Friday, January 21, 2011

Seminar....

60 hari lagi......

61....hari lagi (semalam)


Salam untuk semua,

Pagi yang ceria selepas berehat sehari semalam. Bertambah ceria hari ni sebab ada pulak insan yang baik hati mengofer diri untuk menolong Auntie sekiranya ada apa-apa masalah dengan urusan pencen Auntie tuh...alhamdulillah....!...magik sungguh blogging world ni....

Terima kasih banyak-banyak Jana. :-)

Auntie tak boleh nak sambung cerita ni ...dalam sibuk nak pencen ni nak kena juga pergi attend satu Seminar kat Shangrila Putrajaya pukul 8.30 nanti.... malas betul nak pergi, tapi kena pergi juga...aduilaaaa!

pergi dulu ye..... :-) kalau ada apa-apa yang baek, nanti Auntie akan sambung entry ni.

--------------------------------------

Seminar habis pukul 12 tadi. Biasa le hari Jumaat kena habis cepat sebab ada solat Jumaat.
Macam biasa, selesai je ada makan. ...macam mana nak kususkan?.....3 hari tak makan nasi, hari ni makan macam-macam le pulak...semuanya sedap-sedap terhidang depan mata. Sape tak tergoda kan??...macam-macam ada, maklumlah five star rating punya tempat.

Seminar berjalan lancar......best jugak...semua benda-benda teknikal, tak payah ceritalah nanti boring pulak.

Hemmmmm...itu sajalah........selamat berehat dihujung minggu.

6 comments:

azieazah said...

Selamat berseminar UNTIE YAN.

Mesti makan sedap tu.

Agaknya orang2 yang nak pencen memang selalu kena pegi kursus dan seminar, kan?

TUN TIJAH said...

Salam AY,

Sekarang ni JPA Pencen tuh cepat je kerjanya.
Sedar2 dah update dalam akaun...
Selamat berhujung minggu.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Cik Yan,
Masa nilah kita ambil peluang makan kat hotel. Sok dah pencen, pandang dari jauh aje. Jangan risau pasal borang-borang pencen. Kalau semua betul, cepat dapat ganjaran, golden handshake etc, etc...JPA Pencen cekap. Saya sampai hantar TQ card kepada mereka.

AuntieYan said...

Salam Azie,

Makanan kat hotel-hotel ni sebenarnya sama sajalah...yang membuatkan dia nampak sedap sebab banyak dan deco di yang over-over. :-)

Sebenarnya Auntie malas jugak nak pergi Seminar ni, tapi dah Auntie yang handle, terpaksa le pergi juga.

AuntieYan said...

Salam TT,

Saya risau gak kot nanti bila dah pencen sebulan dua, duit lom masuk lagi. Alhamdulillah, ada pulak pembaca blog yang kerja kat bahagian pencen ofer nak tolong...ha! ha! macam pucuk dicita ulam mendatang lah....:-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Kami memang kerap juga makan kat hotel ni, sebab ada saja seminar atau taklimat yang dibuat di hotel, macam yang saya pergi bary ni pihak consultan yang organised...so kita pergi dengar apa yang dia 'jual' lepas tu makan time....:-) :-)