Salam semua,
Auntie dah termalas nak mengupdate blog. (Sokmo malas sebenarnya)
Dah seminggu hari raya berlalu. tak ada apa yang happening pun... yang ada hanya pening. Apa tidaknya, Auntie hanya dok berehat kat rumah saja, melangut depan TV..banyak kerja terbantut disebabkan sakit lutut. Kerja pun jadi perlahan nak masak pun malas jadinya.
Auntie hanya ada seminggu saja lagi untuk berkemas barang-barang Jim. Yang empunya badan tak ambik kisah pun nak berkemas, tapi nasib baik juga dia listkan apa barangan yang dia nak bawak nanti. Banyak yang dia nak angkut, kalau boleh bilik dia pun nak dibawak sekali.
Rasa sedih jugak nak berpisah dengan Jim ni, maklumlah selama ni dialah yang jadi pengarang jantung Auntie. Dia boleh di suruh buat itu buat ini. Banyak kerja rumah yang dibereskan, mop lantai, cuci bilik air, cuci tingkap....nak harap En. Amir...ya ampun, hari ni suruh, esok lusa pun belum tentu dibuatnya.
Semalam, kami tiga beranak (Auntie, Cik Din & Jim) menyoping barang-barang Jim lagi, ada beberapa item yang dia perlu. Auntie belikan dia iron, heater, extention wire, tie dan toileteries. Semalam juga dia bergambar. Puas le suruh dia potong rambut sebelum bergambar...tak mahu dia, hari ni baru nak potong katanya. Rambut dia keriting, jadi tak nampak panjang, cuma tebal dan kembang, so, dia pakai cekak rambut. Bangga dia bila kawan dia kata lawa. Dan ramai bertanya samada rambutnya dibuat atau ori...pada pandangan mata Auntie pulak....rimasnyaaaaaa....
Petang semalam jugak Auntie baru terhegeh-hegeh menjahit seluar Jim, bukan jahit apa pun, jahit bahagian bawah tu labuh meleret. Dah tua-tua ni siksa nak menjahit ni, nak masuk benang dalam kepala jarum tu, terjegil-jegil bijik mata baru dapat masuk...he!...he! baru tersedar diri dah tua, mata pun semakin rabun walau pun bercermin mata.
...nanti sambung lagi.....
18 comments:
yan, biasalah bebudak ni kalau nak masuk asrama. kita yang lebih bersiap dari dorang. dorang relek je hehe..
yan.. kakpah kalau cucuk benang dalam jarum mesti suruh anak2..
mau kak yan angau kat jim nanti..eheheheh
Huishhh...memang rindu lah nanti,jika pengarang jantung duk asrama..
Salam Kak Pah,
Kita dulu semua siapkan sendiri, tu pun mak dok berleter jugak. La ni, kita buat dan kita berleter...penat kan ?? :-)
Salam P-Nut,
Rasanya memang angau kot, sebabnya dia ni rapat sangat dengan Kak Yan...syyyyy...la ni dia dok tido sebilik dengan kami!! ha!...ha!;-)
Salam Marina Monroe,
Tu yang takut nak hadapi, penyakit rindu!!!harap-harap tidak lah teruk sakitnya nanti. :-)
Salam Ay,
Hmmm...nanti dua2nya pun merindui. AY pun kena beli beruk jg nih. Saya dulu tiap2 malam mesti webcam dgn anak2. Sekejap pun takpe. Janji dapat tengok muka...hehe...
mak sedih
anak tak sedih pun
tu yang buat mak lagi sedihhhh
selamat maju jaya buat jim
dan selamat menahan rindu buat kak yan.. steady kak yan.. :)
Salam Tun Tijah,
He!...he!...sekarang ni ada tepon...boleh call lah nanti, cuma takut depa buat-buat tak namapk sebab boring mak asyik call saja. :-)
Salam pB,
Tersangat le betul nya...ha!ha! :-)
Salam Zar,
Terima kasih le...takat ni masih steady lagi....tak tahu le esok-esok ;-(
Kak Yan:
Anak saya masa balik semula ke asrama utk Sem 2 ni of all the thing dia boleh lupa ialah bantal dan selimut. Boleh? Rasa nak debik ajer.
Padahal saya dah suruh dia wat checklist and mmg dah standby bantal/selimut. Masa dia angkut brg2 dlm kereta, saya tak tengok. On the way bila saya tanya satu-satu baru dia sedar bantal tak ada. Nak tak nak kena konar kedai kejap cari bantal. Geram sungguh!
Pasal rindu tu mmg sudah pastu. Harus ler tiap2 minggu cik din ajak round ke TM sana...first week saya berpisah dgn anak saya Abang, tiap hari smpi 10-20 sms/calls. Now sekali sehari saja...:P
Salam MA,
Tu yang Kak Yan dok risau, takut ada benda penting yang tertinggal.Tuan empunya badan rilex saja. Cik Din pulak kata, 'tak pe, kalau tertinggal beli saja'...kita ni kalau boleh yang dah ada tak payah nak beli le kan?....
pppssstt....La ni tiap malam dia masuk tido bilik Kak Yan...ha!...ha!
Mula2 berpisah mesti nangis bila masuk dalam bilik dia.Bila makan adalah air mata yang jadi kuah kat nasi tambah lagi kalau makanan tu yang disukai sianak. Itulah pengalaman saya masa mula2 anak meninggalkan rumah.
Salam Perkenalan Kak Yan
Salam Faraulah,
Salam perkenalanan jugak drp Auntie. Kalau sudi datang le lagi, tapi tuan rumah ni sokmo lambat u-date...:-)
Salam Eton,
Ini bukanlah kali pertama berpisah dengan anak...tapi rasa lain le pulak kali ni sebab Jim ni anak bangsu...he!..he!risau gak ni takut air mata jadi kuah!!! :-)
Post a Comment