..selangkah yang ditinggalkan membawa erti untuk langkah-langkah ke hadapan. Yang tinggal akan menjadi kenangan dan pengajaran...yang datang akan terus mematangkan perjalanan...
Thursday, August 10, 2006
Ya Da Da....
Kat ofis ni, Auntie boleh dikatakan antara yang paling senior disegi dah lama bekerja dan juga disegi usia. Kalau ikut ranking atau pangkat...hampeh le!!!...Auntie antara ranking yang paling bawah...macam Gurkha lah....Walau bagaimana pun, Auntie tetap le menjalankan tugas dengan tekun dan rajin nya. Ada kerja, sure beres punya...tak heran le kalau Auntie telah menamakan diri sendiri pekerja terhebat!!!....eleh!...orang lain mana tahu, Auntie cakap dalam hati saja...kalau cakap betul-betul, sah le orang akan kata Auntie perasan atau pun kurang siuman...Sebenarnya Auntie anggap macam tu kerana nak bagi semangat dengan diri sendiri yang dah mula malas dan bosan ni...apa lak tak bosannya, Auntie dah kerja hampir 30 tahun!!! Lamakan???
Orang selalu sanjung yang berpangkat tinggi. Selalu ingat mereka ini memainkan peranan yang besar dalam sesuatu organisasi. Tanpa mereka semua kerja jadi tergendala. Projek semua tak jalan. Keputusan semua terbantut. Yang pangkat Gurkha (macam Auntie) , kalau ada pun tak memberi apa-apa makna, kalau tak de...langsung tak rugi apa-apa....itu anggapan sesetengah orang....sesetengah bos!
Susah kita nak ubah persepsi orang. Cuba pikir, satu hari budak despatch tak datang ofis, surat berlambak tak dapat dihantar...kalau kita ganti orang lain boleh saja...tapi terkial-kial le pulak nak buat kerja tu..dah tak tahu pulak kat mana nak dihantar surat tu walau pun alamtnya ada. Mau satu alamat satu hari pun belum selesai.
Bagi ofis besar, mungkin ada dua tiga orang budak despatch...kalau ofis gomen ni, satu unit/bahagian/cawangan, selalunya ada satu saja.Itu pun, dialah buat despatch, dia le buat photostat & fax, dia le jugak pi bayo bill bos-bos, dia le jugak pi tolong angkut kayu golf bos, dia le jugak pi tolong beli teh tarik kat bos...hemmm...ke hulu, ke hilir dia!
Kt ofis Gomen ni, jawatan yang paling ramai adalah dari kumpulan sokongan I & II. Rasanya tanpa kumpulan ini boleh lumpuh kerajaan Malaysia tau!...dan Auntie berbangga kerana Auntie adalah dari golongan ini. Cuma ada masa rasa sedih jugak bila orang macam memperlekehkan saja. Auntie tabik le dengan budak-budak kerani...(la ni, jawatan kerani di sebut Pembantu Tadbir). Mereka ini memainkan peranan yang sangat penting ....tanpa mereka ni, macam takkan bergerak le pentadbiran sesatu ofis tu. Kalau kerani gaji mogok....matilah kita tak de gaji!....Kalau Auntie mogok tak pe...gaji tetap dapat.
Auntie buat apa kat ofis???...dulu Auntie terlibat dengan kontrak & tender-tender kerajaan. Makanya Auntie pun dapatlah berkenalan dengan puak-puak usahawan yang ramainya sangatlah nak berbaik dengan Auntie, kalau-kalau dapat tips bila depa nak masuk tender..:-)....Auntie tolong yang mana padan, yang mana patut saja....wei! takut akau....kang dek kerana secawan teh...lain pulak jadinya. Seronok tau melihatkan lagak dan janji manis depa ni masa belum dapat tender... selalunya Auntie dapat 'melarikan' diri dengan membawa mereka ini bertemu bos besar...biar bos uruskan....itu antara dia dengan bos...kita Gurkha saja...
La ni, sejak kat Putrajaya...Auntie rasa seronok pulak...bos kecik atau bos besar tak kisah sangat...mungkin depa ingat Auntie ni dah esok lusa nak pencen, so, biarkan saja ...makcik sorang nih!...ada kerja kita buat, tak de kalu, kita boleh buat kerja sendiri................-------------> memblog!!!!
