Friday, July 29, 2005

My Hero

Image hosted by Photobucket.com

Nantikan ceritanya selapas hujung minggu.......

Selamat Berhujung Minggu dari auntie

The Party.

Miss Jones was my PE teacher when I was in form one till form four.

PE?...apa tu?Hemmm..la ni dah jarang sekali kita dengar PE…ni….actually singkatan daripada perkataan Physical Education. Bebudak sekarang cakap PJ, singkatan daripada Pendidikan Jasmani…senang cakap, both words bermaksud mata pelajaran senaman

Masa sekolah rendah, kami cakap senaman je…it was the most favourite subject. Bila cikgu masuk kelas dan cakap, ‘ok hari ada senaman’…everybody bukan main suka lagi. Dulu, cikgu macam malas nak ajar senaman nih…selalunya bila ada senaman cikgu lebih suka suruh kami baca buku cerita atau buat lakonan dalam kelas je.Selalunya senaman ni dibuat waktu pagi, dan cikgu akan ajar kat padang sekolah.

Peralatan senaman pun tak canggih mana…tali, bola, hulla hoop..(gelang rotan tuh…ingat?) Budak lelaki suka sangat kalau cik gu kata gi main bola. Bila ada senaman budak lelaki akan buka baju. Budak pompuan tak le….masa tu, tak de pun nak pakai-pakai baju senaman macam la ni, ada track-bottom dan wajib pakai t-shirt sekolah. Kami hantam pakai uniform tu saja, tu sebab budak lelaki buka baju, so that nanti tak le kotor shirt putih tu. Budak pompuan pakai pinafore so tak le kotor..lagi pun budak pompuan tak le main yang ganas-ganas tuh…Ni cerita senaman masa sekolah rendah.

Ha, mai Auntie cerita senaman masa sekolah menengah yg. Cikgunya nama Miss Jones.
Dia ni, minah saleh yang tak berapa pure…Eurasian kot. Rasanya dia pun bukan Malaysian, cakap Melayu pun broken..dan dia boleh cakap sesikit je. Most of the time she spoken English with American accent.

Miss Jones ni garang nak mampuih!!! Auntie memang kecut perut bila ada PE. Ha, masa ni kami buat senaman dalam gym….almaklum sekolah asrama..jarang sangat kami pergi bersenam kat padang, kecuali kalau nak main netball. Sebelum ke gym tu, Auntie cepat-cepat tukar pakaian.Pakai t-shirt dan short (seluar pendek)…..jaman tu mana ada pakai track-bottom….semua stail dedah aurat! Memasing menayangkan betis dan peha yang tengah gebu lagi ranum tuh!!! Ada yang macam batang pinang, ada yang macam tiang letrik…dan banyak jugak yang montel-montel ala-ala anak badak…..(termasuk Auntie le…) Miss Jones pulak akan berdiri kat pintu sementara kami meluru ke changing room
Sambil tu dia membilang…’one, two, three, four sampai ten….sapa lambat…siap le…kena marah dengan dia.

Miss Jones tak le ajar kami lambung bola atau lari setempat atau angkat tangan, atau angkat kaki…selalunya kami akan gunakan peralatan yang tersedia kat gym tuh….dia suka sangat ajar yang macam jimnastik tuh…lari-lari dan lompat atas kekuda tuh…betul ke kita panggil kekuda….mak tuan, bagi yang jenis suka sukan cam Auntie ni tak de masalah…kesian kenkawan Auntie yang jenis ‘lembik’ ni…tiap kali nak lompat tak lepas…ayooo…apa lagi Miss Jones akan jerit-jerit…le….sometimes dia kata ‘You fatty are useless!...eat a lot of belacan…’ kecut perut kami dengar…Auntie memang takut sangat dengan dia. Auntie sentiasa pastikan apa yang dia suruh buat tu dibuat bersungguh-sungguh….sekali-sekali dia puji jugak, ‘ha good, see how she did it….’

Tapikan, yang paling seronok bila Miss Jones tak ajar senaman, instead, dia ajar kami menari. To those ‘lembek one’ walau pun tak berapa lembut badan nak menari, at least tak le azab sangat macam nak melompat melepasi kekuda tuh….Kami belajar serba sikit step-step tarian nih. Antaranya, ball room dance, cha-cha, joget (pandai jugak dia nih berjoget, mungkin sebab lama kat M’sia). Yang selalu dia ajar adalah Folks Dance…..most of us enjoy sesangat…tapi …siap le kalau silap step tu….disepak-sepaknya betis kami ….Auntie tak le pandai mana…setakat boleh le kalau emergency tuh….kalau ikut rating Cik Tenah, Auntie bukan le dari kalangan 1st.row…..takat 2nd. row je kot…he…he… Kalau AuntyN, tentu kat 1st.row…dia buat persembahan atas stage lagi…Jangan marah N…..ni semua cerita lama…kan ke kita dah TOBAT!
Kita nari kat rumah je le…..no harm what!!

Selalunya kami praktikkan tarian nih masa ada End Of Year Party yang diadakan setiap hujung tahun…masa nih le kami dapat goyang badan bagai nak rak. Kami menari sesama pompuan…all maklum all girls school…mana ada boys…kalau ada pun cikgu-cikgu lelaki yang ada beberapa kerat tuh…..yang tu le yang jadi rebutan…berpeluh-peluh cikgu nak layan anak murid pompuan yang ramai tuh….paling hot, Mr Tan dan Mr. Peter Foo…(.Kak Saloma…ingat tak depa ni?) Yang berani…(actually yang tak malu)…menari dengan cikgu lelaki nih adalah kakak-kakak senior yang daring-daring…hi..hi!
Lepas makan, everybody took the floor…..jaman rock n roll youuuu…..Donny Osman, Elvis Presly tengah ngetop! Masa tu Micheal Jackson masih lagi siuman….masih lagi his ownself….berkulit hitam, rambut kerinting dan berbibir tabal…a typical Blackman…lagu-lagu depa ni yang jadi pilhan…kalau slow number tuh, tentunya lagu-lagu Tom Jones & penyanyi yang sewaktu dengan nya. Masa ni kita boleh tengok sapa yang terror menari….anyway most of us main balun goyang badan sesedap rasa je….

End Of Year Party ni memang sangat ditunggu-tunggu. Masa ni kami akan dressed up dengan fashion yang paling up-to-date….yang paling daring….Kini semua tinggal kenangan…

Those were the days………..!!!

***************************************

Saturday, July 23, 2005

Underneath Pokok Kelapa.....

Lo!....cepatnya?.....dah hari Jumaat …rasanya baru je Jumaat, kini Jumaat datang lagi.
Begitu le cepatnya masa berlalu.

Hari Jumaat ni memang seronok, terutamanya bagi kami yang berkerja dengan gomen. Sebab apa seronok?...hemmm, mau tak seronok, waktu rehat tengahari bukan main panjang, dari 12.15 tgh. sampai le 2.45 ptg. Tak lama tuh?...eh…lamaaaa….

Yang paling suka orang pompuan le. Kenkadang tu belum pun 12.15, dah ramai yang melesapkan diri. Auntie ni, bukan le nak kata baik sangat…selalunya ikut time le….dah tua-tua ni kena sopan sikit, kena tunjuk teladan kat bebudak muda. Auntie ‘ehem, ehemkan’ kalau depa keluar awal dari waktu. Tapi, biasa le kan?....ramai yang tak makan saman….buat derkkk je…selamba mamba depa keluar…..

Kaum lelaki pun ada juga dua tiga kerat memonteng sembahyang Jumaat tu...pi dating lagi, konon temankan mak we shopping.Lantakkk kamu le....!

