Dah bersiap sedia nak raya ke?
Semalam Cik Din bawak balik sebekas paste kacang untuk dibuat kuah kacang. Katanya kawan dia jual kat ofis, so, dia beli le. (dia tahu bini dia memang tak sanggup nak buat kuah kacang)
Nampak macam mudah sangat, sambil pejam mata pun boleh. Just tambahkan 1 litre air dan didihkan sampai naik minyak, dah siap kuah kacangnya. Balik nanti bolehlah buat, sambil rebus nasi impit Nona.
Masa nak raya puasa dulu, Auntie buat jugak kuah kacang ni. dek kerana nak mudah, ada kawan cadangkan beli saja kacang yang dah siap goreng dan blend tu. Auntie pun beli le. Bila di masak, sungguh le mengeciwakan.....tak sedap!!! kacang dia rasa macam mantah je.
Ingatkan nak beli saja kuah satay kat restoran Samuri macam sorang lagi kawan Auntie suggeskan, tapi, dah Cik Din bawak balik tu, cuba sajalah kan?...kang merajuk pulak Pakcik tuh...
En. Amir
Malam tadi, lepas makan malam, En. Amir hulur duit kat Auntie RM 1,000, ingatkan dia nak bagi kat Auntie untuk berbelanja, rupanya nak minta tolong simpankan. Bulan lepas diberinya RM400 untuk disimpan juga. Katanya kalau dia simpan sendiri memang tak kemanalah duitnya ....alhamdulillah!...
He!...he!...rupanya dia baru tersedar, tak lama lagi Jim akan bawak lap-topnya bersama, maka terkulat-kulat lah En. Amir nanti ....macam mana nak berface book kan??? " cukup bulan nanti Amir akan tambah lagi dalam RM700.....boleh le rembat satu lap-top" akhirnya, dia sedar jugak yang dia, walau pun lebih kurang sama lamanya bekerja dengan Jim, duitmya habis entah kemana....macam yang Auntie kata dulu le....yang nampak topi keledar, spek mata hitam, jaket...yang lainnya...habis beli jajan, pi tengok wayang, pi main boling!!!
Lepas ni nanti, tiap bulan Auntie akan paksa dia menyimpan duit. He!...he!
10 comments:
salam Aidiladha auntie...
first time ni nak raya rumah sendiri, tatau nk w2at apa. Nini dh ada baby dah skrg ni, baru 3 bulan. 2 yg life berubah 360 degree.
Kak Yan... wah! paste kacang dah siap... beraya sakanlah ye kak...heheh
Memang anak lelaki ni selalunya boros... anak sulong anie tu pun sama... kalau ada duit kat tangan habis dijolinya.. ntah aper2 yang dibeli...
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA ye kak...semoga segala pengorbanan kita ke jalan ALLAH diberkati...ameen
Salam Nini,
Tahniah dah ada baby. Baby boy apa? boy ke girl?
Tentu seronok dah bertambah ahli keluarga.
Sekarang dah mudah. Beli saja. :-)
Selamat beraya.
Salam aNie,
Sekarang ni banyak kerja kita yang dimudahkan, rajin dengan tak rajin saja kan???...ha!..ha!...Kak Yan yang tak rajin buat kuah kacang pun dah tak boleh nak ngelak lagi. :-)
----
Anak Kak Yan si Amir ni gitu le dia...Si Jim pulak yang risau si abang boros...
Harap-harap lepas ni dia faham dan berazam menyimpan duit.
Salam AY,
Rasanya saya pun kena bertegas sikit dgn anak2 ni. Masa di U lagi dah dapat kereta sorang sebiji dan macam2 lagi tapi masih tak hargai.
Kena buat kering je nih...macam ne nak buat yer..
Salam TT,
Alhamdulillah! TT dari golongan berada...jadi boleh sediakan apa saja keperluan anak-anak. Sebagai ibu kita tentu nak kan yang terbaik untuk mereka.
Anak Auntie, Auntie hanya dapat belikan moto kapcai saja tu pun sebab perlu sangat, syukur.Kita terpaksa bagi dia orang sedar, bukan senang-senang saja nak dapat sesuatu...Auntie jaman muda dulu hanya bergayut naik bas untuk pergi kerja....dah kawin, sama-sama kumpul duit untuk beli kereta. :-)
Betul, kena buat kering saja... he!...he!
Salam AY,
Bukan berada tapi saya dan hubby ni harus berjimat demi memudahkan mereka untuk belajar.
Betul mcm kata AY tu, dulu kita naik basikal dan bas utk ke sekolah. Kenangan itu amat manis utk diingat semula. Kita sedar akan keadaan dan kemampuan keluarga kita. Hingga hari ini pun kita sentiasa beringat dan hidup dlm serba sederhana. Tapi tidak pada anak2 hari ini.
Kena belajar dgn AY ni.
Sory panjang pulak ngomel saya ni.
Thx.
Salam Auntie Yan,
Anak2 Ja kecil lagi... Tapi bila tgk kwn2 ada handphonelah, psp lah, mp3 lah diorg pun nak jgk. Bagus anak auntie yan kumpul duit sendiri tak minta belikan. Ja pun nanti nak buat mcm tu dkt diorg :-)
Salam TT,
He!...he!...ngomel panjang pun tak pe, bukan kena bayar pun :-)
AY dan hubby bergaji kecik. so, kami tunjukan kat anak-anak pay slip kami dan bagi tahu apa yang perlu dibayar sebelum dapat beli apa kehendak mereka, alhamdulillah, mereka faham. Tapi, jauh di sudut hati tu, ada masa rasa sedih le tak dapat nak penuhi hajat anak-anak....AY selalu suruh dia orang bandingkan dengan orang yang lebih susah, jangan pandang yang lebih senang, baru depa faham. :-)
Salam Jabishah,
Anak-anak AY hanya ada h/phone bila habis SPM.PSP, MP3 dia orang beli sendiri dengan mengumpul duit raya...
Anak-anak masih kecil ni lagi mudah kita nak ajar ( dan kelentong jugak !)Insyallah, jika kita tak mewah-mewahkan, dia orang akan faham. :-)
Post a Comment