Tuesday, August 08, 2006

Hobi Lama.

Ya! tidak dapat disangkal lagi....sepanjang minggu lepas banyak agenda meeting & eating. Tak cukup dengan di ofis, meeting dan eating bersambung pulak diluar ofis.

Memang agak lama jugak Auntie tak berjumpa dengan rakan-rakan sekutu. Mungkin salah seorang ahli kuatnya kini berada dalam keadaan yang agak 'huru-hara' setelah ditinggal oleh Bibiknya yang sangat efficiet itu. Di pagi Jumaat yang lalu, Auntie mendapat panggilannya. Memang Auntie dah rindu dengan dia ni. Bila berjumpa ada sajalah topik kami. Dah lama tak bertemu banyak topik yang keluar. Kami ditemani juga oleh dua orang rakan sekutu....so, 3 makcik dan yang sorang lagi tu lambat lagi nak jadi makcik...sungguh pun gitu dia ni sungguh le pandai menyesuaikan dirinya dengan makcik-makcik.

Weekends pulak berlalu dengan amat boringnya. Kami tinggal bertiga kat rumah...sunyi sepi rasanya. Jim sibuk melayan PS...Cik Din dengan s/khabar tak habis habis....Auntie, buat-buat sibuk. Kejap kat dapur, kejap naik ke bilik, kejap join Cik Din baca paper. Kerja masak memasak pun ala kadar saja. La ni Auntie dah tak pening kepala memikir nak masak apa. Arahan Cik Din...masak hak senang-senang...kurang minyak, no lemak-lemak, no curry, no lomak cili api....Auntie alright sajalah....senangnya dunia hidup ku.Almaklum sejak usia merangkak senja...tahap kemalasan menjadi-jadi. Sakit lutut selalu saja jadi excuse!
So, menu sekarang , rebus-rebus, stim dan bakar saja...but don't worry, kalau ada tetamu Auntie akan masak hak sedap-sedap punya. :-)

Auntie dah nak mulakan hobi yang dah lama Auntie tinggalkan. So, petang Ahad lalu Auntie pun dok merayu-rayu ajak Cik Din pergi ke nursery. Dia memang tak suka kalau Auntie dok tanam bunga-bungaan, katanya 'tak de pekdah'.... tu yang buat Auntie frust...jadi, kita buat trik le. Auntie kata nak pi cari pokok limau kasturi nak tanam dalam pasu. Selain dari limau kasturi tu Auntie dok berangan nak tanam ulam-ulam...semuanya nak guna pasu je...mana ada kawasan pun...sekangkang kera ssja tanahnya. Sampai je nursery, Auntie dah rambang mata. Pasunya cantik-cantik belaka, begitu jugak dengan pokok-pokok nya. Oleh kerana dah janji nak beli pokok limau, maka terbeli le pokok limau siap ada dua tiga bijik buahnya. Limau kasturi ni memang kami guna hari-hari. Di perah ka dalam teh O...memang sedap. Buat permulaan ni, Auntie cuma beli 4 biji pasu bunga beberapa beg tanah dulu...kang banyak-banyak Cik Din tarik muka pulak. Insyaallah sekali lagi Auntie pergi ke nursery tu..akan ditambah lagi pokok-pokok yang berkenan dihati.

Tengah-tengah sibuk menengok pokok-pokok tu, En. Amir pulak SMS kat Auntie "mak, duit PTPTN dah masuk, Amir dah try keluarkan RM50.....ok ke?" Alhamdulillah!...ringan le sikit bebannya....walau pun tak banyak mana duit tu, sekurang-kurangnya lepas le duit belanja makan dan jugak apa-apa keperluan dia.

Tak sabar nak tunggu weekend....nak mulakan hobi yang dah lama ditinggalkan.

Sebelum terlupa, Auntie nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Bilal yang akan melangsungkan perkahwinannya hujung minggu ni. Semoga terus berkekalan. Amin.

10 comments:

AuntieYan said...

BTB: Akak pun berangan nak tanam berbagai kala pokok bunga kertas ni...tak pun tanam berbagai jenis bunga raya, tapi kena mula dengan pokok yg. dapat hasil...kang nanti Pak cik tu takmo bawak pi nursery pulak....:-)

Sya said...

kak yan

sayang seklai tak dapat nak sama2 join

MA said...

