Thursday, March 10, 2011

Masuk paper

Salam Untuk semua,



Auntie baru saja lepas makan tengahari. Sejemput nasi, sekeping ikan yang dimasak kari, dua jenis sayuran dan segelas besar air suam....Makanan orang tengah berdiet le katakan. :-)

Perut tu rasa lapar le jugak, teringin le jugak tengok deretan masakan yang sedap-sedap kat cafe ofis Auntie ni, alhamdulillah dah beberapa minggu ni, itu saja yang Auntie pilih untuk sajian tengahari.

Ofis hari ini sunyi je, bos-bos semuanya ke PICC ada meeting. Oleh kerana Auntie bukan seorang bos, maka, Auntie hanya perlu berada diofis buat le apa yang patut ...dan yang tak patut juga...he!!he!!! dah kata bos tak ada kan?? ;-)

Auntie macam biasa le, bos ada ke, bos tak ada ke sama saja....apa lagi dah tinggal beberapa hari saja lagi nak bekerja ni.

Hari ni Auntie sibuk kemas laci-laci yang tersimpan segala khazah peribadi Auntie, fail-fail incometax, buku-buku bank (bunyi macam banyak, ada dua je...), penyata gaji, fail-fail utang perumahan dll. Semua ni nak dibawak balik je. Auntie humbankan je kedalam kotak. Dah siap kemas dua kotak besar.Insyaallah minggu depan boleh le dihantar ke rumah, budak driver kat ofis ni dah dengan rela hatinya nak tolong hantor, alhamdulillah.

Wah!, hari ni sebenarnya Auntie nak show off sesuatu kat you all...jangan le gelak pulak. Rasanya kalau you all pun sure buat macam Auntie juga. Maklum le kita ni bukan orang femes...sekali sekala dapat, hebuh sekampung lagaknya. :-)



Sebahagian atlet PSAS yang berjaya menempa nama pada kejohanan Karnival Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik (MSP) di Pahang baru-baru ini

Ha!..ha!...gambo Jim masuk paper. Jim yang berdiri di belakang no. 3 dari kiri, bersebelahan budak yang beso tinggi tu. Gambo tu keluar dalam sisipan Utusan Malaysia bertarikh 7hb. Mac lalu. Ingat tak, dalam satu entry baru-baru ni Auntie ada cerita yang Jim mewakili Politekniknya dalam acara sukan....so, ni lah gambo depa. Poli dia menang banyak medal...tapi Jim hanya dapat tempat ke 4 dalam acara lompat tinggi. Jadilah...yang penting adalah penyertaan. :-)

16 comments:

Zareda Norman said...

wah mak atlit pun tumpang glemer tu.. hehehhe

~adeQ~ said...

kalah takpe, pengalaman yang penting...see dah masuk paper lagi!! heheheh

Hjh Noralenna Abbas said...

Amboi...anak masuk paper, maknya tumpang bangga!

AuntieYan said...

Salam Zar,

Ha! ha!...bukan senang nak masuk paper kan??..kalau artis atau politician tu lain lah...

p/s: maknya memang le gitu, tu baru ambil bahagian, kalau jadi juara tu tak tahu lah cam mana....;-)

AuntieYan said...

Salam adeQ,

Itulah Kak Yan cakap dengan dia...yang penting penyertaan dan pengelaman yang di kutip. :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Sihat??..lama rasanya tak singgah rumah saya ni.Ingatkan dah lupa. :-)

Kak Nor, mak mak memang macam tu gamaknya...anak tu tak tara mana, mak yang lebih...ha!...ha!

Pnut said...

laaa ada tgk paper ni, tp tak perasan jim... simpan buat kenangan tu...

Yunus Badawi said...

Salam Auntie Yan,

Eloklah dah siap berkemas sebelum habis kerja. Jgn jadi macam saya masa meninggalkan sykt kulit kerang dulu. Saya terpaksa gunakan cuti saya utk buat claim dan kemas barang2 peribadi. Last2 tak sempat nak claim semua. Barang2 peribadi campak dlm kotak dan sampai sekarang letak dlm setor rumah saya. Kalau nak cari mmg seksa huhuhu

Yunus Badawi said...

Tahniah Jim sebab masuk paper. Lepas ni bertambah glamerlah Jim. Tentu ada yg nak berkenalan dgn dia hehehe

oren said...

glamer lah Jim..

adik saya pon, rasanya besa 2 kali gak masuk paper..satu psl cemerlang SPM, pastu sekali lagi masa paper kat US buat coverage ttg suasana muslim kat sana berpuasa..tu blum kiragambar2 kiriman ucapan raya yg kuar setiap tahun..huhuhu..

saya jek takde gambar dlm paper :P

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

Kak Yan pun ada juga baca sisipan tu, tapi harammm nak perasan. Bila dia bagi tahu baru le kalut nak cari. Last-last pi cari kat library...sib baik depa bagi yang copy untuk depa potong-potong tu...dapat le copy ori, kalau tidak simpan hak potostat je lah....ye lahhh tah bila pulak nak masuk paper kan??? ...(hemm lorat betui kan?) ;-)

AuntieYan said...

Salam YB,

Wah! julung julung kali Yb singgah sini...maklum le orang banyak fans ni tak dan kata orang Utara, nak mai singgah. :-)
Rasanya glemer si Afifah tu lagi...gambor dia kat paper tu, sampai satu badan dia penuh satu page!!!! ha! ha!...

AuntieYan said...

Salam Oren,

He!...he!...mak yang teruja lebih..!!!Kiranya adik Oren lagi dasat nooooo...kena simpan buat kenangan tuuuu...:-)

TUN TIJAH said...

Salam AY,

Tahniah Jim dan juga emak Jim...
Saya tak terjumpa pun citer tu tapi kat mana sukan tu diadakan.
Lepas ni Jim akan jadi pujaan ramai tu..

AuntieYan said...

Salam TT,

Lama dah rasanya tak menyinggah ke sini...:-)

Ha! ha! takat masuk paper sajalah si Jim tu. Maknya ada baca paper pun tak terperasan dia.

Jim ni agak pemalu orangnya, tapi dia memang ramai kawan, ada saja kawan dia minta bantuan..baik semasa dirumah mau pun sekarang dia dah kat Poli Tg. Malim, Perak.

Sukan tu diadakan di Politeknik Muazzam Shah Pahang, kata Jim Poli tu belum ada student lagi, Poli barulah tu...:-)

TUN TIJAH said...

Salam AY,
Bukannya tak mahu komen tapi line celcom di P11 ni selalu buat hal...selalu tak ada line. Promosi bukan main lagi. Tiap2 bulan kena bayar RM68 tapi service sangat mengecewakan.Blog saya pun dah lama tak update. Ingat nak tukar DG le pulak.

Hmm...rasanya itu poli baru.
AY kenal ke En. Md.Nor Yusuf. Dulu di KJ di PUO. Dengar cerita, sekarang ni dia KP di Kem.Pengajian Tinggi.