Bomoh atau dukun, masih relevant dalam penghidupan kita orang Melayu walau pun zaman dah jauh berubah. Masih ramai yang setia menggunakan khidmat bomoh. Malah, masih ada yang langsung tak percaya dengan kaedah perubatan moden.
Bagi Auntie pulak, nak kata tak percaya tu, tak lah jugak. Mana tahu satu hari perlu pulak perkhidmatan mereka. Tak boleh nak cakap eksyen kan?? Sungguh pun perubatan moden dah begitu pesat dan bertambah canggih, namun ada kes-kesnya yang masih perlu di rujuk kepada bomoh.Macam kes yang berlaku kat sebuah sekolah Agama di Pahang baru-baru ni. Yang tu tak boleh panggil doktor, kang dengan doktor-doktor pulak tak sedar diri maracau!
Seingat Auntie, ada beberapa kali Auntie dibawa berjumpa bomoh oleh arwah ayah Auntie. Itu zaman kecik-kecik dulu.Kebetulan, zaman itu, kat pekan kecil yang kami huni memang tak ada langsung kelinik swasta yang boleh dikunjung untuk mendapatkan rawatan.
Kelinik Gomen pulak, menjadi phobia bagi kebanyakkan orang Melayu zaman itu. Mungkin di sebabkan cara doktor, jururawatnya dan lain-lain k/tangan hospital yang tak friendly menyebabkan ramai yang lebih suka berubat sendiri. Ramai yang pilih untuk beli ubat Cina (senseh) saja.
Seingat Auntie jugak, kalau setakat demam biasa ni, mana ada pergi kelinik pun. Mak Auntie akan bagi makan serbuk Cap Kaki* Tiga* je, sakit gigi pun makan tu jugak. Kalau luka, sapu je minyak gamat. Sakit perut, sapu minyak angin. Sakit perut cirit-birit, minum je teh kelat. Kalau kena beguk, sapu je nila kat bawah dagu tu. Sakit mata, mak bagi makan serbuk Cap* Burung Bangau*....he!...he!...mujarab pulak tuh! :-)
Hari Ahad lepas, kami terima call dari SIL bagi tahu yang MIL Auntie sakit, dah 4 hari tak boleh nak buat apa. Sakit dalam perut menyucuk-nyucuk, katanya. Dipujuk nak bawa ke kelinik (gomen), mati-mati dia tak ndak. Takut. Tak tahu apa yang ditakutkan. Dia kata kalau bawak ke pusat rawatan berbayar dia nak, kalau tidak, biarlah nak jadi apa pun.
Rupa-rupanya, salah sorang daripada BIL, (adik Cik Din) dah bawak dia berjumpa bomoh. Tak tahan tengok mak dalam kesakitan.
Nak tahu apa kata bomoh tu??...mula-mula dia tanya, ada tak sesapa yang sakit dalam keluarga, jadi dia orang pun bagi tahu yang Tok (Mak kepada MIL) sedang sakit, sakit tua benarnya, umur dah 90 lebih. Telinga dah tak dengar, mata pun dah rabun. Dah tak boleh berjalan sendiri, hanya berbaring saja.
" psstt..saka orang tua tu dah masuk ke dalam badan mak kamu, tuuuu yang dia sakit sangat, Tok kamu nak lepas kan pada dia..." kata bomoh tu.
Itu lah yang diberitahu pada Cik Din. Apa lagi, marah lah Cik Din...sepatutnya bawak periksa dengan doktor dulu, kalau tak jalan barulah kot nak berubat secara traditional pulak, pandangan Cik Din macam tu.
