15 Ramadhan hari Jumaat, lebih kurang 11 tahun yang lalu ayah Auntie menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tamatlah sudah penderitaannya selama 7 tahun di pembaringan. Tinggal semua yang dikasihi, yang disayangi.
Seminggu sebelum tu, Auntie berada di wad sebuah klinik menjalani D & C setelah di dapati termengandung di luar rahim. Malam tu, dalam keadaan yang masih lemah mak telefon “ Zian, balik le, mak tengok ayah mungkin dah tak de harapan…dia tenat, dia dah nazak….” Tenang saja suara mak, dia tak tahu yang Auntie pun masa tu separuh tenat jugak.
Kami pack barang, pack baju. Esoknya lepas sahur kami berangkat membelah kedinginan pagi menuju ke utara. Perasaan berbelah bagi. Penangan ubat bius masa D & C masa ada saki bakinya.Auntie masih lagi terasa “high” nya.
Nak dijadikan cerita, sejurus sebelum Gua Tempurung, kereta pulak buat hal. Hose air-con pecah or something…kereta dah tak boleh jalan. Masa tu h/phone pun tak de, sib baik ada one good Samaritan berhenti dan tolong call Plus Ronda. Alhamdulillah tak sampai 10 minit depa dah sampai, kereta di tow kesebuah bengkel berhampiran selepas Gua Tempurung. Kami anak beranak pun naik juga kereta tow tuh.Tukar hose. Kereta dah boleh jalan. Perjalanan diteruskan.
Jam 12 sampai rumah. Orang dah ramai.Dalam hati tuhan saja yang tahu. Rasa nak nangis…tapi kenapa pulak air mata tak gugur?
Terus masuk rumah, masuk bilik ayah.Dia dibaringkan atas katilnya. Mata separuh terbuka, tapi pandangannya jauh. Auntie terus pegang tangan dia, dia respon sambil angguk kepala. Tak tahu nak cakap apa. Mak ditepi kepalanya sebelah kanan, mak ngah (kakak ayah) di sebelah kiri. Ajar mengucap.Beberapa abang saudara membaca Surah Yasin silih berganti.
Semakin lama rumah semakin penuh. Ramai yang datang ziarah.
Membawa kemalam ayah macam tu jugak dada berombak, nafas turun naik. Kami bergilir menunggu saat-saat terakhir ayah. Sentiasa ada ditepi katil. Ucapan Syadah tak henti-henti dibisikkan ke telinganya.Tiga hari tiga malam macam tu saja. Hari Jumaat petang tatkala kita sedang sibuk berbuka puasa ayah menarik nafasnya yang terakhir perlahan-lahan dengan tenang. Auntie, Cik D (adik Auntie yang bongsu) dan mak berada disisinya. Dia pergi menemui Penciptanya.
Kami mengucapkan syukur ke hadrat illahi….ayah pergi dihari baik di bulan yang mulia.
Baik emak mau pun kami anak-anaknya, sorang pun tidak menangis. Kami pun hairan . Kenapa air mata tidak gugur seperti lazimnya.
Arwah ayah dikebumikan keesokkan hari. Adik-adik lelaki (4 orang) memandikan dan mengafankannya bersama-sama beberapa orang bapa saudara.
Selesai disembahyangkan dirumah, jenazah di bawa pulak ke masjid untuk disembahyangkan sekali lagi kerana masih ramai yang tak dapat berbuat demikian.
Di perkuburan dah ramai yang menunggu. Kami kaum wanita hanya melihat dari luar pagar saja.
Balik kerumah....semuanya sepi. Katil kosong tanpa penghuni. Tongkat ayah tersadai ditepi katil, ketayap putihnya tersangkut dibalik pintu.Pampersnya masih berbaki. Semua tidak ikut bersama. Mak duduk dibirai katil..barulah sedu terdengar. Kami menangis bersama-sama...akhirnya air mata berlari deras tanpa boleh disekat-sekat.
Pergilah sudah seorang insan yang di kasihi. Semakin hari beranjak pergi, perpisahan semakin jauh perginya. Di hati ini rindu sentiasa mencekam, semakin lama semakin rindu, mudah-mudahan dipertemukan juga nanti.
Al-Fatihah.
25 comments:
Abah saya pun dah takde. tahun ni masuk tahun 12 arwahnye pergi meninggalkan kami.
syahdunya...sebab tu sedaya upaya, saya cuba menghargai mak abah saya kak...takut terkilan nanti tak dapat berbakti..
Alfatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kiter.
Kak Yan, syahdunya, teringat ketika ayah pergi setahun yang lepas. Alfatihah buat mereka.
Sofhib : Sama-sama kita doakan semoga Roh-Roh mereka diberi tempat yang baik disisi Allah.
---------------------
P-Nut : Ya, yang masih ada kedua ibu bapa, berbaktilah pada mereka
setakat mana yang terdaya.
----------------------
babydiana : Ya, sama-sama kita doakan.
----------------------
N : Memang rasa kesyahduannya, apalagi setiap kali 15 Ramadhan menjelma.Ingat lagi bagaimana kami adik beradik bergilir menunggu disisinya selama dia barada dalam keadaan nazak.
Alfatihah...
auntie yan...sedihnya...berkaca mata kak lady...Al-Fatihah buat allahyarham...
Memang ade kala air mata macam kering tak mahu keluar..tapi bila kesepian dah mula menjenguk...tak boleh ditahan-tahan lagi...lebih-lebih lagi bila melihat segala milik yang telah pergi...Al-Fatihah
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah amin...
Auntieyan,
Sebak didada.. Alfatihah untuk ayah Auntie.
Kita tak tahu bila tiba masa kita..
saya pun jadi sedih bila baca entry auntie kali ni. semoga roh ayah auntie dicucuri rahmat. amin.
very sad auntyan. teramat sungguh.
meandbaby: Terima kasih.
---------------------
Kak Lady : terima kasih. Auntie ada simpan beberapa helai baju arwah yang dia kerap pakai masa dia sakit....ubat rindu!
----------------------
Jin : Ya.memang sayu.You tentu tahu erti sebuah kehilangan dan kerinduan. Rindu pada yang ada, boleh jumpa. Rindu pada yang tiada...rasa hampa.
--------------------------
rojakbuah : yang telah kehilangan saja tahu bagaimana rasanya.Terima kasih.
-------------------------
Nonie : fahamkan?...maksud rindu tu...* sedih*
-------------------------
Anggerik Merah : Memang sebak. Terima kasih. Masa kita belum tentu, entah esok, entah lusa?
--------------------------
Jubeiz : Terima kasih.
--------------------------
Ely : memang sedih, memang rasa sayu, walau pun dah lama berlalu.
AY,
Al-Fatiha...untuk arwah ayah AY..semoga beliau di tempatkan bersama mereka2 yg berIMAN...insyallah...
sedihnya..*isk*
AlFatihah buat mereka2 yg telah kembali kepadaNya..
Kehilangan orang yang kita sayangi amat menyedihkan... sama-samalah kita sedekah Al-Fatehah, moga rohnya dicucuri rahmat.. amin
Memang sedih! I know how you feel.Both my father and father-in-law meninggal dunia dalam bulan Ramadhan... Al Fatihah.
dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali...Al-Fatihah
semoga roh arwah dicucuriNya...
Kak Yan : Bapak saya dah berusia 78 tahun but alhamdulillah masih sihat, boleh berjalan lagi. Alhamdulillah kami masih boleh menumpang kasih dengan Bapak dan Bapak dengan kami.
Dia selalu berkata, umur dia ni umur bonus.
Jadi kami selalu make sure menikmati waktu "bonus" itu sepenuhnya :-)
Al-Fatihah untuk arwah ayah kak Yan.
Alfatihah.. Touched sangat..
rasa macam nak give you a hug
Kepada:
Bilal, pb,Uda Jin, SueIxora, Anonymous, Edryna,Mak Andeh, Arena & Atenah....Terima kasih semua. Di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanykkan doa untk disedekahkan kepada roh-roh mereka yang telah terlebih dulu pergi.Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya, dan insyaallah, Allah sentiasa melindungi kita Amin.
Al-Fatihah kak yan...teringat lak kat nenek saya yg br meninggal..tahun tak dpt le cium tangan arwah.............
AL Fatihah untuk ayah Auntieyan. Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg solleh. Amin
Sedih...teringat jugak kat ayah saya yg meninggal tahun lepas. Hanya org yg pernah mengalaminya sj yg tahu apa ada dlm dada...
Nero, sya & nadya_my :Sama-sam kita berdoa agar roh mereka dihimpunkan bersama mereka-mereka yang di kasihi Allah. Amin.
Post a Comment