Kak Yan :

I pun nak cari ler pokok limau kasturi tu. Si kenit ni suka sangat makan tomyam. Kat mana KY beli dan berapa reganya?

Anonymous said...

Ha..tu langkah bijak tu..pokok terbaru kami..anggur Isabela dan White Malaga..baru berbuah..tak mau tanam anggur? Satu tahun dah berbuah..tahun kedua dah boleh simpan sampai buah tu masak.. kawasan di perlukan untuk satu pokok adalah P/L/T = 7/3/5 kaki.Saya paling suka tanam pokok paku..yang boleh di makan da..

Anonymous said...

assalamualaikum AY.

Sebut pasal pokok bunga ni, sarah pun peminat pokok hiasan jugak. tapi lebih kepada orkid. tinggal di apartment, kira orkid la paling sesuai untuk ditanam. gantung aje kat balkoni tu. dikampung, mak ayah mmg ada rumah orkid, mcm2 spesies ada.

Leyla Shuri said...

Kak yan,
Saya bawa pucuk limau purut dah tanam enam bulan nie. Baru tumbuh dalam 5 helai daun kecil.
Hari tu pula saya tanam bunga kenanga, sekarang halus tumbuh daunnya. Hari2 saya matikan siput babi yang suka makan daun baru dan halus. Kena jaga makan\minum tanaman kita hari2, itu baru tanda kita sayang kat dia (bukan abang).

AuntieYan said...

Sya:...lama jugak dah kita tak bertemu...bila ye boleh jumpa lagi...jangan lupa itu Pn. Kak _Lady sekali.
-----------------

Mak andeh: Pokok tu KY beli kat nursery yang jual pasu dan pokok bunga...murah je, RM4/- je sepokok yang tinggi lebih kurang satu kaki.
Buah limau kasturi ni sedap di perah dalam teh O.....pssttt...katanya boleh kasi kulus jugak!!!...:-)
-------------------

En.Ari : terpesona jugak saya dengan tanaman anggur tu...betul ke??...cam tak percaya je...
Kawasan rumah saya tak besar, almaklum rumah teres lot tengah...
ada le sedikit ruang saja lagi.
errr...boleh tangkap gsmbo anggur tu??...;-)
-------------------
Miss arwen : Walaupun tinggal kat apartment/condo, kalau rajin dan tahu caranya masih boleh menanam tu...ada satu pokok tu memang cantik untuk ditanam dalam pasu dan letak atas meja je...dia cuma berdaun hijau, daunnya berkilat...kalau tak silap namanya money plant, kalau beli kat Care4, harga dia dalam RM12.90...kalau kat nursery boleh dapat dalam RM8/
----------------------
Lela: Kak Yan tahu, Lela memangle minat dengan bercucuk tanam nih...kenkadang rasa jeles jugak tengok tanam Lela tu...
Kalau tak silap Kak Yan, kata orang kalau nak cegah siput babi tu, taburkan saja garam dikeliling pokok....tak tahu le menjadi ke tidak....cuba le...:-)


-----------------

AuntyN said...

Kak Yan nak pokok ulam apa? Kalau ada chance ke sana lagi nanti boleh try bawak dari sini. Pokok bunga kertas pun banyak ni :-) kalau mai rumah saya sure kak yan rambang mata. Lebih dari nurseri lagi dah ni. Pokok dalam plastik pun boleh bernuah dah :-) Itu lah kerajinan En Z, Bini dia malaaaaassss, tanam pokok karapule pun mati hah.

AuntieYan said...

N, jangan susah-susah...dah ada beberapa jenis ulam yang nak ditanam...cumanya nak tunggu masa yg. betul je...Memula nak tanam kunyit, daun kesom, ulam raja, pandan...yang harunya semua kena boh dalam pasu...maklum tanah hanya sekangkang kera....tu pun Cik Din dok angan-angan nak simen dan boh tiles saja. Nasib baik dia angan-angan saja, nak buat duit tak der lagi....:-)

Anonymous said...

Anggur kat rumah saya pokok baru..tak cantik lagi..tahun depan baru cantik betul..kat rumah kawan saya di Sungai Buloh..memang cantik..Tapi dia buat Pagola..buat hiasan saja..saya tak minat pagola..saya lebih suka industri..dia kerja ngan TV3..depa ada group peminat anggur..Dulu pernah tunjuk kat Majalah3..Dalam berita jam 8 beberapa hari sudah pun ada..