La ni, ramai le yang frust menungging!....dah tak dapat nak meronda-ronda macam dulu. Ye le kat Putrajaya ni mana nak pergi?....balik, balik Alamanda, Precint 8, Taman Warisan (yg. Auntie dapat hafal setakat nih…) Mana ada Sogo, mana ada Gulatis, mana ada Mega Mall….Jln. TAR…lagiii le tak dak….

Elok jugak tak banyak tempat nak ronda…sef duit & masa.

Masa ofis kami kat KL,( masa Auntie belum sakit lutut),boleh dikatakan setiap Jumaat, memang tak pernah missed pi meronda nih. Selalunya Auntie menempek kenkawan yang ada kereta. Awal-awal pagi lagi kami dah merancang nak pi mana. Tak kira, ada duit ke tidak….isy…kenkawan Auntie semuanya loaded, laki depa gaji beso…..Auntie tak kisah semua tu….depa nak perabih duit laki depa, depa punya hal le…Auntie, …no hal punya…..!

Selalunya, kami pergi dan balik je bersama-sama. Bershopping tu kami berasingan.Janji saja nak balik pukul berapa.. Jarang sekali kami makan kat luar. Kami tapau dan balik makan kat ofis.

Auntie suka beli nasi Padang, tak pun nasi Kandar itu mamak…..ayooo…dah lama tak pekena nih!

Tentu ada yang nak tahu setiap Jumaat keluar tu beli apa???

Hemmm…apa pun tak beli, time tak de duit…beli makanan saja. Yang lainnya, keluar masuk kedai, tengok-tengok, belek-belek, try,try….Paling banyak masa Auntie melepak kat kedai buku atau pun kat pharmacy….bukan beli….survey-survey je….bila ada duit baru le beli….sesikit je membelinya, bukan membeli-belah….Cuma beli dah belahhhh saja,

Kenkawan Auntie tu toksah cakap le…depa banyak duit…tiap kali keluar beli kain, beli brooch, beli kasut, beli hand-bag….agaknya kalau boleh kedai Gulatis tu pun nak dibeli….apa susah, balik nanti depa claim kat laki depa….tuuu depa kata, bukan Auntie kata.

Auntie kalau beli apa-apa tak pernah le claim pun, lain le kalau Cik Din minta tolong belikan…tu pun kalau angin baguih, Auntie kata tak payah bayo le I dah belanja….apa nak kira sangat laki bini kan?....lagi pun gaji kami ni ciput je…sama-sama le tolong menolong.

Auntie jarang sangat membeli untuk Cik Din. Dia memang cerewet…nak nak bab pakaian…jangan le memandai nak belikan untuk dia nak buat surprise ke….buang karan saja……alang dia beli sendiri pun puas dipilih baru jadi beli….kalau ikut dia pi cari baju adui! letih, satu KL dia round….akhirnya dapat sehelai baju….lengan pendek warna putih….cis!...memang buang karan!!

Auntie pulak tak kisah, dia nak beli apa untuk Auntie…jarang sangat dia beli pun. Sekali dulu dia pi Labuan, dengan senyum simpul dia bawak balik rantai mutiara untuk Auntie…he…he… macam nak terpengsan Auntie….pandai pulak dia memilih. Loh! bukan dia pilih pun geng pompuan yang pi sama-sama yang memilih…hemmm..patut le lawa. Jangan silap pulak ye, mutiara Sabah je, bukan yang datang dari South Sea tu….yang tu katanya rega dia macam sebuah Perdana tu…betul ke?....depa kata le….Eeeee, dah melalut cerita Cik Din pulak….

Nih, pasal pi jenjalan tengahari Jumaat ni…ada sekali tu..tahun berapa dah tak ingat dah…masa tu filem Jimi Asmara tengah ditayangkan kat panggung Colissium…ntah macam mana datang idea kami nak pi tengok cerita tuh show pukul 1.00 habis pukul 3.00.. Rancang punya rancang menjadi jugak…..berlima kami masuk panggung selamba-mamba!! Ingatkan kami je yang buat kerja cam tu, rupanya ramai jugak kakak-kakak, makcik-makcik yang sama-sama mengambil kesempatan….pak we ponteng sembahyang Jumaat pun ada jugak. Panggung bukan penuh pun, separuh pun tak sampai.
Seingat Auntie, itu le filem terakhir yang Auntie tengok kat panggung. Rasanya kalau masuk panggung sekarang Auntie tentu pening…..

Hemm, cerita punya cerita, terlupa pulak, hari ni Auntie nak pi meronda Putrajaya ni…dah ada geng yang telefon tadi tuh…dia suruh Auntie tunggu bawah pokok ketapang…loh…mana ada pokok ketapang, pokok kelapa (palm) ada le….

So….

Underneath pokok kelapa…
I will wait for you…..
Underneath pokok kelapa,
I will tunggu, tunggu….
Dah lama tak jumpa, I sangat rinduuu….

See you…..ABCD!

***************************************

Tuesday, July 19, 2005

out-Station.

Rasanya dah lama Auntie tak bercerita tentang aktiviti harian Auntie nih. Kadang-kadang nak cerita bab-bab ni pun macam boring je…tak de apa yang menarik, lain le kalau Auntie ni jenis yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pi out-station ke baru lah ada cerita yang menarik. Balik-balik cerita aktiviti memasak, makan, tido…..

Cakap pasal outstation ni Auntie terkenang peristiwa lama semasa Auntie baru masuk kerja dulu. Ingatkan? Auntie masa tu kerja kat research station. Ofisnya sunyi sepi macam terpencil sesangat. Masa Auntie report duty untuk kerja, rasa macam nak cabut balik je…bangunan ofisnya pun, teruk…bangunan lama jaman orang putih dulu. Peralatan pun macam peralatan jaman perang dunia dulu…he..he…

Auntie ditempatkan di satu bangunan yang agak baru daripada bangunan lain, di hyraulik laboratory. Setiap pagi Auntie kena pergi ke main switch dia untuk jalankan pump. Masa tu pergi kerja tak payah nak dressing-dressing..pakai jeans dan t-shirt je….Auntie sorang je pompuannya pun…hak manis pun Auntie, hak serabut pun Auntie le jugak, nasib le …nak buat cam mana…Mak tuan, masa tu Auntie ni memang tak kasi chance punya pada bebudak lelaki…memang serius habis, takut depa nak usik-usik tuh…yang ramai memang pekerja bawahan nih…maklum le kami banyak buat kerja-kerja testing pump, le berbagai..kerja orang jantan!...tah macam mana Auntie yang lemah gemalai ni boleh tersesat pi buat kerja macam tuh.

Sekali peristiwa, Auntie kena pi out-station ke Jerantut Pahang., first time tuh…bukan main suka lagi…tergedik-gedik sukanya. Bos kata nak bagi exposure pada Auntie dengan kerja field-works ni. Dengan dua buah Pajero, kami pun berangkat pergi,Auntie naik bersama dua orang bos (Cina), satu Pajero lagi dinaiki oleh kami punya labourer yang akan membantu kerja-kerja kami nanti. Termasuk driver ada 10 orang semua. Masa tu mana ada lebuh raya lagi. Dah lewat petang baru le sampai…lenguh rasa badan dibuai dek Pajero tu.

Bila sampai pekan kecil Jerantut tuh, dah timbul le pulak masalah nak cari tempat tinggal. Menurut bos Auntie, depa selalunya sewa rumah tumpangan je…mana ada hotel pun almaklum pekan kecil, macam pekan kawboi je Jerantut masa tuh
.
Rasanya kini dah jauh bezanya. Arus pembangunan dah mula mencorakkan wajah Jerantut.

Puas jugak mencari rumah tumpangan yang ada attached bath-room untuk Auntie. Bos ni prihatin jugak, sebab Auntie ni pompuan. Akhirnya dapat le satu bilik seperti yang dikehendakki..D ikiri kanan bilik Auntie, bilik bos dua orang tu…first time depa bawa orang pompuan pergi buat field work.

