Monday, November 15, 2010

Raya Korban

Salam semua,

Esok lusa dah nak raya haji. Entah kenapa ye? raya haji dah tak semeriah macam dulu lagi. Macam masa Auntie kecik-kecik dulu. Masa tu, mak Auntie tetap juga buat kueh dan sediakan baju raya untuk kami. Pagi raya tetap meriah walau pun tak sehebat raya puasa.

Dah banyak tahun juga Auntie tak sambut raya haji di kampung. Kami beraya di rumah sendiri saja. Nama saja raya, tapi tak ubah macam cuti biasa atau weekends biasa saja. Yang lain cuma pergi bersembahyang sunat hari raya dan Cik Din akan ke surau lepas tu untuk bergotong royong melapah daging korban. Tak ada apa persiapan pun.

Dah nak masuk 2 minggu ni, Auntie sakit lutut. Lutut kiri yang tak di operate tu. Bila sakit macam ni rasa menyesal pulak pi operate sebelah saja dulu, kalau tidak, insyaallah tak le menanggung kesakitan macam ni. Ikutkan, doktor dah advise suruh operate saja .... Auntie berbelah bagi, rasa tak sanggup nak lalui proses pembedahan tu. Terpaksa terlentang kat bilik bedah hampir 6 jam dan mendengar segala macam bunyi ....isyyyy!
Buat masa ni, Auntie telan pain killer saja dan kurangkan aktiviti berjalan ke sana ke mari. Dan dah beberapa majlis kenduri kawin yang dah Auntie terpaksa tak pergi.
Harap-harap dalam masa terdekat ni kuranglah sikit sakitnya.

Kat ofis Auntie ni pun tak ramai yang ambil cuti. Yang bercuti pun bebudak east-coast saja. Tu pun ada yang tak cuti.

Dikesempatan ini, Auntie ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban, yang balik kampung tu, hati-hati dijalan raya.

7 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Yan
Simpati juga dengar Yan sakit lutut. Memang ujian ini mengganggu perjalanan kita. Lutut saya kekadang sakit juga.Saya guna knee guard untuk control kesakitan. Tahan juga boleh bawa berjalan. Selamat Hari Raya Qurban buat Yan. Masak apa? Laksa Pahang lagi?

oren said...

Selamat hari raya AY..jaga diri baik2, bawak2 kan berehat..

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Saya tidaklah rajin sangat nak memasak ni apa lagi bila dah sakit lutut. Tapi sian kat anak-anak dan suami. Rasanya, malam raya rebus je nasi impit Nona, kuahnya beli saja kat Restoren Satay Samuri....sekilo RM5 saja. kawan saya bagitahu ni. :-)

Hari raya pulak saya masak nasi macam biasa. :-)

AuntieYan said...

Salam Oren,

Selamat Hari Raya untuk Oren dan keluarga...beraya kat Penang ke??

TUN TIJAH said...

Salam AY,

Selamat Hari Raya.... raya haji ni memang dah tak macam dulu lagi. Kat mana pun sama je. Yang penting AY jaga kesihatan.

AuntieYan said...

Salam TT,

Semalam Cik Din bawak balik kacang paste untuk buat kuah kacang.Katanya untuk satu bekas paste tu cuma campur 1 litre air dan didihkan sampai naik minyak.....wah!!! sukalah makcik, kerja mudah je...tinggal nak rebus nasi impit Nona saja.

Selamat berraya :-)

TUN TIJAH said...

salam AY,
Bunyinya macam sedap je tu. Kalau ok, boleh le saya order pulak. Kalau sendiri nak buat untuk 1 kilo je, memang buang masa.