Hari ni dah hari Jumaat semula. Baru lagi rasanya Auntie pi ronda-ronda dan bersantai dengan MA dan P-Nut di Alamanda (Jumaat lepas) . Auntie rasalah sekarang ni mungkin pergerakan bumi dah cepat. Mungkin sebab pokok-pokok, bukit-bakau dan gunung-ganang telah diratakan.
Auntie tak ingatlah ayat apa, tapi memang dalam Al-Quran ada disebutkan Allah jadikan bukit dan gunung sebagai pasak kepada bumi...lebih kurang macam pakulah...untuk mengimbangi bumi ini....gamaknya gunung dan bukit dah berkurangan, maka bumi pun bertambah ringin, maka cepatlah berputarnya alam ini....logik tak???
Auntie ingat lagi, masa dulu kalau nak tunggu satu jam tu...mak aiii! lamanya...la ni nak tunggu sebulan, hah, kejap je... sedar-sedar duit dalam purse dah berkurangan....esok lusa gaji pulak dah masuk....so, duit Auntie pun...kejap ada, kejap tak de!!!
------------------------------------
Sempena cuti sekolah ni, adik Auntie, Cik Mat dan keluarganya datang bertandang ke rumah Auntie. First time depa datang ke BBB . Hemm...dulu masa duduk kat KL, senang le, banyak tempat boleh bawak depa ni jenjalan. Kat BBB ni mana nak pegi? kebetulan pulak bukan weekends. Auntie tak ambil cuti pun. Sayang jugak nak ambil. Auntie nak kumpul untuk kiraan "Golden Hand-Shake"(GHS), insyaallah, panjang umur dapat le merasa habuannya bila berpencen nanti. Setakat ni Auntie dah ada 70 hari yang boleh dibawa ke (GHS), dulu boleh bawa hingga 90 hari...la ni gomen kasi sampai 120 hari. Susah jugak nak dapat 120 hari tu...Auntie pulak kerap bercuti...rasa malas je cuti. Sakit sikit cuti...tetamu datang rumah pun cuti jugak.
Nasib Cik Mat le...dia datang kali ni Auntie tak cuti...
Semalam....ramai "kucing-kucing' bermeeting (...yang tentunya ada a lot of eating) di J.Bharu.
Auntie pun ambil kesempatan datang ofis lewat...:-)....pukul 9.30 baru datang. Ye lah...tetamu datang rumah, tentu nak masak-masak sikit kan? Siapkan b/fast dan lunch sekali. Lepas tu Cik Mat le yang anto Auntie ke ofis.....so, dia bolehle ronda-ronda bergambo bebagai kat Putrajaya ni...:-) . Jim jadi dia punya tourist guide. Dah puas berposing, depa balik rumah makan, lepas tu Si Jim bawak depa pi Nilai 3...pandai jugak Si Jim nih rupanya...:-) Masa Auntie sampai rumah petang, depa belum sampai lagi. Sempat le Auntie memasak makan malam pulak...letih tau...tapi tak pe lah..sesekali ada tetamu.
Pagi ni, pukul 5.oo dah bangun siapkan b/fast pulak. Lepas b/fast, Cik Mat SMS Auntie, bagi tahu dia nak berangkat dah....ke Ampang Jaya dan bermalam di sana pulak...rumah kakak ipar dia tuh. Esok barulah balik ke Ipoh.
