Monday, October 10, 2005

Sup Tulang.

Alhamdulillah, Auntie muncul semula. Berbanyak maaf kepada sesiapa yang singgah kesini tapi tak de cerita baru.

Minggu lepas Auntie tak sihat. Hari Khamis dan Jumaat ambil cuti dan rest kat rumah….kaki dah jammed. Agaknya kena sumpahan berkaraoke nih! Kat rumah pun tak buat apa-apa tebaring saja nasib baik ada Jim temankan dia cuti sebab exam PMR.

Hari ni rasa macam lega sikit. Kadang-kadang rasa rimas dengan sakit yang ditanggung. Dari pandangan orang lain langsung tak de cacat cela.Boleh bergurau senda, boleh makan boleh tidur dengan lena…yang tak boleh nak berjalan macam biasa….entah bila agaknya penyakit ini akan reda. Sabar dan sabar saja.Mungkin banyak hikmahnya. Rawatan kat hospital dah berlarutan ke tahun yang ke 3 . Dah naik boring jumpa pakar orthopedic tu….balik balik bagi cream sapu yang tak memberi apa-apa kesan. Ubat kena beli sendiri.Sabo, sabo saja lah.

Dulu Auntie ikut juga kelas fisioterapi kat HKL, sejak kat Putrajaya ni dah agak susah nak ikut. Kena buat sendiri kat rumah. Faham sajalah kalau kat rumah…mula-mula rajin le..dah lama liat pulak. Dah seminggu ni terpaksa ikut jadual senaman macam yang diberikan dokter…hemmm…kalau tidak nanti langsung tak boleh jalan. Nak harapkan Cik Din…tak patut sangat le dia pun bukannya bertambah muda…dah sakit sana sini…+ malas pun ia jugak!

Setelah 4 hari berehat, ada lah rasa kurangnya. Perasaan tu bukan main cergas…tapi, adui! Nak jalan kena perlahan-lahan.

Rasa amat rindu dengan kenkawan blog nih..pagi lagi dah ziarah sana sini…hemm…macam dah ketinggalan…

Hari ni dah masuk hari ke 6, kami hany bertiga kat rumah.Kami tak kisah sangat dengan juadah berbuka ni. Walau pun tak sihat, masak, tetap masak. Masak ni bukan susah sangat. Bulan puasa lagi le senang. Kueh tak payah buat…beli saja. 3 bijik dah cukup. Beli buah. Buat air.

Semalam Auntie masak sup tulang. Masakkan paling senang. Campak saja tulang dalam rice cooker, taruk air. Masak samapi 3 jam. Campak saja sup bunjut, bawang merah, bawang putih halia dan lada hitam. Garam jangan lupa. Taruk kentang 2, 3 bijik. Campak daun sup & daun bawang….siap untuk dimakan. Bismillah………
Hari ni tak tahu lagi apa nak makan untuk berbuka. Kalau sempat, mesti masak. Bulan puasa ni sampai rumah dah pukul 5.45 – 6.00…masak air sempat le…

17 comments:

Arena said...

Arena, pon bantai masak lebey kurang jek Aunty.. nak beli malas..jaga kesihatan ye aunty..

Anonymous said...

seronok baca cerita aunty yan. saya sampai rumah pukul 6.45. tiap hari suami beli kueh untuk berbuka. dan tiap hari juga saya akan masak nasi selepas maghrib. semoga cepat sembuh!

AuntyN said...

Sup tulang memang sedap pun. Semalam masak korma ayam, main pakai rempah Adabi je lah sebab ada instruction kat belakang pack tu hehehe

AuntieYan said...

Arena : Memang, kita masak yang senang-senang je...perut kita lapar, kita balun habis jugakkan?
---------------------

Achik :...kalau dah sampai rumah 6.45, nak masak apa?....tak pe, jangan susah, sediakan jus...eleh, beli hak dalam kotak je..macam-macam ada..makan kueh dulu, lepas maghrib, slow-slow kita masak. Nasi panas, tumbuk sambal belacan yang pedas punya, goreng ikan masin ke...buat sayur campur...pun dah sedapkan?...Jimat, jimat...yang suka membazit tu katanya kawan syaitan...;-)
-----------------
N : Kak Yan pun kalau masak kurma buat macam tu la jugak...tambah saja kentang atau tomato...sedapp..

aNIe said...

Ermm..kecur plak air liur teringat sup tulang..senang dimasak..sedap dimakan kan??...sakit kaki tu..memang susah nak perginya..kita cuma boleh kurangkan aje...namun nak pergi abis memang tak boleh..& petul kata oneee tu..kene pantang makanan
yg sejuk2...moga yan segera sembuh...

uDA said...

uda bulan posa ni selalu buka sorang2 jek kat rumah. hubby kerja. so kadar kerajinan memasak tu amatlah rendah sekali. hihik. kalau dia buka kat rumah, rajin la jugak ke dapur.

ok auntie, semoga cepat sembuh sakitnya. :-)

Anonymous said...

