerja pB , 50sen pun tak dpt
Salam pB,
Tahun tahun, kalau orang gomen dapat, riuh rendah...bukan kami yang buat riuh, surat khabar dengan TV le yang heboh sangat.
Dapat banyak tu pun bersyukur sangat dah.
Best le sapa kerja dengan PNB...rezeki raya.
Insyallah nanti pB pun akan dapat...dengar cerita kompeni untung besar...:-)
kak yan
macam tahun lepas kan dapat RM500 jugak bonus riuh sekampung berdegar degar. Kakak ipar zar kerja bank arab dapat 6 bulan bonus.. senyap aje.. dia pun kesian kat zar dapat 500 aje.. tapi tak pelah syukur jer.. kami suami ister kejra gomen.. anak sorang legalah jugak..
salam ziarah..al-fatihah utk arwah..semoga ditempatkan dikalangan og yg beriman..amin
Al-fatihah kat arwah ayahanda..samalah arwah abah, 6 tahun lumpuh, dia meninggal mujur kami semua ada...
psstt kita dapat 500 pun syukur dah kan..lega rasanya...
Salam..takziah.
Alfatihah untuk arwah ,, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Kawan sedekah al Fatihah untuk arwah auntie Yan..Al Fatihah``...
Kak Yan : Gaji saya masuk tiap-tiap 15hb tepat. Tak kira besok Raya ke, Deepavali ke, Xmas ke...tak ada tercepat/terlambat.
Jadi utk raya tahun ini saya sediakan voucher duit raya lepas salam dgn anak-anak/sedara. Voucher tu cuma boleh redeem selepas 15hb..hehe...:P
Salam Zar,
Kita kena banyak bersyukur, sikit pun tak pe, insyaallah berkat.
Patut le orang swasta kalau bercuti tak main le pergi Langkawi atau Pangkor.....koman-koman pun pergi Bali atau Phuket..:-)
Kita sama lah Zar, laki bini kerja gomen...he!..he!...adalah lebih sikit...harap-harap nanti PM Misai putih boleh bagi bonus pulak hujung tahun nanti. :-)
Salam Sahromnasrudin,
Terima kasih tolong sedekah Fatihah untuk arwah ayah Auntie.
Selamat mengimarahkan Ramadan. Dah siap-siap untuk Shawal?
Salam P-Nut,
Terima kasih.
Bila mai raya, waktu pagi rasa sedih teringatkan arwah, kalau ada dia, dialah yang paling sibuk, lepas subuh tu diangkutnya orang masjid datang beraya ke rumah...kita mandi pun belum :-)
p/s : Jadilah, RM500 pun duit jugak...banyak benda boleh dibereskan dengan RM500 tu...syukur!
Salam En. Endiem,
Terima kasih. Untuk yang telah tiada hanya doa saja yang dapat kita kirimkan.
Dah buat persiapan raya?
Salam En. Relevan,
Terima kasih atas sedekah itu, moga-moga Allah rahmati hidup kita semua.
Dah beli baju raya??
Salam MA,
Kita ni yang sebenarnya kalau sentiasa membuat persiapan awal tak de jadi masalah pun semua akan beres.
p/s:...jangan lupa simpan sikit voucher tu untuk kita makan-makan lepas raya nanti. :-) :-) :-)
salam Aunty..
enjoy your shopping raya yer.. hehehe...
[ye.. tiny setuju dgn ayat aunty tu..
"Kadang-kadang rasa nak tergelak pun ada, bila kakitangan awam dapat habuan, riuh 1 Malaysia,
orang swasta dapat ribu raban, senyap je"..
mmg pon aunty.. tak ada apa yg nk diriuhkan dgn RM500 tu.. dh mmg sepatutnya kakitangan awam merasa duit raya.. yg bg sesetengah syarikat gergasi swasta tak sampai suku pon dr bonus diaorg..
mmglah 1MALAYSIA... hmmm...]
Salam Tiny,
Auntie tidak lah bershopping-shopping...semuanya sederhana saja, yang penting dapat beraya bersama mak di kampung. :-)
Post a Comment