........so, hari ni dapat mengupdate....dapat le buat satu entry.....:-) Ya Da Da......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Assalamualaikum AY..ha..ha.ha..meluah kan perasaan nampak..biasa lah..sudah jadi senior citizen jangan senior dan seasoned..!Depa nak suruh berehat tu..relax lah..gurkha lain ada ramai lagi..!biar depa pulak tanggung sorang sikit..!gaji..bonus sama jugak..ni masa untuk orang lama relax..jangan kelam kabut..kalu dulu hidup dalam pressure cooker..la ni..pelan-pelan..depa reduce pressure..kira allright tu..kalu tak..bila sampai time pencen..tu yang buat ada yang "tak boleh" nak pencen tu..nak kena sambung kerja lagi satu dua tahun..untuk acclimatisation..la jangan susah hati..kalau ada tanah di kampung..usahakan..tanam lah anggur..! by the time pencen..just nice..bukan nak kena cangkul sendiri..buat management lah..towkay anggur you..!contoh..:Pakcik Sharif dari Sekinchan ada sawah 4 ekar..tukar buat kebun Longan.. Alhamdulillah..dapat lah dia hasil dah..ada lah RM100,000.00 setahun..Rezki pemberian Allah..Bila nak start..?
Kak Yan, semua orang, walau apa pun pangkat adalah penting dalam satu pejabat. Actually yang paling tak penting Boss besar tu Hehehe. Kalau dia tak de, kerja jalan jugakkan? Kalau geng "gurkha" mogok, habis la semua kerja tak jadi kan? :-)
oh, alangkah seeronoknya kalau dah diberi free hand nak buat kerja...janji siap kan aunty?
auntie yan, keje tetap keje, blog tetap blog... asalkan keje jalan..mesti bos takde halnye...
mari sama2 kita memblog.. :)
Kak Yan...
saya punya style dengan pembantu dan penolong saya sonang je, kasi kerja, janji siap, saya tak ulang tanya pun, tp syukurlah sgt2 pembantu kita pulak lagi rajin dari kita..hehehehe..pagi kerja pagi, tghari dah siap, pagi tghari ptg dah siap...
hehehe...tp bab opis boy opis gomen ni mmg betulla...kat opis kami ni nak borang pos laju? borang tabung haji? bsn? maybank? money order? tanya je dekat opis boy..hehehe kompem ade punya..
lagipun ok gak suruh opis boy ni tlg bayar2 bil..dia pun lepaslah duit minum dan makan...
heheh kalau sorang pegawai bagi dia 2 ringgit, 10 org dah lepas sangat2 la... malah boleh pegi pasar lagi...
En. Ari : meluahkan perasaan pun ya jugak...tapi lebih kepada rasa bosan dengan rutin dan juga keadaan sekeliling.
Tanah kat kampung?? saya tak de tanah...mak-ayah dulu kerja gomen makan gaji...tak sempat buat reta...dapat beli rumah teres dan mebesarkan anak-anak saja.Saya sendiri tak berkemampuan nak beli tanah...apa lagi tanah kat KL...bukan taraf sayalah.....Yang ada, tulah tanah sekangkang kera depan porch rumah saya sekarang...he!...he!...tanam serai ngan pandan jelah nampak gayanya....:-)
--------------------
N : ya tak ya jugak. Kenkadang, bila bos tak de lagi aman. Bukan sebab kita boleh berronggeng, tapi kita boleh menyudahkan kerja dengan aman...tak kena panggil keluar-masuk bilik dia....
--------------------
Mama rock : memang bahgia sangat bila bos bagi kerja dan dia tak ganggu....dia tahu beres saja...best!
--------------------
Kakz : salam perkenalan juga dari AY. Dah pi melawat blog tuh....belum habis baca lagi...la ni tengah sibuk dengankerja. :-)
-------------------
Miss arwen:...kerja ada ka, kerja tak de ka...blog tetap blog...tak up-date pun membaca blog adalah satu kemestian.:-)
-------------------
P-Nut : kumpulan Gurkha macam KY, memang boring kalau di beri kerja lepas tu asyik tanya saja. Kalau nak cepat, bagi date line dia...tahu le kami nak nyudahkan nya.
Budak-budak despatch/peon memang gitu le depa cari duit lebih...ada tu siap charge...RM5/ sorang. Kenkadang, ada bos yg. murah hati...duit lebih 'keep the change' saja....:-)
---------------------
BTB: despatch kosong memang ada lagi....but not suitable dengan you...hemmmm...habis segala gadis dan mak orang kena ngorat nanti...kang suratnya tak sampai, despatch boynya saja yang sampai!