Esoknya lepas b/fast, kami naik Pajero menuju tempat kerja. Jauh jugak perjalanannya dari pekan Jerantut tu, kalau tak silap ingatan, nama tempat tu Pulau Tawar…hemm…katanya tempat Mat Kilau tuh…Bila dah sampai ke kampung tuh, kami berjalan kaki pulak lebih kurang 2 kilometer masuk ke tempat yang nak kami mulakan kerja. Kenderaan terpaksa ditinggalkan saja di tepi jalan…
Kerja apa yang kami buat? Kami nak ambil sample air dan juga sample tanah di kawasan tersebut. Bawak balik ofis nanti kami jalankan ujiannya. Bukan senang nak dapatkan sample tuh, terutamanya sample air di perut bumi…dari pagi sampai lewat petang hanya dapat beberapa sample saja. Ada le seminggu kami buat kerja tuh…Eeee, rasa serik jugak. Mula-mula tu seronok, dah masuk hari ke 3, rasa nyesal pulak pi ikut depa…dah le Auntie sensorang je pompuan, pi masuk hutan rimba tu…apa nak di kata, kerja punya pasal…setiap hari bila balik ke bilik, rasa badan dah lembek dek keletihan…Bila sampai hari bos kata kerja dah selesai dah boleh balik, rasa tersangat lah leganya.

Lepas pada itu, ada lah dua kali lagi Auntie ikut expedisi mengambil sample ni.Tapi, tidak lah lama, cuma 3,4 hari je. Itu le pengelaman memula kerja dulu. Lain-lain pi out-station tidak le seteruk itu…kerja ringan je…..ada masa tu macam pergi bersukaria je, macam pergi berseminar.

Bila Auntie ditukarkan ke Ibu Pejabat, dah tak buat dah field-work ni. Pergi jugak out-station ni , tapi lebih kepada lawatan sambil belajar je….(sambil sukaria-makan angin keluar asap).

Kini dah masuk 28 tahun Auntie bekerja…lama dah tu…..memang rasa dah malas, rasa macam nak dok kat rumah je. Kat ofis pun macam dah kurang kawan yang memahami, apa tidaknya, pandang kanan, budak muda berumur 25 tahun, pandang kiri gadis berusia 22 tahun!....rakan sebaya dah macam tak de lagi.

Walau bagaimana pun ada juga bebudak muda yang masih boleh di buat kawan…hemmm….tapi kena ikut rentak dan melodi mereka lah…..kena pandai-pandai suaikan diri….
Baru sekarang Auntie dapat memahami perasaan seorang yang dimamah usia.Sungguh pun gitu, rasanya Auntie tak akan membiarkan masa berlalu begitu saja….dah kena buat perancangan agar masa tidak dihabiskan hanya dengan merenung masa silam….

.I want to grow old gracefully……………(dah kata banyak kali daaa…)

Thursday, July 14, 2005

Nak Percaya ke?

Kita orang Melayu ni kaya dengan berbagai petua. Ada yang boleh kita ikut, ada juga yang mengarut. Selain daripada petua, orang Melayu juga banyak kepercayaan.

Masa Auntie kecik-kecik dulu, malah sampai sekarang pun, bila balik kampong jumpa mak, dalam sehari kalau tak ‘bertemu’ dengan petua/kepercayaan tu macam tak sah. Mak Auntie ni, bila dia nak kita ikut cakap dia atau percaya dengan apa yang dia nak sampaikan dia akan kata …"ni bukan mak kata, tapi orang tua dulu-dulu kata”

Misalnya, sebaik saja Auntie sekeluarga sampai ke rumahnya selalunya dia akan cakap…"hemmm, patut le dua tiga hari ni mata mak asyik berdenyut-denyut, rupanya nak tengok hampa”
Atau pun dia akan cakap “patut le pagi tadi kucing dok sapu muka depan pintu”…atau pun …"patut la ada rerama masuk rumah, ropanya hang pa nak balik”

So, ada tiga tanda nak jumpa atau tetamu nak datang rumah

i) Mata berdenyut-denyut (mata kanan), kalau mata kiri, kononnya akan dapat berita sedih atau nak menangis.

ii) Kucing sapu muka depan pintu hadapan rumah.

iii) Rama-rama masuk rumah/berterbanagn dalam rumah

Ini pulak, kononnya ada orang yang akan meninggal dunia.

i) Hujan panas…ada orang akan mati berdarah, mati kemalangan.

ii) Bunyi burung hantu.

iii) Burung gagak berbunyi dekat rumah.

iv) Mimpi gigi patah.

v) Tapak kaki rasa gatal (ada juga percaya nak pi jalan jauh….nak mati le tu kot….)…gatal tapak tangan nak dapat duit tu….

Yang ni bab kawin pulak.

i) Bagi seorang gadis, kalau mimpi di patuk ular, ada orang nak datang pinang….so, siap sedia.(mimpi dapat ikan , tanda nak dapat rezeki)

ii) Kalau masak makanan, terlebih masin, tanda dah dekat nak kawin tu…

iii) Tak boleh nyanyi kat dapur, ditakuti dapat suami orang tua…(la ni ramai gadis suka yang tua. Orang tua kan ke penyabar disamping…ehem, ehem banyak duit dan harta!)

iv) Jangan suka duduk depan muka pintu atau atas tangga….nanti tak dipinang orang.

Mengenai keselamatan rumah :

i) Supaya pencuri takut nak masuk rumah, letakkan penyapu di balik pintu.

ii) Menghalau hantu syaitan daripada mengganggu, simpan ikan puyu dirumah atau pun pokok berduri…pokok kektus boleh kot…

· Ulasan Auntie, tak usah le kita percaya sangat….untuk suka-suka boleh le…apa yang terjadi ke atas kita adalah semuanya ketentuan tuhan. Dia lebih mengetahui.


Hemmm….lain kali Auntie cerita bab petua pulak…banyak yang nak Auntie turunkan….tunggu ye.

Wednesday, July 13, 2005

Dah Demam?......dah baik!

Auntie demam. Bukan demam AF. Ini demam betul-betul.Auntie dapat MC dua hari, hari Khamis dan Jumaat

Alhamdulillah hari ni (Isnin) dah ok, cuma pagi tadi Auntie datang ofis tak mandi!! Bila masuk bilik mandi tiba-tiba rasa seram sejuk, terus tak jadi nak mandi. Of course le gosok gigi…. kan ke nak solat subuh tu. Bersihkan muka dan lap badan dengan towel panas. Takut juga demam berulang semula. Dah lama Auntie tak demam. The last time Auntie demam ialah pada tahun 1996, lepas balik daripada berseminar di Melaka. Boleh dikatakan teruk juga demam kali nih. Auntie hanya berbaring…tidur dan tidur selama dua hari. Makan pun tak lalu. Begitulah penyakit ni bila dia datang sekali-sekala.

Selalunya bila kita demam selera pun jadi tumpul. Auntie pun macam tu le jugak. Cuma rasa nak minum air saja. Memang doctor suruh banyak minum air. Doktor pompuan yang check Auntie tu …amboi! manis orangnya. Auntie memang datang ke klinik yang satu ni bila perlu rawatan di luar jangkaan.Klinik ni rasanya agak mahal kos rawatannya. Hari tu Auntie kena RM50/- mak ai! macam klinik Tawakal la le pulak. Auntie lebih suka pergi klinik gomen dekat ofis saja……dapat ubat free.Doktor kat klinik gomen ni pun Auntie kenal dah lama. Hari tu terpaksa ke klinik swasta sebab dah lepas time pejabat.

