Alhamdulillah bertemu kembali. Syukur pada Allah, Auntie masih sihat, masih dapat menghirup udara segar.
Pagi Ahad yang lalu kami sekeluarga berangkat balik kampung. Walaupun cuti sekolah, lebuh raya Utara-Selatan tidak sibuk. Mungkin dah sibuk pada hari Jumaat atau hari Sabtu.
Kami sampai ke destinasi pada pukul 2.00 petang. Nasi sudah terhidang di meja. Makan sajalah. Cuaca memang panas, menyengat..
Mak Auntie kelihatannya lebih sihat. Dia ni kalau tak kerana bongkok, tentunya masih cergas. Walau pun bongkok, masih jugak aktif membuat kerja-kerja rumah seaktif mulutnya yang tak berhenti bercakap/membebel….
Esoknya keputusan SPM keluar. Amir dijemput dua orang kawannya untuk ke sekolah. Amir macam biasa…cool & selamba…Auntie pulak dah tak de apa-apa perasaan lagi. Auntie dah banyak berdoa, dah banyak bagi nasihat, dah banyak bagi tunjuk ajar…kini hanya kepada Allah saja Auntie berserah. Sebelum Amir keluar Auntie kata kat dia “…Mir…kalau nasib kamu sabut, maka kamu akan timbul…kalau nasib kami batu, tenggelamlah kamu….” Dalam hati tetap juga memanjatkan beribu-ribu doa dan harapan seorang ibu. Auntie tahu anak Auntie nih.Dia anak yang pintar…cuma dia tidak tekun …kalaulah dia tekun belajar….kalaulah…kalaulah……
Lama jugak Amir pergi…akhirnya debaran kami berakhir bila dia hantar SMSnya….Alhamdulillah…dia tidak lah mendapat A berderet-deret….tapi Auntie dah cukup bahgia dan sesangat bersyukur kepada Allah.Melihatkan cara Amir belajar, Auntie memang tak harap satu A pun….Berjaya juga dia mendapat 3 A, B.I (A1), Maths (A1) dan Engineering Drawing (A1) 3 B, untuk BM(B4), Agama (B4), EST (B4). 4 C untuk, Sejarah (C4), Fizik (C4). Kimia (C6) Pengajian Kejuruteraan Awam (C5) dan 7D untuk Maths Tambahan. ….sooo..Amir sudah angkut segala huruf dalam sijil SPM dia….:-)
Apa lagi yang boleh Auntie harap???...bersyukur sajalah. Dengan keputusan sebegitu tidaklah susah sangat Auntie nak apply untuk dia sambung belajar. Harap-harap dapatlah dia terus belajar lagi. Amin.
Auntie dah mula bekerja semalam. Sibuk pulak masuk laman web sana sini…jenguk-jenguk peluang untuk Amir. Pening jugak. Semuanya kena buat secara on-line.Tak main dah isi-isi boring macam dulu…Hari ni pun nampaknya kena sambung lagi pemcarian nih.
-----------------------------------------------------
14 comments:
Alhamdulillah dan TAHNIAH untuk Amir. Biasalah mak bapak yang tension masa diorang nak ambik result. Lepas tu mak jugak yg sibuk dok cari peluang nak sambung belajar budak2 ni :-) Depa? Selamba saja no...
Alhamdullillah & tahniah juga buat Amir dari lady..
Anak2 lady kalau nak amik result selalunya diorang yang lebih gelabah sebab kalau silap kene mengadap dengan boss besar...lady ni jadi tukang 'penyabar'kan hubby & anak2..
Dua orang dah pun lepas SPM...kini yang tinggal dua orang yang kecik ni...ntah ade umur ke tidak agaknya untuk sama-sama merasa & melihar debaran mereka nanti...
Alhamdulillah & tahniah utk Amir. Kak Yan, I am sure with your efforts your son will get to continue his studies. Memang sekarang ni nak apply scholarship ke, entrance apa ke, kena online. Don't you think that would put some students at a disadvantage? Bukan semua orang ada kemudahan internet ni. Good luck okay :)
N: ...Kak Yan ni tak malu sungguh noo..pi habaq result budak tu kat sini...sebab gumbira sangat tu.:-)
Anyway thanks.sungguh le N...kitaaaaa jugakkk yang dok cari peluang untuk depa nih.Tanya dia, dia minat nak sambung apa?..dia kata apa-apa pun boleh...hemmm..bertuah sunguh nooo?