----------------------
AY..Assalamualaikum..sekangkang kera pun boleh buat million..kalau mau..Kebanyakan syarikat kecil family oriented, office dia kat rumah jer..kawan saya operate million dollar business.. dari 'office' rumah dia..!Supply benih udang ke seluruh Malaysia..!Benih tu dia buat dalam 'store' 10kaki x 20 kaki..hobi orang pencen..!
Kak Yan ... kat pejabat kerajaan memang macam tu, kan? Yang pegawai selalunya 'act' sikit. Tak tahulah kenapa. Agaknya sebab tahu ramai gurkha bawah dia. I have worked in both govt. & private sector offices. Teringat ada satu pegawai tu - one day dia panggil kerani masuk bilik dia. Ingatkan nak apa... rupa2nya she said to the kerani "Tu fail atas meja tu, tolong buka dan keluarkan surat dalam tu untuk I". Masyaallah, benda dah depan mata sendiri pun tak boleh buat ka? As for me, I suka pergi makan dengan these so-called 'gurkha-gurkha', ada aje modal nak bersembang :-)
Ooops .... lari dari topic ke ni? Whatever, as long as you know you are honest in doing your work, that should be good enough already.
En. Ari :...hemm...macam-macamlah awak nih...anggurlah, benih udanglah....yang benarnya...ada fulus, semua boleh jalan. kalau malas boleh upah orang saja. Saya??...fulus pun tarak....apo nak di kato???
----------------
Queen :...depa ni bukannya 'act' sikit....'act' banyak (walau pun bukan semua)Ada pegawai tu panggil Gurkha dia just untuk tolong dailkan no tepon!...sabo jelah!!Memang ada yang tak pandang pun geng-geng bawahan nih. Malah kalau ada geng bawah yang dressing sikit, depa macam heran pulak...
Dunia!...dunia!!
hi AY,
selalu gak dtg sini, tapi tak komen apa2 pun, entry kali ni teringat pulak masa keje di gomen. kalau takde pekerja2 gurkha bak kata AY dan macam saya la juga, boleh lumpuh organisasi..heheh..kekadang tu takde la minta di balas balik segala kerja keras, cuma at least hargai la apa yang dah kita buat, betul tak?
skang ni, dah kerja sendiri, semua sendiri tanggung, cuma balik dtg blog AY teringat kisah dulu2...:)
Kak Yan :
Agaknya kalau pegawai-pegawai yang eksyen tu kerja kat private companies sure termalu dgn kebodoh-sombongan diri sendiri.
In private - semua benda buat sendiri. My big bosses dulu2 pun kdg2 fax, copy sendiri walaupun ada secretary sendiri. Gaji 20 kali ganda pegawai cabuk berlagak tu.(macam yg QOTH ceritakan).
Ular kalau menyusur akar takkan hilang bisanya.
We are what we are kan Kak Yan ? Steady laaa ;-)
He..he..sajer seronok nak menjawap..tapi kalau sesiapa nak idea..yang pernah di buat dan pernah berjaya..sila lah bertanya..tak perlu bayar..tapi kalau nak detail..itu kena bayar ler..
Aunty Yan,
Me have pengalaman projek dengan gov agencies ni. Bos2nya.takdelah bos besar. nak fotostate sekeping pon panggil gurkha lepas tu marah2 sebab gurkha lambat angkat phone. Saya ambik bende yang nak difotostate, saya buatkan. Picked up the phone, telefon sendiri untuk panggil meeting. Tolonglah, kenapa macam tu sekali double standard? Lain terus muka bos tu.
memang sometimes they r more qualified ke apa kan, but as mak andeh cakp tak hilang bisa ular menyusur akar. Myself, dekat tempat client bantai buat sendiri semua kerja, sampai gurkha semua ckp, dekat company puan, semua kena buat sendiri ke? I smiled and said. Ya. Memang ada admin, tapi diornag pon banyak kerja lain nak buatkan, daripada dok layan kita kan.
Kak Yan
Saya kat sini semua kerja buat.. sampai adakalanya cuci cawan pun kena buat kalau dah terpaksa.
Kalau tenguk kat PUJ tu bila masuk ruang pejabatnya besar-besar dan nampak mewah2 belaka. Tu sebab masing2 perasan cam pangkat mereka pun besar gak.
