Salam Ramadan untuk semua.
Dah tiga hari kita berpuasa. Alhamdulillah!
Sekejap je..kan? Kalau kita nak ganti puasa, sehari pun rasa susah beno.
Berbuka apa semalam ye?
Macam biasa setiap tahun, kalau bulan puasa, time balik kerja...memanjangnya jalan sesak. Mungkin sebab ramai yang pakat balik awal dan serentak. Putrajaya yang tak besar mana ni pun sesak.
Masuk pulak BBB lagi le sesak, dengan dua bijik 'round-about' yang besar keadaan bertambah parah. BBB ni bukannya besar mana pun, tapi tak tahu jugaklah tah dari mana datangnya kereta yang begitu banyak.
Apa nak buat, sekarang zaman kemewahan gamaknya, rata-rata, sebuah kereta ada sorang saja didalamnya. Suami drive satu kereta, isteri drive satu kereta, anak-anak pulak sorang satu kereta jugak. Nasib baiklah had umur memandu di naikkan...kalau tidak, mungkin budak usia 12 tahun pun bawak kereta juga. Tu pun nasib baik Auntie tak drive, kalau tidak, dahhh bertambah lagi sebijik kereta di atas jalan.
Kami singgah pasar Ramadan semalam. Aroma ikan bakar, ayam bakar, satay bebagai menusuk hidung. Tapi kami dah badget, tahun ni akan berbelanja secara berhemah. Auntie beli kurang daripada RM 10, Cik Din pun begitu jugak.
Jadi kami beli mee sup 2 bungkus RM6.00, nasi tomato RM6.00 (untuk Jim & En Amir), pecal RM2.50 dan kueh Akok RM 2.00................tak sampai RM20 tuh...(misi berjaya!)
Sampai rumah, masak air buat teh tarik. Kurma dah memang ada. Yang berbuka di rumah hanya Auntie dengan Cik Din...dua pemuda tu berbuka di tempat kerja. Depa kerja sift malam.
Sampai rumah, solat Asar. Sempat lagi melayan Jejak Rasul dan drama di TV3# sambil-sambil siapkan hidangan. Frust!!!!!...kueh akok tak ada!!!! rasa macam nak nangis!...
Akok kedut pulak tu!!!
(nasib baik tak ada batu belah ...kalau tidakkkk.................)
Apa nak buat bukan rejeki namanya...tak pelah niat sedekah saja pada sapa yang terjumpa.
Hari ni kena cari kueh akok jugak nih!
20 comments:
hari ini ..kena cepat sikit, kalau tidak kuih akok habis..
Salam AuntyYan..
HAH??!.. tertinggal kuihnya??.. alahaaaiii.. hari ni kena pegi cepat2 beli kuih akok dulu.. hihi..
saya pun cuma beli 2 bungkus mee sup, dan kueh 2 ringgit..total rm6 sahaja..hikhik..
pun nak belanja berhemah mcm AY :)
tiga hari ni , aBear jer pergi PARAM. Teringin gak nak ikut , tapi dia asyik dok kata tak ada apa apa menarik ..
he he he
semalam teringin gak nak makan popia goreng yang dah letak sambal siapa siap tu , tapi macam AY jugak , tak ada rejki. Disapu habis oleh anak anak.
Salam En. Endiem,
Betul, hari ni kena minta Cik Din datang cepat ambik Auntie...lambat-lambat jalan jemmed, melepas pulak kueh Akok... ;)
Salam Tiny,
Rasanya bukan tertinggal...tercicir gamaknya. Kebetulan hujan mula turun, jadi berjalan cepat-cepat..tak terperasan pulak tercicir.
Tak pe, hari ni insyallah dapat merasa.;)
Salam Oren,
Kalau kita cuba, mesti boleh punya...tak le membazir, agak-agak kueh tu sorang sebijik pun dah ok.
Bayangkan kalau sehari boleh 'sef'
RM4, 30 hari dah RM120.....lepas duit minyak nak balik raya tu.... ;-)
Salam pB,
Eloklah tak payah pergi, satunya buang masa...semua kueh kita nak tengok dan bila tengok, tentunya teringin, apalagi macam pB yang sedang 'membawa' ni, rambang mata jadinya.
Popia pun sedap jugak, Auntie suka yang basah punya.
Lain kali, yang pB nak makan tu asingkan..dah ada anak-anak yang sedang seronok berpuasa tentu sekali diaorang teruja tengok kueh-kueh ni. :-)
Selamat menempuh hari ke 4 pula...
harini pegi beli yan. nanti kempunan hehe..
yan tinggal seksyen berapa ek..
Memang sungguh berbeza rutin di bulan puasa kan? Tapi itulah yang uniknya.
Syukur, misi bawah RM20 berjaya..
Teringin lak bila baca Kuih Akok.
Kesian kak Yan tak dapat makan kuih akok.
Elok sangat kalau kita tak membazir dibulan puasa ni.
Yan,
Saya pun suka akok tapi tak boleh makan banyak-banyak sebab manis sangat.
Salam Cik Gu,
Ya, insyaallah kita sama-sama akan menempuhnya hingga tamat Ramadan, mudah-mudah Allah beri kita kesempatan. :-)
Salam Kak Pah...
ya, Jumaat hari dah pegi beli...saja nafsu makan....simpan saja dalam peri ais, hari Sabtu baru makan. :-)
Errr..sepelaung saja dari rumah Kak Pah tu...tapi, rumah Kak Yan kecik saja, alhamdulillah tempat berteduh sementara nak ke tempat yang kekal... :-)
Salam Azie,
Selamat berpuasa.Rasanya bulan puasa ni lebih relax dan teratur.Alhamdulillah, syukur.
Salam Eton,
Ha, hari Jumaat lepas dah beli, tapi, makannya hari Sabtu....saja nafsu tuh!
Salam Kak Nora,
Akok yang dijual di tempat kita tidaklah manis sangat, sesedap rasa saja, boleh hantam banyak ha! ha! . Tapi , kalau makan kat Kota Bharu, memang tak boleh makan banyak...manisssss ya amat!!!
Selamat berpuasa Kak !
salam ramadhan..kenal blog ini dr blog relevan...blog ini menarik ..tahniah puan & keep it up :-)
Salam Sahromnasrudin,
:-) Terima kasih. Yang sebenarnya, blog ni dah ala-ala hidup segan mati tak mahu. Tapi, Auntie gagahkan juga, dah begitu lama berblog, ada masa dah tak tahu apa nak di tulis. Auntie mula berblo sekitar tahun 2003.Blog ni adalah blog ke dua...kononnya nak beri nafas baru.... ka!...ka!...ka!
Selamat berkenalan juga dari Auntie.
Post a Comment