Hari ni pun kekucing masih belum balik lagi, tikus-tikus pun berkeliaran. Auntie sempatle tengok-tengok surat-surat yang belum berjawab, dan tugas-tugas yang tergendala tanpa gangguan. Tak lupa juga meng up-date blog ini. Hemmm...perut pun dah lapar...sampai di sini dulu. :-)
13 comments:
BTB:...kalau kanda yang belanja, kat food-court sajalah....rasanya elok saja adinda yang belanja...errrr tempat yang sikittt atas la....by the lake side ka...pas tu kita bole nyanyi guling-guling!...:-)
salam...
cakap pasal waktu tuh mmg betul lar. Logik gak alasan. Kurang gunung ganang sebab kena tarah untuk development...semuanya petanda akhir zaman. Akak membuatkan saya mau terus solat zuhur. Jangan tanggung tangguh lagi :)
Bila saudara mara dtg kerumah, memang letih nak menyediakan makan2. tmabah pulak waktu hari bekerja. tapi sarah suka betul orang dtg kerumah... baru terasa meriah rumah sarah tu...
wah...best jek tikus menari nari bila kekucing takde. Hiks;)
Zakiah: salam kembali..
Memang benar, waktu seolah mengejar kita...sapa yang leka akan ketinggalan.
-------------
Miss arween @ Sarah: Bila tamu datang, rumah Auntie barulah riuh rendah...kalau tidak sunyi sepi, almaklum , dah tak de budak kecik lagi.Tetamu datang rumah kita insyaallah, rezki masuk!! :-)
-------------
KasutVincci : He!...he!...'kucing-kucing' kat ofis Auntie ni selalu beno tak denya...naknya 'kucing' hak beso sekali tuh....hari ni dia akan terbang ke Sarawak pula...:-)
--------------
Kak Yan...ingatkan aper yang kejap ade kejap takde...rupa-rupanya duit...hehhehe...
Lady ni selalulah jadi 'tikus' kalau 'kucing' takde...sempat lah 'tikus2' menyanyi lagu industan siap guling2 lagik...hahahha..kak Yan...tu senario biasa kalau 'kucing' takde...
Salam kak yan,
Semalam (Ahad) saya ke BBB. Makan di Asam Pedas. Sedap juga. Rumah kak yan kat area tu ke?
Kak Yan : Cik abang kita pun dok kumpul GSH jugak tu, tapi tak lah sampai mcm kak yan tu (baru 40 lebih je kut. Kami yang swasta ni takmerasalah GHS tu, kena perabih cuti selalu kalau tak kena forfitlah, dah lah cuti seciput ni.
hai auntie yan..
saya cuti 3 hari tapi dlm bercuti dok teringat apalah citer kat blog auntie..tu yg x sesabor nak dtg keje..sbb nak baca blog auntie
teruskan berblog walaupun dah pencen nanti
Kak_Lady: Ingatkan hari nak 'main kejar-kejar' lagi...maklum itu kucing tarak...tapi dah kena pi dengar taklimat pulakdari pukul 9.00pagi sampai 1.00tgh ari...grhhhh!!!!
---------------
Salam kembali Makaji.
AY pun pernah pergi makan kat restoren Asam Pedas tu....ramai betul orang datang makan...
Rumah AY kat Seksyen 3, Asam Pedas tu, Seksyen 8....tapi tak jauh le...
---------------
N...KY pun sejak kebelakangan ini sajalah dapat kumpul cuti tuh...kalau tidak, sokmo tak cukup...terutamanya masa anak-anak masih kecik dulu..Selalunya orang kerja gomen ni bos-bos banyak simpan cuti...kadang-kadang jeles tengok cuti depa tuh...:-)
---------------
Irfa, ni yang buat AY susah hati kalau orang nak tunggu AY up-date blog....insyaallah..akan di update nanti....
Minggu sudah aku cuti seminggu..suka nya aku..AY pun kira macam cuti jugak ler yer.."hei..buat apa tu.. kerja kerja.." hehe..hehe..burung dah keluar..bawalah kucing makan padi..?
Kak Yan
Memula tu baca le jugak apa kejap ada kejap takde.. dua kali baca baru dpt capture ...:)
En.Ari, wah!...cuti sampai seminggu...bestnya...pergi mana?
errrr...bawa Maam Sr. ke Maam Jr.?....:-)
Saya baru nak amabil cuti ujung minggu ni.
---------------
Sya:...apa lagi, kalau kejap ada, kejap tak de tuh...!:-)
---------------
Post a Comment