..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Monday, October 03, 2011
Majlis Perkahwinan Di Pekan Pahang.
Monday, February 21, 2011
Kenduri kawin
28 hari lagi ye....
Salam untuk semua,
Sejak kebelakangan ini, majlis kenduri kawin tidak lagi dibuat mengikut musim. Kalau dulu, musim kenduri kawin adalah bila cuti sekolah. Paling popularnya pada bulan Disember, mungkin sebab ianya bertepatan dengan cuti akhir tahun. yang panjang.
Sekarang ni, majlis perkawinan di buat sepanjang tahun. Asal weekends je adalah kenduri kawin. Makanya asal weekends je bila ada jemputan ,Auntie pun tak lepas peluang memenuhi undangan. Sabtu lalu kami dapat dua undangan, satu kawan Cik Din , satu lagi kawan Auntie.
Oleh kerana Auntie agak sibuk dengan urusan rumah tangga pagi tu, Cik Din sorang yang hadir majlis perkahwinan anak kawannya. Majlisnya di Bangi saja. Auntie menyelesaikan usrusan kat rumah dan bersiap-siap pulak untuk ke majlis kawan Auntie tu.
Kata Cik Din, lauk kendurinya best, ada ikan bakar, ada air asam, ada gulai lemak nanas ikan masin. Nasi minyak dan lauknya pun ada jugak.
Bila Cik Din balik dari majlis tu, inilah yang dia terima dari tuan rumah.
Sebotol air Strawberri dan sebekas Nata de coco.
Majlis kenduri kawan Auntie ni di Shah Alam. Sebenarnya Auntie ni berbelah bagi samada nak pergi ke tidak. Satu, sebab kat Shah Alam yang highway nak ke sana sokmonya jem, satu lagi.....rasa segan jugaklah nak ke majlis yang Auntie agak tentunya gilang gemilang...rasa was-was jugaklah...takut-takut Auntie tercangngak-cangngak..macam rusa tersesat ke bandar....hemmm susah betul jadi orang low-class ni...
Setelah hampir sejam dalam kereta (jalan jem, dah agak dah) sampai le kami, berpandukan plan yang tertera di kad jemputan, alhamdulillah, tak sesat barat kali ni. :-) Majlis diadakan di level 4 Wisma PKPS....itulah pertama kali Auntie sampai ke tempat tu. Sebagai di duga, majlis perkahwinan anak sulung Prof. Madya F ni memanglah gilang gemilang.
Yang bestnya, sambil makan kami di hiburkan dengan nyanyian yang dinyanyikan secara live dengan music minus-one...lagu-lagu pulak....lagu-lagu kenangan lalu, MY Way, Feeling...Preety Ribon dan seangkatan....adui..sungguh syahdu... :-)
Dah kenyang makan, barulah Auntie berpeluang berjumpa dengan kawan Auntie tu...sibuk sekali dia melayan tetamu. Prof. F ni kawan Auntie masa sekolah dulu...kawan sekelas...masa Form one sampai form five.....terima kasih le dia masih ingat kat Auntie dan berusaha mencari address Auntie.
Sempat le kami bergambar gambar.
Masa nak balik, sebagai buah tangan, Auntie dengan Cik Din dapat ini.
Kotak berisi coklat yang cantik dan sedap.
Semoga pasangan pengantin berkekalan ke akhir hayat.
Monday, December 13, 2010
Majlis Pak Hamid.
Boleh dikatakan bulan Disember ini setiap minggu ada saja jemputan kenduri kawin.
Minggu lepas 4 Disember Auntie memenuhi jemputan seorang sahabat lama di Nilai Impian, Nilai. Ini kali kedua Auntie ke jemputannya. Kali pertama tahun lepas, dia kawinkan anak keduanya, anak lelaki. Minggu lepas tu, perkahwinan anak ke tiga, anak perempuan. Anak pertamanya lelaki, belum berkawin.
Kendurinya serba sederhana. Tiada MC majlis, tiada lagu-lagu, tiada kompang dan tiada goody bags. Tapi, kendurinya meriah, makanannya sedap, walaupun dalam cuaca suram hujan rintik-rintik.
Semalam, Auntie ke satu lagi jemputan kenduri kawin. Perkawinan anak Pak Hamid. Pak Hamid ni Auntie kenal semasa dia selalu datang membuat urusan tender/projek di pejabat Auntie beberapa tahun yang lalu, dah dia jemput dan telefon juga, Auntie pun pergi sajalah.
Majlisnya di buat di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh. Kalau tak kerana jemputan Pak Hamid ni, rasanya tak le Auntie sampai ke tempat tu...nasib baiklah tak susah sangat nak mencarinya berpandukan peta yang tertera di kad jemputannya....


