Thursday, January 12, 2006

Sampai Dinding.

Minggu lepas, sehari sebelum raya kalau tak silap, tengah kusyuk dok siapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) bos kecik panggil masuk bilik dia, ingatkan dia nak tanya pasal SKT tu, rupanya dia nak introduce kawan dia kat Auntie.
Seorang wanita pertengahan umur (of course muda dari Auntie), tinggi lampai berkulit putih...tak berapa lawa, tapi berpakaian kemas dan menarik. Bos kecik jugak panggil beberaba orang lagi (semua pompuan) masuk bilik dia. "Tak lama, kita bincang kejap je....err...30 minutes"...masa tu dah 11.30 pagi so, pukul 12.00 boleh keluar.

Ciss! ingatkan apa yang penting sangat....rupanya wanita tu nak promote barangan kesihatan. Dia ni buat direct sellling. Auntie memang le phobia sikit dengan direct selling nih.

Pot-pet, pot-pet dia bersyarah, pas tu dia tunjuk gambo dia pi makan angin kat luar negara, tunjuk gambo dia dengan kereta Merc yang menjalar, dia bagi tahu income dia satu bulan RM 40,000/!!!(Wah!...wah!...wah!...)

Hemmm...kalau Auntie dapat banyak tu setiap bulan, nak buat apa le gamaknya ye....? Alaaaahai!...terasa pulak betapa "kecik" nya Auntie jika dibandingkan dengan dia...Agaknya lah kalau dia tahu berapa Auntie dok dapat setiap bulan mau terkeluar bijik mata dia, mungkin dia fikir macam mana le makcik ni boleh survive??...makan kayu batu ke?

Auntie tabik le pada orang yang sungguh rajin berusaha sehingga berjaya begitu sekali. Tapikan, nak kaya bukan mudah. Banyak perkara mesti dikorbankan. Dulu dia seorang guru, kerja 10 tahun, resign dan buat direct selling. Auntie tak dapat bayangkan kalau Auntie nak buat dc ni secara serius. Nak gi dengar ceramah, nak gi promote barang, nak buat muka tebal nak persuade orang supaya jadi ahli....isyyy...tu sebabnya Auntie tak jadi kaya kot....hampir kayap ade le....

Kata tadi 30 minit je...tengok-tengok jam dah hampir pukul 2.00ptg.Di akhir 'syarahannya' dia pun macam memaksalah kami yang ada untuk masuk jadi ahli...dia lah yg. nak isi borang, duit boleh bayar kemudian....kenkawan Auntie yang ada tu, malu-malu alah....terisi le jugak borang keahlian tu...Auntie buat derkkk je....dia kata RM 58 je, tak mahal...(hemmm dia tak tahu yang Auntie ni buku teks si Jim pun belum habis beli lagi, kat rumah tu, kain langsir untuk sliding door pun belum ada lagi, semua nak tunggu duit gaji jugak......) Dia dapat RM40,000/- sebulan, RM 58 apa ade kan???

Jauuuhnya beza Auntie dengan dia.!!!!

Yesss!...akhirnya Auntie berjaya jugak menolak segala pujuk rayunya....yeyyyy!!!!...selamat!

Jam 2.00 dia balik sambil bagi tahu...nak tengok Merc dia marilah....hemmmm takpayah le dah selalu tengok...:-)
.....gosok-gosok pun dah, naik pun dah...cuma belum mampu beli lagi!....;-) :-) :-)

*********************************

Sat ni tadi, bos kecik minta Auntie jumpa dia lagi...isyy...nak kena jadi ahli jugak ke nih?? O...salah tekaan tu. Isyy...buat dosa kering je Auntie ni. Bos kecik nak bagi tahu berapa markah dia bagi kat Auntie untuk Prestasi...................:-) :-) :-)
Dia tanya, takmo minta tambah ke?.........cukup le banyak tu, rasanya dah padan patut tuh...nak markah banyak kena suluh muka kat cermin dulu!...kalau out of 10 dapat 9, tentu dah ok kan?....takkan out of 10 nak dapat 12 pulak. Samada Auntie dapat 100 markah atau 70 markah dah tak de maknenya.........gaji dah sampai dinding beb....!

Akhirnya bos kecik senyum, Auntie pun senyum.....penuh makna.

****************************************************

28 comments:

Anonymous said...

ccooPPPppp!!!

yeahh....dpt no 1!!

eh, lepas ni jgn ada lagi yg kasi ceramah kat aku soh buat blog. tu kes cam AY alerjik dgn direct selling tu...

ngeh ngeh ngeh....

AuntyN said...

cewah menegak ke melintang tu Kak Yan? Lain kali turun KL tu boleh lerr mintak kak yan belanje ye. Tak pe roti canai sebiji pun tak pe. :-)

AuntieYan said...

cl:...........you better create your own blog!

