Thursday, August 05, 2010

Ceramah

Salam untuk semua,

Pagi tadi, untuk breakfast, Auntie masak bihun goreng. Bihun goreng hak simple saja tak banyak rencah. Boh sikit sawi, tumis dengan air rebusan daging dan udang, siap. Dapatlah bawak bekal ke ofis. Cafe masih tutup lagi. Insyaallah hari ni tak akan kelaparan macam semalam.

Hari ni jugak ada ceramah agama sempena menyambut bulan Ramadan. Kalau kerja dengan jabatan kerajaan ni gitulah. Ceramah/foram berkaitan agama boleh dikatakan setiap bulan mesti ada. Kelas-kelas pengajian agama juga di adakan kat surau pejabat, cuma nak atend atau tidak saja.

Selalunya, bab hadir-hadir ceramah ni, boleh dikatakan tiga suku dewan akan dipenuhi dengan kaum wanita. Kaum lelaki tah mana perginya....mungkin jugak depa dah arif dah, tu pasai depa malas nak dengar perkara yang sama diulang-ulang. Mungkin lah. Mungkin jugak depa banyak kerja nak diselesaikan. Mungkin la....

...dan Auntie jugak amat mosykel, kalau bab-bab majlis ilmu sebegini, tak ramai dari kalangan orang atasan yang hadir. Kalau ceramah yang tak berkaitan agama, boleh pulak depa datang.So, kami-kami ni sajalah yang dok penuhi dewan. Mungkin depa sibuk dengan meeting...maklumlah bos kan...kami mana tahu apa-apa. Mungkin depa pi seminar dan forum antarabangsa yang lebih penting untuk pembangunan dan ekonomi negara, makanya masa yang lebih kurang 2 jam tu tak sepatutnya di sia-siakan di dalam dewan. Tak pelah...menjalankan amanah pun dapat pahala jugak. Niat mau betul....kata ustaz.
Buat diri Auntie pulak...janganlah dok buruk sangka kat depa tu , berdosa, kata ustaz.

Dua orang ustaz memberi ceramah. Dua-duanya kerap bersiaran di kaca TV. Memang terkesan sangat dihati Auntie...terinsaf seketika. Begitulah Auntie ni, sekali dengar, sekali terinsaf...kena dengar selalulah gayanya.

Ceramah yang bermula pukul 9.00 berakhir pada pukul 11.00

Insyaallah pada bulan Ramadan ni, ceramah-ceramah yang seumpamanya akan di adakan lebih kerap lagi.

Wasallam.

16 comments:

endiem said...

baguslah kalau ada selalu majlis ilmu.( taman syurga). Orang orang lelaki mungkin ramai datang kemajlis seperti bila bulan puasa kot.

Hjh Noralenna Abbas said...

Yan,
Saya suka juga meehoon. Tapi kena hati-hati bila celur meenya, takut lembik. Kalau tengok audience rancangan "Tanyalah ustaz"'Al-Kuliyah"..wanita sokmo. Ceramah yang diadakan itu waktu kerja ke?

nonie said...

salam auntie...

ha'ah nonie pun dah lama tak jejak sini... hish mana tak ingat... ingat lagi... cuma la ni, tak berapa giat berblog... blog sendiri pun dok update sebulan sekali je... salam ramadhan buat auntie & famili juga...

aNIe said...

Kak Yan...memang kita ni kena selalu dgr ceramah agama kan? Bak kata kak Yan...sekali dengar sekali insaf...heheheh

AuntieYan said...

Salam en. Endiem,

Majlis ilmu sebegitu, memang sokmo ada.Pengajian selalunya di buat waktu rehat tengahari.Ada belajar sirah nabi, ilmu Fiqh, Tasawuf dan dll.Ceramah-ceramah/forum pulak selalunya diadakan apabila ada sesuatu sambutan. e.g Israk Mikraj, Maulidur Rasul, kedatangn Ramadan dll.

p/s: ada masa kaum lelaki takut gak...kang terkena batang hidung. Tapi orang pompuan tak kisah, memang dok kena semedang.. :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Kalau masak bihun, selalunya saya remdam dengan air sejuk malamnya, esoknya celur sesikit dengan air panas. Selalunya saya guna bihun cap Bintang*...tak pun bihun buatan orang kita...ok jugak.

Proram "Tanyalah Ustaz" tu memang bagus...betul, kaum ibu yang banyak di jemput. Mungkin kaum ibu ada persatuan itu, ini....kaum bapa mana ada persatuan??...depa lebih pada lepaking di kedai mamak......opppssss!...tak pun depa sibuk dengan Golf... :-)

AuntieYan said...

Salam Nonie,

Suka Auntie....Nonie pun dah ada sepasang anak. Tak pelah walau pun up-date sebulan sekali, boleh gak jenguk-jenguk. Auntie ada jugak register FB...tapi, Auntie tak minat la FB nih...so, kira register sajalah. Orang invite pun Auntie ignore saja ...ha!...ha!

AuntieYan said...

Salam Anie,

Kita ni, kalau nak cari ilmu tu tak payah nak ke surau ke masjid pun...kat TV dah berlambak program ceramah ni...ada 'Al-Kuliyyah, ada Halaqah, ada Forum Perdana, ada Ar-Rayyan, Tanya Ustaz...kalau tak bertembung, semua boleh tengok, sambil memasak, sambil lipat kain , sambil layan suami & anak...betul tak??? :-)

piewahid said...

patutnya lelakilah yg ramai kan...
sbb dia org pemimpin. paling tidak pemimpin dlm keluarga.

terutama menjelang ramadhan, inilah masanya nak refresh mcm2 hal sempena bulan pesta ibadah ni

pB said...

Salam




manusia mudah lalai

Nek Rock said...

Dear AY (makcik gegirl) salam:))

Selamat menyambut ramadhan

Insyallah next year kita jumfa lagiii, muahh

Zaitun said...

Kat mana2 majlis pun orang atasan jarang nak datang banyak kerusi2 yang dikhaskan kosong tapi yang hairannya kalau majlis bukan ilmiah ada pula masa.Wallahualam...

AuntieYan said...

Salam Nek Rock,

Pejam celek, pejam celek, dah bertemu Ramadan kita.
Wah! nak balik pulak ke??...alhamdulillah, itu maknanya bisnis bertambah bagus...

Mudah-mudahan bertemu kita nanti.

Selamat menyambut puasa. :-)

AuntieYan said...

Salam pB,


Ya, kita mudah lali...nak lagi, kalau masalah dah tak ade...patutnya lagi dekat dengan tuhan...

AuntieYan said...

Salam piewahud...

Thank you for coming.
Alhamdulillah, bebudak lelaki ofis Auntie ni rajin jugak dengar ceramah (...errr..sebab kira macam pi kursus)Rasa Auntie, pie ni rajin dengar ceramah.

AuntieYan said...

Salam Eton,

Tahu tak, kenkadang ustaz yang nak bagi ceramah pun ada sound...tapi, tak guna jugak, yang disound tak datang. :-(