( gambar hiasan saja)
Setelah hampir satu jam perjalanan dari rumah dalam cuaca yang panas terik, sampailah kami kemajlisnya. Wah! rupa-rupanya majlis di buat didalam taman kiranya konsep 'garden wedding' . Cantik je kanopi berwarna putih dipasang di kiri kanan tanggu menurun ke padang. Didepan tangga dipasang dengan pintu gerbang dihias bunga-bungaan. Yang menariknya, Pak Hamid dan keluarga bisannya sepakat membuat majlis serentak ditempat yang sama.Pengantin perempuan anak Pak Hamid.

(gambar hiasan saja)
Ramailah para tetamu yang terdiri daripada jemputan Pak Hamid dan jemputan bisannya. Walaupun dalam panas terik, kendurinya sungguh meriah.
Tengah sedap makan, pengantin pun sampai, dah namanya garden wedding, pengantin pun berpakaian barat siap dengan pengapitnya yang berpasangan berjalan mendahului pengantin dengan iringan musik...tah lagu apa Auntie pun tak tahu, yang pasti, lagunya syahdu syahdan...ala, lupa bawak kamera le..
Semoga Pengantin kekal bahgia ke akhirhayat. Amin
Tuesday, May 29, 2007
Kenduri Kawin
Kami balik tu nak attend wedding. Cousin Cik Din kawin. Sambil tu dapat jugaklah bertemu MIL dan lain-lain kaum kerabat Cik Din kat Pekan tu.
Lepas mandi, solat bebagai..tengok-tengok jam dah hampir 7.00 pagi. Selesai sidai kain dah nak pukul 8.00. Dah pesan berbagai-bagai pesan kat Amir, kami pun berangkat.
Nak melepaskan KL pun hampir satu jam. Banyak pulak kenderaan. Cuti sekolah mungkin…dan jugak mungkin kenduri kawen sana sini.
Lebih kurang jam 12.30 thg. Kami pun sampai rumah MIL. Rumah penuh degan budak-budak. MIL dah pergi rumah orang kenduri, belakang rumah MIL saja…dua tiga langkah dah sampai. Memang Auntie lapo sesangat…terus je masuk barisan ambik nasi. Nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, acar buah…..dan ikan tamban masin…Auntie memang rasa pelik sikit ada ikan masin nih…lain le kalau hidangan nasi putih. Dah beberapa kenduri kawin kat Pekan (Pahang) hidangannya ada ikan masin. Tu lah kata orang lain padang lain belalangnya…
Auntie dah kenyang barulah teringatkan Cik Din…sabo jelah makcik ni boleh terlupa kat laki….:-) Salah dia jugak…dia suruh Auntie cari makan dulu sebab dia dah teruja berjumpa sepupu sepapat dia yang dah lama tak jumpa…almaklumlah dia balik ke lubuk dia, lepas makan, Auntie pun masuk rumah pengantin…panas yang amat…berkuap-kuap…kipas laju pun dah tak terasa anginya. Benonya malas nak masuk…tapi MIL dah nampak Auntie, dah dia melambai-lambai suruh masuk…Auntie pun masuk le…ada le sepuluh minit beramas mesra dengan mak mertuaku itu, rombongan pengantin lelaki pun sampai…hemmm comel je pengantinnya…bagai pinang dibelah-belah…
Tengok le kejap pengantin bersanding…dah duduk betul-betul depan pelamin kan…
Ada le lima minit kot..Auntie pun keluar dari rumah tu dan melangkah ke rumah MIL pulak…MIL pun ikut balik jugak.Kami sambung sembang kat rumah dia pulak.
Adik-adik ipar Auntie sibuk le bagitahu yang kat Pekan ada ‘Pekan Fest’…nanti ada SIti, ada Mawi…rugi kalau tak tengok…nak tersedak Auntie….kalau kat sini, Mawi nyanyi sebarang jalan pun harus tak tengok…apa lagi kalau jauhh…tak kosser makcik tau!
Lebih kurang pukul 3.30ptg. Kami pun berangkat balik menuju Ibu Kota.
Singgah kejap kat mana tah beli keropok sikit. Lepas tu singgah kat tempat rehat minum teh dan makan kuih pau je. Dah masuk area KL..apa lagi jalan pun sesak..malam minggu pulak. Sampai tol Kajang banyak pulak kereta berbaris…lorong berbayar ada 2 je…terkesot-kesot le nak nyampai tempat bayarnya. Jam 8.00 baru le sampai rumah.
Walau pun balik sekejap je rasa puas hati dapat jumpa MIL dan ipar duai . Cik Din bukan main happy lagi dapat jumpa mak dan adik-adik dia seramai 12 orang tuh!!...:-)