Monday, November 29, 2010

Cabaran bermula....

Salam untuk semua pembaca,

Hari ni Auntie bercuti. Ni sedang bersairan dari rumah. Letih sangat rasanya, tu yang termalas nak ke ofis. Cuti ada 20 hari lagi.... :-)

Sebenarnya Auntie hanya apply cuti untuk hari Jumaat, tujuan nak kemas barang Si Jim.

Alhamduluillah, hari Sabtu Auntie bertiga (Jim, Cik Din & Auntie)menuju ke Tg. Malam, Dekat je rupanya, dalam sejam lebih sikit je, tu pun sebab ada sikit accident kat l/raya dekat dengan Stadium Bkt. Jalil tu.
Kami terus cari hotel dulu, time tu dah 12.30 tgh. Melilau-lilau jugaklah mencari tempatnya, walau pun bandarnya tak sibuk mana. Ada bandar baru dan lama.
Lepas makan, rehat, petangnya kami pun ronda-ronda sekitar bandarnya dan mencari lokasi Politeknik agar pagi esoknya tidaklah tercari-cari.

Jim macam kecewa je bila tengok kawasan kampusnya jauh dari bandar dalam 12 km. dan tranport awam pun tak banyak (he!..he!...Auntie suka ni). Kampusnya besar dan tesergam indah di atas bukit dan memang di tepi jalan besar.

Esoknya, lepas b/fast, terus je kami ke sana. Ingatkan kami awal, rupanya ramai jugak yang datang lebih awal. Alhamdulillah cepat juga proses register asrama ni.Siap settle dapat kunci bilik, kami tolong le dia kemas-kemaskan barangnya...
Dalam pukul 1.30 kami pun tinggalkan dia terus je balik 2.30 dah sampai rumah.

Malamnya Jim bersms dengan Auntie...sunyi la, boring la, tension lahhhh....ha!...ha!...anak manja tak pernah berpisah dengan mak! Pagi ni dia macam dah ok...Auntie hanya cakap dengan dia, kalau sayang mak, sabar, sabar dan sabar...oriantasi macam tulah....

Harap=harap dia dapat terus menghadapi cabaran yang baru bermula.

19 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Yan,
Mula-mula memang begitu, macam-macam perasaan ada. Itu perlunya minggu orientasi. Sudah itu, sibuk memanjang lah masa si Jim. Tak cari ke pau Tjg Malim?

rohaizahabas said...

itu nasib baik dapat poli yang dekat dengan jalan besar kak Yan..kalau dapat poli yang kat sabak bernam tu..mau nanges guling guling tu...jauh dari pekan..transpot tak der....hahahah..
budak2 ni belum dapat geng lagi..kalau dah dapat geng kamceng..kita ni pun dia lupa nak call...hahaha

Pnut said...

jangan dua beranak ni calling siap nangis sendu sendan dah le..ehehehe

jim mesti teringat-ingat emak dia... ciannn dia..

pB said...

salam


pas ni , mesti dia mitak belikan dia keretaaaaaaaaaa

Zaitun said...

Nanti boleh bodek mak belikan motor atau kereta.

Tempat saya tu tapi dah lama ditinggalkan.

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Berat jugak hati saya nak tinggalkan dia, tapi nak buat macam mana kan?? Tentang orentasi tu dah saya bagitahu dia serba sikit. Eleh....orentasi sekarang tak macam jaman kita dulu....terok!!! senior yang take charge, suka hati depa je mengarah kita yang bukan-bukan...
Orentasi dia tak lama, sampai Kamis ni saja....

Pau??...terlupa langsung pasal pau...:-) mungkin lain kali boleh cari.

AuntieYan said...

Salam Ezza,

Kak Yan pun dengar jugak, yg. Poli Sabak Bernam tu jauh ke dalam.He!!he!...nasib baik tak dapat kat situ. Dulu, Kak Yan berharap dapat kat PD pun ok gak, tepi jalan dan dekat dengan Bangi.
Poli Shah Alam tu rasa serik jugak, walau pun dekat, nak pergi jemmed gila, letih dibuatnya.
Poli ni lebih selesa, lebih besar, kawasannya cantik. Bilik asrama pun selesa. Alhamdulillah.
Betul kata Zah, mentara nak dapat kawan tuh....apa lagi kalau dah dapat awek....!!!! :-(

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

Takat ni belum dapat calling-calling lagi...ber sms saja.

