Friday, August 27, 2010

Day 17

Salam Ramadan untuk semua,

Hari yang ke 17. Ada yang bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Kami di Putrajaya tak cuti. Rasanya Jln. TAR sesak le hari ni kena serang dengan Rakyat Negeri Selangor.

Auntie nak update apa pun tak tahu jugak..

Waktu rehat tadi ingatkan nak bantai tido je macam selalu, tapi, ada pulak sikit kerja yang perlu dibereskan. Ofis senyap sunyi kaum lelaki pergi solat Jumaat. Asyik buat kerja tak sedar waktu berjalan laju, sedar sedar dia orang dah pun selesai solat.
Mulanya bos Auntie dok hint ajak pergi tinjau-tinjau sale kat precint 2 tu...Auntie cakap Auntie nak tido...tak kuasa le kan...panas -panas buat dahaga saja. At least kalau bukan bulan puasa tak beli apa pun, bos tentu belanja makan. :-)

Semalam waktu rehat, Auntie temankan sorang kawan yang nak beli bahan kueh raya...Auntie pun menyibuk juga masuk kedai tu...ramai rupanya wanita-wanita yang masih rajin buat biskut raya sendiri. Auntie ni dah lama tak buat biskut raya, dah malas la...anak-anak dah besar, bukannya dia orang makan pun.
Hujung minggu ni ramai yang sambung cuti...cuti panjang lah...Auntie tak perasan pun ada cuti yang boleh disambung...

Alaaa...tak tahu le nak cerita apa lagi....baik stop dulu...

Selamat berbuka. :-)

12 comments:

Zareda Norman said...

zar cuti isnin ini.. banyak hal kena selesaikan.. sebab zar masih mogok masak so tak risau sangat nak masak apa.. berkemas ajelah nanti...

Hjh Noralenna Abbas said...

Yan ini komen untuk posting semalam. Akak bersyukur pesara-pesara pun dapat share pemberian kerajaan.

aNIe said...

Kak Yan...samalah kita...anak2 dah besar takmo makan kuih raya dah...beli aje...

ibundo said...

yan, datang rumah kakpah.. kakpah hidang mihun goreng je hehe..
Buat apa untuk berbuka harini...

piewahid said...

salam,
semoga kita beroleh keberkatan, keampunan dan taqwa.

tak kisah apa criter pun, t kasih atas pkongsian :)

Zaitun said...

Selamat berpuasa dan berbuka buat kak Yan dan tak lupa selamat menyambut merdeka.

AuntieYan said...

Salam Zar,

Kita ni kalau nak berkemas, memang kena ambil cuti, baru puas hati, kalau tidak, sentuh sana sikit, sentuh sini sikit..bila nak selesaikan?...panjang lah cutinya...:-) selamat berkemas...nanti semuanya tip-top!

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Tak pe, komen semalam pun masih relevan lagi...:-)
Mak saya pun happy dapat juga duit raya walau pun dia dah pencen hampir 27 tahun, dia pencen pada 1983 lagi semasa berusia 55 yahun.
Yang best dia dapat RM 1000, sebab dia juga terima pencen arwah ayah.:-)

AuntieYan said...

Salam aNie,

Anak-anak Kak Yan hanya sibuk nak makan berat-berat di pagi raya. Insyaallah Kak Yan akan masak nasi tomato..errr kalau rajin :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Kak Yan, insyaallah akan berangkat balik kampung lepas solat raya.

Bihun goreng pun sedap di pagi raya...tambah pulak dengan sambal sotong, pasti terangkat. :-)

AuntieYan said...

Salam Pie,

Sama-sama kita berdoa agar mendapat keberkatan...ni dah nak masuk malam-malam Lailatul Qadar...

Selamat menambah ibadah!

AuntieYan said...

Salam Eton,

Kita sibuk denganpuasa, lupa pulak bab hari Merdeka ni...


Salam Hari Kemerdekaan!!!! :-)

p/s: dah pasang bendera?
Kak Yan cari bendera, tak jumpa laa...tah mana simpan dulu. ?