Dalam seminggu kebelakangan ni sakit lutut pun dah agak berkurangan. Adakah mungkin kerana Auntie mengambil ‘ubat’ yang telah disyorkan oleh salah seorang rakan blogger(Hazwah)
Mungkin jugak lah tu….harap-harap sakitnya semakin berkurang, dapatlah Auntie menjalankan aktiviti harian macam biasa kembali. Rasanya banyak benda yang Auntie dah tak dapat nak lakukan sejak sakit lutut ni. Yang paling Auntie miss sekali adalah window shopping. Itu pun sekali sekala Auntie gagahkan juga bila ada apa- apa keperluan peribadi. Banyak juga jemputan yang Auntie terpaksa tolak…segan juga nak hadir kalau jalan pun merayap macam orang dalam pantang.

Dah rasa lega ni, ada ke sesapa nak mai ambik Auntie kat ofis ni?....boleh le kita mulakan acara ronggeng!

Tuesday, July 05, 2005

Makcik blurrr laaa....

Salam pagi Isnin dari Auntie. Selalunya orang tak berapa suka dengan hari Isnin ni sebabnya selalu saja ‘tak ada mood’….thanks God, hari ni mood Auntie baguih pulak…bersemangat gitu.

Macam biasa, Auntie bangun pagi, siapkan b/fast, mesin kain sambil-sambil tu.

Mesin basuh Auntie nih dah pun berumur 10 tahun. Ha, ini adalah mesin basuh yang ke 2. Yang pertama dulu berusia 15 tahun baru dia ‘kong’. Hak ada ni pun dah semput-semput…nama saja automatic, bila onkan air dah tak boleh masuk sendiri, so kena pakai getah paip dan salurkan ke mesin tu, bila dah penuh, offkan air dan tutup penutup mesin dan baru lah dia berjalan sendiri, leceh sungguh. Tiap hari Auntie dok merungut pasal mesin nih….tak sangka pulak, semalam Cik Din pi beli mesin basuh yang baru…yey!...yey!…yey! dia langsung tak bagi tahu Auntie yang dia nak beli mesin baru…kiranya dia buat surprise le….memang Auntie terkejut pun.

Mesin lama ni mungkin akan Auntie bagi saja pada Anja, dia kata mesin kat rumah bujang dia tu pun asyik semput je. Dia kena repair dula le baru senang nak guna.


Pagi ni Auntie sampai ofis pagi jugak, lebih kurang 7.20. Auntie masuk kerja pukul 8.00, ada setengah jam lagi untuk ‘bersuka ria’ sebelum start kerja .

Auntie puas hati le…keadaan sekeliling ofis macam biasa saja, tak nampak pokok bunga atau pasu bunga yang tonggang langgang. Semua dah clear, cuma ada nampak sampah sesikit sana sini. Hemmm….lain kali boleh le ASTRO buat konsert lagi.

Ramai sungguh yang datang malam tu..hiburan le katakana…free pulak tu!
Auntie dok kat rumah weh!....tak kosa nak susahkan diri dalam lautan manusia tu. Kami 3 beranak tengok konsert kat rumah.Yang tak sedap tu sambil tengok sambil garu belakang Cik Din!. Mulut bising jugak …tapi nak buat cam mana…? Dapat pahala kan….( Cik Din kata)

Tahun ni, Auntie tak de nak favourite kat sesapa pun..rasa macam sama je. Masa konsert Prelude dulu macam bebudak ni lebih hebat dari budak AF2, suara semua power-power, tapi bila dah masuk belajar, macam tersangat hambar le pulak.Mungkin Idayu saja yang boleh dibanggakan…yang lain tak tahu le…Jangan marah ye, ini penilaian Auntie je…Auntie mana ada sijil muzik, main alat muzik pun tak pandai. Lagu-lagu masa kini pun Auntie dah tak ikut perkembangannya. Kenkadang tu macam terpinga-pinga le jugak bila dengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bebudak AF ni…banyak yang kita tak pernah dengar. Hemmm macam mana nak tahu, dengar radio pun tidak…he…he….

Macam mana le mak cik tak blurrrrrrrrrrrr?

Friday, July 01, 2005

PC buat perangai......

Dah dua hari PC Auntie meragam...tak tahu mana silapnya. Setiap kali nak masuk " blogger" failed....instead oh dashboard blogger yang keluar, blank space yang keluar...habis nak buat entry macam mana?...ha ni Auntie guna PC member nih, dia pi solat, kita mai sat buat entry...nanti naik boring pulak yang rajin datang ke sini asyik cerita lama je.

Ha, hari ni hari Jumaatkan?....bukan nak cerita pasai kebaikkan hari Jumaat ni...tak..semua orang dah tahu tu... Esok hari Sabtu, kami orang Gomen dah mula cuti hari Sabtu...suka sesangat. Tapi jangan ingat, kami kurang sehari waktu kerja, tidak sebenarnya sebab waktu kerja diganti setiap hari 1/2 jam...so, lebih kurang kerja macam 6 hari jugak tu...

Yang Auntie nak habaq hari ni adalah kisah AF3.....(lol!...makcik pun minat jugak ?)...minat sikit-sikit je....tak demam macam tahun sudah...tahun ni macam banyak yang tak seronoknya...Nih malam esok ada konsert depa kan?....nak tahu pentas depa tu dekat sangat dengan ofis Auntie nih...tu yang Auntie dok risau nih...almaklum le rasanya ribuan peminat AF3 yang akan datang tu....risau takut kawasan ofis yang cantik nih akan dirosakkan oleh mereka yang datang ni dengan sampah sarap, satu lagi takut jugak segala pokok bunga yang cantik jelita dirosakkan...tahu saja le tabiat orang kita ni....ramai yang gatal tangan.So,...pada kenkawan yang datang nanti tuh...tolong-tolong perati sikit noo....rasanya P-Nut & Geng akan datang kut...sebab dia ni bila menonton AF, ramai geng dia datang lepak kat rumah dia.

Dengar ceritanya dia dan darlingnya rajin sungguh layan kenkawan....bila gamaknya Auntie dapat jumpa merpati dua sejoli nih!

Wednesday, June 29, 2005

Pakai Apa?

Tanyalah pada pompuan mana pun semuanya nak rupa paras yang cantik jelita.Tak ada sorang pun yang kata dia takmo jadi lawa. Sebab tu , perasan tak, orang pompuan pantang nampak cermin mesti nak tengok rupa paras . Paling tidak betul-betulkan tudung bagi yang bertudung, yang tak bertudung pulak, betul-betulkan rambut. Tengok kiri kanan, kalau orang tak de….siap senyum lagi. (tu, Auntie selalu buat …sebab tu tahu!!!)

Nanti ada yang marah pulak………..hemm orang lelaki pun sama juga tu. Tapi, rasanya depa tak le se’concious’ orang pompuan. Check tengok beg tangan orang pompuan, selalunya ada cermin kecik….habuan nak tengok wajah bila perlu.Kat ofis pun ada simpan satu. Dalam beg telekong pun ada cermin jugak..

Orang lelaki selalunya simpan sikat saja.

Bagi wanita yang suka bermake-up, lagi banyak masa mereka mengadap cermin. Terutamanya diwaktu pagi bila nak ke ofis atau bila saja mereka nak keluar rumah. Peliknya duduk di rumah tak pulak bermake-up sakan. ( tu yang ustaz/ustazah dok marah tu………hemm…ustazah pun sama jugak kot) Nak berhias-hias kat rumah?...frankly speaking…rimas le…takkan nak masuk dapur pun nak bertudung ala-ala Wahida, pakai make-up tebal dengan mascara???...ayoo, tak praktikal langsung.

Cuba habaq mai how you all dress up kat rumah?

Tentu sekali kita lebih suka pakai yang simple, yang selesa. Selalunya le makcik-makcik suka pakai t-shirt dengan kain batik, atau t-shirt dengan seluar. Anak gadis, mungkin pakai t-shirt dengan seluar/skirt/short….Auntie tak berapa tahu lah, sebab tak de anak pompuan.