Jadi, pada hari Isnin, adik-adik Cik Din sepakat bawak MIL ke salah satu pusat rawatan swasta yang ada kat Kuantan tu. Periksa sana, periksa sini, teropong sana, teropong sini, akhinya setelah di x-ray, discan bebagai, kata doktor MIL mengidap sakit batu karang, dah besar batunya, menanti masa untuk pecah saja. Operation perlu dibuat dengan segera! Ha, berbeza dengan apa kata bomoh!...isyyy...bomoh tu belajar kat pergunungan mana gamaknya? jauh benau lari faktanya. :-)
So, semalam tepat jam 9.30 pagi MIL, dengan iringan doa kami adik beradik menjalani pembedahan bagi membuang batu karang. Alhamdulillah, kini dia dah sedar dan dah boleh tersenyum. Alhamdulillah!.
Insyaallah Auntie dan keluarga akan balik ke Kuantan esok untuk menziarah dia. Syukur!
16 comments:
Kak Yan...bomoh ni ada yang boleh percaya ...ada yang tidak...dulu keluarga sebelah suami anie percaya benar kat satu bomoh ni...asal ade aper aje carik bomoh ni...bukan nak pi klinik...sakit jantung berlubang pun carik bomoh...last2...duit abis bukan sikit...beribu2...jantung budak tu masih berlubang jugak...baru2 ni...dah ke IJN...bulan 12 nak operate...
Moga MIL auntie akan sembuh sepenuhnya...
AuntieYan,
Alhamdulillah MIL dah selamat menjalani operations. Nasib baik tak ikut firasat Tok Moh tu. Kalu tak, isshhh...
Heran jugak eh, di zaman cyber yang canggih manggih ni, still ader yang rely on khidmat nasihat Tok Moh ni. Somewhere near my house tu ader satu tempat yg buat rawatan secara ghaib/halus, yg buat operations secara "live", tanpa bius, tanpa proper medical apparatus. Eee...seriau dengar, apa lagi nak tengok...
Kak yan
sekarang ni janganlah berubat dengan bomoh ni.. kalau nak berubat tradisional pun pergilah carik ustat ustat.
Macam zar berubat last year.. tok ustat tu pun advice kat zar, berubat dengan dia, jangan tinggal ubat hospital.. hehhehe maknanya kena balance ler..
Salam Anie,
Tu yang kita takut, duit dah banyak habis, tapi penyakit kat takok tu jugak, malah adakala semakin merebak.
Masa kat spital tak lama dulu Akak jumpa satu Kakak ni dia kena breast kanser, alhamdulillah dia sedar diperingkat awal.Katanya ipar dia pun kena jugak, tapi dok jumpa bomoh, tak jadi apa, sakit tambah teruk, akhirnya jumpa doktor jugak, tapi dah terlambat.
-----------------
Salam Kay,
Auntie pun pernah dengar such things..he..he...rasa seram le..depa pakai sihir kot?... :-0
-----------------
Salam Zar,
Betul kata Zar tu, tapi, masih kena hati-hati, ustaz-ustaz jaman sekarang ramai yang dah tak berapa nak genuine, kena tengok juga cara-cara perubatannya.
Salam Auntie :)
Syukur MIL auntie dah sihat. Risau kan bila dengar orang tua kita or IL kita tak sihat?
Bab bomoh ni memang selalu sangat lah Wlily dengar kat Sarawak tu la. Ada yang betul, ada yang macam tak betul..outright penipu nak amik duit jer pun ada.
Dulu, Wlily pernah accompanied my good friend (we went with my mom and my auntie) to see a female bomoh - nak mandikan my friend ni. My friend ni time tu selalu tak lekat dlm relationship. Kalu dia suka org ni, orang ni tak suka pulak dia and vice versa. She was asked to find 40 jenis bunga wangi. (bunga kertas yang tak wangi tak masuk list laa..). Payah jugak nak cari 40 jenis bunga nih! My mom and me and my auntie pun pi tolong cari bunga nih. Pengeras nyer duit 2 sen. Entah kebetulan or sebaliknya, my friend ni selamat diijabkabulkan with a guy 7 years her junior tepat 7 bulan selepas tu. Now they are still together. Wallahualam!
Salam Lily,
Macam Auntie katalah, tak tahulah boleh percaya atau tidak.