-----------------
Kak Lady.: Terima kasih jugak.:-)
----------------
Queen : terima kasih.:-) Tulah dok pikir jugak...for those yang dok kat kampung tak de Internet macam mana le gamaknya. Auntie ni pun nasib baik boleh dok surf kat ofis...pening jugak dibuatnya..nak memahamkan segala arahan tuh..
---------------------
Tahniah Kak Yan dan Amir - tak apa dapat 3A pun. Ramai geng2 I yang SPM gred 3 sekarang bisnesman berjaya - Mercedez, BMW menjalar. Yang top scorer A berderet pun jadi officer biasa jer.
Yang penting matlamat diri kita in life. Budak lelaki biasa laa...enjin lambat panas.
Allhamdulillah..keputusan dah keluar..tension, penantian itu satu penyeksaan pun dah lepas..tahniah untuk Auntie yang telah berjaya membentuk anak..saya ada tiga yang ambil result SPM hari tu..Alhamdulillah..boleh tahan la..rezki dia orang.. perjalanan masih panjang..Semuga kesemua yang ambil SPM tempohari berjaya dalam hidup mereka..Kampung kat mana auntie ?
Assalamu'alaikum k.yan..
Tahniah untuk Amir dan k.yan. Dah decide nak apply course ape? Kalau dapat offer dari tempat saya ini nanti, beritahulah ya. Boleh lah saya bantu2 apa2 yang patut.. he he.
Liza
PJ
Auntie Yan,
Tahniah buat amir..ok lah tu...syukur alhamdulillah...lepas ni harap2 amir dapatlah masuk U mana-mana kan...
Tahniah Buat anak Auntie Yan, kalau convert aggregat, rasanya dah dapat 15 aggregat style SPM lama tu. Dapat BI 1 dah layak gi study abroad dah. Tapi dgn keadaan sekarang ni , mungkin sukar kerana tak ramai lagi yg senang nak gi oversea macam dulu. After all, it's not all that matter to be sucessful in life. Anyhow, TAHNIAH Amir! It's just the beginning of the future.Sbg ibu Aunty Yan pasti turut bangga dgn pencapaian akademiknya.
Mak Andeh: Terima kasih. Ya, enjin dia memang lambat.Dok bagi lecture lah ni....
----------------
En.Phinisi: Kampung Auntie kat Perak...di balik banjaran Titiwangsa. Dulu orang rasa gerun bila sebut tempat ni sebab kawasan 'hitam'...la ni dah ok...pesat membangun.:-)
-----------------
Liza:...lama tak masuk sini?...sibuk ke?..Terima kasih le jugak. Ada juga cuba apply kursus kat UIA ni...
-----------------
Kopisuam: Terima kasih.Insyaallah, kalau ada rezeki.Dia lebih berminat nak masuk Politeknik. Apa-apa sajalah, janji dia dapat sambung belajar.
-----------------
Wynn: Terima kasih bebanyak. Kak Yan dah buat kat ofis...dia pulak check kat CC...pening jugak la ye...:-)
------------------
Om: terima kasih. Ya...nak kata bangga tak le jugak...tapi rasa bersyukur sesangat... Auntie suka kalau dia dapat buat TESL, sebab English dia bagus, tapi dia tak minat pulak...dia lebih cenderung dengan senibina...ok kot ye...ni sedang dok jengok-jengok apa yang sesuai dengan kelulusan dia...:-)
aunty yan,
tahniah to both of u,
just want to share this info:
prospect wise:
-mechanical engineering- byk peluang keja and very broad.
-it- over supply
-medic - ok
-architecture - suicide!!
congratulation
Traveler: Terima kasih.Amir ni sebenarnya ambil Civil Engineering masa kat Sekolah Teknik, so, pilihan dia more ke civillah nampaknya.
pb:...:-) Terima kasih.
-----------------
onde-onde:..Oh!..betul sungguh bagai dikata. Yang penting, menjadi manusia yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara.:-)
good luck, i'm sure he will do fine since he have the basic knowledge on engineering.
and u've done agood job too.
Post a Comment