Anak-anak Auntie pulak, kalau si Anja kat rumah dia pakai seluar pendek yang tak berapa pendek tanpa berbaju!....Si Jim dengan Amir juga macam tu, tapi depa dua beradik ni pakai baju…..Jim kata …’.malu le nampak te**k’ Ketiga-tiga mereka ni, kalau keluar rumah mesti pakai seluar panjang.(Jeans atau track bottom)….Jim dengan Amir tak akan berseluar pendek kalau keluar rumah….sebabnya?....’malu, nampak aurat’!!!...kata Jim……(hemmm…bunyi macam warak sangat!)…he…he….!

Kebanyakkan orang lelaki suka berkain pelikat tanpa baju bila berada di rumah….(ni…untuk yang dah baya-baya Cik Din). Cik Din pun macam tu jugak lah…tapi dia pakai baju/t-shirt.. Jarang sangat dia tidak berbaju bila di rumah.

Auntie pulak walau pun dah tua bangka tak berapa suka pakai kain batik…sebab rasa tak kemas….kejap-kejap nak kena selitkan kain tu kat pinggang….silap haribulan boleh terlondeh!!!!....so, selalunya Auntie pakai seluar panjang (bukan short….) atau pakai baju kelawar, lebih selesa.. Kain batik akan dipakai bila balik rumah mak mertua je. Sebab tu kain batik Auntie semuanya nampak baru je.
Auntie memang suka kumpul kain batik walau pun tak berapa suka pakai.

Wednesday, June 22, 2005

Belajar naik lift.

Wah!...ramai yang kata banner kat blog Auntie ni cantik dan lawa...(tentu le...sebab tuan punya blog pun lawa jugak....hi!..hi...). Well, untuk pengetahuan semua pembikinan banner ni melibatkan kenkawan yang berhati baik...jauh dan dekat....nampak je simple, kalau nak harap Auntie yang buat...hemmm...sampai bila pun tak menjadi.Auntie dah malas nak pikir...biar orang lain tolong pikir....takmo serabutkan otak. Dah tua-tua ni, biar otak nyaman dan tenteram. Bila rasa aman damai baru belajo cam mana nak buat.
Macam Auntie kata tadi, ramai yang terlibat tu...bukan nak buat filem je yang ramai terlibat...buat banner pun gitu juga.....bayangkan yang terlibat meliputi kenkawan dari Malaysia, UK, Jerman dan US.....tak ke haru tu.....mana tak lawa.....hai kecoh sungguh!!

******************************************

Hari ni dah masuk sebulan Auntie kat ofis baru. Yang serba baru....dan haru jugak!

Kami occupied 2 floor, 4th. & 5th. floor. Auntie kat 5th. floor. Yang Auntie kata haru tu bukan apa....dulu masa ofis lama hanya tiga tingkat, so tak de lift....la ni kena naik turun lift...elok jugak le sebab tak payah panjat tangga, senang bagi Auntie...almaklum baru nak biasa-biasakan naik turun lift ni...kenkadang Auntie ni dah tak pandang-pandang lagi..lift tu nak turun atau naik, Auntie bantai masuk je...bila dah kat dalam lift,baru perasan lift tu naik, sedangkan Auntie nak turun ke bawah.Isy...leceh sungguh.Selalu saja lupa nak tengok...

Satu perkara lagi...begitu canggih-manggih bangunan yang berbentuk kapal ni...boleh toilet dia berada kat ujung tanjung sana ..........dah le Auntie sakit lutut....terhegeh-hegeh nak nyampai ke toilet tu....buatnya sakit perutt...tak tahu le....kena pakai pampers le gamaknya!. Toilet dia memang le lawa, dengan cerminnya yang cantik, cermin besar, cermin kecik...cukup semua...
Setakat hari nih, talian telefon masih belum ok untuk kami yang berada di tkt. 5....line h/p tak berapa ok....kena cari pot yang sesuai baru suara dapat dengar...kalau tidak asyik dok ter"helo, helooo"...isy...kena cakap kuat-kuat pulak tu....dah satu ofis pulak boleh tahu jam berapa Auntie nak buat date tu....rosak program betul!

Yang tak seronok kerja banyak....:-(

Tapi...dalam tak seronok tu...banyak yang seronok...
Yang seronoknya, kat tingkat 5 ni...bos belum ada...bos semuanya dok kat bawah(tkt 4)
raya hindu le Auntie....sambil buat kerja...sambil minum, sambil sembang...sambil...."lompat-lompat....blog".

Sehari dua ni Auntie dok cuba-cuba belajar "Autocad"...nampak macam interesting.

Tuesday, June 21, 2005

Dah ada banner...

Yey!....dah ada banner...isy... lawa sungguh banner tu....terima kasih yang tak terhingga kepada Maknenek yang bagi gambar banner tu... memang Auntie suka sangat tuh...sesuai pulak dengan tajuk blog Auntie nih....terima kasih jugak pada Auntie N....yang pandai-pandai tolong pastekan ke blog nih....you all ingat Auntie buat sendiri ke?....oh...no!...Auntie mana pandai semua nih....HaloScan punya comment dah hilang pulak.... tak tahu si AuntyN pi tekan kat mana sampai dia hilang tuh.....tak pe le.... masih ada satu lagi tempat untuk comment tu....tu dulu Si Ayob Kelubi tolong buat...terima kasih le bebanyak....ramai yang offer nak tolong Auntie ni....lain kali Auntie minta tolong orang lain pulak ye....

*******************************************

Mulai bulan depa, kami orang Gomen akan kerja 5 hari saja dalam seminggu. Auntie suka sangat tu, boleh duduk kat rumah dua hari. Memang cuti Ahad saja sangat meletihkan bagi isteri yang bekerja dan tak de pulak pembantu rumah macam Auntie. Semua nak dikerja dalam satu hari tu. Nak pergi pasar, nak dobi segala cadar & sarung batal, nak mop lantai, nak lap tingkap, nak cuci bilik air dan toilet....nak masak sedap-sedap.....mana cukup masa tu....dah tu nak ngadap AF 3 lagi....:-)

Bagi yang ada anak-anak kecil hari tu juga le nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan.
Ha, cuti dua hari ni ada lah kelegaannya....nak balik kampung tak payah nak ambil cuti...setakat nak bersantai kat PD tu memang boleh sangat tu...eh, baru perasan, dah lama Auntie tak kesana....

Wednesday, June 15, 2005

Resipi Cik Yan

Sejak hari Sabtu yang lalu, Auntie rasa macam dah tak tahu apa nak buat. Lutut ni sakittt sangat.Dua-dua belah pulak tu...nasib baik Sabtu tu cuti...boleh jugak merebahkan badan. Tapikan, macam biasa le orang pompuan ni...tanggungjawab hal ehwal rumah tangga nak kena bereskan jugak walaupun sakit.Pulak tu sakit macam Auntie ni...nampak macam tak sakit pun!...kalau dok gebang sampai larut malam pun masih ok....bila bangun nak atur langkah...ooo...sakittnya!...nak duduk kena pelan-pelan....nak atur langkah kena hati-hati...

Isy...dok cerita bab sakit ni bukannya seronok...boring sungguh.Auntie harap jangan ada orang lain dikalangan kenkawan yang dapat sakit macam Auntie nih. Tak tahu bila nak baiknya!....sabo je le......

*****************************************************

Rasanya Auntie jarang benar bagi resipi kat blog nih. Auntie pun bukan ada resipi yang sepesel pun. Apa yang Auntie masak, semua orang pun dok masak macam tu le jugak.

Meh Auntie bagi resipi yang sangat le senang dan semua orang dah tahu.

Auntie tahu, ramai yang tak suka menyediakan b/fast kat rumah dengan berbagai alasan...alasan paling logiknya ialah.."tak sempat"...jangan tipu le...Auntie boleh sempat apa?...

