Auntie dah rasa letih nak up-date blog ni. Ada banyak benda yang boleh diblogkan. Otak berserabut bila duduk kar ofis ni. Banyak betul tugasan yang perlu dibereskan. Ingatkan gurkha macam Auntie tak banyak kerja, tidak rupanya...kerja sentiasa ada...nak jengok blog pun rasa tak senang. Waktu rehat/lunch, selalunya Auntie tido saja. Tido sambil duduk...tu pun boleh lena....:-) Ada masa terbabas sampai pukul 2.00 lebih.
Bangun dari tido rasa segar sikit.
Hari ni rasa letih yang amat. Dua hari berhujung minggu tak dapat rehat secukupnya. Hari Sabtu dok kemas rumah. Tengahari pi makan kenduri kawin kat Precint 8. Kawan lama kawinkan anak dia...dua beradik sekali dikawinkan....Auntie tak sempat pun tengok pengantin. Lepas makan sibuk berjejak kasih dengan ramai kenkawan lama yang dah berkurun tak berjumpa.
Hari Ahad pula, pepagi lagi, lepas Subuh Auntie 4 beranak bergegas ke Kuala Lipis pulak. Bukan ke rumah Siti...kami pi kenduri kawin anak penakan (anak saudara) Cik Din. Kami singgah breakfast kat Genting Sempah saja. Perjalanan tak lama, lebih kurang 2 jam saja.Ini adalah kali ke dua Auntie sampai ke Kuala Lipis. Kali pertama dulu, rasanya 20 tahun yang lalu kot....
Oklah bandar dia....cool saja tak macam KL lah.... Suku sakat Cik Din ramailah yang datang...semuanya dari Pekan. Dapat le Auntie jumpa mak mertua. Kendurinya memang meriah lah.Dah puas bersembang dan makan, kami pun bertolak balik ke KL petangnya.
Agaknya dah semakin berusia, ...duduk relax dalam kereta pun boleh rasa penat. Sampai rumah dah pukul 8.00 malam. Nasib baik le kami dibekalkan dengan nasi dan lauk pauk kenduri. Lepas makan malam je terus le tido tak sedarkan diri lagi.
Memang rasa malas nak datang ofis hari ni. Apa kan daya kerja berlunggok dan bertimbun di atas meja....see...Gurkha pun banyak kerja jugak!
Jam 10.30 pagi Auntie bergegas turun ke bawah....nak tengok upacara nikah Cik Siti...kat TV di cafe.
Manisnya dia....!.bebudak kat ofis ni ramai yang marah dengan dia. Auntie pun heran jugak??......macam-macam lah depa dok kata kat dia....isyyy...buat dosa sajakan. Bagi Auntie, itu dah jodoh dia, siapalah kita nak mempersoalkan....Auntie harap dia akan melayari bahtera rumah tangga dalam keadaan aman dan bahgia.
Ramai yang dok mempersoalkan usia dia dengan pasangannya....ramai kata tak padan. Anak Auntie En. Amir pun kata cam tu jugak. Auntie kata kat dia ok lah tu, Datuk K tu pun hensem...padan le dengan Situ tuh....En.Amir pulak kata..." padan apanya, dia dah tua?" Auntie kata..." tak tua mana pun, kejap je nanti Siti akan mengejar usia Datuk K tuh" En.Amir pulak kata...."eeee tak sesuai lah,.....kalau dengan mak Datuk K tu sesuai le...." Boleh ke gitu???....nak tersedak Auntie dibuatnya.....:-)
13 comments:
Hehehe..."..dengan Mak , sesuai lah tu !.." . Pandai Amir ngenakan Mak dia eh.
Anak dara saya pun kata Datok K is too old for Siti - saya jawap, orait la tu - tapi kalau Siti tak nak, Mama nak...
Dia jegil biji mata kat saya
HAHAHHAHA...
Hensem tu..!Saya pun nak simpan misai gak lah..nak simpan duit dah memang tak terkejar..Ada yang menikah sama padan sama muda..ada dua tahun lepas berkompang..pukul gendang lagu lain pulak..sama la..riuh rendah juger kan..!
Saya yang berpangkat atuk..
