Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam untuk semua,

Auntie teruja jugak dengan thriller cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni. Katanya dah nak mula ditayangkan kat pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.

Auntie dah puluh-puluh tahun tak masuk panggung wayang, pendek kata memang jakun habis le kalau Auntie masuk cineplex ke hapa ke yang orang sebut sekarang. Katanya harga tiket pun dah berganda-ganda mahalnya berbanding dengan harga tiket kali terakhir Auntie tengok wayang dulu.






Auntie dah sound Cik Din, "jom kita tengok wayang cerita ni"....(masa tu TV tengah tunjukkan thriller dia)....Cik Din terus pandang Auntie dengan berkerut dahi...."you ni betul ke tidak ni?"

Ha!...Ha!....sesapa yang dah tengok, kalau best bagi tahu ye....kalau tidak, Auntie tunggu tengok kat TV saja le....

ppssttt...Auntie nak tengok Steven Rahman yang hensem tu je.....:-)

10 comments:

~adeQ~ said...

kalau cik Din takmau pegi jom kita kidnap kak yan bawak gi panggung!

Zareda Norman said...

jom kak yan, kita serbu..

zar pasti akan tengok sbb masa form 6 dulu amik subjek sastera dan khatam hikayat ni dan score prinsipal A untuk paper sastera.. hehehhe

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya tak berapa minat cerita perang, ganas tapi minat kat lagu tracknya..nyanyian budak Nuar anak pak zain.

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Jom saya temankan AY ke Alamanda.
Saya pun ada juga sesekali masuk panggung sebab temankan anak perempuan yang 2 orang tuh terutama si kecil (itupun kalau mereka dah tak ada teman).
Kadang2 tu malu juga bila aunty macam saya ni masuk panggung. Baya anak2 kita je yang ramai...hihi.

pB said...

sejak ada Adam ni , banyak perkara perlu dilupakan ...


hu hu hu hu

AuntieYan said...

Salam adeQ,

Ha! ha!...suka I kalau ada orang nak kidnap....:-)

Kak Yan ada cakap dengan En. Amir nak ajak dia....dia kata, "mak tunggu keluar kat TV je lah"....:-(

AuntieYan said...

Salam Zar,

Nampaknya Zar memang kena pi tengok cerita ni...kalau tidak, sia-sia saja dapat A tuh! boleh le bandingkan dengan hikayat yang telah dibaca... tang mana depa tokok dan tambah. :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Ha, saya pulak memang suka sangat cerita epik ni, dulu dok tengok epik orang putih je...
Nampaknya Kak Nora pun tahu banyak berkenaan filem ni, saya tak tahu pun si Nuar tu ada nyanyi...sure best ni...!

AuntieYan said...

Salam TT,

Kalau saya ada anak pompuan, rasanya saya pun macam TT juga, meneman mereka tengok wayang.

Bayangkan kalau saya dengan Cik Din saja pergi berdua, lagi berpegangan tangan, nanti ada pulak yang syak...boyfried & girlfriend ke orang tua berdua nih?? ;-)

AuntieYan said...

Salam pB,

Tak pe pB, dulukan yang mana lebih penting. Takat wayang ni, kat rumah pun boleh tengok...:-)