Monday, August 30, 2010

Day 20

Salam Ramadan untuk semua,

Hari ini dah masuk hari yang ke 20, bermakna bermulalah malam-malam yang dicari, Malam Lailaul Qadar, bermula dengan malam ini.

Auntie ada dengar tazkirah kat radio yang mengatakan, kalau mengikut Imam Al-Syafie/Ghazali, untuk kali ini Malam Lailatul Qadar akan terjadi pada malam 29 Ramadan....itu adalah pendapat sahaja...adalah cara kiraan mereka. Yang penting untuk kita semua adalah meningkatkan lagi amalan. Tapi kebanyakan kita, leka pulak dengan persiapan raya. Sibuk bakar biskut raya, sibuk gantung langsir, sibuk shopping.

Biskut kena adalah bila raya, betul tak?....tak salah kalau nak buat, tapi jangan sampai amalan harian pun tergendala.

Auntie ingatkan diri sendiri ni.

Auntie sebenarnya satu apa biskut pun tak buat, tunjuk-tunjuk pun belum juga. Tak ada apa persiapan yang istimewa, cuma bersiap-siap nak balik kampung. Congak-congak duit untuk sedekah kat anak-anak buah.

Semalam Auntie pergi jugalah keluar nak cari biskut-biskut untuk bawa balik kampung, adui! ramainya umat manusia, berhimpit-himpit dalam shopping komplex yang sempit tu...lastnya kami balik dengan tangan kosong.

Nampak gayanya kena tunggu minggu depan le, harap-harap time tu ramai yang dah tinggalkan. Lembah Kelang ni.

Sibuk dengan sambutan raya, lupa pulak dengan Hari Kemerdekaan, untuk semua, Selamat Hari Merdeka, selamat beristirehat.....

4 comments:

oren said...

selamat hari merdeka AY..

kuih tunjuk2, dh beli..tapi mmg dh habis pun diratah oleh anak2..beli kat econsave jek pun..so, setiap kali habis, setiap kali tu lah kami p beli pulak..hikhikhik..

sok2 kalo org mai beraya, mmg jamu biskut dlm tin saja lah..

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Kaktiny said...

Betul Auntie..

Tazkiran subuh hari minggu haritu pon, ustaz ckp, kita ni mcm watak arnab dlm pertandingan arnab dan kura2... masa mula2 larik punyalah lajuuu... tapi.. bila last2 buleh plak nak tido.. akibatnya TERLEPAS KEMENANGAN YANG SEPATUTNYA DALAM GENGGAMAN...

Mcm kita ni, awal ramadhan, penuh saf.. sampai ke luar masjid.. yg pompuan kena naik tingkat atas.. tapi, dh hujung2 ni.. saf pompuan pun dh duduk belakang saf lelaki..

sedih sedih..

jom kita sama2 mengimarahkan 10 malam terakhir ni ye aunty...

AuntieYan said...

Salam Oren,

Wah! bersemangat Oren nih!...tapi tahun ni macam tak meriah la sambutan Merdeka. Tapi Auntie sukalah kalau setiap tahun sambutan buat macam tu saja...jimat banyak tu.

Biskut tu, kalau anak suka, biaq pi depa makan sampai jemu, tak lah nanti pi rumah orang depa target semacam je... he!..he!., lagi pun, kalau tak musim raya tak banyak biskut yang dijual...

AuntieYan said...

Salam Tiny,

Tazkirah di radio pagi ni pun Ustaz menekankan lagi bahawa 10 malam terakhir ni kita rebut lah peluang berdoa sebanyak mungkin, memohon ampun dan memohon apa saja hajat kita...insyallah Allah perkenankan. Tahun depan belum tentu kita dapat bertemu Ramadan lagi. Wallahualam.