Andeh, lantak pi le bebudak muda tu marah dengan Datuk K....Ok kan...misai menawan, senyum menggoda....dan yang penting Kaya!!!!!:-)
-----------------
En.Ari, kalau awak simpan misai, ramai pulak artis muda yang minat...apa lagi bila kapal awak dah siap....ramai yang nak berkenalan nanti...:-)
ohh auntie yan, mam ni pun naik kereta lama sekarang, sampai je kaki dah lenguh2 sebab sejuk aircond...begitu lah kira2nya!
yang kes datin siti kita tu, rasanya bukan sebab beza umur tu, i think people are more "pissed" (couldnt find the right word) cara the whole thing was handled, dah jadi media circus lak jadinya...and she has to keep justifying her actions on the tiada rahsia show... sian kat dia la.
Mamarock...jadi orang fames ni susah jugak ....sampai dalam kain orang nak ambil tahu...he!...he!...
Semoga dia gumbira dengan penghidupan barunya.
auntie yan,
bebudak kat opis lama lagi dahsyat, siap balik rumah nak tgk siaran langsung siti menikah...heheh...lepas lunch baru masuk balik
Kak Yan : Kadang2 ingat kesian kat Siti. Salah sorang anak sedara saya tu siap tak suka nak dengar nama Siti, bila tanya kenapa, dia kata tak baik Siti tu orang kata, dia ambik laki orang> Isyy, Saya kata lah kita jangan dok dengar kata orang, orang nak kata biarlah. Kita mana tahu itu betul ke tidak kan? Kalau betul dosa dia yang tanggung, kalau tak betul, kita yang tanggung dosa mengata dia.Kalau nanti jadi kat kita macam mana? Budak 15 tahun boleh lah saya nasihat macam tu, yg dah tua tu nak cakap pun susah dah.
siti sgt cantik masa majlis akad nikah tu. tak puas sarah nengok.
kelmarin sarah gi exam ATC kat kementerian pengangkutan. soalan IQ dia tu mak ai... susahnye.. masa diberi 15 minit aje. sarah tak samapt nak menjawab le auntie.. hehhehe
hope auntie sihat selalu..
noha chomel:...ramai yang marah-marah, tapi depa sibuk jugak nak tengok CT...:-)
Nampak gayanya AY pun kena cuti le 28 Ogos ni...boleh melangut kat depan TV...harap nak gi kenduri orang tak jemput....:-(
---------------
N: memang ramai yang kata macam tu. Bagi KY..hanya mendoakan yang terbaik saja untuk mereka berdua. Hal rumah tangga orang kita mana tahu kan.Takat baca kat paper ni macam-macam versinya...hari ni depa kutuk , esok depa sanjung....
Entahlahhh...hari ni kita kata kat orang, kita nampak buruk orang, esok lusa mungkin akan timpa batang hidung sendiri pulak.
---------------
BTB: Adikku En.BTB, janganlah marah hanya CT sajalah idola kakak mu ini.... ;-)
Nanti nak beli semua majalah yang ada gambo kawen dia!!!
---------------
Missarwen @ Sarah: Memang dia cantik & lawa...tu sebab ramai yang jeles...
Tentang exam tu...hai kesian jugak....tak pe lah, kalau tak lulus cuba lagi, banyak berdoa...kalau rezeki tak kemana.
----------------
Kak Yan :
tumpang sekaki ekk...setuju sgt2 pandangan KY tu - kita nak ngata org pun kena berlapik/berpada-pada. Masa depan diri kita tak tahu lagi kan? Lebih baik kita doakan mereka kebahagiaan, nanti perkara yang baik kita doakan akan berbalik kat kita juga nanti, kan ?
Itu saja nak cakap.
sekian, terima kasih.
:-)
HAI AUNTIE YAN
PEKABAR?HARI 2 LALU KAT LAMAN BLOG AUNTIE..MANA TAHU DAH UPDATE KE BELUM..
PASAL APA YG AUNTIE CKP MENGENAI CT SAYA SETUJU..DAH JODOH DIA..SEMOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT..AMIN
Jo no kommen..
Cuma masa hari tuu, tengah on the way to Kemamang, Jo rasa macam geli jer tengok, sambil lalu CT nikoh. Amender yang gerrlii itew pun Jo tak tau.
Semoga BerBahagia Sokmo la
Mak Andeh: calit sikit!!........:-)
----------------
Irfa : Auntie baik-baik saja...Terima kasih.
Tentang exam tu jangan bimbang sangat...kalau ada rezeki tak kemana. Kalau gagal cuba lagi
-----------------
Jo: selalunya, kalau no komen tu, lebih kepada meng iakan..cuma takmboh sebut je....
Rasa geli???...sape le dok geletek tuh??????....:-(
Post a Comment