Alasan logik juga..."tak leh makan le kalau pagi sangat"...ye ke?...isy...kalau tengok nasi lemak panas berasap atas meja....sure terlioq punya....silap haribulan siap bertambah lagi tuh!

Jangan marah ye...betul tak ?

i) Roti dengan baked Bean.

- jangan malas...baked bean ni sebenarnya boleh makan direct from the tin....tapi, Auntie yang 'rajin' ni pi masak dulu....kita buat style Melayu le....

- 1 tin baked bean (cap ayam pun ok...tapi pilihan Auntie adalah baked bean TST)
- 1 bijik bawang besar.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 cm halia.
- 2 sudu cili kering (yang telah di mesin le)
- air asam jawa.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia. dah naik baunya masukkan cili kering...kalau rasa nak pedas, boleh le bubuh lebih sikit. Masukkan baked bean, kacau...masukkan air asam...akhir sekali masukkan bawang besar...garam tak payah tambah dah...kalau suka masin.tambah le sikit garam...anyway rasa le dulu.tutup api...tak payah lama sangat pun...5 minit pun dah ok. Siap untuk dihidang.Makan le dengan roti. Kalau terlebih rajin, boleh le goreng telur mata kerbau dan juga kentang.

Anak-anak memang suka.....bapak dia lagi le suka...sebab bini dia yang masakkan!Sekali-sekala, pak dia pun boleh cuba try buat sendiri!

Resipi kita yang kedua puan-puan/tuan-tuan.....(ni pun satu Melaya dah tahu!!!)

ii) Jemput-jemput.

- 1/2 kilo tepung gandum.
- 1 biji telur.(telur ayam....telur lain tak digalakkan!)
- 3 sudu udang kering, ditumbuk (lagi banyak lagi ok...Auntie boh sikit je...sebab nak 'sef'...ikan bilis pun ok gak)
- 1 bijik bawang besar, dicincang halus.
- 1 sudu gula.
garam secukup rasa.
- daun sup+daun bawang.(kalau suka boleh juga taruk taugeh...ingat buang akar dia dulu...Auntie jarang sangat bubuh taugeh....malas nak buang akar dia tuh...)
- beberapa cili padi ditumbuk lumat.

Satukan semua bahan. Gaul dengan air panas...agak-agak macam dah ok , boleh le digoreng. Boleh makan/dicicah dengan cili sos. Kalau terlebih rajin buat le sos sendiri.
Selalunya Auntie buat sos yang simple....cili sos campur dengan tomato sos dan tambahkan sedikit gula...tambah sedikit air masak...so dia tak pekat sangat. Kalau terrlebih rajin sikit, goreng bijan tanpa minyak dan taburkan dalan sos tu. Siap untuk dimakan.

Resipi ni pun anak-anak suka, Pak dia gumbira...makan pulak waktu hujan turun ditemani kopi kaw....yang hangat berasap!.

Cuba jangan tak cuba...

p/s: Resipi nasi ayam....lain kali no....

Sunday, June 12, 2005

Nasi Ayam Cik Yan



Dah hampir dua minggu tak up-date blog dah rasa macam tak tahu apa nak cerita kat sini. Sejak tak up-date ni, rupanya ramai juga 'silent reader'....yang selalu datang tapi tak tinggalkan jejak...banyak nama yang tak Auntie ketahui sebelum ini. Terima kasih le sudi datang melawat Auntie, tu yang buat Auntie yang semakin malas ni jadi rajin pulak nak buka cerita.

Salam perkenalan Auntie sambut dengan hati yang terbuka. Walau pun tak kenal, melalui blog ni selalunya rasa dan perasaan tu 'sangat dekat'. Auntie dah pun berjumpa dengan beberapa ahli blog dan berharap dapat berjumpa lebih ramai lagi 'in person'.

Hari ini saja Auntie terjumpa beberapa blog yang begitu baik, yang ditulis dengan bahasa yang begitu baik dan santai. Ada yang baru saja mula nak berjinak dengan dunia blogging. Apa yang kita tulis dan cerita kat blog ni insyaallah, mudah-mudahan dapat sedikit sebanyak memberi manufaat kepada para pembaca yang datang melawat.

Memang benar, blog ini kita punya, kita boleh tulis apa kita suka orang lain peduli apa?
Kita pun tak kenal dia, dia pun tak kenal kita?...so, apa yang kita nak kisah sangatkan?
Bagi Auntie setiap yang baik tentu baik juga balasannya.(Auntie tak kata yang Auntie tulis semua yang baik...banyak yang merapu jugak tu...)...susah ke nak buat baik?...ada masa susah le jugak kan...tapi nak buat tak baik memang le senang sangat...apa lagi dengan kata-kata...

Diam tak diam, dah dua minggu Auntie berada kat Putrajaya ni. Pagi tadi kami ada first meeting di bilik meeting ofis baru. Auntie rasa macam ada kelainannya. Masa dengan tempat kerja lama dulu, 80% stafnya adalah wanita, ofis baru ni kami hanya ada 7 orang pompuan saja. Bos baru ni pun boleh tahan jugak kelakar orangnya, walaupun topik serius, boleh bergelak ketawa lagi...
Macam biasa, Auntie tak le consentrate sangat ngan meeting nih, apalah lagi baru dok dalam sepuluh minit, makanan sampai....dok berbau ayam goreng buat kami rasa gelisah!...dah le dalam bilik meeting sejuk bukan kepalang...sib baik bos sporting....meeting tak le berlarutan, lebih kepada nak organised kerja dan pembahagian tugas, lepas tu makan le.

Bos belanja. Bukan duit gomen. Selalunya kalau guna duit gomen hanya secawan minuman + dua bijik kueh je....kalau nak lebih-lebih, pandai-pandai le top-up duit sendiri. Auntie tak kisah sangat pun bab makan ni...kan ke Auntie ni rajin bawak bekal........sejak jadi makcik ni agak cerewet sikit dengan makanan...selalu je nak komplen itu ini...tak masin le, kurang pedas le....manis sangat le....ha...banyak sangat komplen, bawak makanan sendiri...sedap tak sedap, sendiri telan!.....

Hari ni kononnya masa meeting depa order nasi ayam. Auntie pun kat rumah plan nak masak nasi ayam untuk tinggalkan pada budak bujang 2 orang tu.So, pepagi lagi makcik sibuk di dapur masak nasi ayam. Tak sempat nak jamah pun nasi tu. Auntie ngan Cik Din makan dua keping roti je untuk b/fast. Aroma nasi ayam macam sedap je....anak bujang senyum lebar, mak dia masak special hari nih....dah sampai ofis rasa nyesal jugak tak bawak sikit nasi ayam untuk alas perut sebelum meeting.

La, rupanya, bukan nasi ayam yang dihidangkan pun..........ayam goreng dengan nasi goreng......ada jugak mee goreng kueh dan buah-buahan.................isy.......tak sedap mana pun (...kan dah kata, kuat komplen makcik nih...........) harap-harap balik rumah nanti ada le lagi belen nasi ayam yang di masak pagi tadi...........!

Thursday, June 09, 2005

Bertemu kembali...

Alhamdulillah........bertemu kembali kita...setelah hampir 3 minggu Auntie tak berinternet. Banyak benda yang masih belum ok lagi almaklum tempat baru. Line internet ni pun baru saja dimasukkan semalam. Line telefon masih belum ada lagi.Kena banyak bersabar.

Secara resminya Auntie dah pun berada di ofis baru ni pada 31 Mei lagi. Ofis memang cantik, semuanya serba baru. Jauh le beza dengan ofis lama dulu. Apalah lagi kini Auntie dikelilingi oleh kenalan baru belaka.Ramai yang masih muda belia. Harap Auntie dapat suaikan diri dengan depa ni.Setakat ni nampak macam ok jugak le. Kalau boleh join, Auntie join le.....kalau bukan kena dengan topiknya, Auntie diam saja le.