Tapi bg saya, tenguk juga Kementerian mana dan Menteri mana yg jaga kementerian tuh. Kalau kena cam kat kami ni.. kesian tenguk pegawai2 yg keja cam nak mati tuh, selalu gak kerja sampai ke malam. Tapi kalau kena kementerian yg relax tu dan menterinya pun cam suam-suam kuku aje... maka berderetlah pegawai-pegawainya yg bukan aje suam kuku malah sejuk cam ais.. kaku je.
Kat sini... emm kalau tiba masa parlimen tu bos bersedia mcm nak pi berperang, kalau tidak menteri tu marah masa post-cab hingga mende dlm kain pun kuar ooo malu oooo
nohachomel:..memang kita tak le mengharap balas atau puji-pujian...cuma, tolong hargai dan jangan buat kami macam kuli batak!!!
--------------
En. Ari:....:-) :-) :-)
--------------
Mak Andeh: Bos yang berperangai cam tu rasanya tak berani nak keje dengan private...:-)Buat le macam tu....sapa pun takmo layan...!
--------------
Arena: hemmm...tahu pun kerenah depa ni...cam tu le...kenkadang depa dok meeting siap panggil kita masuk suruh buat tu,buat nih...mungkin nak tunjuk dengan ahli meeting yang lain yang depa ada Gurkha untuk suruh buat all the stupid jobs...:-(
---------------
Sya: Memang ramai pegawai yang komited dengan kerja. Tiap hari dia ingat kerja saja. Patut balik jam 5.00 ptg., depa balik jam 7.00 malam atau lewat lagi....Tapi....yang letih tu dok kerah orang bawah macam kuli....sambil tu ada yang sound..." nanti I belanja makan"...isyyy AY, pantang sungguh le orang cakap cam tu...nak belanja, belanja sajalah...tak yah dok sebut-sebut...
Kak Yan...lady ni dah lama meninggalkan segala kerja2 opis...sekarang buat kerja2 dapur plak...dulu kerja opis...ade le jugakk cuti hari sabtu ahad...kerja rumah & dapur...langsung tak cuti2 ...hehehe...
Kadang2 rindulah pulak nak duduk kat meja besar...pegang pen...jawab tepon...bohong2 pelanggan...heheh...bohong sunat tau... :P
Seronok kan kak yang kerja...walau pun macam Gurkha...ujung bulan tau tau aje ..duit dah masuk akaun... senyum sampai telinga... :D
Kak_Lady: Kalau dok rumah, jawatannya hanya satu...--->Suri rumah, bila wanita bekerja dia akan memegang dua jawatan----> apa-apa jawatan dia kat ofis, kemudian bila balik rumah, dia akan jadi suri rumah pulak. Tak dinafikan jawatan suri rumah akan lebih mencabar kesabaran dan tugasnya takkan berakhir sehingga mata dipejam untuk tidur...
Macam KY, cukup bulan sure dah ada gajinya.....tapi, rasanya Lady lebih bernasib baik, walau tak de gaji yang masuk....apa nak semua dapat....ada kereta yang boleh dipandu kemana saja....nasib orang tak sama....walau bagaimana pun Alhamdulillah syukur pada Allah dengan rezeki yang ada.:-)
Dulu..saya ada 5 mesyuarat satu hari..sikalang..semenjak sakit ni..tinggal 4 mandatory satu bulan..yang lain hantar macai pergi..= gurkha..! tak termasuk mesyuarat untuk siasatan root caused analysis(RCA)..big boss baru ni..dia filter out mesyuarat untuk RCA mesti dengan approval dari dia(company 2nd man ), he..he..heh..lega..sebonar eei..boss pun macam Gurkha jugak..ada lagi boss kata atas kita..!
assalamualaikum....
hai auntie yan..akhirnya saya berjaya khatam blog auntie setelah 2 hari x buat keje lain sbb nak abiskan baca semua kisah2 auntue dari mula belajar buat blog samoai dah tahap phd..best sesangat..teruskan memblog
En.Ari:...:-), tak tahu apa nak cakap....
-----------------
hapyirfa :..terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca blog AY. memang seronok memblog ni. Kebelakangan ini AY kurang buat up-date memandangkan kesibukan tugas kat ofis...ada masa tu rasa malas, ada masa tak de idea. :-).Nantilah, AY juga akan buat lawatan ke blog Irfa.
----------------
Mr.Fadzly, thanks.
Post a Comment