Wah!!!...57 hari lagi.... :-) :-) :-)
58...hari Ahad
59...hari Sabtu
Salam untuk semua,
Melihatkan 'countdown' semakin berkurangan terasa semakin excited.
2 hari kat rumah tidak kemana-mana. Selalunya Auntie akan keluar setelah selesai mengemas rumah. Ada saja urusannya. Ada kala ke bank atau pejabat pos. Selalunya ke pasar raya membeli barang-barang dapur yang kehabisan, tidak pun saja saja berwindow shopping, cuci cuci mata. Tempat yang Auntie suka ialah kedai buku, geleri perabut dan farmasi. Auntie boleh menghabiskan masa agak lama kalau kat tempat-tempat ini. Selalunya bukan beli pun....
Pagi tadi sampai ofis, terus je call Jana.... terima kasih ye Jana, harap-harap tidak menyusahkan.
Kebelakangan ini, kerap ada kejadian pecah rumah. Kejap rumah ini kejap rumah itu. Risau juga hati ni. Tido malam pun kalau terjaga terdengar bunyi apa pun dah rasa macam berderau darah.....anak bujang Auntie, En. Amir kerap balik lewat. Habis kerja pukul 11, dia sampai rumah hampir jam 12.
Dua malam lepas lagilah lewat.....pukul 3.00 pagi!!!!..aduhhhh! orang bujang. Dia SMS Auntie sebelum pergi. Nak larang pun, Mc D tu bukan le jauh sangat dari rumah. Katanya habis je kerja terus ke Mc D bersama kenkawan menonton bola.. MU lawan mana tah.., lepas tu sambung tengok piala Asia. Tak gunalah kita masukkan sport channel kalau dah sibuk nak tengok kat luar...tak faham le bebudak sekarang. Nasib baik le Cik Din tengok kat rumah je. Malam tu, Auntie tengok le cerekarama, sebab ada Emang Manang, cerita start pukul 10 habis pukul 12, tapiiiiii...Auntie hanya tengok separuh jalan je, pukul 11 Cik Din dah nak tengok bola!!!! terpaksa le beralah dengan suami. Nak tengok TV satu lagi...TV lama, gambar pun kejap ada kejap hilang sabo jelah...... :-(
...nak kena beli TV baru ni.....!!! :-)
22 comments:
Kalu dah gitu, elok ler beli jer tv sendiri. Tak ganggu peminat bola yg tegar.. hehehe
Orang lelaki yg muda2 ni memang suka tengok bola dgn kengkawan, bleh sorak jerit tepuk.
Kalu kat rumah, nak sorak kang kena marah dek kita juga.. hehehehe
aha...
kalo org opis takmo hadiahkan ipad, suh depa belikan tv plasma utk AY..bleh layan drama tanpa gangguan..hikhikhik..
**saya berebut tv ngan anak2 bila ptg hari (weekend)..depa susun cerita katun kat tv9 dari wonderpets, ke diego, ke Dora, sambung Danny odd Parent, sambung spongebob, sambung upin ipin..huhuhu..dah la 2 minggu nih dok tgk hindustan abang shah rukh ittew..kena beli tv asing gak nih..
Salam Azie,
Kat rumah Auntie memang ada 2 lagi TV, satu 14 inci punya, anak-anak buat main ply station. Yang satu tu 23 inci ....dah macam hidup segan mati takmo.Yang kat bawah tu ada Astro. Kalau tak ada bola, tak de le problem sebab Auntie je yang rajin duk depan TV...he!...he!
beli.. jangan tak beli.
Salam Oren,
Bertuah le badan kalau orang ofis hadiahkan ipad..he!..he!...tak mungkin berlaku tu, klau nak kena beli sendiri je.
Auntie dah lama dok minat TV plasma atau LCD tu...tapi, bila pikir2 balik rasa membazir pulak. :-)
Salam En. Ediem,
Wah! menyokong tu....tapi Auntie masih boleh tahan perasaan lagi. Tak tahu le kalau esok esok terbeli pulak. :-)
kak yan
lepas ni dah pencen konfirm kena beli ty baru.. boleh ngadap lama lama.. tengok channel discovery bagai
Salam
kalau ada wang lebih , beli.
Tak ada salahnya .....
Nanti bila dah pencen , jangan lak lupa untuk update blog.
Salam AY,
Kena sahut cabaran tu...harus beli tv baru...
Bila dah ada tv baru, harus ler pula tambah astro lagi.. tak payah nak rebut-rebut terutama waktu malam.
Salam AY,
Nak tambah sikit...sebut pasal bayaran ganjaran dan GHS, AY tak perlu risau sebab saya yag option nih pun cepat je dapatnya...+- 10 hari selepas pencen...memang cekap mereka buat kerja.
Bagitu juga dengan pencen bulanan. Cepat je kredit dlm akaun.
Thx untuk staf JPA Pencen.
bebudak ni memang camtu. Kat rumah boleh tengok bola diorang nak tengok kat luar jugak. Agaknya kat luar tu boleh jerit sakan.
Tak paham betul..
Cik Yan,
Nanti dah bersara, puas lah dok depan TV ataupun memblog macam akak ni.
Salam Zar,
Ha! ha!...panjang le nampaknya 'wish list' Kak Yan ni...aduh!! godaan tu.;-)
Channel Astro ni pun banyak gak yang bagus, terpulang pada kita nak pilih...untuk makcik pencen cam Kak Yan pun, macam-macam ada.
Salam pB,
Betul kata pB, kalau ada duit lebih apa salahnya.Tapi tak boleh le nak ikut sangat kehendak hati, nanti rosak binasa. :-)
Jangan bimbang, insyaallah, blogging akan diteruskan. :-)...kalau tidak, tentu sepi dunia Kak Yan.
Salam TT,
Aisehmen!...ramai pulak dok 'perangat' suh beli TV...ha, ha, tengok lah nanti ;-)
Tentang ganjaran dan GHS tu, harap-harap tak sangkut le...dah ada blogger nak tolong 'tengok-tengokkan' alhamdulillah.
Salam Kak Pah,
Macam tulah tiap kali ada football match kat TV...kedai mamak yang dia orang cari...tu pun En. Amir berangan nak masukkan satu lagi Astro, nak boh kat bilik dia...konon!!!..tak payah le membazir saja. Lebih banyak tengok kat kedai mamak dari kat rumah.....
Salam Kak Nora,
Rasanya saya pun akan jadi macam Akak juga.Insyaallah 2 tahun pertama saya akan bersaorangan kat rumah, Cik Din akan pencen pada awal March tahun 2013, insyaallah...dia sambung sampai 58.
beli tv baru kena ada astro satu lagik, baru syiok...
dah pencen nanti ape kak yan nak buat? dah ada perancangan??
Salam p-Nut,
Laaa, sorang lagi dok 'perangat' suruh beli TV...tak boleh, tak boleh, kang duit habis macam tu je.
Setakat ni belum le ada apa-apa pelan lagi, yang sahihnya nak relax-relax...........kira duit dulu...opppppsssssss!
Kak Yan.. beli tV baru.. leper punya.. 40 inci
Salam Sya....
Kah!...kah!...kah!...nanti bila Kak yan beli, Kak Yan invite Sya nonton cerita Korea :-)
Post a Comment