Friday, January 07, 2011

Talkin

73.....


Salam untuk semua,

Berbanyak maaf Auntie tak masukan entry untuk semalam. Bukan mengelat...bukan....Ada cerita disebaliknya.

Semalam Auntie bercuti. Cuti kecemasan. Jadi, ada banyak masa kat rumah dan nak updatekan entry lah konon. Dengan menggunakan lap-top En. Amir. Sebenarnya Auntie tak suka guna laptop, halus sangat tulisannya dan macam tergagau-gagau Auntie nak mengetuk key-board nak cari hurufnya, bukan itu saja, semalam brukbandnya pulak macam nak habis nyawa!...puas tunggu baru keluar page baru...last-last Auntie giveup je..buang masa sajakan menunggu-nunggu....boring le....

Apa yang cemas, sampai bercuti tu???...Ooo..jiran terdekat Auntie meninggal dunia. Arwah meninggal di hospital Serdang pada hari Rabu jam 9.35 malam. Sakit kanser. Tak lama pun arwah tahu penyakitnya, dalam 3 bulan saja. Mungkin dah dalam stage yang terakhir. Arwah ni dah lama bersara, usianya dah 70 lebih, bekas Pengarah Penjara Kajang dan bergelar Datuk. Kiranya, dalam kejiranan Auntie tu dialah yang paling berusia dan kami anggap macam bapa. Sungguh sempoi orangnya, tak le macam sesetengah orang yang bergelar Datuk yang sentiasa nak orang hormatkan dia.
Saban hari dia menjaga cucu-cucu, sorong dengan stroller atau pun bawak naik basikal. Datuk pulak berkain pelikat dan sekali sekali pakai semutar atas kepala. (maklumlah orang Kelantan)

Malam kematiannya tu, seisi keluarga dia berada di hospital. kecuali pembantu rumah dan seorang cucunya yang masih baby. Kami yang jiran-jiran nilah yang ke rumah dia tolong kemaskan apa yang patut dan sediakan tempat untuk tetamu yang akan datang berziarah dan juga tempat pembaringan jenazah. Jenazah sampai ke rumah pada jam 12.35 malam. Barulah rumah dipenuhi kaum keluarga arwah. Auntie baliklah tido pulak dah selesai menolong apa yang patut.
Esoknya, kami yang jiran-jiran terdekat pun pakat ambil cuti. Pagi lagi Cik Din dah pergi ke rumah arwah. Dalam pukul 8.00 pagi jenazah dibawa ke surau untuk dimandi, kafan dan sembahyangkan. Auntie pun turut sama ke surau, dapatlah Auntie menatap wajah Datuk untuk kali terakhirnya setelah siap di kafan. Malamnya, tak dapat nak tengok sebab terlalu ramai yang datang. Segan pulak nak menyelitkan diri. Sempatlah jugak Auntie bersama jemaah lain menyempurkan solat jenazah. Itulah kali pertama Auntie buat solat jenazah. Selalunya, bila ziarah kematian cuma pergi melawat ke rumah saja. Ramai yang bersolat jenazah tu. Alhamdulillah rezeki Datuk. Kakitangan Penjara pun datang sampai 2 buah bas. Maklulah dulu dia bos penjara. Kereta jenazah pun, dari penjara juga.
Lepas tu, bergerak pulak kami ke tanah perkuburan Sg. Tangkas, Kajang...atas sikit je dari Station Komuter UKM tu.

Sayulah rasa hati bila sampai ke kawasan perkuburan. Kawasan tu masih baru. Elok je disusun siap dengan nombor lotnya. Arwah Datuk disemadikan di Lot 253. Lot 254, 255, 256, telah siap di gali lubangnya. Siapalah pulak akan bersemadi di situ.....adakah aku????? fikir Auntie...rasa gerun jugaklah....

Tok imam membaca Talkin, kami mendengar dengan kusyuk (dan perasaan ketakutan, insaf dan berbagai.....) Lama jugak bacaan Talkin. Yang rasa seram bila ada diingatkan..."wahai .............ingatlah, bila datang dua malaikat untuk menyoal kamu, janganlah kamu rasa takut kerana mereka juga makhlok Allah seperti kamu.......segala harta di dunia ini hanyalah sementar...."

Bila Talkin dah sampai penghujungnya, kedengaran pulak kereta berduyun-duyun masuk ke kawasan perkuburan diikuti dengan sebuah kereta jenazah. Allhuakbar!! rupanya satu jenazah lagi dibawa untuk disemadikan. Sedih...sedih...sedih....dalam rintik hujan yang turun, rupanya dua insan akan pergi menemui Allah. Pergi selamanya.

Auntie dapat tahu, kali ini jenazah seorang wanita sebaya Auntie, juga pengidap kanser. Bertugas di UKM. Rupanya arwah juga dari BBB tapi di seksyen lain.

Al-Fatihah untuk kedua-dua mereka, semoga Allah merahmati roh meraka dan insyaallah akan menjadi ahli Syorga.

10 comments:

aNIe said...

Kak... bila menziarah mereka yang meninggal dunia... tiap kali terdengar talkin dibacakan bulu roma rasa meremang....selalu terbayang apa lah keadaan di 'sana' nanti... takut...

oren said...

mmg menginsafkan bila dengar talkin dan menziarahi jenazah..

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun. Semoga roh mereka bersemadi dengan aman di sisi Maha Pengasih.

Saat kita akan tiba jua....

Zareda Norman said...

Alfatihah buat mereka yang telah pergi dulu...

AuntieYan said...

Salam aNie,

Satu lagi dalam Talkin tu ada sebut juga, pasal cacing2 akan memakan daging kita dengan rakusnya..dan yang rasa lagi sebak bila akhirnya Imam kata, selamat tinggal, tinggallah kamu disini(kubur) sehingga hari kiamat!!!kamu telah memasuki alam akhirat!...

AuntieYan said...

Salam Oren,

Dalam kita dok kata insaf dan takut, Auntie tengok ramai jugak yang datang berzirah dok bersembang dan bergelak ketawa pulak!

AuntieYan said...

Salam Kak Cik,

Ya, sama-sama kita doakan roh mereka.

AuntieYan said...

Salam Zar,

Mensedekahkan Al-Fatihan dan doalah saja yang kita dapat berikan, yang lain-lain adalah bekelan yang telah mereka sediakan sendiri.Insyaallah, mereka akan mendapat belas kasihan Allah.Amin

Zaitun said...

Al-Fathihah buat arwah semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

AuntieYan said...

Salam Zai,

Sama=sama kita doakan.