------------------------

N,menegak atau melintang dah tak de maknenya....kan ke dah sampai dinding tu...tunggu nak pencen je...

N, toksah makan roti canai, kita pi restoren Yus...KY suka ABC dia sedap, satay Kajang pun ada, tak payah pi Kajang yang sesak tu...:-)

Anonymous said...

toink! toink! toink!!

takper la, bioor laa saya jadi cam polong yg tak bertuan, melilau merayau ke sana ke mari dgn hati yang riang....

p/s: gaji udah sampey siling, bukan dinding. kalu sampey dinding tu leh merayap ke siling lagik tuu...


ngeh ngeh ngeh..

AuntieYan said...

cl : kalau merayap tak kacau orang tak pe...janji happy...yang elok cari tuan, tak dapat tuan cari rumah. ;-)

p/s: ada ke sampai siling?..selalunya sampai had dinding je.....:-)

Anonymous said...

first time melawat AY,seronok pulak baca..

Pendapat sayale..mana ada kerja tak susah termasuk DS.Depa dok bilang gaji ribu-2,kata rileks mana ada.Nak maintain gaji camtu kena recruit org.Tu kerja juga.Yg top-puluh ribu pun macamtu.

Kalu rasa tak mampu nak buat,tak payahle.Nak maintain tiap bulan kena beli brg dia at least ratusan ringgit.

Dah banyak kali join..Tapi hangat-2 taik ayam aje.Tak pernah pun gi kursus dia org. Family lebih important untuk saya.

Anonymous said...

Rindu ler pulak ngan kekanda aku nih.

AuntieYan said...

easylady: Terima kasih sudi bertandang ke sini. Kat sini macam-macam ada! (macam ASTRO)

Auntie pun sama jugaklah...tak sanggup nak tinggalkan famili hanya kerana nak pergi dengar ceramah DS tu.Kang balik,rumah lintang pukang...sendiri jugak yang pening & penat (Auntie tak de maid). Kalau rajin dan usaha, kita pun boleh dapat ribuan jugak gamaknya....tapi mungkin bagi kita, apa-apa pun famili first....
--------------------
Roh-AdieJin :........Lo! masih ada???...ingatkan belum habis dari pertapaan:-)
Hemmm...sama-sama menanggung rindu!!!

p/s: awat tak balas e-mail makcik???hang tak pi jengok tengok ka??? :-(

Anonymous said...

auntie, lahni kan dah dekat nak p kajang kan. jom saya banjer mee bandung muar kat depan kompleks kota kajang tu. sedapppp.

Ely said...

aunty, kalau aunty cuba direct selling kan, buat duit banyak2 mesti lupakan kita kat sini :(

takper aunty, duit tak besar hati aunty kan besar :)

Sya said...

Auntieyan.. tak larat ler org yg Direct Selling atau MLM ni. Kalau npk depa mesti sya larik jejauh, tadak keja lain dok persuade org join ajer..

Dia boleh ler dpt duit banyak.. sebab dia muka tebal.. kita ni pemalu.. dia rajin ...hingga lewat malam keja.. kita rajin gak tapi tengok tenet..

Tapi utk apa duit bebanyak sgt.. tapi kawan-kawan tenguk lari kecuali yg satu secies ngan mereka?

Bos kecik tu tak baik amik kesempatan gitu

aNIe said...

auntieyan...lady ni pernah lah organise buat party pinggan mangkuk kat umah dulu...tu pun sebab ade orang paksa2 suruh buat...nak tak nak buat jugak lah...last2...bila tang kene pungut duit kat diorang yang amik tu...lady jadi malu nak mintak...bukan senang tau nak mintak orang duit ni...muka kene tebal...last2 ade le jugak yang dpt pinggan mangkuk free...sebab diorang tu jenis tak tau nak bayar sendiri bila dpt gaji semua kita yang nak kene mintak...tu yang tak jadi tu...

Wah!! Auntieyan...mesti pekerja contoh ni...dpt 9 out of 10...hehehhe..kalau dpt markah penuh ade tambahan bonus boleh lah jugak mintak kan?...ni dah sampai ke dinding...heheh...gelihati dengan istilah tu...ingatkan aper le yang sampai ke dinding...

AuntieYan said...

sofhib : he..he...nak juge rasanya makan mee bandung Muor tu, free pulak...err...bila tu??? :-) :-) :-)

-------------------

Sya : Geng le kita ni gayanya...memang letih ngan orang DS ni.
p/s: Cik Gu sebelah rumah AY pun buat Ds jugak...hemm..pantang nampak kita, dia akan berkempen!!
--------------------

Kak_Lady : Tu yang susah kita ni...pemalu tak bertempat!...akhirnya melopong.

p/s: :-)..........bukan pekerja contoh, makcik contoh!