Kalau tak silap yang your friend lalui tu adalah apa yang orang panggil mandi bunga. Bagi Auntie, kalau apa yang di buat tidak memudaratkan, kira oklah, takut yang tak elok pulak jadinya. In her case, alhamdulillah, Allah makbulkan hajatnya. Minta-minta dia terus bahagia dengan suami hingga akhir hayatnya.Amin. :-)
Kenapa kalau kita pegi jumpa bomoh, dia akan kata penyakit kita ni "buatan orang"? Asyik2 kena buatan orang. Orang2 ni tak de kerja lain ke nak buat kan kita?
I so tak percaya, but my mum & MIL percaya jugak bomoh2 ni..
Salam Mrs.N,
Tu lah, Akak pun heran, sikit-sikit buatan orang...hemmm...kalau batuk pun, kita gi jumpa bomoh dia akan kata buatan orang jugak.. he!...he!
Hee... hee... :) Kalau batuk pun kena buatan orang, susah tu...
Kak Yan,.
Batu Karang nii saya dah kena 2 X.
First time tuu , makan ubat & minum air banyak banyak. Selang ajer beberapa rasa sakit sangat anu tuu nak kencing. Elok ajer kencing , ptoooooooing keluar ler batu tuu, sebesar biji mancis..
Alhamdulillah Legaaa.
Second time, tembak ngan laser gituh. Lepas tuu kencing jadi macam berabok laaa.
Sekarang nii petua dia, minum air puteh sebanyak mungkin. and Kencing sokmo laa.
Ha ha .. besau sungguh saka yg ditinggalkan ye kak yan.. sya ni nak kata tak caya langsung tidak le.. but.. nak percaya terus memang langsung tidak.
salam, bagus sekali blognya, salam perkenalan, kalau sudi lawatlah blog kita ada produk berikhtiar merawat cara islam dan juga penjagaan wanita jasmani dan rohani http://produk-tokguru.blogspot.com
Salam Jo,
Laaa...pernah ada batu karang jugak nooo...kalau tak silap, penyakit ni lebih kepada orang lelaki...betul tak Ma'am?
Isy...MIL dah pun selamat di bedah, dan alhamdulillah beransur pulih. (Nak buat entry nih)
Kak Yan pasal minum air ni yang lemah sikit, bukan apa, kejap-kejap nak membuang balik..leceh! Tapi, nampaknya kena jaga-jaga lah...sekarang penyakit dah tak kira jantan betinanya!
----------------
Salam Sya,
Percaya atau tidak, kena tengok keadaan jugak lah kan?
Di zaman serba canggih ni pun masih juga ada amalan berbagai ilmu sesat ni. Kita kena hati-hati jugak.
----------------
Salam Abu Hanif,
Terima kasih. Saya dah pun lawati laman yang dinyatakan.Insyaallah, produk-produk tersebut memang mudah didapati. Saya juga tinggal di BBB. :-)
Dear AuntieYan
First time saya menjengah di sini. salam perkenalan. Alhamdulillah, cuma batu karang sakit your MIL dan bukan buatan orang. Bomoh ni kekadang, dah commercialised. Walaupun selepas berubat di bayar sagu hati, ada jugak yang kalau tak cukup wang pengeras nya, amboi, muka di tarik berinci inci.
Saya pun teruja untuk menulis tentang bomoh ni sebab boleh tahan banyak pengalaman di dengari dan dialami dari orang terdekat. Nanti lah one fine day, saya tulis.
Salam Mom,
Tu yang takut pergi bomoh ni. Walau bagaimana pun masih ada bomoh yang ok, tapi susah pulak nak jumpa.
Pada Auntielah, bomoh yang genuine tak minta bayaran, selalunya kata ikhlas saja berapa nak bayar. Yang takut tu, belum apa-apa dah kena bayar berbagai....last sekali kata buatan orang isyyy....
--------------
salam maal hijrah kak yan,
Musim sejuk sekarang, saya lemah sedikit, harap kak yan sihat di tempat panas situ.
Post a Comment