Tuesday, September 12, 2006

Menu tanpa garam.

Tak habis lagi kalutnya Auntie ni. Bab Cik Din tu macam dah settle dah. Alhamdulillah dia masih berMC lagi. Insyallah esok naik kerja semula.

Gayanya Auntie kena buat menu baru. Menu tanpa garam dan kurang gula. In a way ada jugak baiknya, Auntie boleh tumpang sekaki menjaga diet. Dulu beberapa kali nak buat menu diet tak mencapai matlamat sebab Cik Din kaki makan, ada saja yang dia nak makan dan Auntie jadi tukang masaknya. Jadi kalau dah masak hak sedap-sedap, takkan Auntie tak makan, Auntie sama juga membedal!!

Sejak hari dia keluar spetal, kami makan rebus-rebus saja...tanpa garam. Memang tak sedap...tapi kena buat-buat sedap. Barulah kita sedar nikmat garam yang dijadikan Allah.Tanpa garam terus jadi mati selera makan. Apa nak buat demi kesihatan kena patuh lah.

Biasalahkan, bila ada orang sakit, tentu ada orang memberi berbagai petua nak makan apa, jangan makan apa.

Antara yang Auntie dapat untuk menurunkan blood pressure ialah:-

i) Rebus dua tiga keping asam keping atau asam gelugor dan minum airnya. (Ehsan jiran sebelah rumah)

ii) Rebus daun sadri atau daun sup dan minum airnya. (Ehsan PA bos kat ofis)

iii) Rendam 3,4 helai daun hempedu bumi dengan air panas dan minum airnya. (Ehsan adik Auntie. Siap bawak anak pokok untuk ditanam.)

iv) Minum air limau purut. (Ehsan kakZ...rakan blogger.)

So, kalau sesapa ada darah tinggi tu boleh le cuba try antara cara-cara diatas tu. Terima kasih bebanyaklah yang sudi memperturunkan sedikit sebanyak petua. Auntie juga tak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua kenkawan jauh dan dekat yang mendoakan Cik Din semoga cepat pulih. Terharu sangat. Ramai kenkawan yang tak pernah Auntie bersua muka telah dengan ikhlasnya tetap memberi sokongan. Terima kasih.
--------------------------------

Semalam Auntie datang ofis Cik Din hantar.... :( walaupun Auntie rasa dah boleh memandu. Auntie malas le nak bertegas sangat, takut dia risau dan ternaik lagi pressurenya yang dah mula nak turun tu...lepas hantarAuntie dia balik rumah dan berehat. Nasib baik jugak Jim ada kerana dia bersekolah sessi petang dapat le dia melayan ayahnya tu.

Dalam pukul 10.00 pagi tengah dok sibuk menjawap surat dan melyan tag-board, Cik Chah (adik Auntie kat kampung) hantar SMS "Kak, mak sakit perut...dah berkali-kali ketandas...dah macam lembek tak bermaya"...adui!!! berderau darah Auntie. Terus je tepon tanya apa yang terjadi...rupanya dia mungkin tersilap makan....pi makan ikan masin goreng dengan buah belimbing buluh....oooooo...mana tak memulas perut tuh!...orang tua cam tulah ada saja yang dia teringin nak makan. Nasib baik adik Auntie Cik Lan masih ada lagi.....dia pulak memang nak ke K.L tengahari tu kemudian terus terbang ke Kota Kinabalu...urusan kerja. Sempatlah dia bawa mak pi kelinik...(setelah puas di pujuk) Lega lah sikit perasaan tu.

Petangnya, sebaik saja sampai rumah, solat dan rehat sekejap, En. Amir pulak tepon...sayup saja suaranya "..mak boleh datang tak?...Amir sakit perut ni dari pagi tadi lagi, rasa memulas semacam, tapi bukan rasa nak be***...tolong ye mak...Amir nak gi kelinik sendiri tak tahu kat mana...lagi pun rasa macam dah tak boleh nak jalan ni"..........Aduh!....belum pun hilang letih kekalutan Cik Din masuk sepital...Amir pulak sakit. Kami tak tunggu dah, terus saja menuju Shah Alam. Hari macam nak hujan lebat. Dah hampir maghrib. Oleh kerana kami nak cepat, kami cubalah lalu highway Kesas tu, selalunya ikut Federal Highway. Hemmm...memang dah agak dah...mungkin tersilap ambil susur keluar tu...terus je terlajak masuk seksyen 20....almaklumlah hari dah gelap.

Auntie takmo Cik Din panik, terus je tepon Kak Lady. Tanya lebih kurang. Auntie berhenti tiga kali dan bertanya, akhirnya selamat sampai. terus ambil En. Amir dan bawak ke kelinik yang paling hampir dengan Politeknik tu...kat TTDI. Alhamdulillah, doktor kata kemungkinan perut kosong, memang pun, paginya dia tak makan apa sampai lunch baru makan sikit. Dapat ubat hantar dia terus ke hostel. Kami pun balik lepas tu. Tak leh nak berlama-lamaan sebab sorang lagi anak bujang yang kelaparan tinggal kat rumah.

Adui!!!...Auntie pulak yang rasa stress dan pening-pening!!!

14 comments:

meandbaby said...

petua yg pertama tu saya rasa berkesan..sebab babah saya memang mengamalkan petua tu dari dulu sampai sekarang..umur dah 60 tapi masih steady dan last week pegi buat check up,dr kata blood pressure macam orang muda..tapi dia tak rebus asam keping tu,dia makan mentah buat ulam,sekpg je sehari..bila blood pressure dah turun tak yah makan selalu..sekeping seminggu pun dah cukup..kalau masak singgang ikan tu dia akan makan asam keping yang dimasak sekali..