Isyy...setakat markah yg. Auntie dapat tak de maknenya.....lagi pun rasa tak patut sangat kalau Auntie dapat, sebab tahun ni Auntie rasa lebih banyak relax berbanding kat tempat lama dulu. Elok bagi kat bebudak yang lebih banyak kerja. Auntie pun dah sound Bos kecik macam tu. Kita yg. dah veteran nih...bagi kerja macam yg. di beri tu...sambil pejam-pejam mata pun boleh beres...(errr...terbelagak pulak!!)

Anonymous said...

err...errr...err....nak menTUANkan blog ni ble ke??? hehehe...

AY dah ble sengih lebar-lebar, yg kami ni bila laa bos besar nak announce bonus tawon lepas???

p/s : CEILING-lah !!!!

AuntieYan said...

Onde2 : Mungkin sebab kita ada pendapatan tetap, tu yang kita tak berapa kisah sangat.

p/s: Dapat 100% pun tak dapat apa-apa....cuma kepuasan bekerja.

-------------------

CL ;..........malasss le Makcik nak melayan kamu nih!!..isyyyy!

Anonymous said...

:P

Arena said...

Hmmm,
banyak gak masuk masa muda2 dulu. Terjebak la tuh. Banyak jugak yang Arena decline. Tapi ngabiskan duit jek. me memang takleh buat DS, tak reti dan kalau orang taknak, tak reti nak paksa.. huhuhuhu.. sekarang ni tegas sikit..

Queen Of The House said...

Aik, kat pejabat Gomen pun boleh buat direct selling?

QOTH sekarang ni dah pandai buat muka tebal .... just say NO! DS or MLM, all I say NO sebab MALAS nak menjual.

Perasan ke dia tu nak tunjuk Merc dia? Mai sini nak habaq, kalau nak kaya raya betui, cari contract dgn petroleum company, like my boss, sebulan mahunya setengah juta masuk poket, keh keh keh!

Jokes aside, you must be model employee (tahniah Kak Yan!) ... tapi sayang kalau dah sampai ceiling (eh, dinding) tak boleh nak harap lebih. Bonus lebih pun tak dapat, lainlah kalau kerja kat private company, kan?

Anonymous said...

AY,
kalaulah student dgn markah 9 out of 10 mmg sah AY ni scorer :-)

Anonymous said...

ok saya nak join AY blanja, bukan presinct 1 ye?

AuntieYan said...

pb: & arena :..Auntie pun jenis dok kesian kat orang gak...TAPI, la ni kena buat muka SADIN...just say NO!!!
------------------
QOTH : ....tuuu dia aih!..baru betui...meh kita cari contract dengan petrolium co. baru sakan...:-)

p/s:...hemmm...:-( faham pun...orang kerja gomen cam tu le...mana ada dapat bonus lebih-lebih...even kalau dapat 10/10 tu...anyway syukur alhamdulillah...kalau bos appreciate kerja kita pun dah kira bonus jugak...lain-lain tu rezeki Allah yg. beri....(auwww...cam siuman pulak makcik!)
---------------------

edryna : Tu yang Auntie dok habaq kat budak-budak ofis yg. dok komplen tak puas hati dengan markah masing-masing.... kalau dapat 8 out of 10 pun kira dah grade A..kan?..apa lagi kalau 9....cam A1 tuu...:-)
--------------------

Atenah:....Tenah, bila nak balik ??? boleh saja...asal jangan ajak pi masuk tempat yg. banyak 'bintang' dah le...kita makan sup ekoq boleh???

Anonymous said...

auntie, lepas CNY ni bole? lah wiken dok ulang make-up umah. nak pindah masa cuti panjang CNY nanti

AuntieYan said...

sofhib:Wah tentu hebat rumahnya....rumah Auntie masih "bogel"...:-)
--------------------

Cl:........arghhh...kalau rajin tolong up-date le...jangan merayap je....:-)

Pnut said...

kak yan...saya pun alergik bab direct selling ni....

so far tak pernah terpedaya lagik..

AuntieYan said...

P-Nut, selalunya bukan terpedaya...lebih kepada tak berupaya nak mengelak!

Anonymous said...

AY

Saya pun dah banyak kali kena tipu daya DS nih. Skrg dah tak nak join lagi. Diorang mang laa muka tebal plus masa merayu tuh sebenarnya banyak agenda2 tersembunyi yang dorg sorok dari kite. Bila dah masuk and dah g meeting dia tuh baru laa tau mcm2 kena buat and labur. Hmmm cukup laa kena yg terakhir tuh. Dah ler duit abis, habuk pun tara untung ... gerammmmm

Anonymous said...

AY,

dlm gomen, leh buat direct selling session ke during office hour?

KSU

AuntieYan said...

mm : lain kalim kena hati-hati lah...bukan mudah nak jadi kaya nih.

------------------------

Aisehman!...Tuan KSU........

Kalau nak di ikutkan memang la tak boleh, apa lagi office hour, tapi orang dok buat juga...curi-curi....

------------------------