Hemmm...Putrajaya ni memang best!........cantik dan menawan. Sapa yang belum datang tu elok lah luangkan sedikit masa dan datang le melawat. Sapa-sapa yang suka ambil gambar tu, memang elok sangat le...banyak scenary yang menarik untuk di fokus...
Perjalanan dari rumah Auntie ke ofis lebih kurang 25-30 minit saja (datang), tetapi, time balik akan mengambil masa hingga 1 jam...sebab jalan agak sesak diwaktu petang. Nasib baik le Auntie dah tak de anak kecil lagi, kalau tidak jenuh jugak le kelam kabutnya dirumah. Amir dengan Jim langsung tak kisah mak depa balik pukul berapa pun. Tiap petang, Amir dengan bola sepak, Jim dengan sepak takraw. Pukul 7.00, dua-duanya pi sembahyang kat masjid sampai waktu Isyak. Bila depa balik, depa akan 'settlekan' apa yang terhidang atas meja tu.Kalau sedap makan banyak, kalau tak sedap makan sikit.

Sekarang cuti sekolah, walau pun anak dah besar, tiap pagi Auntie kena jugak tinggalkan makanan. At least mesti ada dua menu, satu untuk b/fast, satu untuk makan t/hari. Kalau tak sempat sediakan baru le tinggalkan duit saja. ..tetapi bebudak dua orang tu memang lebih suka kalau makanan siap terhidang, yang mak depa masak.

Semalam Auntie ambil cuti. Ingat nak berehat-rehat....cam biasa le kalau dah duduk rumah ada macam-macam nak kena buat.Tengok bilik, kemas bilik, tengok stor, kemas stor....basuh bilik air, basuh toilet....cuci longkang....akhirnya bila dah petang baru le terasa sakit sana sini.....terlupa yang kita ni sakit ...menjelang malam, nak naik tangga pun dah tak larat lagi....hemmm..nasib baik pagi dah ok...dah boleh datang ofis dengan penuh semangat...apalah lagi dalam kepala tu dok ingat yang internet line dah ok...tuuuu yang tak sabo sangat nak sampai ofis tuh........:-)

Friday, May 27, 2005

Sabarrrr..............

Assalamualaikum semua...........

Harap banyak bersabar...........Auntie masih tak boleh nak up-date nih.Keadaan masih dalam 'haru-biru'..............ofis macam kapal pecah!

Komputer semua dah sampai kat ofis baru di Putrajaya. Kami pulak masih kat ofis lama kat KL dengan ditemani oleh 3 bijik PC yang sentiasa menjadi rebutan...kena ikut giliran tu..nak check e-mail ke hapa ke........... Auntie pulak tak de line internet kat rumah...malah PC kat rumah tu dah outdated pun... slow ngalahkan kekura!

Hemmmmmmm..........tuuuu depa dah panggil tuh........lori treller dah standby kat bawah nak angkut barang-barang..........jumpa lagi next week .....insyaallah.

Thursday, May 19, 2005

Cuti sekejap....

Kepada yang rajin menziarah kat blog Auntie nih harap banyak bersabar, Auntie tak boleh nak up-date mungkin dalam masa seminggu dua ni. Auntie sekarang tersangat lah sibuknya.....mengemas untuk berpindah ke Putrajaya . Semua komputer dah di angkut kesana pagi tadi. Kini kami sibuk pulak merekod segala dokumen-dokumen penting yang akan di bawa dan akan ditinggal. Kami akan berangkat ke sana pada hari Sabtu 28hb. ini.

Insyaallah kita bertemu lagi .

p/s: Yob, terima kasih daun keladi.....kita akan buat temujanji di Putrajaya nanti....

Thursday, May 12, 2005

Madu

Madu ni ada dualah, semua orang tahu tu. Yang pertama madu yang dalam erti kata yang sebenarnya. Madu lebah, madu yang dihasilkan oleh lebah.

Yang satu lagi tu, kita bincang lain kali saja.

La ni Auntie tengah dok amal minum madu. Dulu minum jugak..lepas tu stop.Start balik, kemudian stop semula.

Nak dapat madu yang Asli memang susah. Kat ofis Auntie dulu, selalu jugak ada orang datang jual ...tak mahal mana pun sebotol dalam RM20/- kalau tawar, kenkadang dia bagi RM15/-...entah kenapa dah lama dia tak datang, dah beberapa tahun. Kot, kot dia dah tak de ?...kena sengat dengan lebah ke?...boleh jadi jugak tu.

Banyak khasiatnya minum madu ni. Banyak penyakit yang dikatakan boleh cure dengan meminum madu. Auntie minum madu ni pun kot kot boleh sihat sejahtera macam muda dulu. La ni dok sakit sana sini. Yang haru tu, badan Auntie tengah naik menjadi-jadi...menyampah betul! Orang pompuan tahu saja le, yang cepat sangat naik ialah tang perut dan tang pun**ung.

Hari tu masa dok ngemas-ngemas, Auntie jumpa le majalah lama-lama...sambil dok membelek tengok resipi, tengok jugak petua-petua nak turunkan berat badan. Jadi Auntie sudah jumpa le petuanya. Dia kata masukkan sesudu besar madu lebah ke dalam segelas air suam, kemudian perah le limau nipis. Minum 2 kali sehari.Sekali bangun dari tidur dan sekali lagi sebelum tidur. Nampak macam tak susah .

Selesai je mengemas, Auntie pun ajak Cik Din gi cari madu. Bukan le cari kat dalam hutan tu, dak aih...kami pi cari kat Carrefourre belakang rumah kami tu je...Auntie beli saja yang imported dari Australia tu. Tulis kat botol dia 100% pure honey.Hantam saja lah.Lepas tu pi borong pulak limau nipis.

Lupa pulak nak habaq mai, ada lagi satu petua..nak kempiskan perut. Guna limau nipis jugak. Caranya bancuhkan perahan air limau nipis dengan kapur sireh...ingat! bukan kapur kasut atau kapur tulis.. Kapur sireh ni selalunya kalau kedai runcit mamak dia ada jual le, atau kat pasar pun ada kot. Lepas tu sapu kat perut. Yang elok pakai bengkong. Pakai masa kita tidur.

Yang dah kawin kalau nak buat ni kena tanya hubby dulu le..ok ke tidak ke?.....:-)

Jadi la ni...Auntie dok sibuk le dengan 'aktiviti' baru nih! Malam sebelum tidur, buat air madu campur air limau...dah selesai minum sibuk pulak bancuh kapur dengan air limau nipis...Nak memudahkan, Auntie tak le pakai bengkong, tak selesa pulak nak tidur tu..lagi pun mana ada bengkong dah pun. Auntie pakai saja girdle.OK gak apa?

Cik Din pun menyibuk jugak, dia pun nak minum air madu jugak. Kena le buat untuk dia segelas...kalau tak buat merajuk pulak. Bila Auntie tanya takmo sapu kat perut ke?...dia kata tak payah le...sib baik jugak...kalau tidak mana pulak Auntie nak cari girdle untuk dia...ada ke girdle untuk lelaki?
Dia memang macam tu, selalu nak try apa yang Auntie buat. Auntie makan jamu dia pun nak juga. Selalunya Auntie akan kata tak boleh, ini untuk orang pompuan je....kalau you nak makan boleh gak....tapi kalau tumbuh te**k nanti I tak tahu...:-).....Hemmm buat tipu german kat dia sekali!

Ada le seminggu dah kot Auntie dok amal petua tu. Tak tahu lagi resultnya.

Auntie ni bukan le concious sangat. Tapi sebab dah ada penyakit tu terpaksa le buat dan amalkan.

Agak-agak boleh dapat figure macam Nasha Aziz tak?....