Anonymous said...

Relax..jangan pening dan stress..semuanya boleh diuruskan dengan sempurna.Yang paling penting..bertenang..dan selesaikan satu persatu..

Anonymous said...

sian auntie... hopefully everything will goes well after this

Sya said...

sian kak yan..ada aje hal.. sabar ye kak yan dugaan tuh

aNIe said...

Kak Yan...kadang Allah kalau nak beri kita ujianNya...datang bertimpa-timpa...yang penting kita sabar dan hadapi dengan tenang...

Jangan stress2 kak yan...nanti kak yan plak yang hypertension...

Sian malam tu masa kak Yan call tak dpt nak membantu...sebab tak tau arah kak yan di mana...tapi bila lady call balik Cik Din yang angkat kata kak yan bersama Amir...so dah tau kak yan dah sampai....

Kak Yan...saderi tu kalau di blender bersama peria katak, lobak merah, timun dan minum airnya...pun boleh menurunkan tekanan darah

AuntyN said...

Kak Yan, biasalah selalu dugaan Allah tu datang bertimpa-timpa. Tapi masih OK lah tu kalau Kak Yan nampak pun cool saja handle situasi macam ni. InsyaAllah dengan semua petua2 tu CIk DIn bertambah sehat, tapi jangan pantang sampai rendah BP, rendah gula pulak. Two extreme ends yang merbahaya.

Hubby minum air peria katak & epal hijau yang di blend. Dia tu diabetic tapi tak nak pantang makan, semua dia pantang nampak, siap nak bedal aja. Bini dia pening kepala sebab nak kena regulate makan dia so that tak over. Tapi yang tak nampak di mana, nak buat camna kan?

AuntieYan said...

BTB:...terima kasih turut bersimpati...la dah ok sikit..Cik Din dah kerja, En. Amir dah masuk kuliah semula. Mak Kak kampung pun dah beransur pulih.

Pokok Mahkota Dewa??...memang tak pernah dengo..kalau dah tak de kat Malaysia, macam mana nak dapat..?...tak pe lah negara kita pun ada banyak herbal yang serba guna.

P/s:...psssttt..mana tahu kot nanti AY nak pi honeymoon keluaq negeri boleh pi cari pokok tu.
:-) :-) :-)
---------------

Suri : terima kasih atas petua yang diberi..boleh dikut sebab senang dapat asam tu dan semanjangnya ada kat dapur kita.
---------------

En.Ari : ..he!...he! dah kurang stressnya hari ni. Macam semua dah back to normal. Terima kasih.
---------------

kak Z, awat nak posting anak kat Kedah tu? nak dok asrama ka?...kalau anak berjauhan yang risau kalau sakit demamnya, tapi kalau dok dengan Tok dia tak pe lah...tak risau sangat.
-----------------

nonie: alhamdulillah dah ok dah...Nonie sihat??
------------------

Sya: gitulah nasib badan....Hemmm sekali-sekali ujian lintang pukang rasanya....Selalunya bukan main lagi cam tak sedar diri...insaf sekejap :-)
------------------

Kak_Lady: Ha!..ha!...sesat lagi kami malam tu...KY sajalah tepon Lady...supaya Cik Dinnya tak gelabah...rupanya masa tu kami berada diseksyen 20...KY berhenti bertanya dengan sorang budak. Dia kata kat situ seksyen 20.
Alhamdulilah, 3 kali lagi berhenti akhirnya berjumpa...bukan jauh benau....pusing-pusing kat situ je...malam gamaknya....makcik & pakcik mencari cam orang buta!..:-)
-------------------------

N, nasib baik juga...Cik Din ni dia patuh segala pantang larang...tiap kali Ky memasak dia akan pesan.."jangan boh garam"...KY pun nampaknya kena makan cam dia jugak...tak kuasa nak masak berasingan...hentam bpercik tokyu jelah nak bagi ada rasa masin....:-)
---------------------------

Jubeiz said...

tabah menghadapi segala ujian.

MA said...

Tak per Kak Yan...nanti kita menebeng kasi bedal makan puas-puas...

Alhamdulillah Cik Din dah pulih - kena steady sokmo la supaya BP tak naik....

AuntieYan said...

Jubeiz, terima kasih.;-)
-----------

Mak Andeh : Cik Din pulih dari kejutan...tiba-tiba je kena masuk sepital..:-)
-------------

Jo Kontan said...

AY :

Nii Jo pun dok nasehat diri seniri. Bukan ajer Garam mau kurang.

Hati pun mau relaxs2 ajer. Jiwa mau tenteram. Minda mau terang. Hati mau baik. Badan mau sedap. Eksersais mau cukop.

Air kosong mau minum lebih...

Jo pun udah lama tak cek nii. Braper agaknya...?

All the very best.

AuntieYan said...

Jo: terima kasih...betul tu Jo..tapikan Cik Din ni dok risau sokmo...err..boleh gi exrcise ke orang ada BP tinggi nih?

Mama Rock said...

auntieyan, jaga kesihatan auntie. kalau jejaka2 dah down and out, kita ni kena jadi pillar. take care!

Anonymous said...

Kesian pula baca cerita kak yan. fasal sesat kat shah alam tu tak apalah. lama-lama mesti jadi pakar. Saya pun kalau pergi ek bangi seorang diri pernah sesat juga. Pusing-pusing tak jumpa-jumpa pasaraya Warta. Sekarang dah tak sesat lagi dah.