Keh!..keh!..Kak Yan ni, kalau dengan anak, susah sikit nak keluar air mata depan depa...maintain cool je...

AuntieYan said...

Salam pB,

Dia tak minta kereta, sebab dia tahu mak dia tak mampu.
Kalau moto tu, dah lama beno dia dok aim....insyaallahlah, kalau dah duduk kat luar nanti boleh lah di usahakan. :-)Mak dia janji tuh...dengan syarat lagi, result mesti baguih...

AuntieYan said...

Salam Eton,

He!..he!..kalau kete tu kena beli sendirilah...takat moto tu boleh lah dipertimbangkan.

Tg. Malim dah lain beno, lama sungguh tak lalu ikut situ sejal dah ada highway...

oren said...

lama2 nnti oklah Jim..

AuntieYan said...

Salam Oren,

Harapnya gitulah.....

TAPIII.....hari ni, takat pukui 3.30ptg ni dia belum SMS Auntie lagi........uuuuwaaaaaaa!!!!! ^-^

TUN TIJAH said...

Salam AY,

Sebenarnya saya dulu pernah bertugas di PUO dan dapat merasai pengalaman kerja di sana. Sebelum tuh, saya pun x berapa hiraukan Poli nih. Tapi pengalaman di sana cukup menyedarkan saya hingga anak saya Akmal pun dapat asas (DKM)di PUO. Dan bagi pelajar yg outstanding, akan ditawarkan belajar di U dalam negara/luar negara.
Mudah2an Jim pun akan berjaya dengan cemerlang kelak. Yang pastinya peluang pekerjaan sentiasa terbuka bagi lepasan Poli.
Wassallam

MA said...

Kak Yan - ni mesti siang malam dok sms dengan si Jim. Silap haribulan, tiap-tiap minggu turun ke TM :-)

AuntieYan said...

Salam Tun Tijah,

Wah! pernah bertugas di PUO??...AY dulu pun bekas pelajarnya...duluuuuu...lama dah sekitar tahun 74-76.

Betul, ramai yang kurang berminat dengan Poli ni, memandang Poli ni macam tak ada kelas.
Malah ada yang beranggapan, belajar di Poli senang lulus dan senang-senang saja boleh score 4.0.
Sebenarnya, pembelajarn di Poli lebih menitikberatkan praktikal daripada teori.
Jaman AY dulu, kalau kami belajar survey, satu jam belajar teori, berjam-jam kami buat praktikal...usung thedolite, usung staf, usung rantai besi, dari pagi sampai petang...kalau belajar construction pulak, siap le kena bancuh simen dan susun bata berbagai, bukannya tengok orang buat saja.Tak ada le nak berasap hafal formula ke nak praktise draw diagram ke....(Tidak dinafikan, kat U lain pun ada paraktikal juga).
Latihan Industri pun sampai 6 bulan.Habis Latihan Industri, AY yang mula macam Amoi terus jadi macam Minachi...ha!ha!

Terima kasih le atas info yang TT berikan tuh.

AuntieYan said...

Salam MA...

Ha, kalau boleh tu siang malam nak berSMS, tapi tak dapat...depa sibuk dengan orentasi, handphone ken offkan, so, memalam baru dapat berita. Malam tadi pukui 1.15 baru dia SMS...;-(

TUN TIJAH said...

Salam AY,rupanya Ay pun pernah di PUO. Ambil Civil Engg ye. Kalau Jim dapat ke PUO...nostalgia tu.
Student Civil masih di Blok A, Kampus Induk. Dengarnya skrng nih,KJ ialah En.Hong. Mesti AY kenal sebab dia nih selamanya di PUO.
Hmm...Jim call AY tiap2 malam ke?...

AuntieYan said...

Salam Tun Tijah,

Lamaaaa dah tu...masa AY kat sana bangunan pun hanya ada dua blog saja kot, bengkel-bengkel ada beberapa buah..PUO memang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup AY.
Masa tu, hanya kursus Akauntasi dan Marine Engineering saja yang bertaraf Diploma. AY ambil Civil Hydraulic...

he!..he!...kalau boleh AY nak elakkan untuk ke PUO, memang banyak kenangan manis...tapi kenangan pahit yang satu terus masih tak dapat dilupakan.....ekekekekek!!!

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Hmmm....ye ke. Saya pun di PUO mulai 1997-2002. Best pengalaman kerja di situ. PUO dah padat dengan bangunan dan juga staff juga.