AuntyYan
Semuga cepat sembuh!

EM

AuntieYan said...

Onee : Terima kasih atas keperihatinan. Auntie ni nak kata pantang sangat tu tidak le jugak..yang padan patut le.Kalau ikut pantang Melayu ni, berbagai tak boleh makan...so, ikut pantang doktor le...
------------------

kak lady : sakit tu memang dah lama. Kalau ikut berpantang, yang tak boleh makan sayuran yang sejuk ni sakit 'urat'...tapi Auntie ni sakit lutut yang di sebabkan oleh air dalam kepala lutut tu dah kering... 3, tahun lalu dah masukkan air kepala lutut atificial....:-)
---------------------
Uda ;...memang kalau tinggal sorang rasa malas nak masak...sapa nak makan?...Auntie kalau tinggal sorang terus tak makan!...minum air saja!
---------------------
EM : Menurut doktor, penyakit Auntie ni, susah nak baik...kena maintain makan ubat dan buat exercise...dan satu lagi, jangan kasi badan naik...;-)
--------------------

Adindaku AdieJin,

Adapun kekandamu ini terasa tersangatlah bengang dengan kamu ini. Adalah tersangat tidak patutnya kamu menyamakan penyakit kekandamu dengan penyakit yang dihidapi oleh haiwan yang dipanggil lembu. Walau bagaimana pun, kekanda tetap memaafkan akan ketidakfahaman Adinda itu. Kekanda ucapkan ribuan terima kasih atas harapan adinda supaya penyakit itu berlalu secepat mungkin.

Tentang Sup Tulang itu memang le tersangat sedapnya. Dagingnya empuk setelah hampir 4 jam berada dalam rice cooker, dan kekanda jugak telah mendapat puji-pujian daripada kekandamu Cik Din.

Bolehlah adinda mencubanya nanti dan makanlah bersama adinda Lily.

Sekian adanya dari Kekandamu ini.
Wasallam.
--------------------

Mutiara said...

Yan
I read your 'meme' you started 30 years ago...kalau I pulak kena start 40 years ago kot. Blogger 'Emas" dah kak saloma ni!!

AuntieYan said...

Kak Saloma, sama le kita ...dah jadi 'Warga Mas'....;-)

Anonymous said...

Hari nih masak la laksa plak..

(kempen laksa yer kitaa...)

Jaga kesihatan baik2..try la beli ubat lain plak, cam gamat ka, herba2 ka...

AuntieYan said...

Oren...Auntie kalau buat laksa nak kena masak dua jenis, satu laksa Penang, untuk Auntie, satu lagi laksa Pahang untuk Cik Din...leceh!!
Ya, la ni tengah dok try makan jus mengkudu...tu yang sakit sangat ni...kena banyak bersabar...harap-harap sebelum raya ni ok le...

Anonymous said...

Aunty Yan..nak tanya sikit, aunty yan ni sakit lutut ker??
Sebabnya mak PB pun dulu ada masalah sakit lutut ni. Tak leh berdiri lama. Sembahyang pun dulu dia kena solat duduk.
Lps tu, ada doktor nie , advice dia makan DONNA (kat farmasi ada, rm1.50 sebiji kalau tak silap). Kena makan selama 2 bulan non stop. Alhamdulillah sekarang dah ok. Sembahyang dah tak duduk lagi. Berjln pun kekadang tu lagi laju dari PB.

AuntieYan said...

pb : betul tu.Memang Auntie pun dok ambil ubat tu...dah 3 tahun...mungkin sakit Auntie ni agak serius berbanding kedua ibu bapa pb. La ni dok cuba minum jus mengkudu pulak, DONNA tu tetap ambil juga begitu juga dengan beberapa vit. lain.

Ely said...

sup memang sedap kalau time puasa!

Ni said...

puasa baru berapa hari tapi sup yang paling banyak beli sebab itujelah yang senang, berkuah dan berlauk. bulan posa ni tengok kuah kari pun kering je kat pasar ramadan tu

BTW, get well soon

AuntieYan said...

rojakbuag : sup memang sedap dimakan,senang disediakan.
-----------------------

Ely : Betul tu. Dah buat sup untuk bulan puasa ni?
-----------------------
cikni :...kalau hari kerja kita beli saja, tapi kalo hari cuti boleh buat sendiri...mudah sajakan?
---------------------------

ziezie : haah...kita main terjunkan saja....he..he...
--------------------------