Tuesday, May 10, 2005

Mother's Day.

Entah bila gamaknya Mother's Day ni disambut kat Malaysia ni...tahu-tahu dah ada. Tak ingat pulak Auntie bila ianya bermula.

Sejujurnya, tak pernah sekalipun Auntie mengucapkan Happy Mother's Day pada mak Auntie...rasanya dia pun tak perasan ada sambut sebegini sekarang. Agaknya kalau Auntie buat cam tu mesti dia pun heran...'lo apa kebende pulak nih?'

Memang, mak dulu-dulu lain benar dengan kita sekarang. Mungkin dulu tak de buku-buku yang dok bagi tahu macam mana nak bela anak, macam mana nak berinteraksi dengan anak, macam mana nak menghadapi kerenah anak-anak whatsoever....
Yang heran tu, mak dulu-dulu berjaya pulak mendidik anak-anak dengan begitu berjaya dan bergaya.

Auntie ni anak sulung...Auntie tak ingat pun bila kali terakhir
mak Auntie peluk dan cium Auntie. Auntie pun tak pernah nak cium dia atau nak peluk-peluk dia.Nak salam pun rasa malu. Auntie mula bersalam dengan mak dan ayah Auntie masa lepas tingkatan lima masa Auntie masuk Poly....memang depa terkejut. Mungkin sebab depa tak ajar...tak tahu sebab apa depa tak ajar.
Auntie rasa Auntie patut mulakan bersalam ni.Bila Auntie dah mulakan, adik-adik tengok, depa pun ikut....alhamdulillah.

Pertama kali Auntie cium arwah ayah Auntie adalah semasa dia terlantar sakit angin-ahmar.Masa tu Auntie balik kampung melawat dia. Bila nak balik semula ke KL Auntie nekad mencium dahi dia....dia menangis terhinggut-hinggut...mungkin terasa sayu yang teramat sangat.....sempat le Auntie cium dia setiap kali balik menzirahi dia. Auntie rasa sangat puas hati sebab dapat berbuat demikian sebelum dia mengakhiri hidupnya.

Bila ayah dah tak de, baru Auntie start cium mak Auntie pulak....dia pun mengalirkan air mata jugak bila pertama kali Auntie mencium pipinya. Kini, Auntie akan sentiasa cium dia setiap kali meninggalkan dia untuk balik ke KL semula.Rasa lega sangat lepas cium dia. Itu saja cara kita tunjuk sayang kita padanya. Biar le dulu, dia tak tunjuk sayangnya pada kita....mak tetap sayang kat kita....tengok le bebaru ni Auntie bagi tau mak Auntie yang badan Auntie naik begitu drastik sekali, dia dengar. Dah habis sembang, tetiba dalam pukul 10 malam dia telefon balik...' Zian, pergi le jumpa doktor...minta nasihatnya untuk turunkan berat badan tuh'....lo...ingatkan apa le yang cemas sangat tu.! hi!...hi!...

Auntie masih ingat, Auntie ni selalu di suruh jaga adik yang seramai lima orang tu...4 lelaki, 1 pompuan. Mak selalu kata ' Zian, tengok adik,...buai adik, basuh berak adik, gi mandi adik....' Auntie patuh tanpa apa-apa bantahan, walaupun kenkadang tu memberontak jugak. Masa tu kami memang ada pembantu rumah, maklum mak Auntie ni seorang cikgu. Auntie tetap juga membantu.
Tidak macam bebudak sekarang, kalau ada pembantu tu nak ambik cawan sebijik pun nak tunggu pembantu buat jugak.
Mak selalu kata, orang pompuan mesti tahu kerja orang pompuan, setinggi mana pun kita belajar, hal- ehwal dapur kena ambil tahu sebab dari situ lah bermulanya kerukunan rumah-tangga. Air tangan seorang ibu/isteri banyak berkatnya.Itu teory mak Auntie.

Adik-adik Auntie memang rapat dengan Auntie. Rasanya depa sangat hormat dan sayang kat Auntie, mungkin depa rasa Auntie macam mak depa jugak. 4 orang adik lelaki Auntie selalu je akan menghubungi Auntie kalau ada apa-apa....nak beli rumah depa tanya Auntie, nak beli kereta baru depa tanya Auntie....malah nak gi makan angin pun depa bagi tahu Auntie.
Adik Auntie yang bongsu paling rapat dengan Auntie. Beza umur kami 13 tahun. Memang Auntie yang banyak menguruskan dia masa dia kecik dulu. Masa mak lahirkan dia, masa tu le Auntie tinggalkan kampung halaman, pi sekolah kat Johor tu. dengan berat hati, Auntie tinggalkan adik kecik yang masih merah.Setiap kali balik cuti sekolah
Auntie melihat adik kecik membesar dengan begitu cepat sekali. Masa cuti sekolah le Auntie mengambil alih menjaga sikecil ni...kenkadang bila mak kena pergi kursus, Auntie le jaga dia.Buat susu dan tidur dengan dia mengganti emak.

Bila difikirkan, sambutan Hari Ibu ni bagus jugak. Tambahan masa kini, anak-anak dah ramai yang tak berapa rapat dengan mak. Mak sekarang pun sibuk dengan kerjaya memasing. Keluar pagi balik malam. Ada tu malam pun keluar jugak lagi.
Berapa jam sehari kita ada bersama anak kita? mungkin tak sampai 4 jam pun.Lebih lama masa kita mengadap komputer.

Apa agaknya anak-anak bagi kat you all mak-mak nih?

Semalam Auntie bagi tahu Jim. ' Hari ni Hari Ibu tau...Jim nak bagi apa kat mak? ...'hemmm...tak payah bagi apa-apa le...kan ke Jim sayangggggg mak' Itu le jawapannya.

SELAMAT HARI IBU.

Saturday, May 07, 2005

Hobby.

Kata orang, lama hidup banyak pengelaman. Banyak makan garam.( Auntie tak suka masin).

Ya, Auntie pun hidup dah lama, alhamdulillah. Dah pun sampai 1/2 abad. Ada orang tak sampai 10 tahun dah padam....ada tu belum 40 pun dah pergi. Jadi, kalau nampak orang yang dah berusia, jangan pandang dingin...dia mungkin lebih panjang hayatnya dari kita. Apa-apa pun Auntie sangat bersyukur Allah beri Auntie usia sehingga 1/2 abad....dan harapnya terus panjang umur murah rezeki....

Apa rasa bila umur dah sampai 1/2 abad nih....honestly, tak rasa apa-apa pun..rasa macam dok mudo sokmo...rasa macam 25 gitu!.....Lo, haru makcik sekor nih!

Eh...tak le jugak.....ada rasa macam-macam juga.

Tahap kesihatan dah mula menurun.
Tahap kemalasan semakin menjadi....kalau boleh rasa nak tergolek je depan TV, sambil pejam-pejam mata! Kenkadang rasa macam blurrr je.

Tak boleh jadi nih...kalau diikut sangat rasa ni, binasa jadinya. Auntie nak buat beberapa progrem untuk diri sendiri yang boleh mendatangkan pekdah. Nak kena kenal pasti apa hobby, apa kegemaran supaya hidup tak jadi boring.

Hobby Auntie tak banyak sebenarnya. Antaranya :-

1) Membaca....apa saja ( tak termasuk 'Mona Gersang'...atau yang sealirannya)

2)Melayari internet.

3)Mengumpul setem.....(hobi orang dedulu...jaman sekolah dulu...)

4)Berkenalan.....mencari kawan.

Ok tak hobi orang tua cam gitu?

Thursday, May 05, 2005

Letihnya....

Apasal jadi lagu ni...Auntie dah macam nak give-up nih...dah berapa kali buat entry , dah postkan tapi tak appear....yang keluar adalah entry lama. Macam mana ni?
Ada sesapa boleh tolong bagi tahu?.

************************